GAMBAR DATUK LAKSAMANA
1. Tahun lepas semasa pameran Defence Servise Asia (DSA), saya ada bertemu dengan Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) iaitu Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar, dalam sembang-sembang selama 40 minit (separuh dari masa itu banyak diganggu oleh tetamu VIPnya), beliau ada menceritakan Malaysia memerlukan peluru berpandu baru.
2. Bersama saya adalah teman sepejabat, Umi (cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba), kedatangan kami disambut oleh Kolonel Fadzlette Othman Merican (skrg bos kat Kementerian Pertahanan, ada blog kata dia ini dah pencen tapi bulan Jan?Feb? lepas, masa saya call, ada lagi di pejabatnya…pelik!!).
3. Saya menghubungi Kol Fadzlette ini untuk memaklumkan pada beliau bahawa terdapat penjualan ration tentera dari Kem Syed Sirajuddin secara haram di pasar-pasar mini sekitar Gemas.
4. Berbalik pada soal tadi, kata-kata laksamana itu beerti negara sedang meninjau peluru berpandu (surface to air missile) jarak sederhana dan bukan dari jenis VSHORAD (Igla dan Starbust).
5. Ini bukanlah berita baru, rasa-rasa sebilangan rakyat Malaysia sudah mengetahui hal ini dari majalah, akhbar atau internet.
6. Cuma saya mengambil langkah untuk mengulasnya semula kerana ada satu atau dua fakta taktikal yang mungkin boleh memahamkan segelintir pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan dalam persoalan keperluan persenjataan.
7. Kata laksamana itu, sistem peluru berpandu Starbust yang diguna untuk mempertahankan pengkalan-pengkalan TLDM sudah lama dan lapuk.
8. “Kita tidak mahu peluru berpandu jarak pendek (VSHORAD) macam Starbust. Sekarang
pun pesawat musuh boleh buat serangan dari jauh dengan jarak optimum 25 kilometer dan ada yang boleh melepaskan peluru berpandu dari jarak 60 kilometer,” kata beliau.
9. Radar yang diletakkan di bawah Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) pun boleh
mengesan pesawat musuh dari jarak ratusan kilometer jadi peluru berpandu yang bakal dibeli mesti boleh menangani masalah di antara jarak 20 ke 40 kilometer, katanya.
10.Perbualan ini tercetus kerana saya diberitahu oleh sumber saya bahawa TLDM akan
memilih peluru berpandunya sendiri untuk mempertahankan pengkalan lautnya tetapi hal ini telah dinafikan oleh laksamana itu.
11.Beliau memaklumkan kepada saya bahawa urusan pembelian dan penilaian akan dibuat
oleh Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) yang terletak di bawah penguasaan tentera darat.
12.”Peluru berpandu itu tidak akan dinilai oleh TLDM kerana kita beri kepercayaan kepada GAPU. TLDM tidak akan mempunyai sistem peluru berpandu pertahanan darat yang berlainan jenis, kita mesti integrasikan peluru berpandu kita di bawah SPUN. Jadi, ketiga-tiga cabang ketenteraan akan memakai sistem yang sama,” katanya lagi.
13.Beliau memberitahu, pembelian itu akan dibuat pada RMK 10 atau 11 dan dengan jumlah yang banyak kerana ia akan dipakai oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
14.Katanya, beberapa projek TLDM yang tertunda seperti frigate Lekiu Batch II dan kapal pengangkut akan dibuat selepas perolehan helikopter untuk TUDM iaitu EC725.
15.Ada khabar-khabar berkata, bahawa Malaysia berminat untuk memperolehi peluru berpandu dari China kerana negara besar itu menawarkan kita teknologi membuat peluru berpandu terutama dari jenis VSHORAD atau MANPADS (Khabar saja…Betul atau Tidak, Tak Tahulah).
16.Umum sudah pun mengetahui, STRIDE sudah pun menghasilkan peluru berpandu atau roket buatan Malaysia tetapi mempunyai masalah dengan sistem guidancenya.
17.Senjata ini pernah dipertontonkan secara umum semasa perarakan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 2007 dahulu, masa tu semua orang ingat ianya adalah “Mock Up”, sebaliknya yang sebenarnya sistem itu benar-benar berfungsi dan ada letupan (Amik risiko betullah Stride ini..heheh).
OH YA…SELAMAT MENGUNDI UNTUK PENYOKONG UMNO DAN PAS