Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Analisis / HATI-HATI KETIKA MENGAMBIL GAMBAR DI SINGAPURA

HATI-HATI KETIKA MENGAMBIL GAMBAR DI SINGAPURA

March 20, 2009 by Admin 11 Comments

HATI-HATI KETIKA MENGAMBIL GAMBAR DI SINGAPURA

ANDA PERNAH BERHADAPAN DENGAN SITUASI INI DI MALAYSIA???, BACA PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN, SINGAPURA MENGENAI REJIMEN 6 SIR (Singapore Infantry Regiment)

Prebet (Pte) Soh Wei Siang, 22 tahun sedang bertugas mengawal sebuah pusat penting apabila ternampak seorang penumpang bas mengambil gambar bangunan pusat itu.

Oleh kerana mengambil foto tanpa izin dilarang di semua pusat-pusat penting, Pte Soh mula bertindak. Dengan pantas beliau mengingat ciri-ciri penumpang tersebut, usianya, pakaiannya, ketinggiannya, dimana dia berada, nombor plat bas dan hala kenderaan tersebut.

Semua ini dilakukannya dalam masa lima saat ketika bas itu bergerak meninggalkan anggota NS sepenuh masa.

Pte Soh melaporkan kejadian itu kepada pegawainya. Dengan maklumat yang diberikan, SAF dan polis dapat menahan bas itu dan mengenal pasti penumpang yang mengambil gambar itu dan melanjutkan siasatan.

Kombinasi askar-askar yang berwaspada serta kerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain seperti polis dan pengawal Cisco, pusat-pusat penting seperti Pulau Jurong, Dermaga Sembawang dan Lapangan Terbang Changi selamat dari ancaman.

Sejak akhir 2001, askar-askar SAF meronda pusat-pusat awam penting bagi meningkatkan kawalan keselamatan. Namun berdepan dengan ancaman pengganasan dari pelbagai negara dan konflik kecil serta penyusunan semula keamanan, adalah penting bagi sebuah battalion aktif dilatih untuk menghadapi cabaran serupa itu.

6 SIR dipilih bagi tugas penting ini. Biarpun anggota-angota rejimen itu mempunyai keupayaan infantri seperti rejimen lain, ia mempunyai keunikannya.

“Khususnya kami sebuah pasukan yang diperbesarkan tanggungjawabnya,” kata ketua 6 SIR Mejar Wong Weng Kong.

“Kami mempunyai sebuah platoon khas yang dinamakan Platoon Pengesanan dan Pengasingan Kimia dan Letupan (CEDI). Anggota platoon in dilatih khas mengenal pasti dan mengesan bahan letupan serta bahan kimia serta mengasingkan bahan-bahan serupa itu dengan selamat sebelum memanggil pasukan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (CBRE) untuk tindakan lanjut.”

6 SIR juga mempunyai sebuah Platoon Provos yang diberi kuasa lebih luas di bawah undang-undang di beberapa bahagian. Ada juga sebuah Platoon Pengesan yang menggunakan teknologi pengawasan bagi meningkatkan pengawasan melebihi mata manusia.

“Tambahan, kami ada sebuah pasukan bersenjata khas lengkap dengan senapang tembak jitu, senapang gajah dan pelancar grenad automatik bagi menghalang penceroboh dari jarak dekat, sederhana maupun jauh,” jelas Mejar Wong.

Askar-askar dihantar menjalani latihan khusus di unit-unit khas. Contohnya, anggota dari Platoon Provos berlatih di Sekolah Provos sebelum pulang ke 6 SIR.

Tugas 6 SIR adalah mengawal pusat-pusat tentera serta pusat awam penting sebagai salah satu usaha tentera mengawal keselamatan dalam negeri. Mereka dilatih dengan kemahiran khas untuk berwaspada sepanjang waktu.

Apakah antara kemahiran yang diberikan dalam masa latihan selama lapan bulan itu?

Menjelaskan, Mejar Wong berkata pasukannya dilatih memberi respons mengikut keadaan.

Satu kemahiran penting adalah kebolehan mengingat maklumat.

“Kemahiran itu ditajamkan menerusi program komputer serta latihan berperanan.”

“Yang penting, kami ingin kukuhkan daya ingatan mereka. Anggota pasukan dilatih untuk mengenal pasti apa yang ‘tidak kena’ dan mengingati butir-butir penting seperti jenis, nombor plat kenderaan ketinggian suspek, pakaiannya. Kami ingin mereka melaporkan butir-butir seberapa tepat yang boleh agar kami dapat bertindak,” kata Mejar Wong.

Tambahnya: ” Dalam soal keselamatan, kita perlu ambil perhatian dan anggap sesuatu kejadian yang tidak kena tempat itu dengan serius, kerana anda tidak tahu di mana atau siapa musuh kita.

“Berbeza dengan operasi askar biasa yang sering tunggu perintah dari pihak atas, pasukan kami diberi banyak kebebasan untuk mengambil tindakan. Oleh itu, pegawai muda dan askar-askar pasukan kami digalak membuat keputusan berdasarkan keadaan,” kata Mejar Wong.

Sejajar dengan tugas meronda dan mengawal pusat-pusat penting, askar-askar 6 SIR sering berinteraksi dengan orang-orang awam setiap hari. Mengurus hubungan manusia juga adalah penting menurut Mejar Wong.

Kata beliau: “Kita punya askar yang bijak berfikir yang sedar kepentingan tugas mereka, mereka tahu apakah kawasan-kawasan yang dilarang apabila berhadapan dengan orang awam. Oleh itu mereka dapat berhubung dengan orang awam dengan cara yang sopan namun tegas.”

Memang ada beberapa orang awam yang enggan memberi kerjasama atau mudah marah. Namun askar-askar kami boleh mengawal keadaan dengan menerangkan peri penting peraturan yang dilaksanakan.

Bagaimana pula dengan syarikat swasta? Apakah pendapat mereka mengenai kehadiran anggota tentera mengawal kawasan perniagaan mereka?

Menurut Mejar Wong, pada awalnya ada yang rasa kurang selesa.

“Namun mereka sedar ancaman yang dihadapi dan pentingnya keselamatan. Mereka sedar, SAF bersama agensi keselamatan dalam negeri lain, mengambil berat akan keselamatan mereka. Saya diberitahu mereka rasa lebih aman apabila melihat pasukan kami menjalankan rondaan serta tertarik dengan sikap profesionalisme anggota-anggota kami,” jelas beliau.

Mejar Wong juga gembira melihat hubungan rapat yang dijalin antara 6 SIR dengan agensi lain seperti polis dan pasukan pengawal pantai yang sama-sama mengawal pusat-pusat penting.

“Melalui latihan bersama, perbincangan dan pertemuan, kami belajar selok belok cara operasi satu sama lain. Dengan cara ini kita dapat tingkatkan keberkesanan dalam menghadapi apa juga situasi,” tambah beliau.

Penggunaan teknologi juga tidak dilupakan. Contohnya, pasukan itu giat menguji alat-alat pengawasan seperti camera mudah alih.

Setelah pasukan itu diberi taraf operasi enam bulan lalu, apakah penilaian Mejar Wong?

Saya benar-benar bangga dengan pasukan ini. Mereka sedar peri penting tugas mereka, komited terhadapnya dan sering menimba ilmu untuk memperbaiki kelakonan masing-masing.

Dalam berinteraksi dengan orang ramai mereka menonjolkan imej positif SAF sekali gus menjalankan tugas dengan sopan tetapi tegas. Ini menunjukkan latihan yang diberikan mula membuahkan hasil.

Akhir kata penduduk Singapura dapat mengecapi kenikmatan keamanan memandangkan ada pasukan seperti 6 SIR yang menjalankan tugas mengawal negara.

Related

Filed Under: Analisis, Notis, Pengalaman

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« HEBAT SANGAT KE KAPAL SELAM MALAYSIA
TANPA AWACS, TUDM AKAN GUGUR SEPERTI KELKATU »

Comments

  1. scaniaz says

    January 31, 2013 at 12:57

    senjata nie xboley beli kat mane2 kuasa besar yer kwn2.. 😀
    kuasa yg tidak terkalahkan..

    Reply
  2. joekumbang says

    March 30, 2009 at 21:25

    Mas Selamat membaca doa surah Yassin ayat 9 masa larikan diri. Tu la diorang tak nampak…

    Reply
  3. mohd salman says

    March 26, 2009 at 14:13

    jika kita perhatikan, singapura adalah satu-satunya negara majoriti masyarakat cina yang berada di tengah2 maly archipelago.

    kita dapat lihat betapa berjaga2nya mereka..

    persoalannya di sini, andaikata berlakunya krisis dengan negara2 malayu, adakah negara tanah besar cina akan campur tangan.

    kita jangan lupa bahawa kita tidak dapat putuskan talian darah sesuatu masyarakat itu walaupun mereka berlainan negara..

    kita sekarang mengalami security dilemma dengan singapura..

    masing-masing giat mempertingkat tahap teknology persenjataan..

    Reply
  4. azriey says

    March 24, 2009 at 16:13

    salam perkenalan tuan,
    blog yg menarik dan informatif.
    saya menantikan artikel yg lebih menarik lagi

    Reply
  5. Obefiend says

    March 23, 2009 at 21:20

    ini mahu tutup kemaluan

    selepas mas selamat lompat jamban memang internal security singapora ketat macam dubur barbie. ha ha

    mana la tahu pengganas buat recon pada target

    agaknya pelatih NS kita ada tak agaknya yang pro aktif sebegini

    harapnya ada.

    Reply
  6. Anonymous says

    March 22, 2009 at 23:50

    Jamil Ismail @ Jamil Kucing, pemilik blog http://bbcatlover.blogspot.com/ rupanya musang berbulu ayam.. terbaca pendedahannya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com … patutlah blognya dipenuhi artikel dari blog orang lain ([email protected] rujuk) dengan maki hamun dan sumpah seranahnya, rupanya dia tengah kegersangan… al batangi penjilat al juburi !!!

    Reply
  7. shahpaskal says

    March 22, 2009 at 10:17

    Benar kata-kata ANONYMOUS dan Komando Cyber, kita tengok rakyat kita mahu pun sebilangan kecil anggota keselamatan tidak ada sikap security awareness.

    Kalau ada, terlebih buruk pulak. Tengok jelah guard-guard kat Mindef (bukan semua)…kadang2, kalut tak tentu pasal pada masa yang berlainan, kawasan terbabit tidak pula mempunyai karenah sekuriti yang ketat.

    Reply
  8. CYBERCDO says

    March 21, 2009 at 11:32

    Pasukan Keselamatan terutamanya polis dan tentera di negara-negara maju memang telah melatih anggota mereka untuk lebih sensitif dgn situasi keselamtan mereka. Malangnya, di Malaysia walaupun pasukan kita telah terlatih untuk berbuat demikian, tetapi disebabkan kengkangan perundangan dan kurangnya kerjasama antara agensi keselamatan menyebabkan kepentingan keselamtan diabaikan….

    Reply
  9. Anonymous says

    March 20, 2009 at 10:07

    Menarik! Saya terfikir sejenak, kita selalu ambil berat tentang situation awareness, safety awareness tetapi jarang ambil berat tentang security awareness. Kalau setakat kita sembang di sini ianya tak akan mengubah keadaan, sekadar untuk kesedaran indivitu yang membacanya saja. Apakah cadangan saudara2 semua agar rakyat Malaysia juga memiliki SECURITY AWARENESS? Kadang2 sesuatu yang berlaku tiada nilai bagi orang yang melihat atau mengalaminya pada saat itu, tetapi apabila maklumat tersebut diproses mungkin akan membantu ke arah isu keselamatan (security)…

    Reply
  10. shahpaskal says

    March 20, 2009 at 08:28

    SEBENARNYA SEMUA NEGARA PATUT KENA ADA REACTION MACAM NI…KALAU TAK JADI MACAM KES DI SAUK.

    Reply
  11. Sang Asura says

    March 20, 2009 at 08:13

    Paranoid ? Tapi as a nation who practises pre emptive strike dan sentiasa berjaga2, Singapore memang perlu tindakan macam ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK