Baru-baru ini penulis telah pergi ke Kem Gemas. Banyak benda menarik yang disaksikan termasuk PT91 yang disalut dengan jaring thermal ini. Rasa-rasanya gambar ini tidak pernah tersiar dalam mana-mana media tempatan. Ada banyak lagi peralatan menarik seperti yang dimiliki oleh GGK dan PARA, malangnya itu subjek HARAM untuk diambil fotonya. Penulis dua kali diberi amaran oleh pegawai risik tentera kerana berada di kawasan yang tidak sepatutnya.
PT91 dari belakang, perhatikan tong drum yang diisi dengan diesel. Jangan bimbang, diesel bukan senang nak terbakar atau meletup. Untuk menghasilkan tirai asap, diesel akan dipam ke dalam enjin, itu yang berkepul-kepul asap keluar dan menyukarkan musuh untuk mengesan atau membidik PT91. Penulis sudah lupa kegunaan kayu balak pada bawah tong drum tersebut.
Alat ini terdapat pada sekeliling turret kereta kebal. Ia bertujuan untuk mengesan pancaran laser dari peluru berpandu anti kereta kebal yang dilancarkan oleh askar infantri. Sebaik sahaja, ancaman di kesan, satu bunyi elektronik yang nyaring akan bergema dalam kereta kebal seterusnya langkah-langkah kecemasan akan diambil seperti melepaskan asap untuk membutakan penjejak laser (jika tidak silap sayalah).
Lagi gambar PT91 dengan memakai jaring samaran dari sisi depan Susah sikitlah musuh nak kesan PT91 ni pakai infra red atau thermal dengan jaring samaran ini. Sebenarnya dekat belakang skirting bawah plet number itu ada penyodok yang diturunkan secara automatik. Penyodok ini digunakan untuk membuat kubu atau lubang, kereta kebal akan berlindung secara statik di sebalik timbunan tanah yang digali itu.
PT91 standard. JIka tidak silap saya, pakaian crew-crew kereta kebal ini diambil dari pakaian jurutera. Ia bukan dicipta khas untuk “tankees” PT91
PT91 dengan sistem “snorkel”, boleh menyeberangi sungai. Snorkel bertujuan untuk membolehkan enjin bernafas ketika kereta kebal berada di bawah permukaan air. Gambar ni pun rasa-rasanya tidak pernah keluar juga kat suratkhabar atau majalah.
Jubin ERA, jubin ini jika meletup akan membahayakan askar infantri yang bergerak bersama-sama. Ia bagaimanapun tidak meletup dalam suhu yang tinggi atau jika terkena peluru raifel. Lain kalilah, saya terangkan pasal jubin ERA ini.
Sistem peluru berpandu Jernas dengan penjejak optikal. Jarak tembakan 6 kilometer sahaja. Merupakan sistem yang di “upgrade” dari sistem misil Rapier yang dipakai oleh Singapura, Brunei dan Indonesia.
Jika tidak silap, ini merupakan radar pemantau 3D, sebagai sistem sokongan untuk radar Blindfire. Sistem ini dikatakan bertanggungjawab di atas kemusnahan 6 pesawat tempur Argentina semasa perang Falkland.
Jernas boleh dilancarkan secara insani.
Meriam anti udara, ACK ACK – Kalau tidak silap, panggilan “ACK ACK” ini popular digunakan semasa Perang Dunia Pertama. Kalau German, ia lebih popular dengan gelaran meriam “Flak, zaman sekarang ia ditandai sebagai AA sahaja untuk Anti Aircraft.
Meriam G5 yang dibeli dari Afrika Selatan. Penulis difahamkan, meriam ini turut dilengkapi dengan sistem GPS untuk menghantar peluru tepat ke sasaran dengan bantuan satelit. Alat GPS terletak di atas meriam, terpotong dengan frame gambar (penulis bukan jurufoto pro)
Himpunan senjata standard yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia
Gabungan lama dan baru, Colt M4 serta Styer. Kedua-dua jenis telah penulis pakai. Rata-rata ramai askar kita menyukai raifel terbaru M4. Ianya lasak berbanding Styer yang banyak kena Stopgas. Penulis secara peribadi sukakan Styer, tepat kerana ada bidikan optikal.