HEBAT SANGAT KE KAPAL SELAM MALAYSIA
“I feel that the SM-39 is a strategic weapon that will provide our submarines the capability that will probably be feared,” Kata-kata dari Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia Tan Sri Abu Bakar Abdul Jamal dalam temubual dengan Utusan Malaysia tidak lama dahulu. Dengan demikian selepas meneliti ayat ini, penulis membuat analisa untuk mengetahui apa yang ada dalam fikiran beliau.
1. Kapal selam model Scorpene akan tiba Julai ini, inilah khabar terbaru.
2. Kehebatanya dicemburui oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara sehingga menyebabkan Thailand berasa terdesak untuk mencari kapal selam, Indonesia bergegas menempah dua buah kapal selam baru dari Korea Selatan (Indonesia sudah ada dua dari Jerman) dan Singapura terus membeli lima kapal selam terpakai kelas Sjoorman (satu untuk sparepart) dari Sweden.
3. Apa yang hebat? ia bukan dilengkapkan dengan sistem AIP pun, ia hebat kerana ia merupakan satu-satunya kapal selam di rantau ini yang boleh melancarkan peluru berpandu dari jenis Exocet untuk menghancurkan kapal permukaan musuh dari dalam air.
4. Selain membawa torpedo yang ditembak dari enam tiub pelancar, tiub yang sama juga boleh meluncurkan peluru berpandu SM-39 Exocet yang boleh mengenai sasaran sejauh 50 kilometer.
5. Peluru berpandu ini akan menjadi senjata strategik (bagaimana ia digunakan, tidaklah saya tahu).
6. Yang saya tahu, Exocet merupakan senjata yang terbukti berkesan dalam merosakkan kapal-kapal perang British semasa peperangan Falkland dahulu.
7. SM-39 ini menggunakan radar pengesan aktif, tetapi dari segi tahap kemusnahan, ia mempunyai bahan peledak yang agak kecil berbanding Harpoon jadi ia jatuh kepada peluru berpandu kategori pertengahan.
8. Untuk versi SM-39, maklumat sasaran biasanya akan di “download” kepada peluru berpandu, ia akan dilancarkan melalui tiub torpedo Scorpene melalui satu lagi kapsul roket untuk memberi tujahan melepasi lautan.
9. Selepas melepasi permukaan laut, kapsul roket ini akan terpisah dan Ecoxet SM-39 akan meluncur seperti mana-mana peluru berpandu Exocet yang lain.
10.Oleh kerana penerbangan Ecoxet mendakap permukaan laut dan merapati sasaran dengan kadar ketinggian hanya 2.5 meter dari permukaan laut, radar kapal musuh sukar untuk mengesan kehadiran peluru berpandu itu sehinggalah segala-galanya sudah terlambat.
11.Berbanding dengan tentera laut sahabat, mereka menggunakan Harpoon dengan jarak pelancaran sehingga 100 kilometer berbanding hanya 50 kilometer bagi SM-39 tetapi pelancaran dari jarak jauh akan memudahkan peluru berpandu itu dikesan dan disasarkan melalui sistem elektronik atau peluru berpandu Seawolf dari KD Lekiu.
13.Ini juga bermakna Scorpene Malaysia akan mempunyai dua sistem kawalan tembakan yang berbeza iaitu satu untuk torpedo dan satu untuk solusi pelancaran peluru berpandu Exocet.
14.Strategik??? Saya tidak tahu tetapi dari maklumat yang saya perolehi, SM-39 yang ada dipasaran pada hari ini merupakan dari versi Blok 2, tetapi pihak pengeluar peluru berpandu itu sedang meningkat keupayaan SM-39 yang dengan cara mendigitalkan peluru berpandu itu melalui pemasangan alat Global Positioning System (GPS).
15.Digandingkan dengan teknologi satelit yang sudah dikuasai oleh Malaysia, (salah satu dari satelit Malaysia yang dilancarkan ke angkasa mempunyai aplikasi pertahanan tetapi saya tidak pasti jika ini benar atau tidak), SM-39 boleh menyerang mana-mana sasaran di kawasan darat dan keupayaan ini sama dengan penggunaan peluru berpandu kruis Tomahawk, mungkin ini yang dimaksudkan sebagai strategik.
16.Sehingga sekarang, kerajaan Malaysia masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pembelian SM-39 atau mungkin kita sedang menunggu pengeluaran SM-39 yang sudah ditingkatkan keupayaannya dan dijangka berada di pasaran sekurang-kurangnya pada tahun 2010 atau 2011.
17.Ini hanya ramalan saya kerana pucuk pimpinan negara hanya mengumumkan perolehan torpedo Black Shark secara rasmi dan tidak pada SM-39.
NOTA : KALAU TIDAK SILAP, PUCUK PIMPINAN ATM PERNAH MENGAMBARKAN BAHAWA MALAYSIA AKAN MEMPUNYAI ENAM KAPAL SELAM MENJELANG TAHUN 2020.
PENULIS PERNAH MEMPUNYAI PENGALAMAN MEMASUKI KAPAL SELAM AGOSTA DARI PERANCHIS (SEMPIT GILER) DAN MEMASUKI KAPAL SELAM INDONESIA KRI PASOPATI DI SURABAYA.
KEPADA SESIAPA RAKYAT MALAYSIA YANG TERINGIN RASA BAGAIMANA BERADA DALAM PERUT KAPAL SELAM YANG SEBENAR, BOLEHLAH BERKUNJUNG KE MONUMEN KAPAL SELAM YANG TERLETAK DI SURABAYA, INDONESIA.
GAMBAR-GAMBAR LAWATAN PENULIS KE MONUMEN KAPAL SELAM ITU ADA PADA
ENTRY AWAL BLOG INI.
TURUT DISERTAKAN ADALAH PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA..PERSOALANNYA APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH TAN SRI ABU BAKAR ABDUL JAMAL DENGAN SENJATA STRATEGIK???? BAHAGIAN STRATEGIK ITU SAYA HIGHLIGHT KAN DI SINI
ANALISIS INI DIBUAT BERDASARKAN KATA-KATA BELIAU DI BAWAH…
n KUALA LUMPUR, the Commander of the Royal Malaysian Navy, Admiral Tan Sri Abu Bakar Abdul Jamal, said Malaysia needed more than 10 submarines to ensure security over its territorial waters as it had a 4,490 km-long coastline,
“The two just ordered is only the beginning. In our planning and projections we need more than two submarines to ensure tight security over our territorial waters,” he said.
“At least to feel comfortable, 10 should suffice,” he told reporters after receiving a farewell call from the Commander of the Royal Brunei Navy Pehin Datu Pangliam Colonel (Navy) Abdul Jalil Ahmad.
“Of the 10, four will be on patrol, two will be on maintenance and others on training,” Admiral Abu Bakar said.
He said the main base for the submarines would be in Sepanggar Bay while smaller facilities for them would also be built in other places such as Langkawi.
Admiral Abu Bakar said the submarines would be equipped with the latest French and Italian-made Black Shark Torpedoes and SM-39 guided missiles which could be launched from below water.
“I feel that the SM-39 is a strategic weapon that will provide our submarines the capability that will probably be feared,” he said.
Asked about the doubts expressed by sections of the public over the use of diesel-powered submarines. he said between diesel and nuclear-powered submarines, the more appropriate ones would be those using diesel electric propulsion.
He said the South China Sea and the Indian Ocean were not as deep as the Atlantic Ocean and hence there was no need for big submarines.
Moreover apart from being big and costly, nuclear submarines would be against the ASEAN policy of a nuclear free Southeast Asia.
Admiral Abu Bakar said relations between the Malaysian and Brunei navies were good.
Malaysia ok
bkn malaysian huhu..
xperlula detail sgt
rekabentuk kapal selam bergantung kepada pengeluar ……ww1,ww2,juga jadi pengajaran tentang keberkesanan kapal selam iaitu risikan dan mimpi ngri untuk kapal tentera laut musuh… kapal2 selam boleh memutus kan bekalan dari laut….memusnah kan kapal 2 musuh…….the theory still relevan for WW3…….bab singapore ,they had their own SOP…..malaysia had ,our own SOP….
AIP berfungsi bagi membolehkan tenaga elektrik dijana. Dengan itu enjin kapal boleh digerakkan dengan elektrik dan ia boleh menyelam dengan lebih lama tanpa perlu timbul ke permukaan. Gerak dengan diesel pun senyap, dengan elektrik pun senyap so ada AIP tidak menjamin total stealthy. Tu sebab TUDM tak tergesa-gesa nak pasang AIP.
Peranan sebenar kapal selam sejak era perang dingin bukan lagi untuk memusnahkan sasaran (ini bukan era WWII) tapi tujuan risikan. Kalau sesiapa ada tengok kapal selam RSS Archer milik Singapore, ia memiliki hull (badan) yang bersegi. Tak seperti Scorpene yang memiliki hull berbentuk apa yang dipanggil ‘teardrop’. Kapal selam US kelas Miami dan Los Angeles pun memiliki rekabentuk hull yang sama. Kehebatan Scorpene ialah kesukaran untuk dikesan oleh radar dan sonar. Kalau setakat mampu lancarkan peluru berpandu sewaktu menyelam, ganas lagi kapal selam Singapore.
Apa yang mereka bimbangkan akan scorpene ialah kemampuannya untuk menyelinap masuk ke perairan mereka dan mencuri data melalui kabel bawah laut dan memintas airwave communication (seperti yang dilakukan US pada Soviet Union) atau sekadar memantau aktiviti di Negara jiran secara senyap tanpa di sedari.
This is 21st century. Kekuatan sesuatu kelengkapan ketenteraan tu tak semestinya pada fire power semata-mata. It needs more than just crash boom bang to win a war nowadays. Be smart!
Malaysia perlukan sekurang-kurangnya 6 buah kapalselam , 4 untuk kawasan wilayah 1 iaitu semenanjung dan 2 buah utk kawasan wilayah 2 iaitu sabah dan sarawak .
hambatan utama kita ialah kewangan , pembelian juga jadi masalah kerana seringkali ianya diputar belitkan oleh pembangkang , jadi modal politik mereka dan rakyat dengan mudah terpedaya , percaya dengan auta pembangkang yang memang diakui hebat dan pakar mengolah cerita !
saya sarankan , pihak ATM harus ada satu badan atau special unti dalam perkara2 sebegini iaitu bidang penyiaran media , harus sentiasa memantau gerak dan langkag cerita negatif perhal pembelian oleh ATM ,
pada kerajaan , jgn sesekali putus asa dan mengalah pada desakan individu bergelar YB yang cuba ‘mengorek’ rahsia ketenteraan negara , kerajaan harus terus memikirkan dan menambah jumlah pegangan ATM , harus sentiasa mengutamakan kepentingan pertahanan negara !
jangan sampai esok perang , kita kalah sebelum berjuang , jangan sampai esok nak perang hari ini barulah tergesa membeli itu ini , sesal dulu pendapatan ..!
setuju tu haritz. aip mmberi kelebihan dari aspek stealth (mnjadikannya lebih snyap)dan tahan lebih lama dalam laut. sbb tu sngapore pun pasang dlm kapal selam dorg, ttapi mcm saudara tegaskan ia x la mnjamin kemenangan.
kapal selam tu sendiri adalah aset strategik sbenarnya selain astross n su 30mkm yg kita ada. dia punya stealth mnjadikan manax kapal selam sbg satu aset yg cukup strategik bg ssbuah negara. bygkan navy argentina dh tk berani kluar ke laut slepas general belgrano tenggelam di torpedo oleh kapal selam britain smasa perang falklands. hanya sbuah kapal selam dh cukup utk mnakutkan manax kapal permukaan. sistem persenjataan pula sbg taring bg kapal selam tu..torp black shark pula yg pling terkini slain sistem tempur subtics.
Kepada blogger…
sebenarnya yang dimaksudkan strategik bukan hanya tertumpu kepada missile… tetapi lebih kepada keupayaan submarine dan pengendalinya….saranan saya, buat kajian dahulu terhadap kemampuan kapal selam sebelum menulisnya… AIP ada atau tidak, tidak menjamin kemenangan di dalam satu pertarungan.
saudara shahpaskal..
sy ada terbaca tentang SUBTICS(SUBMARINE TACTICAL INTEGRATED COMBAT SYSTEM) yg digunakan dalam scorpene kita..
bolehkah saudara mengupas lebih lanjut tentang sistem ini supaya kita tahu cara pengoperasian kapal selam kita
slain sm39 ap lagi yg menjadikan scorpene sbgai aset strategik kite ye?
ade sesape leh terangkan?
scorpene akan menjadi aset strategik kepada ATM jika semua keperluannya dipenuhi untuk pengoperasian. Terutamanya spares yang akan menentukan ianya boleh beroperasi sebilang masa dengan efisyen. Terutamanya sonar, esm dan radar akan menjadi mata dan telinga perisikan yang akan menjadi nilai tambah yang mampan kepada pertahanan negara.
Ibarat berada di dalam gua, semua crew harus diberi suntikan moral yang sangat tinggi dengan segala aspek kebajikan diri dan keluarga mereka mesti dikemaskini.
Salam…dengan kekuatan kapal selam yang bakal beroperasi tidak lama lagi telah memberi satu lagi keupayaan negara utk pertahanan bawah permukaan. tetapi jumlah yang sedikit menyebabkan operasi memburu nya nanti menjadi lebih mudah.
sebelum ada pihak memburu scorpene kita ada lah lebih baik negara memasang radar bawah permukaan di kawasan perairan negara supaya kehadiran submarine atau kapal pemusnah musuh dapat dikesan lebih awal. radar ini boleh diampungkan dibawah permukaaan atau atas permukaan seperti sistem Boya… dan jika terdapat satu radar tidak berfungsi. sabotaj mungkin telah berlaku dan ini akan memberi masa oleh TLDM utk membuat persiapan sebelum ketibaan musuh.
hehehe…aku tak tau pulak pasai tu. Yang aku tahu Malaysia mmg tak berminat beli kapal selam Russia pasal kualiti depa tak bagus.
Bising amat sangat….anyway thank u for the comment, maybe ada kebenaran dalam kata-kata anda.
Memang hebat Scorpene. Shahpaskal.. Aku pernah dengar cerita Government hampir2 nak beli submarine Russia.Tak jadi beli sebab tragedi submarine Kursk.Anyway, sub Russia lagi canggih
mengenai komen tuan kalam tu, aku pun agak ‘seriau’. kita kena ingat faktor utama yahudi menang dalam perang 6 hari adalah perisikan yang mantap.
perisikan yang mantap mampu mengalahkan sesebuah negara walaupun equipment negara tersebut mantap.
kena ingat tu
wah, maklumat yang amat menarik shah..
sebabtu kita sekarang macam arm raced..
masing2 sibuk beli senjata..
indonesia baru je beli 4 bijik su-29 dan 2 su-30..
dijangka tiba tak berapa pasti…
aku amat berbangga yang kita dapat berbincang di sini..
to be a good future leader, we must absorb all changes around us..
‘we serve for MALAYSIAN’
soalan paling utama
how good are our neighbours ASW team? 50 km might sound like a long distance to most but on maritime speak that is still within striking distance of ASW choppers or Orions
aku teringat iklan singapore navy 10 tahun dulu. ketika itu indonesia baru sahaja dapat submarine baru. dalam iklan tu ade simulasi task force screen diceroboh submarine. tunjuk scene dalam CIC dan akhirnya submarine jadi world biggest iron coffin
elaun special?
pasti.. tapi submariners are voumteers. they know what they are doing and what trouble may befall them.
kalo untuk pertahan menyeluruh mmg xcukup kalau 2 sahaj..tapi kalau guna 1 sahaja cukup untuk melambatkan operasi pihak musuh untuk menyusup masuk ikut laluan air…kalau strategi betul, boleh delay pihak musuh sampai 2-3minggu…itu cukup untuk mengatur gerak pertahan di bahagian darat…sekadar pandangan
It is only a beginng ….more to come…be afraid, be very afraid with the Royal Malaysian Navy….
shahpaskal…aku pernah juga masuk dalam kapal selam USS…entah apa namanya, masa kat US dulu…memang sempit dan merimaskan…aku setuju sangat kalau anak-anak kapal selam scorpene tu diberi elaun khas….seksa beb kat dalam tu…
Scorpene kekuatan strategik ? Mungkin ye, tapi jumlahya amat sedikit, saya tak pasti bagaimana ATM akan atur gerak kedua-duanya nanti, satu east coast, satu peninsular ?
Pucuk pimpinan ATM memang ada rancangan yang saya boleh katakan OK untuk pertahanan negara, infact kalau tak salah dulu, top brass TLDM pernah kata kena ada atleast 10 frigate to make sure perairan kita betul-betul terjamin, tapi biasalah, bila pergi MOF, itu kena potong, ini kena potong….
P/s dulu pernah interview ex PTL, Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, pasal bila navy nak pasang AIP kat sorpene kita, tarik muka dia bro….. hehehehehe
Thanks Tuan Kalam,
Cerita pembocoran maklumat ini benda baru. Dahulu Mindef kita senang keluar masuk tetapi selepas terjadinya pencerobohan, nak masuk memang payah siap kami reporter kena scan lagi.
Orang Melayu ni masalahnya tidak kuat menyimpan rahsia.
Baguslah kalau pakar pertahanan kita mempunyai visi pertahan yang strategik. Ianya stu kualiti yang semakin kurang. Namun aku risau pasal kebolehupayaan kita menyimpan maklumat. Sebab masa ku melaksanakan satu projek kecil untuk mindef beberapa tahun dulu ada banyak broker angin yang nak menjual projek pelabuhan kapal selam di teluk sepanggar sana.Kalau ahli perniagaan kecilan macam aku pun boleh tahu kat mana letaknya pelabuhan kapal selam, jiran kita tentu dah siap ada blueprintnya! Mana tahu mereka dok menyamar sebagai kontraktor kelas A dan melobi untuk menjadi main con projek tu. Aku harap kita cukup kuat untuk menahan semua asakkan ni.
Kita akan produkkan lebih ramai ‘Harimau Malaya Force 136’ emptive strike takutkan harimau Malaya …. Harimau Malaya pernah melakukan penyususpan dengan submarine, Catalina dan Parachute dalam WWII
(RELA BERKORBAN)
Memang hebat..
Buat jiran panas punggung
hehe