Gambar 1 merupakan warga GGK
Gambar 2 memperlihatkan dua anggota PASKAU dengan alat LTD
Semua gambar merupakan sumbangan jurufoto pertahanan tempatan
1. Sebenarnya saya menerima banyak permintaan untuk membuat cerita tentang kehebatan pasukan khas Malaysia (komando) dan di antaranya ialah Paskal. Masalahnya maklumat tentang operasi-operasi pasukan ini seperti PASKAL, PASKAU dan GGK biasanya amatnya sulit.
2. Yang ada pada saya sangat sedikit. Marilah kita tinjau kisah yang saya garap ini untuk menjadi satu analisis berdasarkan ilmu dan maklumat yang sangat minima yang saya ada.
3. Saya sebenarnya sangat patriotik pada negara ini walaupun dilahirkan di sebuah negara lain (bukan Indon atau Bangladesh yaaa).
4. Tujuan saya membuat blog ini juga adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada negara ini tanpa mengira sebarang latar belakang dan pegangan parti politik.
5. Memang rata-rata saya banyak mengaitkan dengan Melayu dan Islam tetapi sumbangan dari bangsa lain sebenarnya banyak juga terutama dari kaum-kaum bumi dari Sabah dan Sarawak.
6. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan anggota pasukan khas kita ramai yang terdiri dari anak-anak muda Sabah dan Sarawak malah dalam satu operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB), reputasi tentera Malaysia yang mengamalkan “ngayau” (potong kepala) menjadi satu mitos yang digeruni musuh.
7. Bercakap tentang negara, saya melihat bangsa Malaysia sekarang ini amat tertonjol di pentas dunia dan negara ini sangat dikasihi ramai.
8. Inilah pengalaman yang saya kutip semasa pergi ke kawasan bencana dan perang di Myanmar, Filiphina, Pakistan, Afghanistan dan Iran.
9. Sebut sahaja Malaysia, serta merta orang yang menerima saya berubah wajah, berkaca-kaca sinar matanya serta senyuman panjang terukir dan bibir tidak lekang menyebut nama Mahathir dan Putrajaya.
10.Raifel AK-47 yang diacukan kepada saya mula bertukar tangan, siap boleh timang-timang dan posing gambar lagiii..semua pasal saya orang Malaysia (Gambar tak scan…lain kalilah apabila saya bukak cerita, bagaimana saya menceroboh masuk ke sempadan Afghanistan masa Amerika Syarikat bom Taliban selepas serangan 11 Sept).
11.Rupa-rupanya terlalu banyak sumbangan besar yang dibuat oleh negara kita ini kepada masyarakat Islam antarabangsa yang kita sendiri pun tidak tahu.
12.Ada sebab mengapa kita tidak tahu, ada beberapa perkara yang terlalu sulit untuk dihebahkan kerana ini bakal mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat.
13.Lagi pun siapa nak percaya kalau saya katakan Tun Dr Mahathir Mohamad ada terlibat dalam mesyuarat sulit atas kapal Sultan Brunei di perairan antarabangsa untuk membekalkan senjata dan dana bagi pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. ANDA PERCAYA KEE??????
14.Tak akanlah Presiden sebuah parti sekular (orang katalah, bukan saya kata) buat kerja-kerja “amal” demikian.
BOSNIA-PERANAN KOMANDO MALAYSIA
15.Inilah negara yang agama rasminya Islam seperti yang tercatat dalam Perlembagaan dan pemimpinnya menyahut rintihan derita dan penindasan masyarakat Islam lain seperti di sebuah bekas republik bernama Bosnia Herzegovina.
16.Dari 40 negara Islam, hanya 12 yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya, hatta Arab Saudi sendiri tidak mengangkat agama rasmi itu ke tempat tertinggi.
17.Dan dari jumlah itu, hanya lima negara Islam yang menghantar tenteranya di bawah operasi Joint Endeavour yang dipimpin oleh North Atlantic Treaty Organization (NATO).
18.Dari 31 buah negara yang menyertai operasi itu, hanya satu yang menghantar pasukan khas atau komando mereka untuk menyertai misi yang paling berbahaya dalam sejarah kemanusiaan iaitu Malaysia.
19.Malang pertama berlaku sebaik sahaja Angkatan Tentera Malaysia berada di bumi Bosnia pada 1993, seorang askarnya terbunuh akibat terpijak periuk api dan ramai lagi yang akan menyusul kemudian.
20.Saya ada mendengar cerita mengenai pasukan komando kita membantu jet-jet pengebom NATO untuk menyerang sasaran tentera Serbia yang banyak menyembelih umat Islam Bosnia ketika itu.
21.Cerita ini saya dengar ketika menyambut kepulangan Malcon dari Bosnia di Subang lama dahulu, entah betul entah tidak saya sendiri pun tidak tahu tapi bacalah analisis saya.
22.Ketika tentera kita dihantar untuk melindungi masyarakat Islam di Bosnia, negara pada masa itu baru sahaja membeli 18 Mig-29 Fulcrum dan 8 pesawat F/A 18D Hornet.
23.Hornet yang kita beli pada masa itu tidak dilengkapkan dengan pakej senjata (beli pesawat sahaja, pakej senjata beli kemudian).
24.Umum mengetahui pesawat Hornet ini dilengkapi dengan sistem penerimaan laser dan berkemampuan untuk melancarkan bom-bom panduan laser ke arah sasaran, bom-bom jenis ini termasuk dalam kategori “Precision Guided Munition” yang menjanjikan ketepatan sasaran hampir 90 peratus berbanding dengan bom jatuhan bebas “free fall bomb”.
25.Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebelum ini tidak pernah mengoperasikan bom-bom panduan laser kerana pesawat sedia ada seperti F-5E, A4 Skyhawk dan MB-339 tidak ada alat penerimaan pantulan laser dan sudah tentu pesawat-pesawat yang dibina dengan teknologi 50an serta 60an ini tidak dapat mengadaptasi teknologi persenjataan terkini.
26.Ini merupakan teknologi yang sanggat canggih. Persoalannya sejauh mana kecanggihan bom ini dan bentuk pemakaiannya dalam peperangan, inilah yang mahu diuji perancang TUDM dalam mencorakkan keupayaan tentera udara kita pada masa akan datang.
27.Cuma ada satu tempat di dalam dunia, di mana perancang pertahanan negara boleh menguji senjata tersebut dan satu-satunya kawasan sesuai ialah di medan konflik Bosnia-Serbia.
28.Yelah, sistem panduan laser ini amat sensitif (ia harus diuji kerana bukan semua negara mahu berkongsi maklumat dengan Malaysia)…ia boleh diganggu dengan pancaran infra red, kelembapan udara malah bom jenis ini dilaporkan tidak sesuai dipakai untuk sasaran di padang pasir kerana kristal pasir boleh menyerakkan pancaran laser itu.
29.Ini terbukti apabila taktiksyen tentera udara Israel memutuskan untuk menggunakan bom “free fall” bagi memusnahkan reaktor Iraq satu ketika dahulu dan tidak menggunakan bom panduan laser.
28.Sesuai pula dengan senario pada masa itu, NATO memang ada rancangan untuk menyerang Serbia tetapi siapa pula yang nak bantu mereka?
29.Bagus, nasib baik kontingen Malaysia ada bawa sekali pasukan khas mereka iaitu dari Gerup Geruk Khas (GGK).
30.Ini juga merupakan peluang yang baik untuk Malaysia menguji senjata berkenaan.
31.Maka padam malam hari, sepasukan empat anggota GGK berpakaian serba hitam bergerak pantas dengan membawa alat terpenting untuk misi itu iaitu gajet “Laser Target Designator” (LTD).
32.Alat canggih ini diguna untuk menanda sasaran dengan pancaran laser yang ditembak beberapa kali dalam beberapa saat, ia bertugas membantu bom panduan laser mengelungsur mengenai sasaran.
33.Sasaran biasanya merupakan aset yang tidak bergerak seperti pos pemerintah, radar, bunker kerana cahaya ini tidak boleh “LOCKED” pada sasaran yang sedang bergerak seperti kereta kebal.
34.Sebaik sahaja sasaran ditanda, kontek pun dibuat dengan pesawat NATO (F-18 Hornet dari kapal pengangkut Amerika Syarikat) dan pesawat itu terbang pada altitud 20,000 kaki (jarak optimum) untuk melancarkan bom panduan laser.
35.Kejayaan misi komando ini telah memungkinkan negara kita mencipta sejarah…tidak lama kemudian bom-bom panduan laser seperti PAVEWAY II mula dipakai oleh TUDM dan beberapa alat LTD yang lebih baik mula terlihat dalam inventori pasukan khas lain khususnya Pasukan Khas Udara atau PASKAU.
36.Hairan ya…mengapa Malaysia menghantar komando ke Bosnia.Mungkin banyak lagi operasi khas dilaksanakan oleh pasukan ini untuk membantu askar Muslim Bosnia yang serba kekurangan berbanding gerila Serbia yang jauh lebih canggih…malah lebih canggih dari kontingen Malaysia sendiri.
PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS TULISAN INI KERANA TIDAK DAPAT MENYATAKAN BUKTI. KISAH
INI PENULIS TAHU LAMA DAHULU SEMASA MENYAMBUT KEPULANGAN ASKAR MALAYSIA PULANG DARI BOSNIA. IA
BAGAIMANAPUN MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PEMBELIAN HORNET DAN BOM PANDUAN LASER PERTAMA NEGARA.
TAK PAYAHLAH CARI KAT INTERNET PASAL KISAH INI TIDAK ADA ORANG TAHU PUNNNNN..SAYA CARI PUN TAK JUMPA.