Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Darat / LAWATAN KE KEM GEMAS

LAWATAN KE KEM GEMAS

June 15, 2009 by Admin 54 Comments


Baru-baru ini penulis telah pergi ke Kem Gemas. Banyak benda menarik yang disaksikan termasuk PT91 yang disalut dengan jaring thermal ini. Rasa-rasanya gambar ini tidak pernah tersiar dalam mana-mana media tempatan. Ada banyak lagi peralatan menarik seperti yang dimiliki oleh GGK dan PARA, malangnya itu subjek HARAM untuk diambil fotonya. Penulis dua kali diberi amaran oleh pegawai risik tentera kerana berada di kawasan yang tidak sepatutnya.


PT91 dari belakang, perhatikan tong drum yang diisi dengan diesel. Jangan bimbang, diesel bukan senang nak terbakar atau meletup. Untuk menghasilkan tirai asap, diesel akan dipam ke dalam enjin, itu yang berkepul-kepul asap keluar dan menyukarkan musuh untuk mengesan atau membidik PT91. Penulis sudah lupa kegunaan kayu balak pada bawah tong drum tersebut.


Alat ini terdapat pada sekeliling turret kereta kebal. Ia bertujuan untuk mengesan pancaran laser dari peluru berpandu anti kereta kebal yang dilancarkan oleh askar infantri. Sebaik sahaja, ancaman di kesan, satu bunyi elektronik yang nyaring akan bergema dalam kereta kebal seterusnya langkah-langkah kecemasan akan diambil seperti melepaskan asap untuk membutakan penjejak laser (jika tidak silap sayalah).


Lagi gambar PT91 dengan memakai jaring samaran dari sisi depan Susah sikitlah musuh nak kesan PT91 ni pakai infra red atau thermal dengan jaring samaran ini. Sebenarnya dekat belakang skirting bawah plet number itu ada penyodok yang diturunkan secara automatik. Penyodok ini digunakan untuk membuat kubu atau lubang, kereta kebal akan berlindung secara statik di sebalik timbunan tanah yang digali itu.


PT91 standard. JIka tidak silap saya, pakaian crew-crew kereta kebal ini diambil dari pakaian jurutera. Ia bukan dicipta khas untuk “tankees” PT91


PT91 dengan sistem “snorkel”, boleh menyeberangi sungai. Snorkel bertujuan untuk membolehkan enjin bernafas ketika kereta kebal berada di bawah permukaan air. Gambar ni pun rasa-rasanya tidak pernah keluar juga kat suratkhabar atau majalah.


Jubin ERA, jubin ini jika meletup akan membahayakan askar infantri yang bergerak bersama-sama. Ia bagaimanapun tidak meletup dalam suhu yang tinggi atau jika terkena peluru raifel. Lain kalilah, saya terangkan pasal jubin ERA ini.


Biodata PT91

Sistem peluru berpandu Jernas dengan penjejak optikal. Jarak tembakan 6 kilometer sahaja. Merupakan sistem yang di “upgrade” dari sistem misil Rapier yang dipakai oleh Singapura, Brunei dan Indonesia.


Jika tidak silap, ini merupakan radar pemantau 3D, sebagai sistem sokongan untuk radar Blindfire. Sistem ini dikatakan bertanggungjawab di atas kemusnahan 6 pesawat tempur Argentina semasa perang Falkland.


Radar Blindfire untuk Jernas

Jernas boleh dilancarkan secara insani.


Meriam anti udara, ACK ACK – Kalau tidak silap, panggilan “ACK ACK” ini popular digunakan semasa Perang Dunia Pertama. Kalau German, ia lebih popular dengan gelaran meriam “Flak, zaman sekarang ia ditandai sebagai AA sahaja untuk Anti Aircraft.

Meriam G5 yang dibeli dari Afrika Selatan. Penulis difahamkan, meriam ini turut dilengkapi dengan sistem GPS untuk menghantar peluru tepat ke sasaran dengan bantuan satelit. Alat GPS terletak di atas meriam, terpotong dengan frame gambar (penulis bukan jurufoto pro)


Himpunan senjata standard yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia

Gabungan lama dan baru, Colt M4 serta Styer. Kedua-dua jenis telah penulis pakai. Rata-rata ramai askar kita menyukai raifel terbaru M4. Ianya lasak berbanding Styer yang banyak kena Stopgas. Penulis secara peribadi sukakan Styer, tepat kerana ada bidikan optikal.

Related

Filed Under: Darat

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« REMEMBER KALABAKAN (KONFRANTASI 1963)
KALABAKAN, HARTAL DAN KOVIL »

Comments

  1. Cargo Line says

    February 2, 2013 at 09:40

    Good job bro!

    Reply
  2. john says

    September 20, 2012 at 13:27

    AA gun tu brand Oerlinken.tang jernas tu rasa nya macam tak pratical kerana guna man power yang ramai,sedang kan malaysia .kurang anggota tentera,lagi satu jarak pun short /medium range ,patut kita ade long range missile.

    Reply
  3. lps spm.... says

    December 31, 2010 at 17:41

    cerita yg menarik….
    teruskan usaha bro….
    slalu nmpak kenderaan askar lalu dpn umah atuk aq…
    laluan masuk ke kem gemaS…

    Reply
  4. Mat Din says

    December 23, 2010 at 18:39

    Yep, VAT69/UTK ada guna G36 versi compact (G36c). diorg jgk ad guna Hk416 carbine.

    Reply
  5. am says

    December 23, 2010 at 17:22

    Heckler & Koch Gewehr 36 (G36)
    btol ker malaysia ade guna?

    Reply
  6. Anonymous says

    December 17, 2009 at 09:38

    vab банк
    vab банк
    [url=http://globalist.org.ua/?p=19244]vab банк[/url]
    http://globalist.org.ua/?p=19244 – vab банк

    Reply
  7. [email protected] says

    November 13, 2009 at 18:46

    radar pemantau 3D

    gambar pok daro kawe ado jugok..hahhaha

    Reply
  8. PakDing says

    October 15, 2009 at 20:36

    Slmm…

    thniah kpd bro shah sb wat blog yg besh lg mmbngkitkn smangat patriotik nih…keep on!

    lps PASKAU bru bli sg553 arituh sy ad tngok dlm PERAJURIT smua raifal2 mrk ad equip ngan sight PATRIA , ad gak MOLAD. ad kmungkinan nih bley jd alternatif utk aimpoint, dsb? sy cri kt tenet tp x de bnyk maklumat psl sight nih..ad komen???

    lg stu rse2 reflex sight KOBRA 2 bgus x? sy ad tngok kt website nih:
    http://tantal.kalashnikov.guns.ru/bstkobra.html
    nmpak cam bley je jd alternatif EOTech jaa….rugged pon rugged..hrga lg murah. compatible lak ngan piccanity / weaver rail. rse2 bley x sight nih dpt tmpat dlm atm?

    Reply
  9. kaspi says

    September 3, 2009 at 08:16

    hehe..
    bang, ade koleksi gambar-gambar senapang x?
    saye carik lam internet xjumpe..
    kalo ade bleh kongsi2..
    huhuhu

    minat menembak tapi xder peluang..adeiii….

    Reply
  10. Anonymous says

    July 23, 2009 at 04:06

    maybe ada kebaikan dan kuburukan die dibuang. maybe baik sbb takde la terpesong jauh tentera kita. buruknya kurang sorang lagi askar yg mungkin boleh pegi perang(mungkin berani, ye kot, jgn absent sudah). sbb ramai dari ATMA ni 10 taun berhenti la. habehkan boreh yo.

    Reply
  11. Anonymous says

    July 12, 2009 at 08:30

    maybe aswan belajar strategic studies pasai nak tukar mindsetnya ke arah perang angkasa spt star wars, tak perlu pakai daun lagi, kena pakai baju dan topeng hitam macam darth vader, atau apakah sebenarnya aswan akan memulakan tentera panji2 hitam dari timur?
    huhuhu… (bagi dia kembang sikit…huhuhu)

    Reply
  12. Anonymous says

    July 8, 2009 at 10:51

    Bkn nk kata ape2 la.. tp pemikiran aswan ni bley merosakkan keupayaan negara.. nasib baik la dia dah kna buang dari jd tentera..haha! i know him very well!

    Reply
  13. RAD says

    July 6, 2009 at 02:10

    Aswan. jgn berfikiran singkat. we are now moving forwards toward CW. not CIW anymore. most of the war now is CW. Camo tu biasanya seperti yg telah diterangkan dalam komen ramai kawan2 kita kat atas ni hah. utk daun2 tu, utk menghilangkan rupa bentuk yg bersegi ada pada benda/kenderaan yg kita gune. kalau dah kita sembunyi kat kaw lalang tinggi, takkan kita nak biar org cam bentuk helmet kita bulat cam kekura tu. at least dengan menggunakan tumbuhan yg ada di sekeliling kita, dapat kita menyamarkan sedikit rupa bentuk dan secara tak langsung dapat kelirukan musuh. bukannye saja nak pakai daun. think before u act la. jgn nak cakap army officers tak pikir. i am one of army officers k. skarang ni more to CW. camna musuh nak kesan kalau musuh kat depan dan kita jalan, daun terbang ke belakang. bukan daun terbang ke hadapan. kat belakang ni trail kita pasukan sahabat kita jek yg nampak kecuali musuh buat tinjauan udara. that is when we find a hiding place and cover up with the nature around us. it will be a stupid thing if u just swap into the bush while the enemy are doing air recce without being one with the nature. terang2 tanah musuhnye peninjau dapat tgk kita. at least kalau kita dah cover up ngan pokok2 daun2 sekeliling kita, kita dapat sembunyi sket dari pandangan diorang. lagi la bodoh kalau dicat hitam. kalau pasukan peninjau hadapan diorang nampak, takkan kita nak jadi bodoh duduk tengah jalan jadi papan target diorang, mesti la kita sembunyi atau masuk ke kaw yg bersemak, berhutan or what so ever utk dielak dari direct hit. kalau dah hitam lagi la senang nak bezakan bila dalam semak. itu la bergunanya camo paint. the way u dress look smart but still not smart enough i think. if u are smart enough, benda tu sepatutnya dah terlintas difikiran anda. ini bukan utk menghentam or apa just nak perbetulkan pemikiran anda yg dah lari jauh menyimpang.

    p/s: penulis, jgn la siarkan sgt gambar2 aset yg kita ada. nampak sgt bagi negara musuh tgk apa yg kita ada free2. at least benda yg biasa2 cam senjata2 kecik dah la. yg beso2 tu save sendiri jek. yg rahsia2 tu x perlu la disiarkan. ada la sebab musebab dirahsiakan ye tak. hehehe.

    sorry kalau ada yg terasa or tersinggung. just menyatakan yg terbuku dihati yg sakit hati sbb comment dari yg x reti. 😛

    Reply
  14. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) says

    June 24, 2009 at 23:52

    tahniah.. teruskan usaha ini

    Reply
  15. Anonymous says

    June 24, 2009 at 17:00

    bro,
    bagus blog kau ni. aku pun minat tempur ni. aku ada join kelab menembak dan dah cuba banyak senjata (yelah ada duit sikit buat bayar yuran tahunan). kelab menembak kajang macam koboi, menembak x pakai penutup telinga. beli peluru, terus tembak suka ati, best

    Reply
  16. Anonymous says

    June 23, 2009 at 00:20

    F Aswan…huhuhu strategy student? apa barang pasal penyamaran anda nak sibuk kalau anda benar2 sedang belajar strategic level…tu tactical je beb

    mejarizan

    p/s: no offece eh aswan…tapi kalau kail panjang sejengkal…jangan nak duga lautan dalam

    Reply
  17. shahpaskal says

    June 20, 2009 at 21:33

    kah kah kah, nak tgk muka den, poi lah ke blog ondscene.via.my muka ondscene dan bapak gula gula pun ada. muka den tak leh lah kuar dalam blog sendiri

    Reply
  18. Toy says

    June 20, 2009 at 17:45

    awat mata penulis dicencored sebagaimana penjenayah terkenal??walaupon penulis bukan watak penting dalam gambar tuh,nk gak kenal penulis…leh mintak otograf…hahahaha

    aku nk tanya sket….bape jumlah MBT msia skang??n semua dia letak kat gemas ker??

    Reply
  19. Luth says

    June 19, 2009 at 23:14

    heheh..btui gak tu..tapi klo SMEO dapat pasang M4 tu kan best..

    Reply
  20. shahpaskal says

    June 19, 2009 at 22:57

    x dengar pulak depa minat, minat mmg semua minat, siap buat trial. Persoalannya relevan ke nak dimasukkan dalam perkhidmatan. Lagi pun kita baru beli M4.

    Reply
  21. Luth says

    June 19, 2009 at 22:49

    lg satu pe cerita ATM pasal karbin HK XM8 tu,dengar kata deorng minat kt karbin tu..

    Reply
  22. Luth says

    June 19, 2009 at 22:48

    salam..bro shah..sya nak bagi sedikit cadangan,pe kata bro shah buat artikel berkenaan dengan askar timbalan setia johor…saya dengar yang mereka ni pun komponen GGK gak…

    Reply
  23. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    June 19, 2009 at 19:23

    Kekawan,

    1. Camo – most camo digunakan untuk elakkan kena sasar terutama ATGM (especially yang range up to 5,000m). Camo kita tu untuk elak kena kesan thermal (which most being used as main optical targeted device of ATGM).

    2. Pasal pangkat boleh rujuk dalam wikipedia (refer British designation).

    3. Kita beli M4 mungkin sebab kita nak dapatkan TOT gadget yang ada pada M4. Sure SME Ord S/B tahu nak adjust sikit supaya M4 kita lebih baik (macam yang kita buat pada PT-91M & Su-30MKM).

    4. Bukan takat muzium perang kat Penang, KEMENTAH patut tingkatkan perhatian pada muzium lain (dgn kerjasama kementerian bertanggungjawab). Muzium bukan takat pamer sejarah tapi sebenarnya mampu tingkatkan semangat patriotisma (which most our young generation lack & forget)..

    Reply
  24. shahpaskal says

    June 19, 2009 at 14:03

    lupa lagi nak cakap. takpe Aswan nanti saya akan huraikan lebih detail tentang persoalan saudara. Menarik juga topik ini.

    Lukluk, bab pangkat ni den kantoi lahhhh. Memang tak pandai sangat.

    jebat…listkan kelengkapan yang tak best ni pasal banyak yang Malaysia takde. Kau ingat Malaysia kuat sangat ke hahahaha. Sorry gurau jebat. Lagi pun doktrin kita masih defensive.

    Zulhilmi…entahlah, M4 ni banyak juga stopgas. Dulu member2 saya semua boo saya pasal saya suka pakai Styer, depa kata Styer banyak stopgas. Saya suka pasal dia ada Optical sight. Saya dah tembak pakai M4,iron sight…Fail bebbbb, jadi tak terror saya.

    US banyak duit bolehlah beli raifel mahal yang futuristik. Sebenarnya apa-apa senjata pun masih relevan, ada senjata yang masih digunakan walaupun asasnya dari tahun 50an macam AK47. Tak banyak beza Ak ni dengan raifel hari ini cuma berat je dah dikurangkan.

    Reply
  25. shahpaskal says

    June 19, 2009 at 13:47

    haha Aswan..i have the answer for yur question. Dulu i kena bambu dengan Panglima Tentera Darat pasal tanya soalan ini.

    Hujah beliau, almost 70 percent kawasan sebelah pantai barat adalah bandar, kawasan terbuka seperti lebhraya dan estet getah serta kelapa sawit.

    Dalam kes ini, Malaysia beli untuk firepowernya, mungkin Malaysia tahu pertembungan tank dengan tank dalam senario peperangan di negara ini adalah minimal.

    Camoflage yang dipasang pada kereta kebal kita bukan camouflage biasa. Tanpa jaket thermal pun, cat yang dipakai pada kereta kebal itu akan menyebabkan sistem infra red atau thermal musuh gagal mengesan kereta kebal kita.

    Anda boleh merujuk entry saya mengenai PT91 sebelum ini bagi keterangan lebih detail.

    Reply
  26. balasman says

    June 19, 2009 at 12:04

    F.aswan: pembelian tank tu selaras dengan perkembangan ATM menuju ke conventional armed forces..

    bercakap pasal camouflage..cuba riki2 kat google..about silhouette..about thermal signature/imaging..about radar absorbent material/coat..camouflage bukan untuk 'hilang' dari musuh..tapi untuk menyukarkan pengesanan..remember 1st look, 1st shoot..

    dan apakata cek doktrin ATM and future ATM 'enemy'..ada tak sangkut pautnyer..hehe

    Reply
  27. F.Aswan says

    June 19, 2009 at 10:44

    Thaniah atas penuliasan yang menarik Shah.Im one of ur admire.Cuma ada banda saya nak comment pasal tank malaysia dari segi tactical as a strategic student. Kenapa diorang pergi camouflage kereta kebal besar bagak tu. Diorang nak bawak masuk hutan ke kebal? ingat boleh lalu ke kereta kebal kat dalam hutan khatulistiwa kita ni. Kereta kebal di design untuk aggresion dan desert war. Bukan untuk geurilla tactic nak buat penyamaran macam tu.Diorag buat camouflage untuk berjalan di atas jalan raya ke? patutnya warna hitam la kalau nak sangat. U know shah, thats is funny about Malaysian Military.Trak 3 tan pun diorang pergi Camouflage kan sangkut2 daun. Bila jalan atas jalan raya daun terbang lagila musuh dapat kesan. The mind set of our military officers should change. Thats all folks.

    Reply
  28. LuKLuK BaiDoaH says

    June 19, 2009 at 10:28

    lor…nape taruk gambar tank2 m'sia… gtaw ayah kiter… klu penjajah tengok cmne? nnt die tau ape yg kite ade… senang la die nk serang kite… (hahaha,den xtau bende sebenarnye…) nk cadangkan, wat la senarai jawatan2 dlm tentera.orang awam nk tau gak.. contohnya kapten,kenel, komander…pastu bezakan mane satu lagi tinggi…contohnya komande tu same ngn left kenel,klu kenel lagi tinggi…(hahaha xtau eja sbnrnye)

    Reply
    • Rango says

      March 17, 2019 at 02:16

      Takut musuh tahu aset kita?
      Come on la zaman dah cangih
      U all kena byak tgok nat geo

      Reply
  29. jebat says

    June 19, 2009 at 10:11

    Salam Bro..

    Dah lama kau tak updated info lagi.. sibuk ker?? Aku minat sgt nak baca tulisan ketenteraan ni..

    Boleh tak kau listkan kelengkapan ketenteraan Indonesia vs malaysia bersama dengan ulasan peribadi kau tak? Sebagai bacaan dan pembakar semangat waja seperti pembaca lain di sini.

    tahniah..

    Reply
  30. Zulhimi says

    June 19, 2009 at 07:30

    Salam.

    Interesting blog. I've been following for quite some time now. Keep it up!

    Just a little add-on, that ERA armor is only effective against armor-piercing projectiles. Against thermobaric weapons like the javelin and hellfire missiles, it's almost useless. The thermal heat generated by these weapons (>1500 C) would literally fry the whole tank before the ERA can even react. (ERA = explosive reactive armor)

    Just a question though: When the U.S military is looking to phase out the M4 with newer weapons like the SCAR, HK 416 and XM8, why are we buying the M4?

    Can't wait till I graduate and then I m joining the reserves……. =)

    Reply
  31. emotionless_teenage says

    June 19, 2009 at 01:01

    a shop in a shopping mall in sabah
    (i ask the shop owner about NVG price tag and he told me the price is a cool RM1400)

    i found cheap chinese-made marpat and ACU too(but the one i want the most right now is USMC ka-bar knife :D)

    Reply
  32. shahpaskal says

    June 19, 2009 at 00:05

    adioz, saya dah pergi ke Muzium Perang di Batu Maung. Sayang, kerajaan tak bangunkan betul2 bekas kompleks pertahanan British di sana. Kehebatannya sama dengan struktur dan terowong di Fort Siloso, Pulau Sentosa, Singapura. Kalau ada sen, pergilah ke Fort Siloso, terowong dan kompleks pertahanannya bertingkat-tingkat ke dalam bawah tanah.

    Reply
  33. adioz88 says

    June 18, 2009 at 14:00

    bro, buat artikel pasal Muzium Perang di Batu Maung Penang pulak..
    Di sana macam2 ada…Saya baru balik dari sana lah ni. Memang high tech walaupun pada zaman 30an punya struktur. Penyamaran dia pun menakjubkan. Baju camo dan helmet anti balistik pun ada lagi..Sentri asal, dilindungi lapisan kaca tebal untuk menyelamatkan anggota daripada peluru raifal. Memang olskoool dan agak mencabar sebab ada escape tunnel..puas memanjat sampai lencun peluh

    Reply
  34. shahpaskal says

    June 18, 2009 at 03:20

    RM350…wow i thought it will cost around RM400-500. Where is your city, i knew a place in Bangi which they sell first generation Night Vision Goggle from Russia around RM200, the problem is, that thing is not working anymore unless u can hardwire it with normal battery to power up the goggle and i just bought my first SWAT tactical boots from a military shop in Temerloh, it cost me only RM250. In KL, the price will be around RM300-400

    Reply
  35. emotionless_teenage says

    June 18, 2009 at 00:32

    i saw aimpoint optical sight being sold at rm350(in military shop at my city)

    not that expensive if you ask me

    Reply
  36. John Winchester says

    June 17, 2009 at 06:34

    Jubin ERA ni singkatan dari Explosive Reactive Armor, diperkenalkan oleh Israel pada tahun 1982…..

    Memang berbahaya kalau ada infantri berhampiran dengannya…sebab itulah taktik tank desant (angkut infantri atas tank-biasanya dipraktikkan pada WW2) tak praktikal dilakukan sekarang…..

    Reply
  37. Anonymous says

    June 17, 2009 at 05:07

    kuno sight hehe. halap STRIDE dpt klon tu aimpoint,

    Reply
  38. Johanz007 says

    June 17, 2009 at 00:49

    Fuh ..layan gai article kali nie .. kalo dapat gi sana kan best ..

    Reply
  39. farid says

    June 16, 2009 at 22:59

    ok je x teruk sangat

    Reply
  40. shahpaskal says

    June 16, 2009 at 20:30

    emotionless_teenage…no i dont think so, banyak mahal maaaaaa (Aimpoint).

    Our soldier will rely on the rifle iron sight, sama macam askar dulu-dulu during M-16 time.

    Reply
  41. emotionless_teenage says

    June 16, 2009 at 18:29

    i personally love steyr too

    speaking about our M4,will optical sight gonna a standard issue too?

    Reply
  42. shahpaskal says

    June 16, 2009 at 14:24

    i never knoe that…thanksss

    Reply
  43. Obefiend says

    June 16, 2009 at 13:56

    EKSLUSIF BAI!

    memang sepanjang baca majalah tempur maupun perajurit tak pernah nampa PT91 pakai baju! nice nice.. siap ada close shot ERA tiles.

    nice job

    oh ya.. kalau tak silap ack ack tu joke orang perang dunia kedua. pasal askar jerman bila ditembak dia tak jerit

    "adui!"
    "ouch!"
    atau
    "aaaah!"

    diorang akan cakap

    "ach!"

    so AAA dapat nama jolokon ack ack pasal itu lah. dapat cerita ni dari buku Stephen Ambrose. veteran DDAY yang ceritakan.

    Reply
  44. John Winchester says

    June 16, 2009 at 12:02

    Komen kawan pada artikel mengenai Triple A (AAA- Anti Aircraft Artilery)…..

    Memang Jerman memanggilnya Flak, kalau US dengan Triple A…..

    Snorkel PT 91 menngingatkan kawan kepada snorkel 4 wd, sebab kalau dalam air, enjin diesel susah nak mati berbanding petrol..sebab itulah 4 WD yang melenjan dalam air boleh jalan lagi wauapun air dah sampai dash board………….

    Reply
  45. knife says

    June 16, 2009 at 07:40

    saudara shahpaskal, bab majalah tempur dan perajurit tu, dah menjadi kemestian untuk dibeli setiap bulan.

    untuk pengetahuan saudara, saya mula membuat koleksi majalah tempur sejak issue pertama lagi. 😛

    Reply
  46. shahpaskal says

    June 16, 2009 at 01:47

    selamat datang totis, balasman, eddie, knife, sazuwi dan ahmad.

    Kadang2 banyak isu yang tidak dapat saya tulis kerana saya tidak ada sumber. Saya boleh tulis ikut sedap hati tetapi tak bestlah. Kita kalau buat analisis mesti ada fakta.

    Bagaimanapun anggaplah ini semua sebagai ilmu dan sebarkanlah ilmu ini ke merata tempat. Kalau sesiapa yang minat nak bertempur di forum alam maya tu, bolehlah pakai hujah2 dalam ni sikit.

    Kadang2 satu malam menulis, kadang2 seminggu atau sebulan atau dua bulan barulah satu analisis itu berjaya disiapkan.

    Saya bagaimanapun mengalakkan saudara-saudara sekelian membeli majalah Tempur dan Perajurit kerana ilmu yang dipaparkan cukup menarik. Walaupun mahal, tetapi pengetahuan yang ada sebenarnya tidak ternilai.

    Reply
  47. sAzUwI says

    June 16, 2009 at 00:09

    hebat giler tank2 malaysia nie gak yek..

    Reply
  48. totis says

    June 15, 2009 at 20:11

    saya memang peminat no.1 bro shah punye blog, even everyday baca benda yang sama pun saya tak kisah, kalau tak baca 1 hari rasa tak sempurna hari saya…haha

    anyway, ada tak info tentang helicopter tempur yang dengar macam Malaysia nak beli, Denel Roivak apa ke nama dia…

    thanks bro Shah

    Reply
  49. knife says

    June 15, 2009 at 17:46

    wow… best lah dapat jadi macam saudara shahpaskal. dapat masuk tempat-tempat yang telah dikategorikan kawasan larangan untuk orang awam. nanti jangan lupa buat coverage kapal selam kita tu. 😛

    Reply
  50. ahmad says

    June 15, 2009 at 15:50

    memang best la blog ni..
    thanx bro shahpaskal..

    berbaloi jugak aku tgu post baru dari bro

    Reply
  51. eddie dewanaga says

    June 15, 2009 at 14:40

    gambar2 yg exclusive… cantik!
    nanti bikin pasal cerita meriam dan bantuan tempur infantri ye bro… gua suka jenis howitzer, nampak garang bagaikan dinosaur je…

    Reply
  52. shahpaskal says

    June 15, 2009 at 09:29

    Ayaaaa..terima kasih bro, kepala masih ting tong kerana lepak dengan member sampai tak tidurrrr

    Reply
  53. balasman says

    June 15, 2009 at 09:23

    bos..pembetulan sket kot..rifle baru M4..bukan M16A2..tp gambar thermal blanket mmg ekslusif la bro! tahniah!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK