1. Terima kasih kerana masih bersama saya
2. Tidak ada isu menarik yang mahu dikupaskan. Ada isu yang terlalu remeh untukĀ saya perkatakan, ada yang saya tidak tahu kecuali maklumat asas yang boleh didapati dari dalam akhbar atau internet dan ada isu yang sudah banyak diperkatakan orang.
3. Masih bercakap mengenai Somalia (insiden di Bakara Market), saya mendapat tahu ada beberapa orang bekas tentera yang telah terlibat dalam pertempuran di situ mengalami Battlefeild Related To Post Traumatic Stress Disorder.
4. Ia merupakan satu keadaan di mana bekas tentera atau yang masih berkhidmat mengalami satu keadaan tekanan mental yang dihadiri melalui mimpi, ingatan, kesukaran untuk tidur dan bermacam-macam lagi.
5. Setakat ini saya cuma kenal seorang sahaja bekas tentera yang mengalami sindrom itu dan kini sedang mendapatkan rawatan, saya minta mana-mana bekas tentera yang pernah berkhidmat di Somalia serta terlibat dalam pertempuran untuk tampil dan memberikan maklumat mereka melalui emel
saya. [Read more…]