1. Maaf lama sudah tidak menulis kerana sibuk yang teramat sangat.
2. Saya sedang mengumpulkan bahan menarik tetapi semua cerita itu saya simpan dahulu kerana kebanyakkan maklumat sangat sensitif dan perlu dibuat tapisan supaya maklumat tidak disalah guna.
3. Saya cuma nak beritahu, maklumat awal yang saya terima pada akhir bulan Mac ini ialah perpindahan pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi ke lokasi yang hampir menjadi kenyataan sebagai pengkalan tentera udara yang baru iaitu di Labu, Negeri Sembilan.
4. Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman pengkalan ini selepas pilihanraya Sarawak berakhir, pengumuman ini juga ada kaitan dengan naik taraf Seremban sebagai sebuah bandar berstatus “Bandaraya”.
5. Kawasan Labu yang mempunyai banyak estet dan perkampungan Melayu. Nampaknya orang kampung akan mendapat tempias pembangunan pengkalan baru ini. Kalau tidak Labu hanya akan tinggal sebagai kampung Melayu sahaja. Baguslah dapat juga orang kampung merasa.
6. Dahulu orang riuh apabila kononnya lapangan terbang terminal murah hendak dibina di Labu tetapi projek itu dibatalkan, penyerahan Labu sebagai pengkalan udara TUDM yang baru merupakan jalan terbaik kerana kos pembinaannya lebih murah disebabkan hanya tanah milik kerajaan sahaja yang akan dipakai.