Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Advertorial / ADVERTORIAL – BUKU 69 KOMANDO

ADVERTORIAL – BUKU 69 KOMANDO

October 12, 2011 by Admin 80 Comments

Hardcover, bahan bermutu tinggi, gambar dan tulisan dalam buku amat jelas.

1. Saya minggu lepas dihubungi oleh Kapten Jack, yang merupakan rakan saya dan juga partner kepada editor majalah TEMPUR iaitu Muhammad Fuad Mat Noor.

2. Kapten Jack mahu saya melihat buku biografi terbitan Fuad yang berjudul Komando69, saya cuma tersenyum sinis kerana saya lihat susah buku biografi bersifat militari terbitan penulis tempatan dalam negara ini hendak pergi jauh kerana rata-rata tidak menarik.

3. Saya memang tahu Fuad sudah lama membuat projek buku Komando69 dan atas kesibukan beliau, majalah TEMPUR terganggu terbitannya beberapa bulan pada awal tahun ini.

4. Sebaik sahaja kembali bertugas, saya lihat ada bungkusan tertulis nama “Shahpaskal”, dan bila dibuka rupa-rupanya Kapten Jack telah mengirim buku Komando69 untuk saya review memandangkan saya baru saja memperkenalkan konsep iklan advertorial ini tetapi hanya khusus untuk produk bersifat
militari sahaja (Sedikit bayaran dikenakan untuk servis ini)

5. Selepas mengimbas helaian demi helaian, saya terus menghantar kiriman sms kepada Kapten Jack, “Wow, kagum aku, macam buku biografi terbitan barat. Gambar menarik dan tulisan padat serta berfakta”.

6. Buku Komando69 yang saya dapat ini merupakan edisi “Hardcover” dan mempunyai ketebalan sebanyak 171 muka surat.

7. Yang paling menarik buku ini menggunakan sebanyak lebih dari 300 keping gambar berkualiti tinggi atau secara purata, dua atau tiga keping gambar untuk setiap muka surat.

8. Yang paling menarik sebahagian besar dari gambar yang diguna pakai merupakan koleksi peribadi dari anggota komando itu sendiri, ia benar-benar eksklusif dan membangkitkan rasa nostalgia.

9. Gambar-gambar yang dipakai bukan aksi posing atau lakonan yang diarahkan dari pihak atasan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi benar-benar mengambarkan keadaan anggota yang terlibat, “tidak sempurna” tapi itulah yang istimewa sekali.

10.Secara logiknya bagi mengambarkan keadaan para nombor 9, mana ada anggota baik, polis dan askar memakai pakai uniform secara lengkap dalam operasi dalam hutan yang memakan masa berminggu atau berbulan-bulan kecuali gambar posing atau lakonan dalam drama, filem.

11.Anggota tentera misalnya, kadang-kadang menanggalkan uniform dan mengenakan t-shirt sahaja untuk keselesaan mereka selepas duduk berhari-hari tanpa mandi semasa menjalankan operasi.

12.Sebagai pelanggan setia majalah TEMPUR, saya tidak mempunyai masalah dengan bahasa yang diguna oleh Fuad selaku editor dan wartawan majalah tersebut.

13.Beliau tahu apa yang ditulis dan latarbelakang setiap gambar termasuk senjata diberi caption yang jelas kerana beliau sendiri memiliki latarbelakang ketenteraan.

14.Tulisannya untuk buku Komando69 mencerminkan style penulisan Fuad yang terus kepada fakta tanpa sebarang ruang untuk pembaca meneka maksud atau peralatan apa yang digunakan.
15. Bahasa yang digunakan adalah Melayu dan Inggeris, jadi ia merupakan sebuah buku yang sesuai untuk semua bangsa.

   TEMPAHAN

16.Buku ini dijual dengan harga RM69.90 (harga buku+kos kiriman RM5, jadi sila “bank in” sebanyak RM74.90.

17.Bank in sebanyak RM74.90 ke akaun Maybank 1530 -1043- 5527 milik Mohd Zaki Mohd Salleh  (Sila simpan resit yang ATM cetak itu untuk bukti perpindahan wang jika diminta). (nom akaun Satu, Lima, Tiga, Sifar –  Satu, Sifar, Empat, Tiga – Lima, Lima, Dua, Tujuh)

18.Selepas wang di “Bank In”, sila sms jumlah wang yang dibayar, waktu dan tarikh wang dimasukkan, nama penuh, alamat rumah atau pejabat untuk kiriman buku.

19.Proses penghantaran akan memakan masa di antara 7 hari bekerja.

20.Sms atau pertanyaan, boleh dibuat ke talian milik Kapten Jack atau Zaki iaitu 012-3696779 (Sifar, Satu, Dua – Tiga, Enam, Sembilan, Enam, Tujuh, Tujuh, Sembilan).

Setiap Chapter, dimulakan dengan gambar eksklusif bersaiz besar

 

Layout menarik, tulisan dicetak dengan jelas dan gambar berkualiti tinggi

 

Keterangan teknikal turut disertakan, sebagai contoh yang membabitkan jenis senjata dan peralatan yang digunakan 69Komando

 

Dwi Bahasa-Bahasa Melayu dan Inggeris

 

Ada juga gambar ngeri-Cebisan tangan musuh selepas terkena grenade

 

Majoriti gambar adalah milik peribadi anggota 69Komando yang dikumpulkan

 

Buku menceritakan sejarah penubuhan 69Komando dari dulu sehingga perkembangannya pada hari ini

 

Antara gambar bersaiz besar yang diguna pakai untuk buku ini

Related

Filed Under: Advertorial

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« SERVIS M.o.M-gerenti bagus
KEPUTUSAN BELI JET PEJUANG SELEPAS MAC TAHUN 2012 »

Comments

  1. jejaka idaman says

    March 27, 2013 at 01:27

    PERHATIAN KPADA PARA PEMBACA sekalian…….sbenarnya atm telah menggunakan askar/militer equiment halimunan nih dalam operasi dan latihan yang dirahsiakan…..hanya pihak yang berkenaan shaja mengetahui perkara nih….biasalah maklumat negara……suka hati kau nk percaya atau tidak….mna aq thu x perlu dipersoalkan…..

    Reply
  2. man says

    March 17, 2013 at 00:21

    salam…ada lagi tak buku ni? sy mnt sgt buku2 mcm ni

    Reply
  3. jinn says

    March 15, 2013 at 17:53

    ada lagi ke buku ni? kalau ada sy nk beli

    Reply
  4. zaini says

    March 13, 2013 at 02:54

    salam,,,,saya pun berminat nak mendapatkanya,masih ada lagi kah?

    Reply
  5. [email protected] says

    March 12, 2013 at 13:18

    masih ade lg ke?…sy berminat nk beli

    Reply
  6. Azwan says

    March 8, 2013 at 17:34

    salam..ada lagi x buku ni? berminat sgt ni.

    Reply
  7. Azwan says

    March 8, 2013 at 17:34

    salam..ada lagi x buku ni? berminat sgt ni..

    Reply
  8. Ejan says

    March 4, 2013 at 15:53

    Salam… buku nie ada lagi x?.. berminat na bali.. harap2 adala ek..

    Reply
  9. Amir says

    February 11, 2013 at 21:43

    Ada lagi tak buku Vat 69 ni?Berminat sangat nak beli.

    Reply
  10. Che Am says

    January 30, 2013 at 03:44

    En. Zaki, ada lagi stok buku ni? Saya berminat sangat nak beli.

    Reply
  11. Raidenovich says

    November 6, 2012 at 16:27

    Roket jarak dekat pakai solid fuel lagi kot.kalau distance sampai 2500km,itu dh mcm icbm.gua teka je,heee!

    Reply
  12. fazil says

    August 15, 2012 at 16:17

    alhamdulillah..buku selamat sampai kpd saya..TQ bro zaki..

    Reply
  13. khawlah says

    August 13, 2012 at 11:42

    Assalamu’alaykum En. Zaki. Saya nak sangat2 buku ni sbb ayah saya ex-vat 69 komando pga ulu kinta. kami nak hadiahkan buku ni kat dia pagi raya nanti, inshaALLAH. sempat tak dpt dlm masa 2,3 hari ni? Pleaseee… saya call tadi takde org jwb.

    Reply
  14. fazil says

    August 13, 2012 at 09:47

    salam bro..saya pn nak tanya…buku nie ada lagi ke?

    Reply
  15. danny says

    April 12, 2012 at 16:20

    salam bro..saya pun nak tanya sama macam sdr abr dgn is kat atas nih, ada lagi tak buku nih, saya pun nak beli. rugi kalau beruniform tapi tak amek tau apsal unit yang lain.. terima kasih..

    Reply
  16. is says

    April 9, 2012 at 14:08

    salam bang…bukunya ada lg ke? nak beli…

    Reply
  17. abr says

    March 15, 2012 at 14:57

    salam bro.. da stok lg x buku ni? klu da sya nk bli….

    Reply
  18. alfa skuadron says

    February 20, 2012 at 18:01

    akhirnya dpt juge info utk beli buku nih…dh merate kedai carik rupenye x jual kt pasaran luar….ade 1 lg buku mcm nih utk GGK..tu pn susah dpt kt market…Idup KOMANDO….

    Reply
  19. permata 1 says

    February 13, 2012 at 15:40

    salam bro…baru-baru ni saya menghadari satu kursus dan saya telah berjumpa dengan seorang otai bekas VAT69, umur lebih kurang 61 tahun. dari cerita beliau VAT69
    dilatih sebagai mesin pembunuh dan banyak lagi kisah operasi yg. tak diketahui umum. Diharap saudara shahpaskal dapat mencari cerita tentang operasi VAT69

    Reply
  20. Zaimi Bin Iberahim says

    January 26, 2012 at 17:27

    Salam En Zaki.. Saya yg call ptg 26.01.2011 pasal buku 69. jika dah siap nanti tolong hubungi say6a En Zaki.. Terima Kasih…

    Reply
  21. GreenBeret says

    January 25, 2012 at 00:34

    Ada lagi tak buku ni ataupun dah sold out?

    Reply
  22. shamsadis says

    November 15, 2011 at 10:16

    ko percaya mamat aduka teruna nie? hjahahahahahhaha

    Reply
  23. anak johor says

    November 12, 2011 at 08:14

    satu cadangan yg baik…harap shahpaskal sedia mempertimbangkannya….
    atau memang shahpaskal sudah tahu jenis kapal perang yg telah dipilih oleh kerajaan?

    Reply
  24. bukitkuin says

    November 9, 2011 at 20:10

    yo lah bro shah bilo nak update ni…mungkin post terbaru perbandingan antara Gowind , Fremm dan Meko untuk TLDM.TLDM sedang dalam proses akhir memutamadkan pilihan untuk sgpv yang akan dibina berkonsepkan LCS.

    Reply
  25. militarymalaysia says

    November 9, 2011 at 16:10

    masih story sama..bila nak update story baru nie bro shah

    Reply
  26. naza says

    November 9, 2011 at 08:42

    bro ABK, nama asal komando 69 ni ialah VAT 69. memang komando polis punya. Cuba scroll dari atas kebawah, tengok gambar ke lima. Cuba perhati badge kat beret dorang Sejarah asal penubuhan pasukan ini adalah dari squad Senoi Praq. Maaf menyampok…. 🙂

    Reply
  27. haezx6r says

    November 9, 2011 at 02:41

    taufik.,sila berikan komen yang berlandaskan akal.,jangan berdasarkan emosi.,yang seperti anda katakan itu mungkin dari kalangan keluarga atau sahabat anda sahaja,

    Reply
  28. SB Reid says

    November 8, 2011 at 22:49

    oooooo..

    Reply
  29. tcermai says

    October 30, 2011 at 23:04

    assalamualaikum,
    wah macam hebat jer buku tuh.. anyway tahniah pada pihak yang mengeluarkannya. InsyaAllah akan cuba dapatkannya nanti…
    saya nak ucapkan tahniah pada pemilik blog kerana usaha anda ini telah banyak memberi info pada orang macam saya.
    maklumat yang disampaikan sangat berguna dan sempoi.
    akan saya perkenalkan pada students saya nanti..
    gambatte!!
    selalu2 lah update dengan maklumat yang best.=D

    Reply
  30. mike says

    October 30, 2011 at 02:12

    hrmmm.. aku baru je tengok cerita tentang askar/militer equiment halimunan nih.. jd aku nk share sikit.. BAE Systems (British) dah berjaya buat kereta kebal halimunan, jadi diaorang nk lekat mcm 1 layer pd semua heavy military equipt mcm helikopter dan kapal perang.. layer nih mcm mengelak dari bacaan infra-red musuh.. tngok sini – http://www.youtube.com/watch?v=jkkWya-oun0

    Reply
  31. anak bekas kerambit says

    October 29, 2011 at 18:07

    lepas ni buku pasal pasukan polis hutan pula menyusur………nantikan

    Reply
  32. recon says

    October 29, 2011 at 09:49

    Baru je ambik buku nie tadi kat pos laju.. packaging memang perfect.. siap dengan bubble wrap pink lagi.. LOL.. thanks bro Zaki.. seimbas baca memang awesome la..dengan gambar yg exclusive dan buku nie ada dalam 16 bab termasuk epilogue… dari sejarah.. pasca darurat…pemilihan.. training, kepakaran, data weaponry vat 69.. termasuk la ration.. colgate dengan minyak gamat tu standard issue ke.. hahaha.. so bagi saya memang berbaloi sangat untuk beli,baca dan jadikan koleksi… great jobs to pengarang & penerbit..

    Reply
  33. apaajanews says

    October 27, 2011 at 16:52

    semoga lebih banyak buku buku seperti ini diterbitkan, terutamanya kisah tentera PBB di Congo, sementara saki baki pesara ini masih hidup
    <a href="BATU CINCIN MISTERI

    Reply
  34. bardraiko says

    October 26, 2011 at 12:41

    dh order dh… hahaha… tgh tnggu nie…

    Reply
  35. Nizam says

    October 25, 2011 at 12:07

    Saya order Jumaat lepas. Semalam dah terima dan semalam juga dah habis baca. Ulasan saya – satu buku yang menarik untuk dibaca terutama koleksi gambar yang eksklusif yang belum pernah disiarkan dimana mana media. Bacaan yang ringan, mudah difahami. Cuma kekurangan dari segi penceritaan tentang operasi operasi yang dijalankan oleh VAT 69. Sepatutnya buku ni diterbitkan lebih awal, sama dengan penyiaran dokumentari tentang VAT 69 di ASTRO tempohari. Syabas kepada penulis dan penerbit.

    Reply
  36. tombak says

    October 24, 2011 at 16:28

    maybank2u boleh tak?

    Reply
  37. bardraiko says

    October 24, 2011 at 08:44

    nk bli hadiahkan ntuk paba gua…hehehe … thanx bro…dh lama tnggu buku nie…

    Reply
  38. anak bekas kerambit says

    October 20, 2011 at 19:00

    komando terbaik dunia……….hasil kerjasama dengan SB….dua2 unit terbaik dunia….

    Reply
  39. random says

    October 20, 2011 at 00:15

    soldier in invisibility uniform

    Reply
  40. btw says

    October 20, 2011 at 00:13

    askar halimunan amerika kantoi di iraq..chek american army with invisible cloak in iraq kat utube..jepun pun da ade teknologi ni….kita bila lg?

    Reply
  41. btw says

    October 20, 2011 at 00:10

    errrrrrrrrr……

    Reply
  42. ramf says

    October 20, 2011 at 00:08

    aper pandangan rakan2 megenai askar halimunan amerika?jepun pun da buat..kita bila lg?????

    http://www.youtube.com/watch?v=POl6n2VArBw&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=PD83dqSfC0Y&feature=related

    Reply
  43. ramd says

    October 19, 2011 at 23:29

    to all pminat ketenteraan malaysia..

    kita tidak boleh terlalu bercerita tentang kehebatan tentera dan polis kita pd waktu dlu.sama spti pasukan bola sepak negara kita skrg…kita perlu berada dimasa dan landasan yg spatutnya..skrg kita perlu menberi tumpuan terhadap pembangunan ketenteraan dlm teknologi..

    sprti yg kita tahu.amerika telah beralih kepada optic camourflage yg membolehkan pasukan tentera mereka tidak boleh dilihat mggunakan mata kasar..sy membayangkn teknogi ini akan disalurkan kepada singapura dlm tempoh beberapa tahun lagi..apakah jaln penyelesaian kita utk menghadapinya..berupayakah tentera kita bertempur dgn tentera halimunan???.
    clip video serang hendap ke atas konvoi tentera amerika di iraq yg beredar di utube menunjukkan seorg lelaki halimunan telah merapati dan memanjat sebuah kereta kereta kebal telah membuka rahsia kemampuan teknologi mereka prakktikan di iraq ..http://www.youtube.com/watch?v=tT-jgBk5IJg&feature=related

    keupayaan sbgini juga telah dicapai oleh jepun dan disiarkn meluas dlm media mereka.. http://www.youtube.com/watch?v=PD83dqSfC0Y&feature=related

    sy bingung dlm hal ni..berbagai2 taktik dicipta tentera kita utk bertempur..tp apa gunanya jika musuh yg digempur tidak boleh dilihat,bgimana nk ditewaskan?

    kita baru sja cuba utk mendapatkan teknologi yg mnbolehkan kapal perang kita kalis radar..satu pemodenan yg sgt baik utk ATM..tp xkan itu saja yg kita buat..apa lg langkah kerajaan sebagai inteferens terhadap teknologi ini?….. perlu diingat..manusia lebih berbahaya berbanding senjata…apakah fikiran saudara2 sekalian?..syah,bg komen sket…

    Reply
  44. Zaidi.z says

    October 19, 2011 at 22:11

    Terbaik dari ladang! Saya punya dah sampai..tambah lebih skit utk pos laju..sabtu bankin maybank2u.isnin capt.jack urus courier.selasa sudah sampei.. :)terima kasih.belum sempat baca lg

    Reply
  45. muhammad ali says

    October 19, 2011 at 21:44

    salam…ada lagi tak buku ni? kalau ada saya nak satu

    Reply
  46. anak johor says

    October 19, 2011 at 19:37

    salam..
    ok bro.tima kasih atas jawapan tu..sebab aku ade juga terbaca dlm blog asing pasal benda tu.

    Reply
  47. OrangAkaun K says

    October 19, 2011 at 15:23

    macam best..tapi mahal la pulak dah..

    Reply
  48. Chop says

    October 19, 2011 at 14:51

    Insyaallah akan beli balik dari posting Jeddah nanti.Ace,aku sependapat dengan kau.Aku juga sama cuma 25% Melayu,tapi aku kahwin dengan Melayu,anak aku akan meneruskan tradisi menjadi Melayu.Melayu itu wadah penyatuan,Melayu itu indah.Aku berterima kasih kerana diterima sebagai saudara kepada orang Melayu di tanah bertuah ini.Sudahlah,hentikanlan percakaran dan ambil iktibar kepada sejarah bangsa yang dijajah sebegitu lama.Janganlah digadaikan masa depan anak cucu kita dan jangan diperlekehkan keupayaan bangsa.Kalau Melayu lemah,dah lama Malaysia ini dijajah kuasa luar semula.

    Reply
  49. mamat says

    October 19, 2011 at 10:57

    dpt gaji nnti trus order.. heheh

    Reply
  50. naza says

    October 19, 2011 at 01:46

    cerita asal adalah dari utusan on line berkenaan peluru berpandu Iran

    Reply
  51. naza says

    October 19, 2011 at 01:25

    tengok kat aduka teruna

    Reply
  52. naza says

    October 19, 2011 at 01:20

    taip je `peluru berpandu` kat google. ada lah citernya

    Reply
  53. naza says

    October 19, 2011 at 00:48

    cadang nak terangkan kenapa missile jarak jauh tak sesuai guna solid propellent, tapi bila IBD dah guna kuasa veto, tak payah lah buang masa

    Reply
  54. zul says

    October 18, 2011 at 20:17

    bro leh bagi link x.

    Reply
  55. INDON BANGSA BODOH says

    October 18, 2011 at 17:26

    kepada naza…janganlah tunjukkan bertapa cetiknya pemikiran anda kepada kawan2 disini,ok..
    anda ingat peluru berpandu sekarang ni guna fuel macam kereta ker..??..
    aku memang tak selalu sependapat dgn shahpaskal, tapi jawapan yg shahpaskal berikan kepada soalan “anak johor” adalah tepat.
    dan soalan yg diutarakan oleh “anak johor” pula adalah sesuatu yg diluar jangkaan.
    kemungkinan peluru berpandu itu memang sudah benar2 ada dan telah diuji .
    kalau tidak,kita tidak mudah membaca permintaan dari shahpaskal “HARAP JANGAN TANYA LAGI” supaya ianya menjadi senyap setakat disini sahaja.

    Reply
  56. [R]...jempol says

    October 18, 2011 at 16:04

    Terbaik kot…aku da beli..guna pos laju lagi.esok sampai!!!!

    Reply
  57. recon says

    October 18, 2011 at 14:50

    kat popular atau mph xde ke..?

    Reply
  58. McFarul says

    October 18, 2011 at 11:57

    Terbaik wok!! aku beli lagi 5 hari, tunggu gaji daaa

    Reply
  59. shahpaskal says

    October 18, 2011 at 07:17

    ada teknologi tu dibawa masuk dahulu….tetapi tidak tahulah jika sudah dimajukan sebagai misil. Harap jangan tanya lagi

    Reply
  60. militarymalaysia says

    October 18, 2011 at 06:03

    mohon bro shah.cerita pasal latihan kat perang kat perairan sabah tu 🙂

    Reply
  61. militarymalaysia says

    October 18, 2011 at 06:01

    wah betul ke bro?x pernah dgr pon…

    Reply
  62. Grup Pejuang Keadilan Untuk Semua says

    October 17, 2011 at 22:05

    Antara komando terbaik di dunia. Diiktiraf oleh SAS, SEAL dll.

    Reply
  63. kukatadenganindah says

    October 17, 2011 at 12:38

    lambang 69 komando simple & unik..

    Reply
  64. ace says

    October 17, 2011 at 09:58

    hmm ayat bakar line awk ni. camner melayu nak naik klu yg palu kat atasnya melayu gak. dahlah yg buat jatuhnya ramai janganlah menambahkan. optimis sikit. jangan terlalu menghentam bangsa sendiri. sy yg bukan pure melayu pun sayang melayu. apa cerita ni?

    klu betul dengan izin tuhan, kita terlibat dengan perang (harap dijauhkan), perkara pertama yg kita nak tengok bukan cara nak menumbuk orang. bukan nak label siapa pondan ke tak. tapi jati diri dengan semangat bersetia. berpecah ke tak. dah jadi perang nanti macam2 watak yg muncul, yg tali barut lagi.

    orang pondan menumbuk pun sakit tahu. gila apa? awk selak kain dia berbulu tu kaki. seram. sbg contoh; sejarah dah menyaksikan, tok2 guru seni mempertahankan diri kat Malaysia, semuanya budak belasahan masa muda. berani tu boleh dipupuk, sedikit demi sedikit kita boleh cari, tapi klu kat dalam tu dah pengkhianat, berpecah belah, alamat jatuh berderai la. negara tergadai. titik.

    tahu tak kenapa singapura tergadai? pergolakkan dalaman. tak sepakat. adik beradik bergaduh, orang luar ambil kesempatan. alkisah.

    p/s; tu gambar cover mcm kerambit tul ke?

    Reply
  65. muci gogo says

    October 17, 2011 at 09:46

    pik,kau dah habis khatam ngaji berapa kali? janganlah RIAK sangat cara berkata tu. macam gaya KETUTU kau ni. tunggulah SAATnya kalau kau nak tahu.

    Reply
  66. taufik says

    October 16, 2011 at 22:25

    Orang malaysia terutamanya orang2 melayu lah, kalau betul malaysia berperang, jawabnya harapkan askar2 jela… Jangan kata nak angkat senjata, nak memukul pun ramai yang tak tahu… jangan kata nak belajar menembak, cara menumbuk pun macam pondan…
    Melayu sekarang tak macam melayu dulu, melayu dulu memang orang luar salute walaupun penjajah sekalipun…

    Reply
  67. naza says

    October 16, 2011 at 14:35

    Tak betol bro. Kalo jarak 2500 km tu alamat kiita kena serang dengan india atau pakistan la jawapnya. Sebab peluru tu habis fuel kat negeri depa, jatoh atas bumbong rumah depa. Mesti jadi isu basaq punya. Lagipun skarang orang dah tak buat missile guna solid propellent dah. Itu zaman perang jerman dulu. Secara mudah, artikel tu cuma lawak jenaka saja. 🙂

    Reply
  68. anak johor says

    October 16, 2011 at 10:01

    salam bro,lama tak masuk ke blog ni…
    nak tanya pasal satu berita yg menyatakan malaysia telah berjaya dalam ujian peluru berpandu jarak jauh,yg di sahkan oleh setiausaha pertahanan amerika syarikat Robert Gates .peluru berpandu yg menggunakan pendorong pepejal itu dikatakan telah berjaya dalam ujiannya dan dikatakan mampu mengenai sasaran sehingga jarak 2,000 – 2,500 kilometer. betul ker?

    Reply
  69. Juan says

    October 14, 2011 at 04:55

    shah, hujung bulan ni aku nak satu

    Reply
  70. beretbiru says

    October 13, 2011 at 21:43

    baguslah camtu, harap lepas ni TEMPUR x de masalah lagi, penat aku keliling kedai…

    Reply
  71. anak malaysia says

    October 13, 2011 at 14:32

    WAAA!!!gua nak beli buku ni….

    Reply
  72. yas says

    October 13, 2011 at 10:35

    Aku pun berminat jugak…tp tang rega tu yg terpaksa aku delaykan dulu…

    *Utamakan yg penting dulu…hehehe

    Reply
  73. penjawat_awam says

    October 13, 2011 at 09:40

    thanks shah. semalam dah msg dia, jap lagi bank in, insyaallah besok dapat. yabbedaabedduuuu! haha

    Reply
  74. poj says

    October 13, 2011 at 08:45

    pembelian secara online jer ke?? ada jual kat kedai2 tak?

    Reply
  75. shahpaskal says

    October 13, 2011 at 07:09

    no problem, call je

    Reply
  76. anavel gato the nightmare of solomon says

    October 13, 2011 at 02:13

    MEMANG BEST buku ni.nanti cukup duit beli satu.hehehe.maklumlah bljr lg.

    Reply
  77. penjawat_awam says

    October 12, 2011 at 21:02

    shah nak tanya, bro zaki tu kalau aku call2 takdehal kan, ingat aku nak bayar lebih sebab nak suruh dia poslaju. pos biasa tak bole la, umah flat, peti surat tak muat. bila dah tak muat, posmen tinggalkan aje atas peti, bila dah tingal mmg kena sakau la.

    Reply
  78. laksamana sunan says

    October 12, 2011 at 19:37

    memang ditunggu-tunggu buku ni. tahniah buat ahmad fuad!

    Reply
  79. Alias Padzil says

    October 12, 2011 at 19:25

    wow! nak beli (2nd comment ke ni?)

    Reply
  80. Green says

    October 12, 2011 at 19:07

    1st.. lama tak keluar cerita . Rindu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK