Left Kolonel (B) Malakan semasa muda
Sebahagian dari Kem Kalabakan selepas serangan tentera Indonesia
Mayat tentera Indonesia yang ditembak mati
Kesemua mayat ini merupakan askar Indonesia yang ditembak mati
*Saya mengalu-alukan sebarang gambar yang menunjukkan askar Malaysia yang berjaya ditembak mati. Setakat cakap, bukti tidak ada, baik tak payah cakap. Kalau betul, Malaysia berjaya dimalukan dalam konflik yang lepas, mana gambarrrrrrr…mana gambarnya pakkkk.
NOTA PENULIS :
Hari ini penulis menemui seorang pahlawan, pahlawan yang kita pinggirkan dan dilupakan apabila kita sama-sama berteriak di dalam hati untuk menyokong Chin Peng. Orangnya kecil, berbudi bahasa dan amat mengejutkan saya apabila beliau meminta maaf jika dalam penceritaannya ada yang terkasar bahasa semasa penulis hendak pulang.
Terkedu den, sepatutnya saya sebagai orang muda yang minta maaf tetapi tidak mengapa, penulis amat berpuas hati kerana banyak perkara dan ilmu yang saya dapat belajar dari pahlawan ini.
Beliau turut menemankan saya sampai ke motor, (mungkin nak tengok motor besar tapi buruk saya kotttt. Sempat pulak tanya pasal CC motor, wahhh pakcik ni handal juga pasal motor besar hahahaha)
Pertemuan kami turut ditemani oleh anaknya dan juga pembaca blog saya iaitu Rozmal Malakan. Rozmal bagaimanapun hanya menemankan kami separuh jalan kerana terpaksa pergi kerja. Sebelum itu, Rozmal sempat menjelaskan air minuman saya…hehehe terima kasih beb belanja minum, kalau saya tahu orang nak belanja, memang den order roti satu kedai hahahaha.
Saya berharap pembaca dapat membaca blog saya dengan tenang. Ada beberapa perkara yang sensitif seperti permasalahan perkauman tetapi jangan emosional (kalau saya emosional tak mengapa kerana ini blog saya hehehehe). Seperti yang saya katakan dalam komen-komen saya, saya menulis jika ada sumber yang sahih, nanti kalau saya keluarkan cerita itu dan ini, orang akan kata saya ini mereka-reka dan tidak ada krebiliti.
Tulisan ini 100 percent original dan tidak ada sebarang tapisan.
1. Baiklah, kita mulakan dari A sampai Z, kerana kisah yang disampaikan sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah negara dan juga merupakan rekod kehidupan tuan Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin sendiri yang ketika ini berusia 71 tahun, ayahnya Kamaruddin dan bundanya masih lagi hidup dalam usia lingkungan 90an (Ini benar-benar mengejutkan saya..bertuah Rozmal kerana masih ada datuk dan nenek).
2. Beliau lahir pada 13 Dis 1937 di Negeri Sembilan, mula memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.
3. Hasrat beliau adalah untuk menjadi pegawai. Budak degil dan suka melawan cakap ini mendapat latihan pertamanya di Kem Port Dickson tetapi pada awal 1959, keluar kerana gagal dalam ujian tertentu.
4. Pegawai beliau iaitu seorang Inggeris bernama Kolonel King membuat tawaran dengan nada sinis,”Kalau kau nak kerja kat luar, saya boleh carikan. Mahu jadi penoreh getak tak”.
5. “Beginilah Tuan, saya tidak berminat. Saya cuma nak jadi pegawai, Tuan hantarlah saya ke mana-mana unit,” balas Malakan.
6. Akhirnya, beliau dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu, di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu.
7. Di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa.
8. Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran.
9. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303.
10.Pada tahun 1959, beliau diarahkan untuk menjadi pengawal yang menjaga pintu hadapan Istana Negara. Seorang pegawai Inggeris, Kapt Vickers menegur beliau, : “Kenapa samping pendek sangat (baju Melayu putih dan samping hijau),”.
11.Beliau jawap :”Mana samping saya pendek. All good and in order,” katanya yang menyebabkan beliau kemudian dihadapkan ke pegawai tertinggi iaitu Kolonel Tamin yang cukup garang tetapi kolonel ini memberi beliau peluang di mana Malakan ditukar dari Kompeni A ke Kompeni C di Kem North (Sekarang Flet Pekeliling).
12.Beliau masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat pangkat pegawai atau sarjan dan satu hari melahirkan rasa geramnya itu terhadap Mejar Gerald (veteran dari Perang Korea).
13.”Saya masih tidak berpuas hati kerana saya ada ilmu perang tetapi masih kupas kentang dan bawang di kem ini. Saya nak kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Saya nak jadi guru pelajaran (Zaman dahulu Angkatan Tentera Malaysia ada bahagian pelajaran),” katanya.
14.Mejar Gerald kemudian menelefon terus Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak untuk menyatakan hasrat Malakan dan tidak lama kemudian, askar muda itu dinaikkan pangkat dari prebet ke korporal dengan gaji berjumlah RM100 lebih.
15.Dulu semasa prebet, gaji beliau adalah RM60, beliau masih mampu menghantar RM20 untuk belanja maknya di kampung (RENDAHNYA KOS HIDUP MASA TU YAA).
16.Tahun 1960, Malakan ditukarkan ke Alor Setar dan pada 1961 ditukar ke Kem Sungai Besi untuk latihan jangka pendek selama tiga bulan.
17.Beliau tamatkan kursus pada Dis 1961 sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Batalion 3 RAMD di Alor Setar.
KONFRANTASI DAN KALABAKAN
18.Batalion tersebut sedang bersiap sedia untuk menjaga keamanan di Kongo, Afrika di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila konfrantasi tercetus pada tahun 1963 dan penghantaran itu dibatalkan.
19.Batalion dengan kekuatan 1,000 anggota itu kemudian dialih ke Tawau, Sabah tetapi Malakan tidak dapat pergi kerana ditukar ke Port Dickson untuk melatih tentera-tentera baru.
20.Askar-askar baru dilatih selama tiga bulan sahaja kerana negara pada masa itu sangat memerlukan tentera akibat ancaman Darurat dan Konfrantasi, hanya tujuh batalion sahaja yang wujud pada masa itu.
21.Apabila peristiwa Kalabakan tercetus 29 Disember 1963, Malakan hanya mendapat khabar berita mengenai kematian kawan-kawannya selepas dua hari.
22.”Saya sedih dan geram,” katanya. Peluang untuk menuntut bela tertangguh sebentar apabila Malakan dihantar ke 7 RAMD di Sungai Besi pada tahun 1965 sebelum dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa di Kelantan untuk menangani satu lagi ancaman sedia ada iaitu komunis. Ya, negara diancam kiri kanan pada masa itu iaitu pengganas (yang kini diangkat oleh sesetengah bangsa Melayu sebagai hero) dan tentera Indonesia.
23.Peluang tiba pada tahun 1966 apabila Batalion 7 RAMD ditukarkan ke Tawau, Sabah malangnya sekali lagi Malakan gagal pergi kerana terpaksa menjaga kem.
24.Hanya selepas bergaduh dengan isteri komander kem, (suami takde, isteri naik Tokey arah orang sana sini), barulah Malakan dipindahkan ke Tawau.
25.Perjalanan ke Sabah dari Port Kelang mengambil masa selama dua minggu dengan kapal dan Malakan ditugaskan di Pulau Sebatik.
26.Separuh dari kawasan Pulau Sebatik berada di bawah zon kawalan askar Malaysia dan separuh lagi di bawah kawalan Indonesia.
27.”Ada beberapa pertempuran di Pulau Sebatik tetapi saya tidak terlibat. Pada waktu malam ada dengar pergerakan musuh seperti kereta perisai mereka tetapi tidak ada apa yang berlaku. Saya duduk di Pulau Sebatik selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke Kem Kalabakan,” katanya.
28.Kem Kalabakan terletak di tepi sungai dan ada airstrip di situ. Semasa beliau tiba, kem itu telah pun diperkuatkan lagi dengan kubu-kubu pertahanan sebagai pelajaran dari serangan tentera Indonesia kira-kira tiga tahun lepas.
29.Bantuan hanya boleh dihantar melalui helikopter, kapal terbang atau sungai, jalan sungai mengambil masa dua jam dari kem terdekat.
30.Kem itu didiami oleh Kompeni Bravo dengan kekuatan 100 lebih tetapi dalam beberapa operasi, Malakan masih tidak menemui aksi pertempuran yang diidamkan.
31.Peluang melepaskan dendam akibat kematian rakan-rakannya semasa serangan di Kem Kalabakan 3 tahun lepas akhirnya tiba, apabila seorang pembalak membuat laporan bahawa dia dihampiri oleh tentera Indonesia yang meminta bantuan pakaian dan makanan.
32.Untuk pengetahuan pembaca, tentera-tentera Indonesia yang masuk ketika itu terbiar dalam unit-unit kecil tanpa bantuan dari markas utama, mereka juga tertipu kerana menyangka penduduk tempatan akan menyokong mereka sebaliknya keadaan rupa-rupanya tidak berpihak kepada Indonesia.
33.Malakan ketika ini berpangkat Kapten dan beliau menyiapkan pelan tempur di mana pasukan pemburu terbahagi dua iaitu satu, KILLER GROUP (grup utama) dan satu lagi CORDON GROUP (macam pasukan pengepung kot)
34.Malam 29 Disember 1966, kumpulan itu keluar ke zon pertempuran dan menunggu hingga ke pagi 30 Dis.
35.Pada pukul 8 pagi, dua lelaki berusia 20an dan 30an muncul dan berteriak “HOI” untuk memanggil pembalak tadi, pakaian mereka jelas cumpang camping.
36.Malakan yang bersenjatakan SMG kemudian meminta orang bawahannya menukar senjata Lite Mesin Gun.
37.Senjata Lite Machine Gun dengan magazin 30 kelopak peluru kemudian dilepaskan oleh Malakan dari jarak lebih kurang 15 meter menyebabkan kedua-dua lelaki itu terpusing akibat kederasan peluru, otak mereka berkecai.
38.”Busuk bau otakkk ni,” katanya kepada saya yang sedang cuba menghirup teh tarik sambil membayangkan bau otak mangsa yang ditembak tadi.
39.Selepas tamatnya konfrantasi, beliau masih di Tawau dan seperti biasa sebagai tanda persahabatan atau tanda damai, pegawai dari kedua-dua pihak akan melawat kem masing-masing.
40.Beliau berpeluang melawat kem tentera Indonesia di Nunukan dan Tarakan, sebuah pulau yang menghasilkan minyak untuk Indonesia.
41.Dalam satu majlis di kem tentera Indonesia, seorang pegawai tentera Indonesia telah berteriak kepada tetamu (pegawai Malaysia), : “Siapa bunuh Mahdi Hussin dan Abdul Rashid (dua askar Indonesia yang ditembak pada pagi 30 Dis sebelum ini).
42.Malakan menjawab, :”Saya” dan jawapan berani serta berterus terang pegawai itu menyebabkan pegawai Indonesia tadi tergamam dan suasana majlis senyap seketika.
PERISTIWA HARTAL, KAMPUNG KONVIL DAN 13 MEI
43.Pada tahun 1967, beliau kemudian ditukarkan ke Kota Bahru dan kemudian ke Ipoh, kemudian ke Taiping untuk memasuki Batalion 1 Renjer. Sebelum itu tidak ada batalion renjer, yang ada hanyalah Sarawak Rangers yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British (Sebelum Sarawak menyertai pembentukan Malaysia).
44.Selepas Malaysia, ia disatukan dan Malakan melihat askar-askar dari peribumi Sarawak ini dengan penuh rasa kekaguman.
45.”Mereka ini semuanya Iban. Mereka banyak ilmu hutan dan tidak kekok semasa operasi. They are very loyal dan sangat sangat berani. Setaraf dengan kehebatan tentera Gurkha yang menjadi kebangaan empayar British,” katanya.
46.1968, peristiwa Hartal tercetus di Pulau Pinang di mana orang-orang Melayu di Bayan Lepas telah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Cina. Batalion Malakan kemudian dihantar untuk mengawal keadaan di sana.
47.Beliau merupakan kumpulan pertama tentera di hantar ke pulau itu dan memasuki Georgetown dengan menaiki feri.
48.Sebaik sahaja mendarat, orang-orang Cina yang ekstrem telah memaki hamun askar-askar Melayu dan askar Iban ini dengan panggilan “Cibai…Lancau”.
49.Askar-askar Melayu dan Iban masih lagi bersabar sehinggalah mereka kemudiannya ditempatkan di Kem Batu Uban (tapak Universiti Sains Malaysia) sekarang.
50.Bandar Georgetown semasa itu agak lengang dan di jalanraya, askar meronda manakala penduduk kaum Cina duduk dalam rumah masing-masing kecuali segelintir pegacau keamanan yang terdiri orang Cina yang keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bergaduh.
51.Selepas aman keadaan di Pulau Pinang, kekacauan kaum terjadi pula di Kampung Kovil, Bukit Mertajam apabila orang-orang India menyerang orang-orang Melayu di sana sehingga menyebabkan pembunuhan.
52.”Dalam perjalanan, orang-orang India memaki hamun dan meludah askar-askar Melayu dan kaum bumiputera lain dan kami masih bersabar kerana tertakluk kepada undang-undang,” katanya kepada saya yang baru sahaja menyalakan rokok yang ke 10 batang selama sejam kami berbual.
53.”Kami memperkenalkan curfew. Semua orang tidak boleh keluar untuk membolehkan kita mencari pembunuh sebenar,” katanya.
54.Mereka yang melanggar curfew ditangkap dan dihimpunkan di satu kawasan padang dan kesemua mereka terdiri dari orang Cina dan India.
55.Sepanjang berada di Kampung Kovil, pasukan Malakan menembak mati seorang lelaki Melayu kerana melanggar curfew.
56.Perkara ini menyebabkan kemarahan seorang ahli politik Melayu di sana tetapi Malakan menjawab, ini bukan askar Melayu kena bagi peluang kepada kaum sendiri tetapi ini pelanggaran undang-undang, tidak ada perbezaan warna kulit dan bangsa.
57.Selepas aman hubungan di antara suasana kaum di Pulau Pinang, Malakan kemudian balik ke Taiping dan pada akhir 1968, beliau dihantar ke Port Dickson untuk menjalani kursus dan ketika inilah rusuhan 13 Mei 1969 tercetus.
58.Kursus dibatalkan dan beliau sempat memandu kereta untuk balik bertemu dengan anak isteri di kampung di Negeri Sembilan.
59.Beliau kemudian bergerak ke Kajang dengan ditemani raifel SLR, Kajang sangat sunyi dan yang ada hanyalah sekatan jalan oleh pihak tentera.
60.Kesunyian juga wujud di Kuala Lumpur, tidak ada pergerakan awam kecuali kenderaan tentera sahaja.
61. Perang Vietnam sedang tercetus. Angkatan Tentera Malaysia pula baru sahaja mengambil alih British Army Guerilla Warfare Training Camp di Ulu Tiram, Johor yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Tentera Darat atau PULADA.
62.Sebagai sebuah negara yang masih membangun, Malaysia memerlukan ilmu dan ketika inilah Kementerian Pertahanan menyuruh Malakan beserta beberapa pegawai lain pergi ke Sydney di Australia untuk belajar ilmu perang dari tentera di sana.
63.Beliau menaiki pesawat C-130 dari Butterworth dalam perjalanan 8 jam ke Darwin dan tambahan lebih kurang 6 jam lagi ke Sydney. Selama sebulan Malakan di sana dan kemudian diarah pula ke Vietnam untuk belajar ilmu perang dari tentera Amerika Syarikat (AS).
64.Kedatangan Malakan dan pegawai lain tidak dihebahkan dan dibuat secara rahsia, ketika sampai, operasi Tiet baru sahaja berlangsung dan beliau menyaksikan kerosakan yang amat dasyat ke atas bangunan di Saigon, sawah padi mereka pula berlubang-lubang dengan kesan bom.
65.Penulis bertanya jika Malaysia ada menghantar tentera secara aktif untuk membantu kerajaan demokratik Vietnam berperang dengan komunis Vietnam, Malakan tidak pasti kerana jika ada pun mungkin satu atau dua unit yang beroperasi secara rahsia.
66.Di Vietnam, Malakal menimbu ilmu rondaan sungai selepas mengikuti rondaan bot-bot patrol AS dan selepas pulang, beliau membuat satu laporan mengenai teknik rondaan di sungai, buku itu kemudian diciplak oleh seorang pegawai lain dan beliau tidak mendapat sebarang kredit ke atas usaha yang telah menyumbang kepada teknik perang gerila yang terpenting untuk pihak tentera.
67.Pahlawan ini bersara pada Ogos 1985 dalam usia 47 tahun sebagai Leftenan Kolonel dengan gaji lebih kurang RM2,000 lebih.
68.Selepas bersara, beliau cuba memasuki bidang perniagaan tetapi gagal…ketika ini beliau mengeluh kepada penulis, : “Once a soldier is always a soldier” dan saya akhirnya menamatkan rokok yang terakhir dari 18 batang yang ada di dalam kotak jenama LEAGUE (rokok lari cukai RM2 sahaja sekotak 20 batang).
NOTA PENULIS : Ada orang kata dalang kepada peristiwa Hartal ini adalah parti DAP, parti serpihan yang wujud dari PAP, Singapura. Malangnya, orang Melayu tidak pernah sedar dan mudah lupa. Orang Melayu melihat Arab diperbodohkan Israel, sedangkan orang Melayu sendiri tidak sedar mereka sedang mengali kubur mereka sendiri. Ada yang sanggup bersekongkol, ada yang sudah sedar sedikit.
Saya mengucap panjang (dalam hatilah) pada satu hari ketika menaiki teksi di Kuala Lumpur. Saya bertanya kepada pemandu teksi yang kelihatan seperti pandai berhujah mengenai politik selepas pilihanraya umum ke 12.
Beliau memberitahu, semasa PRU 12, beliau memangkah DAP malah turut membawa anak-anaknya dalam kempen-kempen DAP.
Perbualan kami kemudian diteruskan dengan cercaan kepada satu lagi parti Melayu yang didakwa menindas orang Melayu dan Islam.
Seteruk-teruk parti Melayu yang dia benci itu janganlah sampai tergamak menjual harga diri, ini pendapat saya yang tidak arif bab politik kecuali bab motor, tentera, jenama HP terbaru atau game terbaru.
PERISTIWA HARTAL (makna Hartal anda boleh cari dari wikipedia), ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1948 dan 1967.
28 NOVEMBER 1967 (ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA AMBIL DARI SATU LAMAN WEB LAIN TAPI TIDAK INGAT DARI MANA)
Rusuhan kaum di Pulau Pinang dikenali sebagai Hartal.
Sebab utama terjadinya Hartal adalah kerana susutnya nilai matawang Paun Sterling seperti yang di istiharkan oleh Harold Wilson pada 20 November 1967. Akibat dari kejatuhan nilai mata wang itu, ianya turut menjejaskan matawang Malaysia. Matawang yg dikeluarkan oleh Bank Negara mengalami kesusutan (12 Jun 1967)
Contoh nilai yg susut:
1 sen – sama
5 sen – 4 sen
1.00 ringgit – 85 sen
Satu ribu – 857.10
Penurunan mendadak tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak 150 juta bagi setiap 1000 juta yg berada di luar Negara tetapi setelah 5 hari, kerajaan telah berjaya mengapungkan kembali nilainya kepada nilai yang asal.
Malangnya, rakyat di Pulau Pinang terutama kaum Cina (tidak semua) yang memegang ekonomi tidak percaya akan berita yang di isytiharkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tan Siew Sin.
Maka berlaku lah Hartal.
Semua kedai-kedai ditutup, puluhan bas dan teksi di bakar malahan kemuncak rusuhan ini, pembunuhan telah berlaku dan rusuhan ekonomi ini bertukar menjadi rusuhan kaum.
Sebuah sekolah asrama anak-anak Melayu (mungkin Madrasah al-Mashor) telah diserang oleh perusuh Cina. Orang orang Melayu yang tidak menutup kedai pada hari tersebut juga telah dibunuh dengan kejam. Huru hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan kedah.
Tun Abd Razak bin Husin, Menteri keselamatan Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Penang, Kubang Kerian, Bukit Mertajam, Utara Perak dan Bandar Baru, Kedah. Undang undang Keselamatan Awam telah dilaksanakan di tempat tempat tersebut.
Dilaporkan, setelah berlakunya pembunuhan Melayu di Pulau Penang oleh orang-orang Cina, maka ramai saudara-saudara Melayu dari luar Pulau Pinang telah datang untuki membantu tetapi berjaya dihalang oleh askar Melayu dan polis dengan ketat sekali.
Mereka berura-ura memohon untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia seperti yang berlaku ke atas Singapura tetapi berjaya disekat lebih awal.
13 MEI
Bacaan tambahan 13 Mei, sila layari laman http://members.lycos.co.uk/nabirz/eko14.htm atau
http://ms.shvoong.com/humanities/h_history/1652218-peristiwa-13-mei/.
Kisah 13 Mei juga boleh dibaca pada laman http://www.youtube.com/watch?v=tStd1BEkIis&feature=related
Siapa pun yang serang malaysia.pasti akan ditentang dengan berani dan sepenuh hati oleh tentera kita.kita takkan terkalah walau pun banyak nyawa mengalah.
Biasa la InDOG bila kena batang hidung sendiri spin 360. tgk saja la sapa yg mulakan konfrontasi di alam maya nie. dia org mulakan tuduh kita mulakan siap buat blog lagi yg di tulis oleh mat indog2 kat sana. last2 bila dia org check rupanya blog yg mengutuk indog tu milik org indog sendiri. kahjakahakahakahak
TNI tak ada duit ke nak beli celana. TNI pakai cawat!!! kesian. sexy banget toh don!!! hahahahahya
nizar !
ko bukan melayu ke nak mengata askar melayu sial. ko ingat senang2 jer nak menceroboh sesebuah negara untuk memberi bantuan. pakai otak la mangkuk ayun sebelum menulis.
InDOGnesial and PIGlipENIS. KOPAKusus number 3rd best in the world !!!! hahahahahahaha mau muntah darah aku baca nie.
sebentar lagi TNI akan menyerang blog ko shah.. siap sedia semua.. hahahahaha
Mcm sial askar melayu ni tengok umat islam kena lanyak masih bersabar lagi….
kekuatan sesebuah Angkatan Tentera bkn trletak pd jumlah anggota,jumlah aset,saiz negara atau jumlah pnduduk.. kekuatan sesebuah pasukan ialah trletak pd “KEBENARAN”.. msa konfrantasi dgn ngra jiran bkn kita yg slh.. kita cuma mahu menubuhan kn sbuah negara tp Allahyarham Soekarno telah slh faham & dia m’dkwa kita sbg negara neokolonisme yg baru selepas Belanda m’jajah mereka..
-Hafiz Alyas-
ala kalau orang melayu tak dihalang polis mesti orang orang cina bai ni mati dan kena tetak pantang melayu dipijak dan pantang negara dijajahnegara luar.
anwar patut kena dok ngan chin peng
ceh tentera indonesia lari naik teksi.kata ranking terbaik dunia.hampeh
Sarawak Rangers
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001152162649&sk=wall
salute Sarawak Rangers
Macam anjing je Malaysia bikin tentera Indonsial anak gampang wakakaka..bangsa tiada tamadun pakai cawat wakakakakaka…
Makaih..mendayu2 nabiHOAX ni memaki yer…ye ker 3'rd the best in the world…ngorok je lebih…alahai..menyampah bca komen manusia sengal mcm ni…cbe 1 by 1 tgk…aku ngan ko…bru ckp psal military…sengal…
Sorry Bro shahpaskal…bkn nk mcarut kt cni…tp xthan ngan perangai manusia2 xsedar dek untung 2…mcm gampang!
malayshit not more than a shit!
keep stealing from Indonesia and Philippines…..
in other war, we will make sure that malayshit will be terminate!
even ur navy must learn from Indonesian KOPASKA…and also ur Army, we have KOPASUS number 3'rd THE BEST in the world
so where is malayshit cunt army goes?????
i think in the shit hole, the place where it belongs…
aku terpanggil untuk menulis sedikit
aku bangga ada juga manusia yang nak menulis tentang tentera
tapi aku ada benda nak nasihat
1-hati2 bila memberi fakta dan maklumat yang melibatkan maklumat2 keselamatan negara samada dari segi bentuk sejarah atau persenjataan.sedikit kesilapan saudara akan menjadi pemusnah negara.
22 bab bawa balik chin peng,sebagai anggota tentera yang mana saudara2 seperjuangan aku beratus telah gugur di medan tempur kerana komunis aku tuntut chin peng diadili samada di malaysia atau di mana2 mahkamah jenayah perang.jika tuan2 pandan dari sudut politik cetek tuan2 maka tuan2 sama sahaja dengan penyokong chin peng yang membiarkan chin peng untuk tidak diadili dan dijatuhkan hukuman atas dosa2 yg lepas macam pol pot khemer rouge.politik pas dap keadilan umno mic mca sama sahaja bahayanya.umno mca mic telah terbukti semakin memingir tentera dengan mengurangkan bajet pertahanan pembelian peralatan ketenteraan dengan kos berasuah,kebajikan amat teruk kuarters2 dah layak di roboh tapi terus dibiarkan dihuni anggota.senang cerita anggota tentera kini lebih hina dan terpinggir berbanding zaman british.kita masih selamat kerana hutan belentara kita, kerana jati diri pejuang2 kita yang lebih rela berputih tulang dari berputih mata ,dan pemrerintah sekarang lenih kelabu mata dengan rm berbanding pertahanan negara,sehingga keluar kenyataan takbur dari pemimpin umno bn sekarang mengatakan tentera tidak memberi hasil hanya menghabiskan harta negara.kerana kata2 ini nekad dan tekad kami untuk mempertahankan keharmonian negara kami semakin berkobar2.seperti kata jen(b) kami berjuang bukan kerana bangsa dan warna kulit,kami berjuang demi negara.jadi nasihat saya saudara jangan menjadi batu api melagakan kaum samada secara sedar atau tidak.pengalaman lama kita jadikan pengajaran dan sempadan bukan terus menerus menyemai perasaan benci sesama manusia.cina india melayu jawa ingeris adalah makhluk allah,sedangkan allah tidak membezakan2 pemberian rahmat kepada makhluknya janganlah kita menjadi lebih besar dari allah membeza2kan antara bangsa.bab agama jika saudara nak ulas sila2 lah rujuk dengan alim ulamak yang berkecuali.sebab yang berkecuali ni tak nampak cenderungnya pada mana2 parti politik.kalau pas tak betul mengapa nama2 besar dalam bidang agama sertai mereka.kalau umno bn benar pejuang agama mengapa selau sangat hukum allah dilangar walaupun pm tpm melayu dan islam.saya tak berpolitik,tetapi sebagai tentera apa juga yang berlaku dalam negara harus diikuti dengan teliti kerana sebab2 dan anisar pemberontakan kepada yang dipertuan agong kami harus cegah sebelum parah.
nasihat saya yang kesekian kali berhati2 dengan maklumat ketenteraan yang kebanyakannya adalah rahsia besar negara.
terima kasih kerana sudi mempertontonkan dan menyedarkan rakyat malaysia bahawa selain parti memerintah ada satu lagi tangan2 yang menjamin kestabilan dan keamanan negara iaitu tentera.tugas tentera memerangi penganas tugas polis memerangi penjenayah.jadi jangan pertikai bagai mana dan dimana kami berada dan bertugas.yang penting selagi tidak ujud ancaman peganas di malaysia maka kami telah melaksanakan kerja dengan cemerlang lah tu.
peristiwa 13 mei..
betul cerita2 tu..
tapi konfem xkan dapat cari lam internet melainkan blog ini,buku,dan artikel laen..
ade satu buku ditulis oelh sorang professor dari UM mengenai 13 mei (lupa tajuknye,x silap prfo khoo khay khim yang tulis), buku ini sangat jujur..
laman web yg brader shah bagi tu x jujur mane..masih menutup lubang2 rahsia…s
aku penah dapat A utk 13 mei pnyer assgnment beb.hahahah!
hehe..
kalabakan punyer story..stakat ni xde buku yg official.(kalo ade buku pasal official pasal kalabakan tlg bagitau).
tapi stakat ni aku cari di mana-mana sumber mmg xde buku tuh.
but i suggest to all of kalabakan admirer,kalo nk tau sangat2 kalabakan ,datang la ke universiti malaysia sabah,ade satu tesis yang dibuat oleh pelajar jurusan sejarah sekolah sains sosial mengenai kalabakan.if im not mistaken,di malaysia inilah satu2 nya kajian kalabakan secara ilmiah dan jujur.
kalo stakat cerita mulut ke mulut xpayah bagitau lah,aku pon bleh reka.=P
saya sgt berminat dgn blog bro ni
keep it up bro.
Pada Anonymouse June 30, 2009 9:20 AM,
Cina miskin?!! Miskin??… sehingga kau tengok bank akaun diorang. Jangan samakan apek pakai singlet dan berseluar pendek dengan Pakcik-Pakcik kat kampung lah bro. Diaorang pakai singlet tapi pandai baca saham kat KLSE, pakai singlet berselipar tapi beli Sijil Premium dalam dominasi puluh ribu. Tak tahu?! Tak percaya?! Aku kerja ngan cina aku tahulah. Tanah benda sensitif bro, anak beranak bergaduh sama sendiri, tapi seorang bodoh di Perak telah diperkudakan dan dengan sekali senyum je, beberapa ekar tanah hilang pada kaum itu. Padahal, …dengan wang yang ada dalam bank akaun diaorang, diaorang boleh beli tanah di tempat lain.
-Koku
Salam..tahniah n teruskan usaha anda..byk lg cerita ttg pahlawan negara yg x di siarkan,salute tuk kamu..Emm..setau sy di felda sg koyan (pahang) ada ramai ex army yg menetap disitu, mkn sedara bleh dpt cerita yg baik dr sana kot..thanks n salam,
En. John Winchester,
takkan marah pasal tanah di perak yang diberi untuk org cina miskin. yang geran kekal tu adalah hanya tapak rumah sahaja. kan kerajaan bg pada kampung baru dan kampung tersusun.kampung baru cina, kampung tersusun melayu..
yang patut dimarah bile tanah org melayu dirampas mcm di plentong. tanah2 wakaf melayu dijual kepada peniaga2 cina.
Teringat kawan dengan sorang my fellow noja: En. Yasin b. Abas….bekas kerani UGAT…..
Antara tugasnya ialah menghantar gaji kepada anggota tentera kita di kawasan Gubir, Pengkalan Hulu dsb dengan menaiki Nuri atau Bell 47 (helikopter pepatung)….dalam tahun 70an…atau diiringi konvoi…
Banyak diceritakan kepada kawan…antaranya taktik komunis yang menggunakan uniform tentera kita (dibekalkan oleh peniaga2 Cina) untuk mengelabui pasukan keselamatan tersebut, sehingga setiap unit yang bertugas akan diberikan kain (samada diikat di topi atau diikat macam skarf pengakap) yang berbeza setiap kali operasi (mengelakkan friendly fire)….
Paling dia marah sekali ialah pemberian pajakan tanah kepada kg baru Cina sehingga 999 tahun di Perak sana, terutama sekali di Pengkalan Hulu kerana disana rata2 Cina yang ada ialah komunis…asalnya kawasan tersebut diterokai secara ceroboh oleh orang Melayu….tetapi dengan tekanan dari komunis (samada dihalau, dipow atau dibunuh)…orang2 Melayu meninggalkan tanah2 pertanian mereka………….
Ada dia bercerita mengenai Cina2 di pengkalan hulu setiap kali tentera melintas, mereka akan merenung tentera2 tersebut 'macam nak dimakannya'…..
Maknanya, hati2lah…samada PAS atau UMNO…..anda akan 'dimakan' kalau tak bersedia dari sekarang……….
rozinorazali said…
salam…
rasa bersemangat mendengar kembali peristiwa kalabakan ini…
ada banyak lagi cerita yang menarik dari rejimen yang menjaga sempadan ketika konfrontasi itu…
shah, aku nak tahu kau ni masih dalam khidmat ke?
Anggota paskal ke?
Abg aku pun anggota paskal, generasi pertama dari Navy skang dah tamat perkhidmatan, kenal tak dengan rozidi?
Bro…kenal abang Bro kenal tak dengan Abd. Ghani Mohammad? Orang Johor bekas PASKAL jugak…tapi kerja kat UTHM skang ni?
Semoga Allah juga berikan petunjuk kepada Datuk Seri Anwar kalau dia benar bersalah .. tak sanggup lagi tengok pembangkang jual tanah nie kepada bangsa lain
Moga Tuhan akan aturkan BN jd Pembangkang membina 1 hari nanti di Malaysia. 😀
Dear Rozmal bin Malakan \
Terima Kasih atas maklumat ini,\
menurut ayah saya dahulu ada 2 nama Malakan yg dia kenal satu dari askar melayu satu lagi dari Artilari.
Bpa saya dlu berkhidmat dlm 7,17,20 Melayu
Saudara atreyudevil ,
Ayah saya dulu Askar Melayu
kpd saudara Kudat..
pembangkang buat kerja sebagai pembangkang la tu mengkritik, that's why we call them pembangkang..
tp pembangkang kat M'sia ni buat kritikan x membina langsung…
apa-apa pun masing2 ade point of view dia sendiri..
salam…
rasa bersemangat mendengar kembali peristiwa kalabakan ini…
ada banyak lagi cerita yang menarik dari rejimen yang menjaga sempadan ketika konfrontasi itu…
shah, aku nak tahu kau ni masih dalam khidmat ke?
Anggota paskal ke?
Abg aku pun anggota paskal, generasi pertama dari Navy skang dah tamat perkhidmatan, kenal tak dengan rozidi?
Adakah ini Kol (B) Malakan dari artileri diraja?
Kerana bapa saya mempunya seorang skot bernama seperti beliau dari artileri.
apa bodo la nak bagi cihing peng (cipet) tu balik. bl dia balik, dia akan claim bahawa dia adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. lepas tu kaum cina mtk mcm2 plak. alahai…DSAI tu xblh pakai. gunakan politik utk kepentingan peribadi. pas plak jadi kuda tunggangan DAP. bila UMNO bekerjasama dgn bukan islam dikata kafir, bl Pas bekerjasama dgn bukan Islam tak kafir pulak?
HAti2, pembangkang kat malaysiani bengap. semua kerajaan buat dikatanya tak bettul, xelok, membazir. tapi dia tumpang sekaki plak.
Salam..
Tahniah saudara Shah atas blog anda ini.. Walaupun saya bukan seorang pejuang, namun darah yang mengalir dalam tubuh saya ini adalah dari seorang bekas pejuang negara. Ayah saya pesara 9 Melayu Diraja. Selepas terpanggil untuk membaca blog saudara ini, semangat saya bagai membuak2 lebih2 lagi dengan isu untuk membawa balik Chin Peng Celaka tersebut. Sejak kecil saya sudah merasa apa yang komunis Lakhanat lakukan kepada negara dan pejuang negara kita. Gambar foto, cerita daripada ayah saya sendiri serta pengalaman berpindah randah serta tinggal hanya bersama ibu dan adik beradik didalam kem kerana ayah saya melaksanakan operasi tak akan saya lupakan. hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami dengan nasib yang bakal menimpa ayah kami setiap kami beliau keluar bertugas. Bukan menyesal dengan apa yang telah kami lalui namun kami merasa bangga dengan pengorbanan ayah saya dan ribuan pejuang bangsa yang telah mempertaruhkan nyawa demi ibu pertiwi. Tahniah sekali lagi Saudara Shah.. Teruskan usaha murni saudara..
Anda benar wahai warga Indonesia 😀
TAK BAGUS, PAKCIK. KITA BANGSA BERADAB. KITA SEMAKIN BURUK DIPANDANG DUNIA. INDONESIA LEBIH BESAR DARI KITA.
Anonymous…dulu saya pernah tanya pada Panglima Angkatan Tentera mengapa kita tidak ada pasukan marin, dia kata tidak ada keperluan buat masa sekarang.
Saudara, pasukan marin ni biasanya pasukan pengembur atau bersifat offensive. Sabarlah, Malaysia baru sahaja mahu memasuki dunia perang konvensional selepas tamat darurat.
We need time sikit, lagi pun banyak peralatan yang perlu dibeli untuk pasukan marin. Tunggulah bila kita dapat LPD atau LHD pertama kita yang saya pun tidak tahu bila Malaysia hendak beli.
bro shah..knape tentera laut kita takda pasukan marin???bukankah pasukan marin sungguh diperlukan memandangkan negara kita ada semenanjung sabab n sarawak yg perlu dipertahankan….
TNI pake cawat? hahaha… yang di photo itu tentara komunis kalimantan utara yang dibunuh TNI, peristiwa itu terjadi justru setelah konfrontasi…
Jadi cerita sebenarnya TNI membantu ATM yang tidak sanggup bertempur dengan gerilyawan komunis. Tugas ATM hanya membersihkan mayat2 itu hehehe
"dia mahu Chin Peng kembali atas dasar kemanusiaan,kita rela kanlah!"
Ha, ha, ha, naifnya kawan kita sorang ni, bukan atas dasar kemanusian bro, UNDI KAUM CINA yang dia nak!!!! supaya boleh jadi PM.
-Koku
Memang da tamat. Tapi sape yang mulakan dulu kan Shah…
Memang terbakar hati den sejak dulu dipanggil Malingsia.
Dalam blog diorang siap kutuk lagi Malaysia.
Sudahlah.. konfrontasi mmg dah tamat, dah lama tamat, buat apa nak dimulakan lagi?
Menang jadi arang, kalah jadi abu..
kat forum kaskus.us plak dia org kata tu waktu konfrontasi dah tamat. so dlm forum tu kata Askar yg mati tu komunis kalimantan bukan TNI lg. Kebykkan kopasus bunuh semo komunis kat Kalimantan tolong Malaysia.
Waghieh.. pueh aden mikir an, apolak macam terselak yo kain eh tu?
-Waghieh-
hehehe thank u, aku baru je tengok forum tu. Siap kutuk aku pulak tu hehehe.
Perang siber kalabakan bermula dah di sini:
http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2093290
Pejuang Berjurus,
Den mmg maleh nak jawap pasal teknikal dan susah sangat hahahaha.
Oklah saya rasa, isu ini sudah dijawap oleh pucuk pimpinan negara berulang kali sebelum ini dalam akhbar.
Dahulu ada cadangan untuk mengurangkan bilangan tentera kita dari 140,000 kepada 80,000 sahaja. Saya amat menyokong usaha pengecilan ini kerana kecil bukan bermakna tidak berbisa.
Pengecilan ini bagaimanapun amat bermakna kerana pada masa yang sama kekuatan kuasa tembak dari platun sampailah kompeni mula dipertingkatkan. Sebagai contoh, kuasa tembak satu platun RAMD kini bersamaan dengan 100 orang dalam satu kompeni dengan pengenalan beberapa jenis senjata baru seperti RPG misalnya.
2. Mungkin memadai dengan jumlah divisyen yang ada kerana keadaan permukaan bumi yang sangat sukar dari segi pengangkutan dan komunikasi. Lagi pun, keberangkalian untuk terjadi konflik secara besaran agak minimal di sana. Saya bagaimanapun tidak pasti sangat dengan perkara number 2 ini.
3. Saya tidak mempunyai jawapan lengkap pada soalan 3 ini, tetapi anda memberikan contoh yang kurang tepat. Adalah tidak adil hendak membandingkan rejimen gerakkhas kita dengan pasukan marin Indonesia. Sepatutnya lawan marin Indonesia adalah pasukan PAC kita, PARA 10. Lawan GGK adalah Kopassus dan unit-unit elit yang lain, bilangan mereka biasanya tidak ramai malah ada pasukan khas dari negara luar yang hanya mempunyai bilangan 100 anggota sahaja.
Salam
Shah tak jawappun pun soalan den ateh tu?
kita harus sentiasa memandang kehadapan,lupakanlah kisah lama. Marilah kita sama2 menyokong Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin masa depan; dia mahu Chin Peng kembali atas dasar kemanusiaan,kita rela kanlah!
tahniah dan terima kasih aats info tu…
askar indonesia yg mati tu awat semua pakai cawat jer?
tahniah bro..satu kupasan yang menarik..banyakkan cerita2 yang tak didendang macam ni..sedikit sebanyak membakar semangat cintakan negara dan agama..
wassalam
tahniah atas blog anda,
saya lahir selepas merdeka, membesar, masuk tentera, bersara dan kini mengakhiri sisax hidup.
sebenarnya melayu tidak mudah lupa tetapi melayu di lupakan oleh melayu sendiri….
ni sape pulak anonymous ni, tau tau je aku pindah seremban…lepas tu tau pulak pasal AMP.
askar indon terkorban tu sukarelawan/ kumando bro shahpaskal?
Menarik blog ko shah! sejak pindah seremban banyak masa ko plak.. boleh hantar penyertaan AMP kot katogeri blog! Tapi berita tak sedapnya AMP takde tahun nie bro!
bro
best hasil tulisan bro ni
at least bloeh jugak ambil tahu hal perajurit lama kita
cuma mungkin bro boleh ubah setting blog bro ni..ubah display setting supaya 1 page cuma akan kluar 2 atau 3 post..
keep it up cheers;)
best.kalau ada cerita pasal operasi sulit oleh pasukan khas atm lagi best…hope bro dpt post crita mcm tu plak..
kebanyakan generasi sekarang langsung tdk mahu ambil pusing atau ambil tahu walau sedikit tentang jerit perih, siksanya pejuang2 dahulu berjuang utk negara. apa yg mereka nikmati sekarang, mereka lupa akan asal-usul keamanan, kesenangan ini.amat sedih apabila memikirkan, generasi sekarang lebih byk membelakanbgkan fakta sebenar atau tdk menghiraukan sejarah lalu.
ayah saya, juga seorang bekas tentera, skot 14, pernah berkhdmat serata ceruk malaya dan sabah sarawak dan di congo.menjadikan saya juga menghayati kehidupan sebagai anak seorang tentera yg sehingga ini, selalu terkenangkan betapa anak/isteri tentera dulu, selalu ditinggalkan ayah selama berbulan2 masuk hutan utk operasi dan sentiasa berdebar2 bila ada kalanya, heli akan mendarat di padang kawad dlm kem, bawak mayat anggota yg terkorban memerangi komunis. dan saya sendiri pernah beberapa kali merasai pengalaman, melihat mayat komunis yag di tembak mati, di bawa ke dlm kem dgn heli.
peristiwa kalabakan juga, saya rasa ayah saya pernah menceritakan dulu, di mana dia juga adalah dari 7 RAMD ketika kejadian itu (1966). nantilah, bila ada peluang, saya akan cuba korek cerita dari dia di kampung…
arwah ibu baru meninggal bulan lalu, dan minggul lalu saya pulang ke kampung, rupanya, ayah baru sahaja membakar semua foto2 lama dia semasa operasi memerangi komunis dulu, foto2 pengganas komunis yg di tembak mati, semasa di congo dan mcm2 tempat lagi. seingat saya, ada koleksi dlm ratusan foto hitam putih yg tak kan dpt dikembalikan lagi. syg sekali, saya tak sempat selamatkan foto2 itu…amat tragis kehidupan lalu bila dingatkan…
utk itu, bagi generasi baru sekarang, ingatlah, pengkajian dan pembacaan perlu ada penghayatan, barulah kita dpt bersama merasakan betapa bertuahnya kehidupan sekarang…
utk kau shah, syabas, sebab gaya bercerita yg bersahaja dan dlm bentuk point ini, dapat menarik minat ramai pembaca.
akhirnya, usaha kita utk menerbitkan blog yg bagi menafaat kepada pembaca, tercapai…
rasernyer dah ader ker maner buku pasal nie
mgkin saudara(kalau ader maser yg sgt terluang) boleh mmbuat buku..
mgkin bertajuk
KALABAKAN: THE REAL STORY
skadar cadangan
Tahniah… kita memerlukan lebih banyak lagi artikel-artikel seperti ini. Orang-orang tua di kampung kita, terutama bekas askar adalah pahlawan-pahlawan yang patut kita angkat dan tuliskan ceritanya, bukannya bercakap pasal Chin Peng sial tu. Diharapkan dapat banyakkan lagi.
Syabas saudara.
-Okok
Salam… Tahniah brother shahpaskal, sebelum ni saya selalu baca bloggers luar negara punya blog pasal military terutamanya alutsista. saya bertanya dalam hati takdeke orang malaysia punya blog pasal tentera. Alhamdulillah ada lepas jumpa shahpaskal punya. Ganas gak namanya paskal! itupun saya jumpa shahpaskal kat followers alutsista. majalah perajurit dan pendekar memang saya tak miss.
Pada pendapat saya wartawan sekarang mempunyai kuasa yang ampuh didalam membantu atau membantutkan perkembangan atm. Alhamdulillah saudara tergolong dalam golongan yang meyokong pembangunan tentera. Apa yang saya perhatikan sekarang terutamanya tahun 2000 ke atas pembangunan tentera malaysia malap, tanpa pembelian senjata atau peralatan baru.Di sini saya ingin mendapatkan maklumat dan cadangan supaya saudara shahpaskal yang sentiasa berdampingan dengan pihak yang berkaitan dengan ketenteraan ini dapat manfaat.
1. mengapa tiada cadangan pembesaran bilangan tentera di malaysia. batalion askar melayu masih sama, setahu saya dulu ada 5 batalion yang dibubarkan.
2. Sabah dan sarawak sudah boleh dipecahkan menjadi 2 divisyen dan bukanya 1 divisyen kerana kawasanya sangat luas.
3. Rejimen gerakhas kita juga tak berkembang. dulu ada 2 rejimen dibubarkan.polis boleh berbangga kerana ada utk, vat69 dll. marin indonesia pun akan bertambah menjadi 3 divisyen.
Buat BELIA WAJA WATAN pada pandangan saya apa yang terjadi sekarang tak boleh nak salahkan orang melayu. Selama 50 tahun ni bukan orang lain yang memerintah, orang melayu juga. cuma org melayu nak protes dalam undi tapi nampaknya lari dari mulut buaya masuk mulut naga pula macam kat perak. politik melayu tak juga berubah. bila dah kalah polotik semangat melayu di kobarkan pulak. sebelum ni dalam tempoh 50 tahun takde pulak sibuk nak kobarkan semangat melayu.
Wassalam
Good job bro…………
Apa yang bro tulis kat sini adalah baik dan teruskan usaha bro………
Saya dapat manafaatkan ilmu2 yang ada terutamanya semalam, opis saya membuat lawatan ke S'pore Masjid Sultan)…..ilmu2 yang bro tulis mengenai S'pore, saya manafaatkan untuk 'selamat' di sana………
Sebelum masuk ke Causeway, saya ingatkan ahli2 rombongan agar jangan mengambil gambar sembarangan untuk mengelakkan masalah yang timbul…….
Ada sorang member (cameraman)ketika di Merlion, dia mengambil gambar sebuah Chinook yang terbang melintasi kawasan tersebut…….saya terpaksa rampas dan simpan memory cardnya dengan segera…….tapi banyak snap jugak dia ambil (sebab pakai DSLR)……dan memory card tersebut dipulangkan apabila menghampiri Second Link………….takut sorang punya pasal, balik ke Johor semuanya esok pagi sebab sorang2 kena interogation……..
lepas 5-6jam cakap nak tulis crite n letak gambar ni,terus upload..respek arr bro shahpaskal..tak sesia aku tunggu tak tdo2(nak jgk).
tp point 22 yang buat bontot ni terbakar panas!!!da memang jelas komunis ni terpesong(dari segi agama) masih ada yang kurang cerdik dok sokong.dari dok ikot komunis baek ko ikot ayah pin kerajaan langit tuh…takder beza…
bertuah saudara dapat bertemu dengan pahlawan negara. walaupun beliau tidak dikurniakan pingat keberanian (SP, PGB dan sebagainya), pada saya beliau tetap seorang pahlawan.
saudara shahpaskal, mungkin anda boleh ketengahkan lagi kisah-kisah pahlawan negara kita yang tidak pernah dibukukan lagi yang saya percaya sekiranya tiada sebarang usaha seperti ini, akan hilang ditelan zaman.
berkenaan dengan hartal, kovil dan mana-mana rusuhan kaum, saya amat berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan bangsa melayu yang kini semakin ekstrimis menentang bangsa sendiri. (yang berjuang berhabis-habisan untuk menghancurkan bangsa sendiri). sedarlah wahai anak-anak bangsa ku.
cerita pasal tentera malaysia turut terlibat dalam konflik vietnam amat menarik. saya berharap agar saudara berjaya mendapatkan maklumat lebih terperinci lagi untuk dipaparkan dalam laman blog ini.
memang patut diberikan kredit kepada saudara shahpaskal kerana berjaya memaparkan gambar-gambar (true event)yang sebegini.
teruskan usaha saudara.. 😛
Teruskan Shah. Inilah kenapa kita perlu terus menulis, supaya cerita2 macam ni tak terus ditelan zaman dan dilupakan. Pepatah Inggeris walaupun bangsa penjajah tepat sekali. "Those who forgets history are bound to REPEAT it"
Sekarang usaha mehilangkan penghayatan sejarah dari jiwa bangsa Melayu sedang berjalan … Maka usaha membukukan atau mendokumentasikannya amat perlu … kerana bangsa yang melupakan sejarah akan mengulangi kesilapan yang sama " Tun".
Kita lihat kesannya, generasi muda belia Melayu hari ini di manakah mereka sekarang ni, dilorong-lorong yang gelap dan di jalan-jalan raya, atau menjadi perempuan murahan …. di manakah silapnya "Tun",
Di sana jatuh bangun sesuatu bangsa, bukan akibat bangsa yang lain tetapi bangsa itu tersendiri, apabila pemimpin yang jahat dan yang tidak amanah memimpin bangsa tersebut …
" Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya " – Tun.
Sekarang bukannya masa untuk bercakap .. tetapi bertindak, kerana kita sudah berada di hujung tanduk. Hampir 90% negara telah 'dikuasai' … 'Johor bertukar menjadi North Singapore' WPI dan batu putih dalam kenangan.
Terengganu dan Kelantan kubu terakhir …. 'Melayu mudah lupa' -Tun.
Jujur dan Ikhlaslah kerana Allah, … memutar paksi sejarah, mengubah paradigma … jangan robohkan kota Malaysia, selepas kerobohan Kota Melaka.
YA ALLAH SELAMATKANLAH MALAYSIA.
musuh dalam selimut lebih menakutkan…
best
good job bro… keep it up!
sgt dinantikan bro..hehe
cun..aku menunggu..
saudara shahpaskal, you are the best!! teruskan usaha anda. 😛
super nice bro…
good job…akan ku tunggu