Motor Kapchai tidak ada di Mesir. Kebanyakkan saiz moderate buatan China (CC kecik lee bawah 250cc)
Apartment di Cairo, penduduk di sini baik kaya atau miskin akan tinggal di rumah pangsa. Setinggan dia orang pun duduk rumah pangsa tapi buruk lagi lah daripada yang anda lihat sekarang ini
Awek Palestin yang cunnnnn yang ditemui di Hospital Palestin, Heliopolis, Cairo
Gambar baru lepas isap rokok, lepas tu tengok orang isap sisha. Nak try geli, pasai nak dekat 5 orang isap bergilir-giir. Naya kanggg kena H1N1. Gambar diambil depan Malaysia Hall.
Saya bersama Tan depan Piramid, rokok yang saya hisap adalah dari jenama Cleopatra. Best bebbb dapat pijak padang pasir, harga rokok pun murah. Marlboro dalam 4 pound, iaitu lebih kurang RM3.50.
Dua anggota polis Mesir, perhatikan uniform mereka yang serba putih macam baju St John Ambulance. Memang selekeh gila polis Mesir…di sebelah tepi adalah blogger ondscene.via.my dan dihimpit oleh awek paling cun (Cun kat Mesir lah pasal takde awek Melayu lain hehehe) Shuhaida Elis dan tepi sekali, awek cun jugalah (pasal takde awek Cina kat Mesir) Tan Siang Hui (dia ni pun blogger jugak, tapi blog dalam bahasa Cina, den tak paham…link beliau ada pada blog ondscene.via.my).
Kumpulan kami baru tiba di Cairo, jeket PBSM itu saya beli dengan harga RM70, saya baru sahaja mendaftar menjadi ahli PBSM Malaysia pada 17hb Julai lalu
1. Saya baru balik dari Cairo, Mesir. Tak jadi masuk Palestin kerana pintu sempadan tertutup rapat dan banyak Check Point tentera sehinggakan surat jaminan dari kedutaan Malaysia di sana tidak laku pada mata tentera Arab.
2. Tak banyak cerita yang boleh saya buat, cadangan saya hendak ke muzium PANORAMA, iaitu sebuah muzium yang menceritakan kemenangan tentera Mesir mendapatkan Semenanjung Sinai semasa Perang Oktober dahulu.
3. Cadangan itu bagaimanapun tinggal idea semata-mata kerana kawan saya yang lain asyik nak bershopping, rancangan saya hendak ke muzium tentera Mesir juga gagal.
4. Senario ketenteraan di Cairo sangat hebat malangnya, kesemua tempat itu diletakkan notis larangan mengambil foto.
5. Tetamu blogger Ondscene yang datang ke hotel penginapannyamendapat pengajaran apabila pihak tentera hampir sahaja menangkap beliau selepas ternampak kilaiaun camera dari tempat beliau menginap beberapa hari sebelum saya tiba di Cairo.
6. Dunia tentera di sana sangat sukar dilihat, kem-kem dibina di belakang tembok tinggi dari batu dan di setiap penjuru terdapat menara tempat askar berkawal, tidak seperti kem tentera kita yang hanya di kawal pada pintu masuk dan keluar sahaja.
7. Uniform dan kelengkapan tentera Mesir boleh dikatakan hebat juga, malangnya saya tidak boleh mengambil gambar.
8. Polis Mesir agak menyedihkan, lawa lagi pakaian seragam pengawal keselamatan hotel saya menginap.
9. Gaji mereka sangat kecil dan rasuah dilakukan terang-terang, mereka bagaimana lengkap bersenjata mesingan, pistol tak mainlah.
10.Dalam pada itu saya sempat juga berbual dengan rakyat Mesir serta pemangku duta kita di Cairo mengenai sebab-sebab Mesir menutup pintu sempadannya di Palestin.
11.Pemangku Duta Malaysia di Cairo Mohd Puzi Dahman memberi alasan bahawa Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana ada perjanjian. Jawapan beliau, saya tidak perlulah kupas kerana tidak menarik.
12.Seorang sahabat saya, Ustaz Abu Syamah, rakyat Malaysia yang sudah menetap di Mesir selama enam tahun pula memberitahu, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana survival politiknya.
13.Mesir sudah tidak percaya kepada jiran-jiran Arabnya yang telah menikam belakang Mesir semasa Perang Oktober atau Yom Kippur War.
14.Ketika itu Mesir telah merancang untuk menyerang Israel dan merampas kembali Semenanjung Sinai.
15.Jiran-jiran Mesir sudah berjanji akan menyerang Israel, Syria yang kehilangan Bukit Golan dalam satu peperangan sebelum itu turut berjanji untuk menyerang Israel bagi mendapatkan Bukit Golan.
16.Sampai sahaja waktu serangan, negara-negara jiran ini tidak menyerang Israel dan Mesir bertindak sendirian, nasib baik menang.
17.Kemenangan itu bagaimanapun mendatangkan kesan ekonomi yang sangat teruk ke atas Mesir dan sehinggakan sekarang, Mesir gagal pulih dari kemelut ekonomi dan matawangnya yang satu ketika dahulu hampir sama taraf dengan Dollar Amerika, kini tersungkur teruk.
18.Kemudian saya bertemu dengan wakil penjual kereta Proton di Kompleks Otomotif Ezz-Elarab.
19.Bangga juga tengok kereta Proton di Mesir, ramai anak mudanya suka kereta Gen 2, golongan berkeluarga pula minat Waja.
20.Wakil itu, encik Habib Ibrahim Habib agak radikal sikit, Mesir terpaksa menutup pintu sempadannya kerana pejuang Hamas menggunakan Mesir sebagai platform untuk melancarkan serangan ke Israel.
21.Itu tidak mengapa, masalahnya, Hamas cuba membabitkan Mesir apabila memasang bom di tempat-tempat pelancongan negara itu dan membunuh pelancong barat.
22.Sebagai langkah keselamatan, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan dan hanya membenarkan terak bantuan kemanusiaan sahaja yang masuk keluar.