1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.
2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.
3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.
4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).