Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Notis / SERVIS M.o.M-gerenti bagus

SERVIS M.o.M-gerenti bagus

September 22, 2011 by Admin 21 Comments

Kesan tembakan peluru yang kena pada tripod kamera Media Prima dalam insiden serangan ke atas konvoi media Putra Umno baru-baru ini

 

lagi kesan peluru...

1. Terima kasih kerana masih bersama saya

2. Tidak ada isu menarik yang mahu dikupaskan. Ada isu yang terlalu remeh untuk  saya perkatakan, ada yang saya tidak tahu kecuali maklumat asas yang boleh didapati dari dalam akhbar atau internet dan ada isu yang sudah banyak diperkatakan orang.

3. Masih bercakap mengenai Somalia (insiden di Bakara Market), saya mendapat tahu ada beberapa orang bekas tentera yang telah terlibat dalam pertempuran di situ mengalami Battlefeild Related To Post Traumatic Stress Disorder.

4. Ia merupakan satu keadaan di mana bekas tentera atau yang masih berkhidmat mengalami satu keadaan tekanan mental yang dihadiri melalui mimpi, ingatan, kesukaran untuk tidur dan bermacam-macam lagi.

5. Setakat ini saya cuma kenal seorang sahaja bekas tentera yang mengalami sindrom itu dan kini sedang mendapatkan rawatan, saya minta mana-mana bekas tentera yang pernah berkhidmat di Somalia serta terlibat dalam pertempuran untuk tampil dan memberikan maklumat mereka melalui emel
saya.

6. Saya bercadang untuk mendedahkan isu sindrom ini ke atas anggota kita kerana sehingga sekarang, tidak ada kajian rasmi atau tinjauan ke atas mereka dilakukan.

7. Ini baru Somalia, entah berapa ribu lagi bekas anggota kita yang mengalami sindrom ini selepas terlibat dalam pertempuran dan suasana perang dari zaman darurat, konfantrasi sehingga sekarang.

8. Seperkara lagi, laporan mengenai tembakan sehingga menyebabkan jurukamera Bernama terbunuh masih lagi belum didedahkan walaupun sudah sampai ke tangan Perdana Menteri.

9. Salah seorang Wartawan yang terselamat (yang berada satu kereta dengan jurukamera tersebut) mengalami trauma, sepatutnya saya dijadualkan bertemu beliau tetapi keadaan masa tidak mengizinkan.

10. Lanjutan daripada insiden di Somalia, saya menawarkan perkhidmatan istimewa kepada mana-mana NGO atau kumpulan yang mahu menjalankan operasi ke kawasan konflik atau bermasalah.

11.Pasukan saya terdiri dari penganalisa tentera, bekas tentera, risik, komando dan pelbagai kepakaran lain untuk mana-mana pihak yang mahu menjalankan misi keselamatan (kecuali jadi Rambo) di luar negara.

12. Pengalaman kami bermula dari Bosnia, Afghan, Somalia, Filiphina, Thailand dan macam-macam lagi.

13.Mereka yang berminat boleh menghubungi saya pada emel [email protected]

14.Kami bukan Blackwater.

Related

Filed Under: Notis

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« MELIHAT KE DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI SOMALIA
ADVERTORIAL – BUKU 69 KOMANDO »

Comments

  1. Dom says

    May 10, 2013 at 22:08

    Apa yang pengalaman di Thailand? … Setakat Bosnia, Somalia tahu lah.

    Reply
  2. naruto says

    November 21, 2011 at 19:57

    bro near, menarik jugak idea tu, tapi 2 minggu lama sangat la pulak utk org yg kerja tetap, mana boss nak kasi cuti. 3-4 hari ok la kut . Lagi satu saya minat nak main paintball tapi tak de geng , create la satu team baru .

    Just my idea !

    Reply
  3. near says

    November 21, 2011 at 17:00

    bro shah,
    (ni takde kaitan dgn artikel)
    takde ke plan nk buat kem latihan survival yg hardcore sikit…masuk hutan 2 minggu, takde bekalan makanan, baju sehelai sepinggang…situasi survival sebenar la org ckp…pastu cas la sorang rm200 ke…mesti ramai nk ikut nnt…best sebenarnya benda2 mcm ni… lagipun skil set ni boleh dipakai kalau2 malaysia kena serang…

    Reply
  4. shamsadis says

    November 15, 2011 at 10:25

    War Game – zaman tentera german Wermarch dulu diaorang selalu buat ‘War Game’…sebelum D-Day pun diaorang ada buat War Game….satu latihan ketenteraan…sebab tue askar diaorang nampak lebih berdisiplin…dan terlatih…tengok kata2 presiden Amerika sebelum diaorang hantar tentera diaorang D-Day

    Reply
  5. mamat says

    October 19, 2011 at 10:56

    setuju

    Reply
  6. mamat says

    October 19, 2011 at 10:56

    sy pu nsggup potong gaji utk beli kemudahan tentera kita.

    Reply
  7. asifadio says

    October 5, 2011 at 09:05

    setuju.. agent sland ape diorg ni.. aku menyampah gler tgk buku si kia kua kuang tu kat mph rase nk beli nak bakar je.. tapi kalau pikir2 balik dia yg dapat royalti nnti hahah

    Reply
  8. Syah says

    September 28, 2011 at 16:50

    Takde ahli politik nak perjuangkan..kalau submarine takle tenggelam dulu bukan main lagi diorang…sepatutnya pakat pakat la bising supaya TLDM diberi kapal baru.namnpak sangat mereka tak suka tentera kita kuat…….. 🙂

    Reply
  9. pjullana says

    September 28, 2011 at 16:29

    [CENTER][youtube]RRv56gsqkzs[/youtube]

    Reply
  10. Din says

    September 24, 2011 at 12:14

    “Kami bukan Blackwater” – terbaik bro :-p

    Reply
  11. apaajanews says

    September 22, 2011 at 22:26

    rasanya apa yang diperkatakan oleh nagagua ada benarnya agaknya bapa saudara terdiri dari golongan 4 angka no tenteranya, harap nagagua dapat hubungi apaajanews tq

    Reply
  12. naza says

    September 22, 2011 at 17:00

    rambo pun salah seorang mangsa PTSD

    Reply
  13. naza says

    September 22, 2011 at 16:56

    Merujuk kepada citer shell shock, tentera zaman tu takde buat war game macam askar sekarang. Dorang nama je kerja askar. time tu dunia aman je. Tetiba jadi perang.berperang lah dia. Disebabkan takde latihan, menjadi satu trauma dalam dirinya kerana menyaksikan kekejama perang. Sebab itu lah di zaman sekarang, kerap diadakan war game untuk mengurangkan kesan yang dikatakan post traumatic stress disorder tu. Tapi sebaliknya orang awam pulak yang menderita.Mereka (askar) yang surive dari kesan ini sangat bernasib baik mngkin kerana tiada direct impact keatasnya. Mereka yang menderita kesan perang ini mungkin menyaksikan kawan kawan nya berkecai kena ledakan, atau dia sendiri menyaksikan peluru howitzer meletup sebelah dia saja. Anda mungkin tak pernah tengok letupan dari peluru benda alah tu. kuat ooo Kalau kena super carrier, bersepai benda tu. Sedangkan anti aircraft gun buat blank firing pun melambong lambong ayam di keliling. bergegar bumi beb.
    Tentang kd pari tu, kena lah terima hakikat. Kapal tu dah tua. Kena pulak aktif duty. Kalau orang pun dah layak makan pencen. Cuba tanya acai. dia keje kat kapal tu. dia citer ok je.

    Reply
  14. sniper says

    September 22, 2011 at 14:47

    hahahaa..

    Reply
  15. nagagua says

    September 22, 2011 at 14:44

    bapa saya adalah generasi perang gerila kedua 1960an-1980an tapi saya tenguk dia cool aje mungkin peghayatan keugamaan yang membuat dia tenang walaupun selalu juga dengar dia bercerita tentang petempuran dengan bandit bersama kawan nya kalau mereka berjumpa.saya rasa penghayatan ugama adalah asas penting jati diri seorang tentera.
    Berkenaan kejadian kd pari tu saya pun merasakan aset yang ada perlu ditambah tak de lah terlampau kerap beroperasi sesuatu alatan sehingga melampau tahap penggunaannya .juga cadangan tabung tu pun cantek jugak kalau kerajaan asyik bagi alasan tak berduit jer.kerajaan harus sedar mujur tak de yang terkorban dalam trajedi tersebut kerana bagi saya nyawa perajurit tersebut lebih berharga dari nyawa yb dan pak menteri so kalau kita tak mampu berkorban nyawa macam mereka jangan biar nyawa mereka iaitu tentera kita tergadai atas sebab kecuaian dan kebodohan kita.ingat berjimat biar kena pada tempatnya.kurangkan aktiviti hiburan bodoh dan karnival yang tak tentu hala tu kalau nak berjimat sangat ok rais yatim.

    Reply
  16. avro says

    September 22, 2011 at 14:09

    Ttg kd pari ulas le bro.memalukan btol smpai tenggelam krn kjar kapal china.

    Kalau atm bukak talian mintak derma bli senjata kapal, sy sanggup derma asalkan x libat org tgh.kite wat le bro biar bukak sket mata kerajaan.

    Jom kte sumbang kan duit utk bantu atm beli aset baru.tiap bulan kna potong gaji pun sy sanggup demi tanah tumpah darahku.

    Reply
  17. naza says

    September 22, 2011 at 14:06

    dah tengok shell shock. tapi ter clik pulak citer orang potong kepala. terus pangkah kat atas kanan. haiya…. jadi double ngeri la pulowk….

    Reply
  18. militarymalaysia says

    September 22, 2011 at 13:53

    akhirnya ada jugak tajuk baru dari bro shah terbaek..

    Reply
  19. shahpaskal says

    September 22, 2011 at 12:28

    Naza,

    Askar marin yang terlibat dalam perang Iraq bermula tahun 1990 pun ramai yang kena
    dan mereka pun matured. Umur atas 21 tahun, sindrom ini tidak kenal umur. Kalau
    masa perang dunia pertama dan kedua, sindrom paling teruk Shell Shock. Anda
    boleh lihat kesan sindrom shell shock dalam youtube. Ngeri beb…

    Reply
  20. naza says

    September 22, 2011 at 12:24

    PTSD ni banyak dialami oleh askar amerika yang bertugas di vietnam dulu, kerna kebanyakkan mereka berumur 19 tahun saja. askar kita kebanyakkan nya dah matured. mereka adalah profesyenal soldier, bukan kerahan. kesan sampingan mesti lah ada, kerana mereka didedahkan kepada suasana sebenar perang

    Reply
  21. naza says

    September 22, 2011 at 12:18

    tengok tajuk tadi ingatkan citer hot mama.sorry, wrong interpretation

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK