Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Laut / KD TUNKU ABDUL RAHMAN SELAMAT TIBA

KD TUNKU ABDUL RAHMAN SELAMAT TIBA

September 4, 2009 by Admin 79 Comments


Saya bertolak dari Damansara pada pukul 6 pagi. Memang penuh orang yang terdiri dari para pegawai tentera tempatan dan luar negara pada pagi itu sehingga kereta terpaksa diletakkan di luar Pusat Hidrografi Negara milik TLDM.

Saat yang mendebarkan. KD Tunku Abdul Rahman ditarik dengan dua buah bot tunda merapati jeti. Ketika ini, helikopter Super Lynx berlegar di atas, dua buah bot RIB Paskal lengkap dengan
komando bersenjata memerhati dari jauh.


Mula rapat. Tidak jauh dari jeti, sebuah kapal perang milik Peranchis sedang berlabuh. Saya pasti ia bukan milik TLDM kerana terdapat sistem senjata CIWS Phalanx (TLDM tidak pakai sistem ini dan kalau ada pun hanya satu sahaja yang dipasang pada KD Seri Inderapura)

Krew berdiri di hadapan KD Tunku Abdul Rahman yang juga mengandungi panel bukaan untuk
memasukkan torpedo ke dalam perut kapal selam


Rasa megah


Macam babak dalam filem Das Boot terbitan Jerman

Perhatikan conning tower atau sail KD Tunku Abdul Rahman mengandungi pemancar komunikasi (radio), tiang tengah adalah periskop dan dua tiang terakhir adalah untuk peperangan elektronik


Saya tidak tahu apa benda yang terbonjol keluar ini (sonar kott)


Pintu utama atau main hatch kapal, krew KD Tunku Abdul Rahman mula keluar


Saat yang mengujakan


Yang paling membanggakan, krew kapal selam KD Tunku Abdul Rahman terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Perhatikan pakaian kerja mereka yang menyerupai krew kapal selam Peranchis. Pemakaian pangkat juga diletakkan di dada. Kalau tidak silap saya, pemakaian pangkat di dada ini memang sesuai untuk tentera darat supaya sukar mereka di “mark” oleh
penembak curi. Yelah, penembak curi biasanya memang mencari pegawai untuk ditembak.

Krew KD Tunku Abdul Rahman berbangsa Tiounghua atau Cina bersama keluarganya.


Tingkap dan ruang lampu panduan atau signal pada conning tower


Saya tidak pasti apa bendanya ini, saya rasa ini merupakan emergency communication buoy. Kalau dalam dasar laut, buoy ini akan dilepaskan dan akan terampung pada permukaan laut. Satu kabel akan bersambung dengan kapal selam untuk tujuan menerima dan menghantar maklumat radio.

Sirip junam pada conning tower dan pintu. Bilik kawalan kapalselam terletak betul-betul di bawah conning tower ini

Gambar dalam perut kapal selam tidak ada kerana saya balik awal pasal panas sangat, lagi pun saya pernah masuk ke dalam perut kapal selam jenis Agosta (Peranchis) serta Whiskey (Russia), jadi saya tahu bertapa sempit dan boringnya berada dalam perut kapal selam. No wonderlah, depa ni diberi elaun khas.

(Semua gambar diambil dengan kamera handphone pasal itu kualiti tidak cantik. Menyesal, saat-saat bersejarah seperti ini saya tertinggal kamera di Seremban)

KOMEN PENGANALISIS PERTAHANAN MENGENAI SERVIS KAPAL SELAM

1. Sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa kapal selam pertama Malaysia, KD Tuanku Abdul Rahman akan tiba di Pusat Hidrografi Negara, Pelabuhan Kelang, saya terus menghubungi kenalan saya yang merupakan seorang penganalisa pertahanan antarabangsa Marhalim Abas yang kini bertugas di Asia Defence Journal.

2. Saya sengaja menghubunginya untuk mengetahui pendapat beliau mengenai servis kapal selam Scorpene disamping membolehkan pembaca blog mendapat pandangan orang ketiga selain dari analisa-analisa yang dibuat oleh saya sendiri.

3. Menurut Marhalim, jumlah perkhidmatan Scorpene yang dimasukkan kedalam servis Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebanyak 2 buah adalah sangat sedikit dan tidak mencukupi.

4. Negara perairan yang luas seperti Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah kapal selam malahan Singapura yang mempunyai kawasan perairan yang sangat kecil mempunyai 4 buah kapal selam terpakai jenis Sjoormen.

5. Dalam pada dua itu, ada kemungkinan dalam satu masa, hanya sebuah sahaja Scorpene yang akan keluar meronda kerana salah satu mungkin terpaksa berada di limbungan untuk baik pulih.

6. Ketiadaan sistem AIP (Air Independent Propulsion) juga bukan satu kekurangan kerana untuk mengecaj bateri, Scorpene Malaysia boleh menggunakan kawasan perairan yang luas di Laut China Selatan. Dalam bahasa mudah, selamat dari dikesan musuh.

7. Jika keadaan kewangan mengizinkan, sistem AIP boleh dipasang pada bila-bila masa sahaja pada badan Scorpene milik TLDM.

8. Ketiadaan sistem AIP pada Scorpene Malaysia berlaku kerana semasa pembelian ini dibuat dahulu, kemampuan AIP pada masa itu belum lagi matang.

9. Beliau juga menafikan bahawa kemasukkan Scorpene ke dalam servis TLDM menjadi penyebab utama tercetusnya perlumbaan senjata dalam konteks kapal selam di rantau ini.

10.Indonesia sejak 1960an sudah pun mempunyai kapal selam, pada tahun 1980an, Indonesia mempunyai kapal selam dari Jerman dan sekarang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kapal selam dari Korea Selatan atau Russia.

11.Vietnam sendiri sudah ada kapal selam dari kelas Yugo dan akan membeli enam kapal selam Kilo.

12.Singapura sudah memiliki 4 Sjoormen, jadi sebenarnya, Malaysia hanya mengikuti trend semasa, katanya.

13.Katanya, dengan ada pemilikan kapal selam oleh Malaysia, TLDM kini mampu mempelajari teknik yang lebih berkesan dalam konteks peperangan di bawah air.

Related

Filed Under: Laut

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« PENGUMUMAN PENTING
MY BLOG, THE MAKING OF AND BEHIND THE SCENE SCENARIO »

Comments

  1. SUKHOI-30MKM says

    October 8, 2009 at 12:24

    AKU PUNN ADA TERBACA DI LAMAN-LAMAN WEB DAN BLOG INDONESIA.

    Reply
  2. Sukhoi 30MKM says

    October 8, 2009 at 12:21

    SYABAS ATM KERANA KETIBAAN DAN PEROLEHAN KAPAL SELAM BARU(SSK SCORPENE)SEMOGA NAGARA DI LINDUNGI ALLAH.RAKYAT SENTIASA DI BELAKANG TENTERA MALAYSIA

    Reply
  3. Anonymous says

    October 8, 2009 at 12:17

    BANGGA KAPAL SELAM DAH SAMPAI..GEMPUR WIRA!!!!!!!!

    Reply
  4. Lt harry says

    September 18, 2009 at 11:19

    kepada pak advark…

    kami bloger dari malaysia mengalu-alukan komentar membina dan professional dari kalangan rakyat indonesia.

    berkenaan sub,saya tidak sekali-kali menyatakan indonesia tidak berhak memperoleh sub baru,mungkin indo sendiri telah memikirkan perlunya untuk menggantikan sub2 yg telah berusia.

    tetapi mengapa setiap kali perolehan persenjataan dari malaysia seringkali saya terbaca di blog dan forum rakyat indonesia seolah-olah mencari lawan kepada persenjataan tersebut.Sepertinya ingin bertelagah kok.

    so disini saya ingin menegaskan seharusnya kerjasama kedua-dua negara dieratkan….

    Reply
  5. advark says

    September 16, 2009 at 22:59

    saya bukan orang aceh, bro det. james….saya dari bandung, tentunya bro tahu saya suku apa..tapi ga usahlah disebutkan, cukup panggil saya orang indonesia.

    Reply
  6. BELIA WAJA WATAN says

    September 16, 2009 at 17:35

    Det. James Doakes

    sebagai serumpun, dan mempunyai talian kekeluargaan darah serta seagama … jalan pemuafakatanlanyang paling afdal …

    Congrat … Peace no WAR …!!

    Reply
  7. Det. James Doakes says

    September 16, 2009 at 12:55

    Belia,

    Saya setuju jika kita adakan perbincangan relax antara forumer2 dari kedua2 negara, dan kita jelaskan apa yang keruh selama ini…..

    Reply
  8. Det. James Doakes says

    September 16, 2009 at 12:55

    Belia,

    Saya setuju jika kita adakan perbincangan relax antara forumer2 dari kedua2 negara, dan kita jelaskan apa yang keruh selama ini…..

    Reply
  9. Det. James Doakes says

    September 16, 2009 at 12:52

    Sememangnya sudah lari topiknya..Advark…terima kasih kerana komentar mu yang bijak tanpa mengguris perasaan tetapi bisa mengajak manusia berpikir…..

    Bukan saya mengada2kan cerita, buka dongengan tetapi ini pengakuan dari mulut delegasi Aceh….mungkin dia ex GAM atau simpatisannya…..

    Saya kagum dengan kamu yang masih sanggup mempertahankan nama baik negara dengan bijak sana bukan dengan buluh runcing seperti orang kesurupan….

    Adakah kamu dari Aceh???

    Reply
  10. BELIA WAJA WATAN says

    September 16, 2009 at 11:18

    En advark

    Salam nusantara, alangkah baiknya kalau penunjuk perasaan dan sebahagian besar rakyat indonesia sekarang dan terdahulu dahulu bersifat macam en advark. Menggunakan minda kelas pertama, tapi berapa ramaikah begitu …

    Gayang Malaysia dan Malingsial – Idea yang tidak rasional, menutup isu kemiskinan dan kepapaaan kesan kegagalan sosialisme.

    En Advark, kami mengulas tentang perasaan rakyat aceh yang menganggap diri mereka merdeka, bukanya kami katakan aceh itu merdeka dari Indonesia … baca dan faham dan jangan sentimen.

    En advark tentu sendiri tahu berapa ratus ribu rakyat aceh menjadi mangsa pembunuhan ABRI kan …. di mana nilai kemanusiaan. Kebanyakkan menggunakan kekerasan dari kesopanan apatah lagi kepada rumpun bangsa yang sama dan Agama yang sama.

    Adakah untuk menunjukan patriotisme Indonesia …. Nasiblah Aceh itu berugama Islam, kalau macam Timur timor pasti campur tangan negara kristian (Australia) akan berlaku sekali lagi menyebahkan merdekanya Aceh dari indonesia. Belajarlah dari sejarah.

    Adakah Malaysia melakukan perkara yang sama (pembunuhan) kepada rakyatnya, semua bangsa boleh duduk dengan keharmonian dan kebebasan di Malaysia.Mapukan Indonesia berbuat sedemikian …??

    Dan akhir sekali pandang saya untuk En advark lebih baik en Advak beri komentar kepada rakyat kelas bawahan sendiri(Indon) seperti BENDERA dari mengulas kepada kami. Kerana kami di sini masih waras, tidak gila atau kerasukan membuat tindakkan dan ucapan.

    Reply
  11. ~ArSENiK~ says

    September 16, 2009 at 09:28

    advark.

    seronok baca komen oleh sdra dari negara jiran walaupun saya bukannya setuju sepenuhnya dengan komen kamu.

    kalaulah banyak lagi komen2 dr org2 kamu yg berhemah dan menggunakan akal sebegini berbanding menggunakan kepala lutut, saya yakin isu seperti tarian pendet dan pelbagai isu lain antara 2 negara saudara ini dapat diselesaikan dengan cara baik..

    perlu ingat, sebelum dijajah, kita bebas ke mana pun, kita adalah satu =)

    Era IT ni, komen dalam blog dan forum pun boleh mencetuskan kekecohan dan ketegangan dalam kehidupan sebenar kalau salah caranya.

    Reply
  12. advark says

    September 16, 2009 at 03:17

    encik lt harry..

    soal new sub… itu dari sudut mana anda memandangnya..

    saya tekankan keinginan indonesia yg menginginkan adanya pengadaan kapal selam baru itu murni bukan untuk menandingi negara jiran2 tetapi lebih untuk pertahanan negara dari ancaman negara musuh yg ingin menggangu keutuhan wilayah indonesia..

    yg menginginkan dengan keras dan bulat hati dalam arti melobi kepemerintah soal kapal selam baru bukan dephan tetapi TNI AL, dephan justru yg berseberangan/konfrontasi dengan TNI AL dalam pemilihan jenis/kelas dari kapal selam yg ingin dibeli…
    dephan–>ingin dari korea karena ada TOT sehingga nanti bisa mandiri.
    TNI AL—> ingin dari russia tanpa ToT

    Reply
  13. advark says

    September 16, 2009 at 02:59

    untuk belia wajan..

    hati-hati kalau bicara..kalau aceh merdeka kenapa yg berkibar di aceh ogos kemarin masih merah putih…

    saya ingatkan aceh sampai kapanpun tetap bagian dari negara indonesia.

    untuk det.james d..

    jangan tuduh dulu wakil dari indo orang jawa.. saya sarankan jangan sekali2 saudara berbicara masalah indonesia dengan membagi etnit per etnis.. dia mau orang jawa, batak, aceh, sunda mereka tetap Oi (orang indonesia)..terserah kalau masalah di malaysia..

    soal jeneral TNI –>anda jangan suudzon dulu..seharusnya anda melakukan tabbayun dulu..bagaimana seandainya orang aceh yg menjelekkan indonesia itu mantan atau simpatisan GAM..maka ini merupakan suatu usaha propaganda untuk menjelekkan indonesia..

    dan akhirnya lihat sekarang kehidupan sosial di aceh..lihat kehidupan aceh dengan hukum otonomi dan khilafah islamnya…lihat siapa gubernur yg memimpin aceh..

    untuk bro shah : saya melihat coment2 disini sudah keluar dari judul thread alias sudah keluar dari jalur..

    saya datang keblog ini hanya sekedar untuk meluruskan coment2 yg ingin menjelekkan nama baik indonesia.terima kasih…

    Reply
  14. Lt harry says

    September 15, 2009 at 13:28

    setuju dgn pandangan det, belia dan en keris…

    sebelum ketibaan scorpene..banyak kejadian2 aneh berlaku yg didalangi jiran2 kita diluar sana..setahu saya dephan indonesia skg tgh sibuk melobi kerajaan mereka supy membeli sub baru untuk menandingi kita..sedangkan mereka telah berpengalaman dalam peprangan bawah permukaan dgn sub2 terpakai yg sedang dalam proses pembaikan di korea…

    jiran di selatan pula menimbulkan isu tarian pendet yg telah berjaya melagakn antara indo dan malaysia..terbukti apa yg jiran di selatan kita pelajari dari negara yahudi israel berhasil menporak perandakan hubungan antara indo dgn kita.

    lepas ni tak tau apa pula yg akan ditimbulkan oleh jiran2 kita…
    Jadi disni kita seharusnya waspada dgn perkembangan semasa seperti ini…

    Reply
  15. abu muaz says

    September 14, 2009 at 06:50

    Salam. Ini kali pertama saya singgah disini.T.q atas segala info ni….harap-harap kapalselam ni jgn tak timbul-timbul sudahlah….

    Reply
  16. Anonymous says

    September 12, 2009 at 17:29

    How About War On Jungle..!!..or Jungle Walfare..I'll hve look a good skill at Indon Military..with the jungle walfare

    ttp://www.globalfirepower.com/

    Reply
  17. Det. James Doakes says

    September 11, 2009 at 15:07

    Belia…

    Bukan sahaja air sabun….komunis waktu merampas kuasa lepas Jepun kalah, berapa ramai wak2 jawa kat tempat saya mati kena rebus padahal deorang ni kebal….

    Betul, kematangan cara berfikir dan bertindaklah menggambarkan minda kita kelas pertama atau minda kita kelas tin sardin….

    Qimie…

    Lucah giler pernyataan dibawah tu…muakakakakakaaa…….

    Kenyataan bro dengan bro Belia ada kait mengait…iaitu minda kelas pertama…kenapa kaum kita tak mahu mencontohi kematangan kaum Cina dalam berfikir, terutama sekali yang berada diseberang???

    Mungkin kaum Melayu di malaysia masih mampu berfikir secara waras dan bertaraf kelas pertama (ataupun semngat patriotisme semakin berkurangan-bak kata Qimie), sebab itulah kedutaan mereka di KL dan JB masih belum dibaling dengan tahi….kaum2 mereka yang bekerja disini belum lagi kena 'kutip'…dan kita tak buat demo macam mereka bawak buluh runcing….

    Mereka (tak semua) macam itu sebabnya kaum Cina (atau Tionghua) kat sana sangat sedikit jumlahnya, sebab itulah mereka kurang berTOLERANSI seperti kita…..

    Semua main angkat senjata, semua nak buluh runcing….

    Sebab itulah mereka memperlekehkan cara kita merdeka; merdeka separuh masak kata mereka dan ini mempengaruhi sayap kiri politik Tanah Melayu dahulu…………

    Kalau nak kata jeleslah..kita yang patut jeles ngan mereka…mereka ada kapal selam sejak tahun 60an, ada pesawat pengebom, ada industri pertahanan yang mampu menjual produk mereka ke peringkat antarabangsa etc…tapi kebanyakan rakyat Malaysia mampu menerima hal ini dengan berlapang dada……….

    Reply
  18. qimie74 says

    September 11, 2009 at 08:14

    Beza org Seberang dgn org kita:

    1. smgt Patriotik mrk tinggi, kena bakar sikit dah leh merebak kpd org lain yg x tau menahu dan mencetuskan huru hara.

    2. smangat patriotik negara kita tak berapa nak tinggi.. bdk2 kita lebih sibuk dgn AF,OIAM, shuffle, rempit.

    3. 1 Msia diharap dpt mengeratkn lg harmoni antara kaum di Msia. dlm keadaan Genting perpaduan itu amat2 penting utk kestabilan negara.

    4. Mrk sj jln2 cari gaduh dgn kita.. hal remeh pun di perbesarkn.

    5. napa org China x mrh org Msia main Tarian singa, naga? mrk bangga kebudayaan mrk berkembang bkn menuduh org Msia curi. nampak kewarasan pemikiran mrk di situ.mrk bkn ckap itu milik mutlak mrk cuma kebudayaan itu berasal dr sana.

    6. Msia canggih skit dorang geram. ada Scorpene dah jeles. ada Mig dah jeles.

    7. Kebal…. tpi awek2 mrk x "kebal" pon… hahahahaha….
    ramai dah kene tusuk buluh runcing kat msia ni…

    Reply
  19. BELIA WAJA WATAN says

    September 10, 2009 at 18:57

    Det. James Doakes

    Kebal2 pun, kena sula pun mampus juga…..

    Bab kebal ni kawe rasa jepun lagi bijak, depa dah selam berpuluh orang melayu yang kebal dalam air sabun, last sekali pun out jugak ….

    So tak payah nak tunjuklah, jadilah warga kelas pertama menggunakan kematangan fikiran dari kebodohan tindakan ….. tak begitu ke bro ..

    Reply
  20. Det. James Doakes says

    September 10, 2009 at 17:11

    Ada kemungkinan, kenapa dah tau penggambaran tu dilakukan kat S'pore, mereka tak maki je S'pore tu…ni maki Malaysia yang tak tahu menahu hal ni????

    Maaf cakap, mereka bangga mereka kebal dsb tapi kat sini, bukan tak ada orang yang boleh menawarkan kebal depa tu……

    Kebal2 pun, kena sula pun mampus juga…..

    Reply
  21. Keris says

    September 10, 2009 at 16:03

    Det. James

    sebenarnya kita di malaysia teramatlah bagus dan toleransinya.. sehinggakan operator pesawat pejuang paling canggih negara pun ada dikalangan selain kaum Melayu.. nak harap puak hujung tambak tu.. ceh..

    tapi tetap dikata kita ni rasis dan macam2 lagi.. alah mulut org mmg la.. kalu hati dah busuk.. yg baik pun nampak jelik.. yg sedihnya bila rakyat kita sendiri masih kata negara ni penuh rasis.. ish ish..

    berkenaan sub kita yg bru sampai tu.. aku perasan.. beberapa minggu sebelum sub ni hadir, ada isu yg cuba dikaitkan dgn Malaysia iaitu tarian pendet.. mengikut sumber berita.. video tarian tu dibuat oleh syarikat dr singapura.. hmm..

    dan sehari dua sebelum subs kita sampai.. isu tarian ni jadi semakin panas kat Indo.. peh tu.. semalam dihangatkan lagi dgn org indo yg cetek akal bersama buluh runcing buat sekatan jalan raya kat Indo sana..

    ape yg aku perasan, jarak waktu tu dekat2 je dengan kehadiran sub kita yg maju (berbanding milik 2 negara yg disebutkan)..Mungkinkah ada unsur-unsur cemburu di situ sehinggakan emosi org2 itu dgn sengaja dibangkit? siapa yg membangkitkannya?..atas tujuan apa dibangkitkan?.. wahh..sape mau jawab?

    ini perasaan aku je.. atau aku yg perasan sendiri.. hahaa.. maklumla.. kita dah ada kapal selam baru. =)

    Reply
  22. qimie74 says

    September 10, 2009 at 16:00

    Aku tumpang bangga krn ada org kpg aku jd krew Scorpene yg ke2 nti. msh training kat France…

    Baru kuar Kd TAR dah kena ancam dgn buluh runcing—- menunjuk2 dgn riak bhw mrk 2 kebal dan terer……
    Malaysia tercinta kecil jgn disangka budak… kita jga punya maruah dan kemampuan tersendiri. Pedulikan ranking pertahanan dorang tu… cuma dr kuantiti saja bukan kualitinya..

    Fhm sgt peel dorng yg suka main gertak2 ni..

    Reply
  23. Det. James Doakes says

    September 10, 2009 at 10:35

    Banyak tempt yang nama Aceh; Perigi Aceh di Johor, Lebuh Aceh di Penang….

    Kalau Jawa ni lagi banyak..di Johor sahaja dah ada dua Parit Jawa, satu di BP satu di Muar…..nak nama parit2 yang berbau keJawaannya lagilah banyak…Parit Sumarto, Parit Rejosari, Parit Londang blablabla….

    Reply
  24. Det. James Doakes says

    September 10, 2009 at 10:32

    Forsimas tu Forum Silaturahim Masjid Serantau yang dibuat di ILIM, Bangi pada awal Ogos lepas….

    saya ada disitu sebagai delegasi mewakili Pusat Islam Universiti di selatan Malaysia….

    Delegasi dari luar antaranya dari Burma, dari Indonesia, Kemboja dan dari situlah saya mendapat pelbagai info….

    Rupa2nya umat Islam di Burma bukan sahaja Rohingya tetapi bangsa burma asli pun ada….

    Orang Burma Islam menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan sebelum pembunuhan Jeneral Aung San (bapa Su Kyi) dan rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh junta tentera (Jeneral Ne WIn)…

    Umat Islam disana kalau lantang sangat, dah tentulah 2-3 hari lepas tu dijumpai kiok dalam longkang, dan disana umat Islam dinafikan hak mendapat IC, kena ikut kebudayan Buddha dan paling teruk, mereka tak boleh ke bandar2 lain tanpa IC……

    Reply
  25. -thethinker- says

    September 10, 2009 at 09:48

    "Lagipun jika kita rantau serata semenanjung mana tempat yang TAK ADA KAMPUNG ACEH…p la check."

    Begitu juga dengan KAMPUNG JAWA…. sedikit KAMPUNG BANJAR

    Reply
  26. T H E . M A L A Y . P R E S S says

    September 10, 2009 at 06:08

    Dari mulut orang Aceh sendirilah, saya ni tahu ada satu jeneral TNI yang berkata; "Hasil Aceh kita mahu, tapi orang Aceh kita bunuh!!!"

    Aceh punya pertalian kuat dengan kita orang Semenanjung semenjak 200 Hijrah lagi. Lagipun jika kita rantau serata semenanjung mana tempat yang TAK ADA KAMPUNG ACEH…p la check.

    Reply
  27. Anonymous says

    September 10, 2009 at 05:36

    James Doakes,

    Forimas tu apa, kau ada kat situ ke?

    Reply
  28. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 22:52

    Belia waja Watan….

    Waktu FORSIMAS berlangsung…nampak gap antara delegasi Indonesia…antara perwakilan Aceh ngan perwakilan Jawa…mereka seakan2 menonjolkan diri siapa yang lebih baik….

    Dari mulut orang Aceh sendirilah, saya ni tahu ada satu jeneral TNI yang berkata; "Hasil Aceh kita mahu, tapi orang Aceh kita bunuh!!!"

    Reply
  29. DarkBaron says

    September 9, 2009 at 21:58

    kepada saudara anonymous September 6, 2009 4:14 PM

    Kalau ada emergency macam gitu..im sure RSN would help seeing they have the vessel and capabilities.

    Reply
  30. BELIA WAJA WATAN says

    September 9, 2009 at 20:47

    Det. James Doakes

    Aceh bukan sokong sangat persekutuan dengan Indonesia, mereka anggap diri mereka merdeka, mereka punya tamadun dan ke agungan, Indonesia mereka anggap sebagai barua penjajah belanda dan Neo Kolonialisme baru terhadap mereka.

    Sememangnya keamanan dan kemakmuran kitalah yang menjadi hasad dan dengki negara seberang, mereka bukannya tak kaya, tapi setiap pemimpin negara mereka merompak hasil mahsul sampai sanggup menjadikan semua perhiasan dalam rumah dari emas,di atas titik peluh rakyat dan keringat kemewahan kronik dibina.

    Malaysia, Dulu walaupun Tun di tuduh kroni, tapi sekarang DSAI semasa menjadi menteri kewangan dulu cukup-cukup mengumpul harta untuk di bahagikan kepada keroni.

    Jadi tak payah cakap bab politik di sini, sekarang tumpu perhatian kepada pertahanan kita, tambah lagi senjata biology NANO ROBOT telah memain peranan sebagai iventory baru ketenteraan.

    Adakah tentera kita sudah bersedia …. jelas masih leka di padang golf dari padang latihan.

    "Potential Environmental Pollution and Health Hazards Resulting from Possible Military Uses of Nanotechnology," along with "Implications for Research Priorities Helpful to Prevent and/or Reduce Such Pollution and Hazards."

    http://crnano.typepad.com/crnblog/2005/03/military_uses_o.html

    Ini lebih penting kepada pembangunan ketenteraan kita,malah diluar sana masih majoriti tentera kita buta komputer ….

    apatah lagi ICT atau sekarang 4C1I dengan spectrum warfare, bersamalah menjaga keselamatan negara jangan hancurkannya dengan permainan bodoh orang politik yang hanya gilakan kuasa bagi memenuhi kantong-kantong mereka sahaja.

    KESELAMATAN NEGARA TANGGUNG JAWAB BERSAMA

    Reply
  31. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 19:06

    Banyak prosesnya Mohd….banyak…

    Qimie…

    Mereka dengki dengan kita sebab kita ni makmur,tak macam tempat mereka, dan mereka merasakan mereka dominan sebab mereka merdeka awal, dan mereka halau penjajah dengan senjata bukan 'halau' dengan rundingan seperti kita….

    Mereka menggangap mereka 'abang' tapi kita yang 'adik bongsu' ni lebih mendahului mereka dari segi ekonomi, meskipun mereka sudah maju didalam bidang pertahanan; hasilkan rifle, APC dan kapal terbang sendiri…sedangkan itu yang kita masih kekurangan….

    Tapi tak semua mereka itu racist…terutama yang dari wilayah Aceh…sebab saya sendiri pernah berbual dengan seorang kawan dari Aceh yang mudah sekali membiasakan dirinya di Malaysia………….

    Reply
  32. qimie74 says

    September 9, 2009 at 17:45

    barulah negara sebrang tak berani nak memperlekehkan Kita lg. ni x abis2 isu satu persatu dorang bangkitkan. hampeh tol. dr isu lagu ke isu pulau. napa dorng dengki sgt kat Msia ni…..

    Reply
  33. Mohd says

    September 9, 2009 at 17:17

    kalau la mcm nk beli kueh ke murtabak ke kat bazaar ramadhan kan senang..ni nk beli heli ,kapal selam…

    Reply
  34. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 15:13

    Tuan Mejar….

    Macam kisah Heli Agusta yang bakal kita beli akan datanng, bandingkan dengan harga pembelian dan kuantiti yang dibuat oleh Brazil (malaysia 12 buah dan Brazil 48 buah) kena tengok apa yang dipasang dan apakah pakejnya…

    Malaysia mahukan heli yang berkemampuan buat CSAR mesti siap armor, senjata penangkis etc…sedangkan Brazil hanya basic model…..jadi harganya memanglah lain…….

    Reply
  35. Anonymous says

    September 9, 2009 at 15:00

    Sabar..sabar,

    Tuan Anonymous…pembelian mana yang ada penyelewengan tu? Cuba citer sikit apa yang saudara nampak??? kalau setakat tuduh2, Yahudi lagi pandai.

    Mejar Daud

    Reply
  36. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 14:57

    Keris….

    Inilah konsep 1Malaysia, dan PM kita telah aplikasikannya dalam subs crew kita…..

    Reply
  37. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 14:02

    Anonymous, kalau kenyataan tu nak berbau politik, elok pergi ke blog politik….

    Korang nak ke pakai kapal selam murah? Nak murah beli subs kelas Romeo, kelas whiskey, silap2 mati kering anak kapal sebab enjin disel tak shut waktu menyelam….

    Inilah perangai orang2 PR….

    Reply
  38. Det. James Doakes says

    September 9, 2009 at 14:00

    roslisalem….

    Bahasa menunjukkan peribadi. Bahasa menunjukkan bangsa….

    Yang aku maksudkan reaksi dari puak2 PR…kalau nak kata bodohlah pun, pergilah kata kat mereka…..yang ko lantak kat aku wat pe???

    Ada faham….????

    Reply
  39. Anonymous says

    September 9, 2009 at 13:59

    Det James tu sedare rosmah kot! tu yg cam cacing panas jek…

    aku sebagai rakyat Malaysia menyokong jika pembelian itu berbaloi dgn harga, tp ni kami sumer nampak… ade penyelewengan… camne nk sokong…

    Sokong bawa rebah bulih ler

    Reply
  40. roslisalem says

    September 8, 2009 at 16:23

    Det James, klu tak tau pasal rasuah, kroni & politik senyap sudah la ..

    Baik ko citer aja pasal militery ..
    tak der la nampak mcm bodo sgt ..

    Hal politik biar org politik urus, hal rasuah biar SPRM urus..

    bila masing-masing buat kerja, baru tak jadi serabut…

    Reply
  41. Keris says

    September 8, 2009 at 15:23

    Ini hadiah kemerdekaan utk kita semua =)

    kitaboleh lihat, ada komposisi dari kaum lain dalam kapal selam kita.. inilah harmoni.. kita beri kepercayaan pada semua utk jaga negara ni. =)

    x mcm puak di hujung selat tu.. itulah lagak orang2 yang mengaku kata nya moden dan maju dalam segenap hal..tapi masih takut dengan bayang2 sendiri yg kecil tu..
    hahaha.. gelakkan dia beramai2.. =D

    Reply
  42. Anonymous says

    September 8, 2009 at 12:46

    ..tabik spring laa
    ..merdeka2…
    ,,,terus merdeka

    Reply
  43. Det. James Doakes says

    September 8, 2009 at 12:18

    Iya ka, Mohd…?

    Mengenai sonobuoy ni pun bagus jugakan…selain dari itu, sistem peperangan anti subs kita mesti dipertingkatkan…..

    tapi subs hanya boleh dilawan dengan subs….

    Lihatlah ketika perang Falkland, dengan 2 buah subs, armada Argntina takut nak keluar dari pengkalan….

    Kalau salah fakta saya, betulkanlah…………

    Reply
  44. Mohd says

    September 8, 2009 at 10:27

    Det.James,

    Kalo kerajaan bg aku bajet,aku sanggup g cari quotation, gerenti di tanggung halal punya ahahahaa…

    Reply
  45. T H E . M A L A Y . P R E S S says

    September 8, 2009 at 00:30

    melepas aku nak kesana hari tu…kenderaan xde – nak redah ngan ex5 mau tercabut pinggang. anyway thanks shahpaskal for the updates!

    cuma komen saya: dasar selat melaka yang cetek dan berlumpur sangat bersesuaian dengan scorpene yang comel loteh ni buleh menyorok dalam lumpur. x silap saya sonar canggih pun x leh (susah) nak kesan…

    Reply
  46. Pelayar Di Ufuk says

    September 7, 2009 at 23:58

    Walaupun ada 2 subs sahaja, tetapi cukup sebagai perintis agar di masa hadapan Malaysia dapat membeli lebih banyak subs.

    Sebagai pertambahan kepada 2 buah subs ni, moleklah kiranya Kerajaan dapat membeli sejumlah sonobuoy (shallow & deep) yang boleh dilancarkan dari heli. Ini kerana sonobuoy boleh mengesan pergerakan kapal selam musuh di kawasan2 panas dalam peraiaran negara. Dengan adanya sonobuoy ini, kapal selam musuh pasti akan memikirkan cara alternatif untuk melolosi perairan negara.

    Reply
  47. Det. James Doakes says

    September 7, 2009 at 13:29

    Setuju sesangat…tapi puak2 PR ni setuju ke???

    Takut ada unsur2 rasuah dan kronisme….

    Muakakakakkaaaa

    Reply
  48. Keris says

    September 7, 2009 at 12:13

    Panglima TLDM dah bagi signal supaya kerajaan tambah subs kita sekurang-kurangnya kepada 6 subs.

    ini dari lapoaran akhbar la.. x tahu betul ke tak.. tp kalu aku.. mmg aku setuju tanpa bangkangan..

    Reply
  49. Anonymous says

    September 7, 2009 at 09:26

    Indonesia menduduki tangga ke 14 ranking military dunia..

    >> http://www.globalfirepower.com/

    Reply
  50. Anonymous says

    September 7, 2009 at 08:17

    Salaam,

    Alhamdulillah sampai juga, bukan senang nak beli kapal selam ni. Walaupun 2 saja. Banyak rintangannya. Banyak halangan. Sebarang penambahan aset in the future puak DAP mesti akan cuba gagalkan punya.

    Reply
  51. trooper knife says

    September 6, 2009 at 16:48

    heh heh.. nice shot brot. kalau guna kamera lagi cantik gambar tu. dalam tempur september issue ada pasal blog militari. gambar muka hadapan blog brot pun ada.

    Reply
  52. Anonymous says

    September 6, 2009 at 16:14

    bukan nak jadi anti climax tapi kalau apa apa terjadi pada ks kita tersadai di dasar laut , siapa atau apa yang nak menyelamatkan krew2 ks kita ?

    Reply
  53. Ninja Turtle says

    September 6, 2009 at 11:04

    BRO, BUKAN KERAJAAN KITA BELI 3 BUAH KA KAPAL SELAM 2 IAITU KD TUNKU ABDUL RAHMAN DAN KD TUN RAZAK DAN ADA SEBUAH LAGI KAPAL SELAM AGUSTA 39 TERPAKAI UNTUK LATIHAN

    Reply
  54. Obefiend says

    September 6, 2009 at 09:39

    btw shah

    i did some reading.. the bulbous bulge is probably a RADOME for surface radar bila surfacing. boleh cek ada kapal musuh ke tidak

    kalau salah sory. tapi kalau salah aku salahkan GOOGLE. aku research dari situ saja

    Reply
  55. Imam says

    September 6, 2009 at 08:57

    Eden baru jumpo blog ni lopeh sahur tadi… Ni bolum khatam laie nih! Memang best!! Tahniah bang!! Bnyk info beguno den dapek!!

    Reply
  56. ispow says

    September 6, 2009 at 02:22

    salam…
    tak best rasanya nama scorpene…
    kalo bg nama 'ispow' kan best sikit….
    kih!kih!kih!
    saja buat kelakar…
    terima kasih banyak pada bro shah, nice pic.

    salam..

    Reply
  57. BELIA WAJA WATAN says

    September 5, 2009 at 16:59

    PERSIAPAN PERPERANGAN 3 DEMENSI

    …………. Selamat berkhidmat dalam JOINT FORCES – ATM

    Reply
  58. shahpaskal says

    September 5, 2009 at 07:15

    Wehavethenumbers,

    nampak mudah saudara, tetapi sebenarnya sukar. Australia bina kapal selam sendiri, Collins. Bertahun kapal selam mereka mengalami masalah.

    Untuk pengetahuan pembaca, Kapal KD Marikh merupakan kapal perang jenis OPV yang dibina di limbungan dengan memakai teknologi tempatan.

    Reply
  59. shahpaskal says

    September 5, 2009 at 07:12

    2Lt Peh Hoo Guan, terima kasih and boleh ambil mana-mana bahagian gambar atau artikel dalam blog saya, kalau nak terjemahkan ke dalam bahasa ibunda masing-masing pun dibenarkan.

    Reply
  60. 2Lt Peh Hoo Guan says

    September 5, 2009 at 01:55

    Saat yang amat bersejarah dalam pertahanan Malaysia secara amnya, dan TLDM secara khususnya…nantikan kepulangan KD Tun Abdul Razak pula…

    p.s. minta izin tuan benarkan saya simpan gambar untuk kegunaan peribadi, terima kasih

    Reply
  61. C++ says

    September 5, 2009 at 00:13

    Tahniah…

    Sekarang kita dah boleh mula mengatur langkah dalam memperkemaskan sistem peperangan bawah permukaan…

    Salute buat krew KD TAR

    Reply
  62. wehavethenumbers says

    September 4, 2009 at 17:49

    sebagai seorang yg involved dlm marine industry, actually Malaysia berkemampuan nak buat sendiri submarine2 ni.

    try google "kikeh spar", tak pon "gumusut kakap", korang bole tgk offshore structure yg saiz dia lebih besar drpd scorpene tu sendiri with very darn stringent technical requirement. Kikeh Spar dah siap, Gumusut Kakap dlm progress. In term of construction wise, insyaAllah, kita boleh buat sendiri.

    cuma in term of design, technology, tu kita blom ada. kita ada STRIDE kat lumut, tp tak leh diharapkan. aku ada member yg keja kat situ few years back, tp dah berenti pasal tempat tu tak de masa depan. sorry to say, bukan aku nak kecikkan stride tu, tp mmg itu la realitinya.

    kalau ada mana2 agensi yg ada inisiatif untuk take the first step, pd pendapat aku, in 5-7 years we should be having our first prototype.

    Reply
  63. Anonymous says

    September 4, 2009 at 17:12

    Drug dealer Colombia buat sub utk lalu kt sungai-bukan kt laut dalam yg pressure air berkali2 ganda comapre dgn sungai

    Reply
  64. Det. James Doakes says

    September 4, 2009 at 13:53

    Alangkan LTTE dan Drug dealer Colombia boleh buat subs sendiri, takkanlah kita tak mampu……

    Cuma apakah halangannya yek?

    Reply
  65. [email protected] says

    September 4, 2009 at 13:24

    Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga kerana mempunyai Subs sendiri. Biarlah org2 politik gila nak kata apa pun. Bila perang nanti silap2 depa yg cabut dulu. Aku tetap mempertahankan bumi yg tercinta ini. Bangga weiii..

    Reply
  66. [email protected] says

    September 4, 2009 at 13:22

    Salam Shah,

    Ada kemungkinan tak kita boleh buat kapal selam sendiri sebab aku tengok di kertih tempat diorg buat VESSEL Oil and Gas dah mcm serupa bentuk kapal selam tu. Kitakan ramai pakar2 dlm bidang masing2. Jadi dengan adanya keupayaan sendiri, hasrat untuk mempunyai 10 buat subs akan terlaksana keran kosnya murah.

    Reply
  67. Hazrey says

    September 4, 2009 at 12:24

    Kau dapat masuk tak?

    Reply
  68. Det. James Doakes says

    September 4, 2009 at 12:12

    TAmbah jangan tak tambah, untuk keselamatan kita jugek kan…………

    Apa2pun tahniah kepada KD TAR dan krew2nya yang berjaya sampai ke Malaysia…………

    Memang patut ada elaun khas, macam Bro Shah kata dahlah sempit, boring dan bosan tak dapat tengok sekeliling (kecuali komander sebab dia pegang periskop)…..

    Lagi satu risikonya tinggi, lihatlah pada tragedi Komsomolets je….

    Tak payah banyak, cuba sistem pengecas baterinya tak function…..yang hidup cuma enjin diesel waktu tengah menyelam tu…………..

    Mati kering gamaknya kang…………

    Reply
  69. Det. James Doakes says

    September 4, 2009 at 12:12

    TAmbah jangan tak tambah, untuk keselamatan kita jugek kan…………

    Apa2pun tahniah kepada KD TAR dan krew2nya yang berjaya sampai ke Malaysia…………

    Memang patut ada elaun khas, macam Bro Shah kata dahlah sempit, boring dan bosan tak dapat tengok sekeliling (kecuali komander sebab dia pegang periskop)…..

    Lagi satu risikonya tinggi, lihatlah pada tragedi Komsomolets je….

    Tak payah banyak, cuba sistem pengecas baterinya tak function…..yang hidup cuma enjin diesel waktu tengah menyelam tu…………..

    Mati kering gamaknya kang…………

    Reply
  70. selingkar kasih says

    September 4, 2009 at 11:28

    SELAMAT MENYERTAI KELUARGA TLDM SCORPENE…
    SEMOGA PERTIMBANGAN PIHAK KERAJAAN UNTUK MENAMBAH KAPAL SELAM, PEROLEHILAH DARI NEGARA MEMBANGUN SEPERTI IRAN ATAU NEGARA ASIA YANG LAIN SEPERTI CHINA, KOREA SELATAN INDIA ATAU PAKISTAN…..
    PALING UTAMA NEGARA MEMERLUKAN HELIKOPTER KERANA KEADAAN AMAT MENDESAK DEWASA INI…
    BAGAIMANAPUN TAHNIAH AR BRO SHAH… EKAU NIE MEMANG BAGUIH DOK ADA.

    Reply
  71. selingkar kasih says

    September 4, 2009 at 11:28

    SELAMAT MENYERTAI KELUARGA TLDM SCORPENE…
    SEMOGA PERTIMBANGAN PIHAK KERAJAAN UNTUK MENAMBAH KAPAL SELAM, PEROLEHILAH DARI NEGARA MEMBANGUN SEPERTI IRAN ATAU NEGARA ASIA YANG LAIN SEPERTI CHINA, KOREA SELATAN INDIA ATAU PAKISTAN…..
    PALING UTAMA NEGARA MEMERLUKAN HELIKOPTER KERANA KEADAAN AMAT MENDESAK DEWASA INI…
    BAGAIMANAPUN TAHNIAH AR BRO SHAH… EKAU NIE MEMANG BAGUIH DOK ADA.

    Reply
  72. joekumbang says

    September 4, 2009 at 10:34

    Walaubagaimanapun sistem AIP Mesma patut dipasang.
    Ini kerana semasa konflik perisikan musuh akan mengira hari sebaik sahaja scorpene meninggalkan pangkalan.
    Jadi musuh akan bertindak melancarkan peperangan ASUW terhadap scorpene apabila mereka pasti dapat mengagak bila scorpene akan timbul.
    Dengan AIP Mesma,musuh tidak dapat menganggarkan operasi scorpene.

    Reply
  73. -thethinker- says

    September 4, 2009 at 10:23

    krew submarine berbilang kaum.. bijak -bijak !!!

    Reply
  74. Mohd says

    September 4, 2009 at 09:49

    Taniah kepada TLDM dgn adenya scorpene ni harap2 bertambah semangat la utk mempertahankan kedaulatan perairan M'sia, harap lg byk aset yg akan perolehi pada masa akan dtg..awat tetinggal camera bro?tp nice pic thanks!

    Reply
  75. azlie77 says

    September 4, 2009 at 08:37

    alahmdulilah,,,walaupun malaysia lamabat beli kapal selam,sekurang2nya malaysia dapat beli yg terbaru bagi kapal selama,manalah tahu malaysia akan beli yg lebih dari scorpene..he..hee..

    Reply
  76. L-kick says

    September 4, 2009 at 07:59

    kalo ikut keperluan memang lah kita perlu KS yg byk dlm inventory TLDm bg saya 10 tu ok la, tapi untuk permulaan 2 tu pun memadai memandangkan budget constraint, kwn saya navy ckp TLDM ade rancangan nak tambah lg 2 dlm RMK-10, ntah jadi ntah tidak x tau la, sebenarnye kemasukan Scorpene dlm inventory TLDM pun dah wujud kan perlumbaan senjata, khusus nya bg SG, Indon dan Thai. SG dah pesan KS kelas ARcher (with AIP), Indon minat Improved KILO and thai tgh wat evaluation. anyway welcome scorpene…. so diharapkan ade lah deterrent effect bila ade scorpene dlm inventory TLDM ni…

    Reply
  77. uDean says

    September 4, 2009 at 07:35

    bertambah lagi aset negara..
    tapi aku xsilap, aku baca news td bajet kementah kne turun..
    nampak gaya mcm kne tunggu lama lagi utk dpt aset baru, especially kapal selam..

    ape2pon, welcome to Malaysia scorpene..hehe..

    Reply
  78. afiqhakimi says

    September 4, 2009 at 06:57

    wah~
    bangge jadik rakyat mesia!!

    lawa shot gamba..

    selamat pulang wira negara!!
    semboyan telah bebunyi..
    menuju medan bakti..

    gempur,wira!

    Reply
  79. Obefiend says

    September 4, 2009 at 06:19

    nice gambarnya!

    ini rupanya muka subbers kita..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK