1. Saya terbangun lewat hari, apabila satu kenyataan dari Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Seri Azizan Ariffin di hantar kepada saya tepat pukul 11.29 pagi tadi.
2. Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai Tentera Darat yang kini berpangkat Kolonel dan telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Jan 2008.
3. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.
4. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ingin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi Zainal Abidin kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu dan tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.
5. Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM.
6. Siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksana dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.
7. Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM.
8. Pada masa ini, Pegawai Kanan Tentera Darat itu dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan selesai. (Perenggan 1 hingga 8 dibuat tanpa sebarang modifikasi dari salinan asal)
9. Ok terima kasih Tan Seri kerana menjelaskan keadaan sebenar, bila dah masuk bab-bab macam ini, teringat saya episod apabila saya didatangi oleh para pegawai BTN di antara tahun 2008-2009. Skop siasatan mereka ketika itu ialah untuk mengesan seorang blogger tentera yang dikenali sebagai Wira Damai.
10.Hari ini blog ketenteraan Wira DamaiĀ sudah ditutup, malangnya Kementah ambil tindakan terlalu lewat dengan manusia-manusia macam ini, bila saya baca blog dia, saya tahu dia memang suka tabur fitnah ke atas orang atasan Kementah malahan kandungan blog banyak yang palsu.
11.Selepas disiasat, Wira Damai bukanlah seorang anggota risik berpangkat kapten tetapi hanyalah seorang askar Wataniah yang tinggal di kawasan Port Dickson dan telah dikenakan tindakan akibat tidak berdisiplin. Mempunyai sejarah yang agak kurang elok untuk dicerita dan operasi fitnahnya dibiayai oleh seorang pegawai risik berpangkat Mejar di Ampangan.
12.Dulu kes Al Maunah pun melibatkan pegawai risik…emmm ada apa-apa komen?