Saya bertolak dari Damansara pada pukul 6 pagi. Memang penuh orang yang terdiri dari para pegawai tentera tempatan dan luar negara pada pagi itu sehingga kereta terpaksa diletakkan di luar Pusat Hidrografi Negara milik TLDM.
Saat yang mendebarkan. KD Tunku Abdul Rahman ditarik dengan dua buah bot tunda merapati jeti. Ketika ini, helikopter Super Lynx berlegar di atas, dua buah bot RIB Paskal lengkap dengan
komando bersenjata memerhati dari jauh.
Mula rapat. Tidak jauh dari jeti, sebuah kapal perang milik Peranchis sedang berlabuh. Saya pasti ia bukan milik TLDM kerana terdapat sistem senjata CIWS Phalanx (TLDM tidak pakai sistem ini dan kalau ada pun hanya satu sahaja yang dipasang pada KD Seri Inderapura)
Krew berdiri di hadapan KD Tunku Abdul Rahman yang juga mengandungi panel bukaan untuk
memasukkan torpedo ke dalam perut kapal selam
Macam babak dalam filem Das Boot terbitan Jerman
Perhatikan conning tower atau sail KD Tunku Abdul Rahman mengandungi pemancar komunikasi (radio), tiang tengah adalah periskop dan dua tiang terakhir adalah untuk peperangan elektronik
Saya tidak tahu apa benda yang terbonjol keluar ini (sonar kott)
Pintu utama atau main hatch kapal, krew KD Tunku Abdul Rahman mula keluar
Yang paling membanggakan, krew kapal selam KD Tunku Abdul Rahman terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Perhatikan pakaian kerja mereka yang menyerupai krew kapal selam Peranchis. Pemakaian pangkat juga diletakkan di dada. Kalau tidak silap saya, pemakaian pangkat di dada ini memang sesuai untuk tentera darat supaya sukar mereka di “mark” oleh
penembak curi. Yelah, penembak curi biasanya memang mencari pegawai untuk ditembak.
Krew KD Tunku Abdul Rahman berbangsa Tiounghua atau Cina bersama keluarganya.
Tingkap dan ruang lampu panduan atau signal pada conning tower
Saya tidak pasti apa bendanya ini, saya rasa ini merupakan emergency communication buoy. Kalau dalam dasar laut, buoy ini akan dilepaskan dan akan terampung pada permukaan laut. Satu kabel akan bersambung dengan kapal selam untuk tujuan menerima dan menghantar maklumat radio.
Sirip junam pada conning tower dan pintu. Bilik kawalan kapalselam terletak betul-betul di bawah conning tower ini
Gambar dalam perut kapal selam tidak ada kerana saya balik awal pasal panas sangat, lagi pun saya pernah masuk ke dalam perut kapal selam jenis Agosta (Peranchis) serta Whiskey (Russia), jadi saya tahu bertapa sempit dan boringnya berada dalam perut kapal selam. No wonderlah, depa ni diberi elaun khas.
(Semua gambar diambil dengan kamera handphone pasal itu kualiti tidak cantik. Menyesal, saat-saat bersejarah seperti ini saya tertinggal kamera di Seremban)
KOMEN PENGANALISIS PERTAHANAN MENGENAI SERVIS KAPAL SELAM
1. Sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa kapal selam pertama Malaysia, KD Tuanku Abdul Rahman akan tiba di Pusat Hidrografi Negara, Pelabuhan Kelang, saya terus menghubungi kenalan saya yang merupakan seorang penganalisa pertahanan antarabangsa Marhalim Abas yang kini bertugas di Asia Defence Journal.
2. Saya sengaja menghubunginya untuk mengetahui pendapat beliau mengenai servis kapal selam Scorpene disamping membolehkan pembaca blog mendapat pandangan orang ketiga selain dari analisa-analisa yang dibuat oleh saya sendiri.
3. Menurut Marhalim, jumlah perkhidmatan Scorpene yang dimasukkan kedalam servis Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebanyak 2 buah adalah sangat sedikit dan tidak mencukupi.
4. Negara perairan yang luas seperti Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah kapal selam malahan Singapura yang mempunyai kawasan perairan yang sangat kecil mempunyai 4 buah kapal selam terpakai jenis Sjoormen.
5. Dalam pada dua itu, ada kemungkinan dalam satu masa, hanya sebuah sahaja Scorpene yang akan keluar meronda kerana salah satu mungkin terpaksa berada di limbungan untuk baik pulih.
6. Ketiadaan sistem AIP (Air Independent Propulsion) juga bukan satu kekurangan kerana untuk mengecaj bateri, Scorpene Malaysia boleh menggunakan kawasan perairan yang luas di Laut China Selatan. Dalam bahasa mudah, selamat dari dikesan musuh.
7. Jika keadaan kewangan mengizinkan, sistem AIP boleh dipasang pada bila-bila masa sahaja pada badan Scorpene milik TLDM.
8. Ketiadaan sistem AIP pada Scorpene Malaysia berlaku kerana semasa pembelian ini dibuat dahulu, kemampuan AIP pada masa itu belum lagi matang.
9. Beliau juga menafikan bahawa kemasukkan Scorpene ke dalam servis TLDM menjadi penyebab utama tercetusnya perlumbaan senjata dalam konteks kapal selam di rantau ini.
10.Indonesia sejak 1960an sudah pun mempunyai kapal selam, pada tahun 1980an, Indonesia mempunyai kapal selam dari Jerman dan sekarang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kapal selam dari Korea Selatan atau Russia.
11.Vietnam sendiri sudah ada kapal selam dari kelas Yugo dan akan membeli enam kapal selam Kilo.
12.Singapura sudah memiliki 4 Sjoormen, jadi sebenarnya, Malaysia hanya mengikuti trend semasa, katanya.
13.Katanya, dengan ada pemilikan kapal selam oleh Malaysia, TLDM kini mampu mempelajari teknik yang lebih berkesan dalam konteks peperangan di bawah air.