HEBAT SANGAT KE KAPAL SELAM MALAYSIA
“I feel that the SM-39 is a strategic weapon that will provide our submarines the capability that will probably be feared,” Kata-kata dari Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia Tan Sri Abu Bakar Abdul Jamal dalam temubual dengan Utusan Malaysia tidak lama dahulu. Dengan demikian selepas meneliti ayat ini, penulis membuat analisa untuk mengetahui apa yang ada dalam fikiran beliau.
1. Kapal selam model Scorpene akan tiba Julai ini, inilah khabar terbaru.
2. Kehebatanya dicemburui oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara sehingga menyebabkan Thailand berasa terdesak untuk mencari kapal selam, Indonesia bergegas menempah dua buah kapal selam baru dari Korea Selatan (Indonesia sudah ada dua dari Jerman) dan Singapura terus membeli lima kapal selam terpakai kelas Sjoorman (satu untuk sparepart) dari Sweden.
3. Apa yang hebat? ia bukan dilengkapkan dengan sistem AIP pun, ia hebat kerana ia merupakan satu-satunya kapal selam di rantau ini yang boleh melancarkan peluru berpandu dari jenis Exocet untuk menghancurkan kapal permukaan musuh dari dalam air.
4. Selain membawa torpedo yang ditembak dari enam tiub pelancar, tiub yang sama juga boleh meluncurkan peluru berpandu SM-39 Exocet yang boleh mengenai sasaran sejauh 50 kilometer.
5. Peluru berpandu ini akan menjadi senjata strategik (bagaimana ia digunakan, tidaklah saya tahu).
6. Yang saya tahu, Exocet merupakan senjata yang terbukti berkesan dalam merosakkan kapal-kapal perang British semasa peperangan Falkland dahulu.
7. SM-39 ini menggunakan radar pengesan aktif, tetapi dari segi tahap kemusnahan, ia mempunyai bahan peledak yang agak kecil berbanding Harpoon jadi ia jatuh kepada peluru berpandu kategori pertengahan.
8. Untuk versi SM-39, maklumat sasaran biasanya akan di “download” kepada peluru berpandu, ia akan dilancarkan melalui tiub torpedo Scorpene melalui satu lagi kapsul roket untuk memberi tujahan melepasi lautan.
9. Selepas melepasi permukaan laut, kapsul roket ini akan terpisah dan Ecoxet SM-39 akan meluncur seperti mana-mana peluru berpandu Exocet yang lain.
10.Oleh kerana penerbangan Ecoxet mendakap permukaan laut dan merapati sasaran dengan kadar ketinggian hanya 2.5 meter dari permukaan laut, radar kapal musuh sukar untuk mengesan kehadiran peluru berpandu itu sehinggalah segala-galanya sudah terlambat.
11.Berbanding dengan tentera laut sahabat, mereka menggunakan Harpoon dengan jarak pelancaran sehingga 100 kilometer berbanding hanya 50 kilometer bagi SM-39 tetapi pelancaran dari jarak jauh akan memudahkan peluru berpandu itu dikesan dan disasarkan melalui sistem elektronik atau peluru berpandu Seawolf dari KD Lekiu.
13.Ini juga bermakna Scorpene Malaysia akan mempunyai dua sistem kawalan tembakan yang berbeza iaitu satu untuk torpedo dan satu untuk solusi pelancaran peluru berpandu Exocet.
14.Strategik??? Saya tidak tahu tetapi dari maklumat yang saya perolehi, SM-39 yang ada dipasaran pada hari ini merupakan dari versi Blok 2, tetapi pihak pengeluar peluru berpandu itu sedang meningkat keupayaan SM-39 yang dengan cara mendigitalkan peluru berpandu itu melalui pemasangan alat Global Positioning System (GPS).
15.Digandingkan dengan teknologi satelit yang sudah dikuasai oleh Malaysia, (salah satu dari satelit Malaysia yang dilancarkan ke angkasa mempunyai aplikasi pertahanan tetapi saya tidak pasti jika ini benar atau tidak), SM-39 boleh menyerang mana-mana sasaran di kawasan darat dan keupayaan ini sama dengan penggunaan peluru berpandu kruis Tomahawk, mungkin ini yang dimaksudkan sebagai strategik.
16.Sehingga sekarang, kerajaan Malaysia masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pembelian SM-39 atau mungkin kita sedang menunggu pengeluaran SM-39 yang sudah ditingkatkan keupayaannya dan dijangka berada di pasaran sekurang-kurangnya pada tahun 2010 atau 2011.
17.Ini hanya ramalan saya kerana pucuk pimpinan negara hanya mengumumkan perolehan torpedo Black Shark secara rasmi dan tidak pada SM-39.
NOTA : KALAU TIDAK SILAP, PUCUK PIMPINAN ATM PERNAH MENGAMBARKAN BAHAWA MALAYSIA AKAN MEMPUNYAI ENAM KAPAL SELAM MENJELANG TAHUN 2020.
PENULIS PERNAH MEMPUNYAI PENGALAMAN MEMASUKI KAPAL SELAM AGOSTA DARI PERANCHIS (SEMPIT GILER) DAN MEMASUKI KAPAL SELAM INDONESIA KRI PASOPATI DI SURABAYA.
KEPADA SESIAPA RAKYAT MALAYSIA YANG TERINGIN RASA BAGAIMANA BERADA DALAM PERUT KAPAL SELAM YANG SEBENAR, BOLEHLAH BERKUNJUNG KE MONUMEN KAPAL SELAM YANG TERLETAK DI SURABAYA, INDONESIA.
GAMBAR-GAMBAR LAWATAN PENULIS KE MONUMEN KAPAL SELAM ITU ADA PADA
ENTRY AWAL BLOG INI.
TURUT DISERTAKAN ADALAH PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA..PERSOALANNYA APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH TAN SRI ABU BAKAR ABDUL JAMAL DENGAN SENJATA STRATEGIK???? BAHAGIAN STRATEGIK ITU SAYA HIGHLIGHT KAN DI SINI
ANALISIS INI DIBUAT BERDASARKAN KATA-KATA BELIAU DI BAWAH…
n KUALA LUMPUR, the Commander of the Royal Malaysian Navy, Admiral Tan Sri Abu Bakar Abdul Jamal, said Malaysia needed more than 10 submarines to ensure security over its territorial waters as it had a 4,490 km-long coastline,
“The two just ordered is only the beginning. In our planning and projections we need more than two submarines to ensure tight security over our territorial waters,” he said.
“At least to feel comfortable, 10 should suffice,” he told reporters after receiving a farewell call from the Commander of the Royal Brunei Navy Pehin Datu Pangliam Colonel (Navy) Abdul Jalil Ahmad.
“Of the 10, four will be on patrol, two will be on maintenance and others on training,” Admiral Abu Bakar said.
He said the main base for the submarines would be in Sepanggar Bay while smaller facilities for them would also be built in other places such as Langkawi.
Admiral Abu Bakar said the submarines would be equipped with the latest French and Italian-made Black Shark Torpedoes and SM-39 guided missiles which could be launched from below water.
“I feel that the SM-39 is a strategic weapon that will provide our submarines the capability that will probably be feared,” he said.
Asked about the doubts expressed by sections of the public over the use of diesel-powered submarines. he said between diesel and nuclear-powered submarines, the more appropriate ones would be those using diesel electric propulsion.
He said the South China Sea and the Indian Ocean were not as deep as the Atlantic Ocean and hence there was no need for big submarines.
Moreover apart from being big and costly, nuclear submarines would be against the ASEAN policy of a nuclear free Southeast Asia.
Admiral Abu Bakar said relations between the Malaysian and Brunei navies were good.