1. Saya pada 17hb Sept lalu, saya mengikut Komander Pasukan Gerakan Khas Datuk Fuad Abu Zarim (Boss UTK dan SB polis daaaa) dan Timbalan Komander PGA Briged Tengah ACP Azizan terbang ke Dili, Timor Leste dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 jam. Rombongan kami sebenarnya berjumlah 7 orang tetapi 4 pegawai polis dari Bukit Aman terpaksa diturunkan di Senai, Johor kerana tidak mendapat perlepasan Kementerian Dalam Negeri.
2. Kira best jugalah misi kali ini walaupun penat gilaa sebab terbang dengan pesawat kecil yang baru dibeli polis (saya akan buat posting baru memperkenalkan pesawat itu dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada awam sebelum ini). Baru saya tahu bertapa susahnya abang-abang polis kita menyambut Ramadhan dan Hari Raya di rantau orang. 24 jam duduk dalam kem, mereka ini sebenarnya merupakan pasukan polis dari MAL-FPU (Malaysia-Formed Police Unit) yang ditugaskan untuk membuat rondaan di sekitar Dili. Masa bulan puasa ini, kem polis Malaysia sering dikunjungi oleh pasukan polis beragama Islam dari Singapura. Mereka merupakan pengunjung tetap ke kem itu selain dari kakitangan Petronas di sana. Timor Leste amat kaya dengan minyak. Untuk membodek kerajaan Timor Leste, China misalnya membina istana Presiden Timor Leste secara percuma.
3. Paling best saya diajak untuk menyertai rondaan mereka. Gambar diatas saya dalam jip (jenis apa tak tahu), meronda dan memeriksa kawalan polis Malaysia di bangunan-bangunan penting kerajaan Timor Leste. Ketika ini keadaan sudah aman dan tidak ada pertempuran berlaku, namun begitu saya tetap cuak kerana saya seorang sahaja yang tidak diberi sebarang senjata. Mereka ini semua lengkap dengan pistol jenis Styer di pinggang.
4. Sungai apa tah nama dia…tetapi kering kontang. Penduduk sangat miskin rata-rata suka makan khinzir hehehe.
5. Kereta perisai yang dibeli dari Korea Selatan. Ada dalam 4 buah, kalau ada demontrasi, kereta ini akan keluar. Demontrasi memang lumrah penduduk Timor Leste. Rasa-rasa kalau diperhatikan macam ada kamera infra red atas bumbung.
6. Anggota polis Malaysia mendapat kepercayaan tinggi dari kerajaan Timor Leste. Kerajaan itu meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada polis Malaysia dan polis Portugal bagi menjaga bangunan strategik mereka. Polis di atas mengawal rumah Perdana Menteri Timor Leste…yang bentuknya lebih kurang macam rumah banglo di Malaysia. Anjing Perdana Menteri Timor Leste tidak ada dalam gambar ini, anjing tersebut mengejar saya kerana saya tidak memakai uniform. Anjing itu pun kenal mana satu polis mana satu orang awam berdasarkan uniform berbanding orang awam di Malaysia yang tidak menghormati langsung petugas beruniform kita.
7. Kawad, nyanyian Negaraku dan Sang Saka Biru…terpaksa den nyanyi lagu polis bersama-sama.
8. Seorang anggota tentera Timor Leste. Dari segi kelengkapan individu, saya tengok memang hebat dia orang ini setaraf dengan unit pasukan khas kita. Kekuatan adalah pada sekitar 1,500 orang dan banyak dilatih oleh tentera Portugal serta Australia.
9. Dua anggota polis bersenjatakan MP5 dan pistol Styer di pinggang. Mereka tidak dibekalkan dengan raifel M16 kerana jika terjadi kekacauan, MP5 lebih efektif untuk pertempuran dalam bandar. Penggunaan MP5 menyebabkan polis tempatan dan luar negara menyangka, mereka ini merupakan pasukan polis elit Malaysia.
10. Oleh kerana kekalutan kerja dan rondaan, saya tidak sempat makan nasi briyani di Kem MAL-FPU di Inap Comoro. Selepas join abang-abang polis ini meronda dengan diketuai oleh Chif Inspektor Mohd Yusoff Tahir, saya pekena roti canai 2 keping dan segelas teh tarik di sebuah cafe. Harga makanan sangat mahal kerana mereka menggunakan mata wang dollar. Segelas teh tarik bersamaan Satu Us Dollar.
11. Gambar di atas merukan hotel terkemuka di Dili. Kontena ini sebenarnya kamar tidur dan ia merupakan bekas kem askar yang dijadikan hotel. Tidur saya terganggu ketika ini kerana helikopter Blackhawk tentera Australia sibuk menjalankan penerbangan taktikal iaitu penerbangan helikopter tanpa sebarang cahaya lampu. Memang saya sendiri tidak nampak helikopter tersebut walaupun terbang rendah. Saya percaya juruterbang helikopter dibekalkan dengan alat pandang malam. Pasukan polis kita turut dibekalkan dengan alat pandang malam yang baik, tetapi banyak yang rosak apabila ada anggota yang terbuka penutupnya pada waktu siang..jadi rosak lah.