Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Risik / THE UNKNOWN WAR

THE UNKNOWN WAR

June 3, 2016 by Admin 44 Comments

1. Semalam saya menghadiri Taklimat Keselamatan Negara di Hotel Maya, ia dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Tuan Ahmad Shublee.

2. Saya sudah lama tidak menghadiri taklimat seperti ini kerana sudah dipindahkan ke bahagian ekonomi, jadi bab-bab ekonomi ni, bolehlah nak sembang

3. Taklimat pertama adalah mengenai Cabaran Ekonomi Malaysia Ketika Era Ketidaktentuan Ekonomi Global dan taklimat kedua, Serangan Siber dan Ancaman Keselamatan Negara.

4. Bab keselamatan negara, ramai khayalak hanya gemar membicarakan hal-hal yang mereka nampak di depan mata seperti aspek ketenteraan dan kepolisian, sedangkan khayalak tidak menyedari bahawa ketika ini pun, negara sedang berperang dalam senario peperangan yang tidak difahami oleh awam.

5. Ia berlaku pada setiap masa, sabotaj ekonomi, korporat espionage, political assasination, cyber warfare, jenayah merentas sempadan dan banyak lagi.

6. Ini semua memerlukan pertahanan yang banyak memakai minda termasuk juga peralatan berkaitan tetapi dalam bab ini, Malaysia masih jauh ketinggalan di belakang Singapura.

7. Dan tidak ada desakan untuk upgrade kepakaran kita dalam bidang ini disebabkan kesedaran politikal termasuk awam masih sangat-sangat minima, rakyat sendiri hanya melihat pertahanan dari sudut pembelian jet, kapal dan etc.

8. Ancaman negara pada zaman sekarang bukanlah gertakan yang menggunakan kekuatan ketenteraan sebagaimana Siam mahu menyerang Melaka atau yang pernah dibuat oleh Portugis, malahan jika dianalisa lebih jauh, sentimen kebencian rakyat Malaysia ke atas China sendiri dipacu oleh jentera-jentera propaganda barat dan sentimen seperti ini banyak digunakan untuk memencilkan Malaysia atau memalit arang kepada Malaysia sebagai musuh/perampas wilayah negara jiran melalui psyops yang dijalan ke atas rakyat Indonesia dan Filiphina.

9. Psyops seperti ini sudah pasti berjaya kerana orangramai sudah tentu amat kurang bergantung dengan kenyataan rasmi negara, sebaliknya, lebih percaya kepada tuduhan rambang oleh penulis dalam media sosial, laman blog dan sebagainya.

10.Ancaman real time negara sekarang ini yang paling berbahaya adalah serangan dari dalam yang digerakkan oleh tangan-tangan ghaib, sudah berapa negara tumbang dan ekonominya dihancurkan dari dalam hanya untuk membolehkan negara itu menjadi hamba kepada kuasa asing atau individu tertentu buat selama-lamanya, tidak merdeka dan tengkuk mereka dibelenggu walaupun pada mata kasar, negara ini nampak mempunyai pemerintahan sendiri.

10. Ia adalah satu peperangan proksi yang digerakkan melalui talian telefon dan komputer riba pada tahap yang paling bawah.

11.Ini belum lagi dimasukkan oleh segelintir ahli politik pembangkang yang memburukkan negara di luar negara di mana setiap kali mereka melakukan perbuatan itu, hasil rantaiannya akan terkena kepada ekonomi negara.

11. Saya dengan ini mengucapkan tahniah kepada pejuang-pejuang negara yang “wira yang tidak didendang” kerana menjadi tentera tanpa uniform yang memacu pertahanan negara melalui tipu daya dan strategi di luar kotak fikiran walaupun pada hakikatnya, dari segi peralatan, Malaysia amat-amat ketinggalan dalam peperangan proksi ini.

12.Mereka ini menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pejuang negara bagi memastikan kesan atau bahang peperangan tidak terkena kepada rakyat Malaysia.

13.Kerana itu, tidak ramai yang menerima kesan ini….dan tidak tahu tentang peperangan ini kerana so far, we prevail….but how long??? I dont know.

Related

Filed Under: Risik

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY »

Comments

  1. von blucher says

    July 15, 2016 at 08:45

    the lifespan of an empire.. 250 years?
    -Four Horsemen-

    Reply
  2. Ghostly says

    July 12, 2016 at 17:11

    Salam,

    Saya ingin bertanya Admin, adakah Gang Stalking wujud di Malaysia?

    Terima kasih

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:16

      maaf, gang stalking tu apa

      Reply
  3. Ghostly says

    July 12, 2016 at 17:07

    Hampir setahun tak kemaskini blog. Gembira tuan Shah masih aktif

    Reply
  4. kahkahkah says

    July 9, 2016 at 12:16

    Ya saya bersetuju dgn saudara Shah dan Kementah. Kita disabotaj oleh ahli politik yg sebenarnya ejen asing. (pemimpin dap – mossad, Mahathir, Anwar, Khairi – CIA. Mungkin ramai lagi terlibat). Kita sekarang sudah hampir dgn peperangan Spratley. Sebab presiden china sebenarnya adalah anggota illuminati. Beliau telah diarah oleh dr henry kissinger utk memasukkan malaysia dlm peperangan spratley. Tapi shukur ALHAMDULILLAH, ada anggota Neocon yg pro Malaysia. F18 dibenar upgrade ke tahap maksimum. Kita juga dibenar beli F35 pd masa akan datang. Kita ada pengaruh dlm keluarga Rothschild dan World Bank. Itu semua KEHENDAK ILAHI YANG MAHA ESA. Tapi yg memelihara kita, bukan senjata canggih, bukan cyber psyop, Tapi HANYALAH ALLAH SWT SEMATA-MATA. Kalau kita serius dlm hal keselamatan, minta semua Umat Islam perbanyakkan bacaan Yasin khusus utk keselamtan negara.

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:17

      terima kasih saudara

      Reply
  5. beretbiru says

    July 8, 2016 at 07:56

    setuju dgn apa yg diutarakan ini..ada unsurx yg cuba mmecahbelahkan perpaduan antara rakyat..sama ada dirancang atau tidak, ia perlu ditangani bersama antara semua negara tetangga. dr segi hubungan dgn china pula..rasanya susah nk percaya dgn china skrg apalagi dgn tindakanx agresif mereka. silap tindakan kita nnt habs ditelannya kita. utk itulah kita perlu perkuatkan pertahanan kita agar tidak dpandang sebelah mata.

    Reply
  6. Joe Zack says

    July 8, 2016 at 00:15

    WWIII | 2017
    Anti-Christ | 2020

    Reply
  7. Azrilyob says

    July 7, 2016 at 04:54

    Dah lama sangat tak kemaskini sampai dah xde orang komen dah:-D

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:18

      ada ramai komen tapi saya lupa password nak bukak blog

      Reply
  8. AA Syafiq says

    July 6, 2016 at 07:36

    Selamat Hari Raya admin. Selamat Hari Raya juga kpd perajurit2 negara yg sebilang masa melindungi negara ini dari segala ancaman. Terima kasih banyak2 yg x terhingga kpd anda semua. Semoga Allah lidungi anda semua dan negara Malaysia. Maaf zahir dan batin.

    P/s : akhirnye, kuar jugak artikel baru. Tk admin.

    Reply
  9. ikan says

    July 4, 2016 at 16:43

    but, ad juga menteri atau org kerajaan yg tindak tanduk mereka mmburuk kan kerajaan itu sendiri, kdg kita nmpk salah pnbgkng, salah sendiri x ngaku

    Reply
  10. OSINT says

    July 4, 2016 at 03:08

    Peperangan yang sedang negara kita hadapi sejak dari tahun 2008 ini dinamakan “Assymetric Warwafe”.

    Dikala ini, negara kita hebat dihujani dengan serangan dengan tujuan mengubah persepsi atau pandangan rakyat. Peperangan sebegini tidak memerlukan jumlah tentera dan kewangan yang tinggi. Hanya dengan balingan sebutir bom peledak seperti mana yang telah dilakukan oleh Wall Street Journal terhadap isu seperti 1MDB – 2.6B dan yang lain-lain.

    Bom peledak hanya memerlukan satu balingan dan sambutan terhadap bom tersebut dilakukan oleh rakyat. Setiap isu kan dimainkan sentimennya oleh pihak pembangkang dan juga rakyat sendiri. Isu-isu sebegini akan di viral kan tanpa selidik dan unofficial reporter dengan seronoknya akan memainkan isu-isu sebegini di wall masing-masing (facebook) dan di group Whatsapp masing-masing.

    Setelah isu ini perlahan sedikit demi sedikit dan dilihat tidak mendapat sambutan, media luar yang dimiliki oleh sesebuah negara/organisasi yang mempunyai niat untuk membuat serangan persepsi akan melontarkan bom peledak kedua.

    Dalam isu 1MDB dan 2.6B, media manakah yang memulakan serangan terhadap negara? Adakah media dalaman? Adakah Tony Pua? Adakah Rafizi atau Tun M? Serangan pertama dilakukan oleh Sarawak Report yang dimiliki oleh warga Britain. Hanya setelah itu, isu ini disambut oleh blogger/rakyat dalam Malaysia sendiri.

    Bom peledak seterusnya di lontarkan oleh WSJ di mana ianya memaparkan gambar Jho Low, PM dan Riza di luar kondominium mewah di New York. Seterusnya bom peledak ketiga juga oleh WSJ tentang 2.6B.

    Sebagai rakyat Malaysia, jangan cepat melatah dan melompat bila terbaca akan sebarang isu yang sedang dimainkan di media sosial dan media masa. Sedarlah bahawa ini adalah permainan persepsi dan serangan sebegini telah banyak menjatuhkan kerajaan Islam di dunia.

    Isu keganasan, ISIS dan yang setaraf dengannya juga adalah digerakkan melalui media sosial. Rekrut ISIS dilakukan melalui laman mukabuku dan perancangan rapi oleh ejen-ejen risikan negara “I” dan “U*A” untuk memastikan pergerakan ISIS dan sambutan terhadap rancangan ini akan mempengaruhi pengguna internet terutamanya mukabuku.

    Dasar yang di gubal di mana MKN sendiri mempunyai kuasa untuk mengishtiharkan sesuatu tempat/kawasan adalah dalam bahaya merupakan tindakan yang tepat pada masanya. Ini perlu sejajar dengan keadaan sekarang yang semakin meruncing. Kuasa jahat dan PsyOp yang tidak akan jemu untuk memainkan isu sebegini dan akan melalukan banyak FF pada masa hadapan merupakan peperangan yang hebat. Kerajaan akan jatuh sekiranya persepsi rakyat tidak dapat dikawal.

    Cukup.

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:19

      thanks bro, kupasan yang mantap

      Reply
  11. GTi-R says

    July 1, 2016 at 00:03

    Gila lama menyepi.. artikel yg dah nak 1 bulan pun baru ada 1 comment.

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:19

      lupa password buka blog untuk approved kan komen

      Reply
  12. Black says

    June 27, 2016 at 20:20

    Welcome back.. lama menyepi blog ni..

    Reply
  13. hanzar melayu says

    June 27, 2016 at 15:46

    selamat bertulis bro………………………

    Reply
  14. Datuk Bentara says

    June 26, 2016 at 13:24

    goods story….. love it

    Reply
  15. shah says

    June 24, 2016 at 09:51

    Rakyat tidah tahu sebab sebahagian pengetahuan ini telah disembunyikan dan dikawal selia pihak tertentu. Pihak yang inilah menentukan keberkesanan alatan, pengetahuan, insfrastruktur dan perancangan untuk menangkis serangan luar ini. Tapi yang paling bahaya sekiranya orang yang mengawal ini mempunya agenda peribadi tertentu untuk kekayaan atau kepentingan sendiri berbanding rakyat. Tiada salahnya rakyat dalam hal ini.

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:22

      kdg kdg x de sebab utk rakyat tahu…

      Reply
  16. Amir Mazlan says

    June 22, 2016 at 18:03

    betul..aku pun kadang2 rasa nak terpecaye jer dengan penulis media sosial ni 😀

    setiap kali diorang mainkan satu2 isu, rasa macam logik jer sebab lengkap dengan segala detail..yang bagi aku nampak macam mustahil orang biasa2 buleh tahu.

    tapi setakat rasa jer lah, nak percaya bulat2 tu memang takde..sebab sumber beritanya kita tak pasti..

    Reply
  17. amirull says

    June 21, 2016 at 10:13

    salam abg shah,

    artikel yg sgt berlainan tetapi memang perkara mcm nie yg kita kurang lihat atau tau. harap bnyk artikel mcm nie. berkaitan dgn ketenteraan tetapi dari konteks berlainan

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:23

      terima kasih bro

      Reply
  18. MEGA KARTI says

    June 19, 2016 at 10:18

    yeah ada artikal baru, ingatkan tuan rumah dah yarham … masih idop lagi ropernyer … kikikikikih …

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:24

      sudah mati tapi bangun kembali

      Reply
  19. ace says

    June 16, 2016 at 15:18

    buatlah apa yang terdaya. semakin kuat dipertahan semakin kuat pula ditentang. janganlah pentingkan semangat barisan dan pakatan melebihi semangat yang hak sudah dipersaudarakan buat kita semua orang islam.

    2. bila kita jaga tali – tali Allah, dia akan jaga kita. datanglah ancaman nampak atau yang ghaib, yakinlah orang2x Islam yang degil sekalian, bila datang bantuan Allah kita pasti menang. kita tolong agama Allah pun dia pasti membalas kita.

    3. agensi2x pertahanan negara, kumpulan2x pendesak kecil, buatlah apa yang patut. ibarat kisah sahabat nabi yang tidak menambat unta dan hanya mengharapkan Allah dan rasul-Nya tidak jadi juga. kuasa tentera dan polis paterikan bersetia ke bawah duli yang dipertuan agung. jangan pernah di raja-kan ke bawah pentadbiran atau kehakiman. pengurusan dan keadilan bersifat lalang. ditiup ke kanan lentok ke kanan, ditiup ke kiri lentok ke kiri. naik yang baru acuan baru. harimau mati meninggalkan belang, manusia undur nak tinggalkan nama.

    4. martabatkan dan angkat dengan berani agama islam di malaysia. sudah sampai masanya. cuba adaptasi sistem persekolahan yang dibuat oleh allahyarham sheikh ahmed deedat dan dr zakir naik di india, melatih anak2x kecil menghafaz al-quran, mukjizat segala ilmu tambah baik maahad, sekolah pondok dan centralized kan jadi pusat pengajian islam terbesar di asia tenggara. tewas malaysia bukan kerana kurang peralatan perang tetapi kerana hilangnya cahaya ilmu. tak baca quran. apatah lagi nak hafaz. buat sistem yang dipelihara oleh majlis raja2x melayu yang menyerapkan hafiz dan hafizah ke sistem pekerjaan, gaji dan pencen. tusuklah pendakwah2x islam ke pedalaman sabah dan sarawak, hampiri kaum asli dan kuatkan semenanjung.

    5. dah sampai masanya pemimpin islam sekalian, warna apa pun anda. angkat dan martabatkanlah islam dengan berani di negara malaysia ini. tolong agama Allah, dia akan tolong negara kita ini. insyallah, the unknown war yang memainkan ekonomi dan kuasa ini tak dapat meruntuhkan tamadun yang dibina atas landasan ilmu. selamat berpuasa saudara2x semua.

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:25

      thanks bro…glad to see u again

      Reply
  20. TAMING SARI says

    June 15, 2016 at 11:11

    Saya setuju memang terdapat peperangan dalam bentuk tidak nyata.Hanya rakyat celik mata dan hati tahu perkara ini.Semangat Patriotik amat penting.

    Reply
  21. El Halim says

    June 13, 2016 at 01:05

    Kami org awam tidak faham. Kepada wira-wira yg berkenaan, tolonglah jaga negara kami ini. Kami bersama anda.

    Reply
  22. Azroy says

    June 12, 2016 at 00:05

    Salam Tuan Shah, sangat5 menanti tulisan tuan…mana menghilang..Tahniah

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:25

      hilang kat blog, FB aktif

      Reply
  23. a non says

    June 10, 2016 at 15:59

    until exhausted?

    Reply
  24. AnasEmran says

    June 9, 2016 at 12:01

    lamanya tak update;-(

    Reply
  25. zack says

    June 8, 2016 at 12:33

    assalamualaikum
    nice artikel. bile bace teringat ada rakyat bangga ahli parti politik kesayangan die diterima di luar negara sedangkan ahli politik tersebut menghina dan memburukan negara. hasil nya ekonomi negara hancur. malang betul….
    wktu 2013 dulu saya kerja dkt hotel di putrajaya yg majoriti customer check out dan elak datang malaysia sebab BERSIH. malu bila tetamu luar pun takut demonstrasi jalanan tp rakyat kita sukakan benda tu.

    Reply
  26. faisal 9w2wbt says

    June 8, 2016 at 09:53

    lama dah tk mengomen kat sini… salam emua.. selamat berpuasa…

    Reply
  27. Whywhy says

    June 6, 2016 at 18:45

    Setelah sekian lama menunggu.. akhirnya kuar article baru.. terima kasih..

    Reply
  28. Arif says

    June 4, 2016 at 22:32

    Dah lama bro tak post artikel..saya memang tunggu artikel daripada Shah Paskal..gempak..kalau boleh,cuba citer pasal Konspirasi Singapura

    Reply
  29. pater says

    June 4, 2016 at 13:57

    Berbilion bilion duit negra yg ilang era najib sptutnya dh leh wat beli sgala klngkapn prtahann perang bentuk baru ni. Tp syg dilicinkn smta utk hndbag, filem lucah dan cincin

    Reply
  30. Dato kau says

    June 4, 2016 at 13:11

    Ingat dah pencen

    Reply
  31. maha says

    June 4, 2016 at 01:58

    Perang prokasi di mula kan oleh yahudi George soros pada negara2 bekas sovie berpihak negara rusia mula mengunakan mengunakan ngo tentu Dan Menjatuh megunakan rusuhan Dan media sosial, soros penyembang terbesar media NGO icip amerika, badan NGO di merata dunia

    Taktik mereka perang proksi media sosial
    1)Cara mereka nak mencari siapa boleh mereka gunakan
    2)mereka akan mengunakan media barat untuk buruk kita
    3) mereka akan mencari isu walau tak kena pemimpin , contoh kalau ADA VIP mati pun tak kena mena ‘akan kait dengan pemimpin tentu.
    4)jika pembelian senjata akan kait dengan rasuah mula. Mencipta isu
    5) mereka akan mencipta fitnah konon kerajaan tak ambil perihatin dengan masalah Rakyat
    6) mereka ini pandai menyamar konon terhanyar dan di seksa oleh kerajaan
    7) cerita benar tapi tambah2 cerita konon kerajaan salah padah lah tak kena dengan kerajan kemudian putar belit,

    Aku kata ingat lagi kata2 sorang jenderan nazi tapi lupa nama dia,
    Cerita berbohong jika cerita ulang2 berulang Kali, Rakyat pasti akan mempercayainya walau pun cerita ITU berbohong.

    ITU sedang dilakukan oleh pihak tertuntu,

    Nabi muhumad s.a.w
    kita ajar kita ‘setiap berita hendaklah kita selidiki

    Dulu mereka gairah menghasut Sabah dan serawak keluar dari Malaysia tapi mereka telah gagal termasuk NGO dari luar negara cuba hasut mereka ini , disebab cyber tentera kita yg tak kenali pertahan kita ini, malah NGO barat juga cuba gunakan orang Sabah Dan serawak pakan Malaysia, tapi mereka gagal merhasut Rakyat Sabah dan serawak yg taat pada Malaysia, saya terima kasih pada wira tak dendan ini.

    Maaf kalau saya cerita pasal politik sikit
    Kerajaan masih masih tak sedar sehinggakan ADA tentera cyber RBA Dap ,cuba menghasut kita ini , ketika itu baru timbul kesedaran perang cyber propaganda di kalangan parti politik, jika kita ikut perang Gaza adalah perang pertama perang cyber Propaganda antara isreal Dan hamas bermula, dekat situ kita dapat belajar macam perang cyber ITU di memang oleh hamas sebab atas pertolong cyber army seluruh dunia Islam bergabung menyerang propaganda isreal terkenal media barat dia menyebelahi isreal ini. Sebenar perang alam cyber dibermula apabila orang refomasi selepas anwar pecat dengan mereka buat web mereka, cuba menjatunkan kerajaan tapi tak berjaya, ketika ITU ramai tak ADA computer dan teknologi telifon masih rendah hanya mengharap komputer cyber cefa

    Rakyat Malaysia masih tahu APA perang cyber propaganda
    Key elimen war cyber propaganda
    1)mereka guna media antarabangsa di blog
    2)menghasut
    3)menyamar
    4)cuba mendapat maklumat tentu
    5)cerita benar akan di spin menjadi tak benar.
    6)cerita salah akan di spin menjadi tak bersalah

    Reply
    • Admin says

      July 20, 2016 at 16:31

      thanks bro atas tambahan maklumat di atas…

      Reply
  32. Anak Sabah says

    June 3, 2016 at 19:12

    Salam,

    Thank you for the new and nice article,bro Shah…

    Keep it up,bro…

    Reply
    • DNG says

      June 27, 2016 at 02:10

      http://dnglobal.weebly.com/

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK