1. Anda pernah kena tipu atau cuba di tipu oleh tauke bengkel kereta anda?. Sebagai pengguna masalah kena tipu dan cuba ditipu ini adalah perkara biasa.
2. Kalau kena tipu, janganlah anda bersedih dan beranggapan bahawa diri anda itu bodoh kerana anda kena tipu pasal kerajaan Malaysia sendiri pun pernah kena tipu dan cuba ditipu.
3. Kita ini negara pengguna, penjualan dan pembelian senjata adalah satu bentuk perniagaan dan ini melibatkan untung serta rugi.
4. Misalnya, pembelian helikopter Eurocopter EC725, seperti mana anda membeli kereta, kerajaan Malaysia terpaksa membayar sejumlah amaun wang sebagai downpayent dan ia disalurkan kepada syarikat Eurocopter melalui pemindahan wang secara “electronics transfer”.
5. Wang downpayment tersebut dalam kes helikopter ini saya difahamkan sudah pun didepositkan kepada akaun syarikat Eurocopter pada pertengahan tahun lepas.
6. Sebenarnya sama sahaja walaupun tidak 100 peratus serupa, konsep pembelian sistem senjata ini dengan pembelian barangan umum yang lain.