Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Misil / EC725 DAN SISTEM SAM IRIS-T AKAN JADI KENYATAAN DALAM DSA???

EC725 DAN SISTEM SAM IRIS-T AKAN JADI KENYATAAN DALAM DSA???

April 17, 2010 by Admin 80 Comments

    1. Salam Satu Malaysia kepada semua pembaca dan semua geng serta peminat dunia militari, sorry lambat update pasal saya baru balik dari melawat kawasan Sumatera Barat, Indonesia (kerja ya bukan melancong atau mencari bakal isteri)  dari 11 April sampai 15 April lepas.

    2. DSA atau pun pameran Defence Service Asia 2010 pun di balik kelambu sahaja iaitu pada 19 dan 22 April ini di mana saya gerenti pergi punya, banyak kejutan yang akan dibuat pada DSA kali ini, antaranya kerajaan akan membuat pengumuman pembelian helikopter EC 725 Eurocopter iaitu pada 20 April ini.

    3. Ya benar, kali ini memang confirm helikopter untuk Combat Search And Rescue (CSAR) itu akan dibeli, tetapi saya enggan mengulasnya kerana saya sudah membuat ulasan panjang lebar pada entry yang lepas.

    4. Blog ini sekali lagi cuma mengorek maklumat eksklusif untuk mendapatkan bahan bacaan paling sensasi untuk peminat dunia ketenteraan serta rakyat Malaysia yang sangat patriotik semua.

    5. Jika itu tidak cukup mengemparkan, maklumat yang saya akan paparkan ini lagi gempar, satu perjanjian persefahaman akan ditandatangani oleh sebuah syarikat tempatan (nama terpaksa dirahsiakan) dengan pengeluar sistem peluru berpandu darat ke udara (SAM atau pun Surface To Air Missile) yang tercanggih dari Jerman.

    6. Saya terpaksa merahsiakan nama syarikat itu kerana ia sangat sulit, lagi pun biarlah pengumuman secara rasmi dibuat oleh kerajaan melalui media massa sama ada semasa pameran DSA atau pun pada pertengahan tahun ini dan mu

    7. Perjanjian itu berkaitan dengan sistem peluru berpandu IRIS-T Ground Base Air Defence (GBAD) Missile System.

    8. Syarikat bumiputera itu yang namanya dirahsiakan akan menandatangani perjanjian dengan pemilik sistem itu dari Jerman iaitu DIEHL Defence.

    9. Jika perjanjian itu ditandatangani maknanya, semua khabar angin yang menyatakan kononnya Malaysia akan memperolehi sistem pertahanan SAM dari China dari type KS-1A sudah boleh ditolak ketepi.

    10. Jika perjanjian ini menjadi kenyataan, negara kita buat pertama kalinya akan mempunyai sistem SAM yang paling sofistikated dan termaju di rantau ini malahan ia juga akan menjadi sistem pertahanan missile jarak sederhana yang pertama masuk ke dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia.

    11.Jika ini berlaku, jaringan pertahanan multi layer Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia akan menjadi lengkap.

    12.Kemasukan sistem IRIS-T ini akan membolehkan pengkalan tentera udara dan laut milik ATM dipertahanankan dari jarak di antara 20 ke 30 kilometer.

    13.Sistem SAM tercanggih milik ATM sekarang ini iaitu Jernas hanya mempunyai jarak efektif sejauh 8 kilometer manakala pelbagai sistem pelancar misil bahu atau MANPADS seperti Igla dan Starbust hanya berkesan pada jarak di antara 2 ke 3 kilometer (boleh lah untuk tembak helikopter).

    14.IRIS-T ini mempunyai kelebihan tertentu, ia merupakan pelancar mudah alih kerana diletakkan di atas lori.

    15.Syarikat tempatan yang saya maksudkan di atas sejak kebelakangan ini kecoh hendak bangunkan teknologi peluru berpandu kerana ia sendiri merupakan pemain utama dalam bidang Teknologi Maklumat.

    16.Rasa-rasanya inilah kali pertama syarikat bumiputera tersebut menceburkan diri dalam bidang ketenteraan, saya berharap dengan kedudukan kewangan yang kukuh, syarikat ini dapat menfaatkan perjanjian persefahaman tersebut terutama dalam segi pertukaran teknologi.

   

Related

Filed Under: Misil

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« KUALA LUMPUR, PAPAN CATUR DUNIA PERISIKAN
AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS »

Comments

  1. Ana says

    November 24, 2012 at 17:07

    Sampi bile kite nk bergantung pd rnd luar…aku tak bangga langsung kalo ade prg ckp bangga msia beli pesawat pejuang canggihndr germen etc…..pengamal kejuruteraan…kenapa msia x nk invest pd rnd ketenteraan..2 cent

    Reply
  2. hazqil says

    September 30, 2012 at 15:55

    hmm,
    malaysia x nk bli Mil Mi-28?

    Reply
  3. john says

    September 22, 2012 at 21:15

    air defence out dated…..should have long range missile, s300 keee…kapal selam pun kurang,paling kurang pun 4 buah…..fighter jet pun kurang pun perlu tambah lagi….kalu ade aircraft carrier 2 biji ….ok leee…front line…..terutama nya melibat kan early waring……

    Reply
  4. Roja says

    May 23, 2012 at 02:26

    iris-t dah masuk servis ke belum shah? dah 2 tahun, kalau depa sign 2010 dulu, patutnya dah sampai atau nak sampai dah order tu. sila baca n jawab dlm mod angin sepoi, x pon pakai bahasa senoi. hihihi…

    Reply
  5. jamie says

    May 15, 2012 at 23:56

    syukur alhamdulillah

    Reply
  6. mat jenin says

    April 27, 2012 at 19:06

    Mimpi tinggal mimpi…banyak khayal sangat..hahaha..kita pakai meriam buluh je pasnie..jimat sket..

    Reply
  7. Jalak lenteng says

    April 22, 2012 at 19:37

    Tinggal angan2 aje utk dptkan SAM!!

    Reply
  8. lalok says

    September 23, 2011 at 20:28

    Dah satu setengah tahun dh ni, mana iris-t tu jang ooii…

    Reply
  9. g-gun says

    August 8, 2011 at 03:49

    malaysia perlukan teknologi dan hasilkannya sendiri didalam negara.amat berisiko utk membeli barangan pertahanan dari luar negara terutamanya negara barat.sekirannya berlaku peperangan dan dikenakan embargo agak sukar utk negara dipertahankan.iran telah mengambil pengajaran dari pada masa lalu apabila dikenakan embargo oleh barat dan hasilkan sendiri produk pertahanan.sampai skrg negara barat tk berani nk sentuh iran.iraq musnah kerana ego suka membeli tanpa mahu berdirikari utk hasilknnya sendiri

    Reply
  10. bikup says

    March 10, 2011 at 21:45

    Ini memang geng Aljuburi.

    Reply
  11. SUKHOI MALAYA says

    January 12, 2011 at 13:19

    syukur malaysia tidak ketinggalan dlm bidang ketenteraan
    harap lebih banyak jet kita beli !!
    kalau ada 1000 jet sudah dlm simpanan kita sedap sangat lah tu hehhe
    kapal selam ada 20 pon dah sangat bagus utk malaysia

    tengok china dah ada model jet siluman wah hebat tu us pon dah mula berbaik dgn china sebab takut dgn jet tersebut wow
    sapa2 leh cita pasal jet siluman china tersebut

    Reply
  12. GEMPURWIRA says

    September 23, 2010 at 10:09

    AKU SUKA SANGAT JIKA ATM MENGABUNGKAN IRIS-T, BUK M2, TOR M1 DAN PANSTIR… MEMBOLEHKAN RUANG UDARA MALAYSIA MENJADI KAWASAN PERKUBURAN PILOT JET PJUANG MUSUH…

    Reply
  13. Anonymous says

    June 30, 2010 at 09:04

    brader shah,

    Rasenye TUDM sebelum ni ada 4 buah helikopter PUMA versi VIP rite?

    Reply
  14. Anonymous says

    June 17, 2010 at 00:05

    oits Shah,

    apasal x update blog ko ni, TUDM dah kena jual kat Cina…Mah Seng developer…provide sikit info kenapa kerajaan bodoh betul amik tindakan sebegini, walhal ATM menolak cadangan ini, membahayakan negara?

    Tanah nak buat condo, buat banglo, pertahanan negara di korbankan?

    Apa ni Shah, woi. Komen la, ko kan banyak je lubang kat MINDEF. Kata PASKAL 😉 hehehhe

    Reply
  15. Anonymous says

    April 27, 2010 at 01:26

    Bro syah, nak tanye cikit nape rejimen komando kita (21 ggk, 11 komando & 22 komando) x di anugerahkan gelaran DIRAJA? Kan dah lama ia ditubuhkan & banyak pula jasa yg telah dicurahkan.Agak2apa yg menjadi halangan?? Kalau letak Briged Komando DIRAJA @ Kor Komando DIRAJA @ Gerup Gerak Khas DIRAJA kan sedap jugak bunyi nyer tu.. Minta jasa baik Bro syah @ member2 blog semua ulas & beri pandangan cikit..

    Reply
  16. SyaitanCantek says

    April 25, 2010 at 22:39

    Ehhh…Postpone ke EC725….baru nak tgk chopper baru ganti Nuri….Hampehhh

    Reply
  17. camo37 says

    April 25, 2010 at 22:26

    btulla..TV3 pukul 8 tadi pun dah ade sebut cougar nie sampai maybe ujung 2011 atau awal 2012..

    emotionless bace kat dalam nanyang siang pau tu..tak tau kesahihannya…

    Reply
  18. shahpaskal says

    April 25, 2010 at 18:45

    Emotionless_teenage

    Nolah, the project is on and LOA ias been signed during the last DSA.

    latest news i heard is that, the Malaysia governmet has yet to pay for the downpayment.

    Reply
  19. emotionless_teenage says

    April 25, 2010 at 14:47

    is it true EC-725 acquisition is being postponed again?

    Reply
  20. shahpaskal says

    April 25, 2010 at 13:59

    Anony,

    Saya ada dengar cerita pasal Sukhoi Indonesia kena lock tapi sampai sekarang puncanya tidak diketahui.

    Laporan awal yang saya baca menyebut kemungkinan lock on itu berlaku disebabkan kepincangan sistem komputer pesawat terbabit. Atau mungkin pesawat itu kena lock melalui pancaran radarnya…maknanya tanpa perlu dapat identifikasi visual. entahleeeee…

    Reply
  21. Anonymous says

    April 24, 2010 at 21:05

    yg d lock on oleh jet amerika itu peristiwa masa thn 2003 kalu aku x silap. Masa perang iraq. Kapal pengangkut tu dlm pjalanan ke Teluk dr Jepun.INdon larang guna ruang udara dia utk lancarkan pesawat. begitu juga dgn malaysia. Yg aku tanye skrg peristiwa yg baru lagi melibatkan jet su30 indon. Yg amerika lock on tempoh hari, itu jet F16 indon yg dh x relevan dgn teknologi skrg sbb lama sgt kena embargo(sekatan peralatan ganti)oleh amerika. Ada sape2 ada mklumat x??? Sbb aku dgr mgkin sukhoi kita pnye kerja jgk. Yg bgtau jet indon tlh d lock on & alarm pd pesawat b"bunyi jurulatih penerbangan dr Rusia jgk yg masa 2 ada dlm jet indon tu. Sbb tu aku tanye negara mana yg paling bpotensi t"libat dlm peristiwa tu, samada negara kita, s"pork @ australia??? Sbb peristiwa tu berlaku dkt sulawasi selatan tp dlm ruang udara antarabangsa lg.. Ada sape2 ada idea x tntg peristiwa tu. Nk harapkan Shahpaskal ulas, tahun depan blm tntu ni… hehehe.. Sory ek tuan punye blog..

    Reply
  22. Il2 Stumorvik says

    April 24, 2010 at 17:41

    kalau Malaysia spend duit lebih banyak dari Singapura pun sekali pun, apa salahnya. macam lah kalau nak jimat tu duit dapat ke rakyat. Nanti habis duit buat ceramah politik aje. Dua kali lima je… tak payah hantam kerajaan, kem korang pun same je.

    Reply
  23. camo37 says

    April 24, 2010 at 12:47

    kepda anon..

    ini info yang saya tahula..
    memang jet tempur indo pernah di lock on oleh pesawat jet negara asing..

    negara asing tersebut ialah USA..
    kejadian tu berlaku bilamana 1 fleet kapal induk US navy sedang belayar melintasi laut indo…arahan memintak izin dari kapal induk us memang telah diberi tetapi lambat samapi kepada pasukan keselamatan indo…

    justeru indo menghantar 2 buah F16 ABnya untuk membuat pemintasan..sebuah F 18 hornet/super hornet yang melakukan escord kpd aircraft carrier mengesan 2 buah F16 yang melakukan provok manuver lalu me lock on 2 buah F 16 indo serentak maybe menggunakan BVR AIM-120nya…

    itulah yang aku tau..kesudahannya tak pasti..

    Reply
  24. camo37 says

    April 24, 2010 at 12:28

    kepada anon April 23, 2010 11:42 PM

    adelah tu sebab2 posting u kena delete..try lagi lain kali ye..

    p/s yang pasni nie forum pertahanan..kurangkan isu2 politik di sini..

    Reply
  25. Anonymous says

    April 24, 2010 at 12:10

    Kepada Anonymous April 23,2010 12.20 pm…

    ko asyik kaitkan kerajaan dgn rasuah je…

    aku nk tnye,hbs tu,arif fahmi tu spe???yg projek kt klantan asyik die sapu je..phtu tender2 balak kt klantan yg die uruskan..die tu sape???

    ko cakap mcm kompem ko d pihak benar je…

    Reply
  26. Anonymous says

    April 24, 2010 at 02:24

    DALAM WEB TU KATE US DOLAR 2.5 BUKAN RINGGIT MALAYSIA …HIIHIH MUNGKIN TERUJA SANGAT NIHH

    Reply
  27. Anonymous says

    April 24, 2010 at 02:17

    http://www.defenseworld.net/go/defensenews.jsp?showid=102&id=4415&h=DRB-Hicom%20Defence%20Technologies%20supply%20257%20Turkish%20designed%20APCs%20worth%20$2.5%20billion%20Malaysia

    jenguk la laman web nih ku tengah konpius laa ..paper kate rm8b tapi dekat laman web nih kate hanya rm2.5b..hurmm sape yang salah nih

    Reply
  28. emotionless_teenage says

    April 24, 2010 at 01:21

    the acquisition of EC725 is confirmed(it isn't a surprise.but the hassle did paid the toll.i blame politician).i'm still hoping Mindef will consider Mi-171 as the real nuri replacement though

    but more surprisingly,why BUK-M1(-2) is out of the favor?i myself isn't quite happy when the rumors about KS-1A is being bought by malaysia surfaced(KS-1A,in a way,is just a souped up soviet era SAM system with phased array radar).but IRIS-T is a great system.and in one way or another,the acquisition(if goes well) can release some burden held RMAF(at least they can leave medium range air defence to the army while they focused on bigger threat)

    p/s i prefer russian product simply because they are cheaper than european counterpart

    Reply
  29. Anonymous says

    April 23, 2010 at 23:42

    Kenapa delete post aku Shahpaskal? Takut kepada kebenaran?

    Reply
    • anak melayu says

      December 15, 2010 at 11:05

      biasalah…aku punya pun selalu kena delete dgn shahpaskal…..sebab tu aku selalu kat,kita tak memerlukan SHUKOI,KAPAL SELAM DLL jika hanya untuk pertahanan..sebab semua jet pejuang/kapal selam,peluru berpandu musuh akan jatuh /musnah jika cuba memasuki bumi MALAYSIA..sebabnya klu aku terangkan pasti kene delete juga dgn shahpaskal…..

      SHAHPASKAL ADALAH OARNTG SINGGEPURA……!!!

      Reply
  30. Anonymous says

    April 23, 2010 at 22:32

    Minta syahpaskal siasat & ulas ckit tntg kejadian sukhoi tntera udara indonesia yg telah d "lock on" dr jarak jauh dekat ruang udara sulawesi selatan tahun lepas kalu x silap sy. Agknye negara mana yg t"libat. Malaysia @ singapura?? Rasenye tahun lepas pesawat F15 spore x smpai lg kat ngara diorang. Tp mgkin jgk meka gunakan kcanggihan psawat radar amaran awal mreka(buatan israel). emmm…keja sukhoi 30mkm kita pn x boleh d ketepikan jgk. so cuba siasat ckit.. Ayah sa nk tau.. Harap tu..

    Reply
  31. Anonymous says

    April 23, 2010 at 22:24

    bkn Airod la, tp syarikat ATSC. Fakta x btul tp nk ckp byk. Ni la kalu dh nama p"bgkang. Elok la kalu nk tukar mig tu. Jarak jgkauan pn x jauh. Pod pbawa snjata ada 6 jer. Kokpit guna yg analog lg. Komputer p"tempuran pn dh d telan zaman. Sbb laju dia 2.3 Mach, byk blaku keretakan mikro pd pesawat 2. Nk upgred kos dia pn agk mahal. lg pn jmlah 16 buah tmasuk 2 buah utk latihan p"alihan x b"baloi utk d naik taraf. Kecuali la ada byk, lbh dr 2 skudron baru la rugi kalu d grounded..

    Reply
  32. Anonymous says

    April 23, 2010 at 12:20

    to MOKHTAR

    Boleh tak tolong jelaskan kepada saya dan pembaca2 blog ni..apakah punca kegagalan sebuah syarikat penyelenggara AIROD tak silap sy (kalau salah sila betulkan) sehingga banyak pesawat MIG-29 tak boleh terbang?? dan juga kegagalan sebuah firma tempatan dalam projek NGPV??

    seperti sy nyatakan sblm ini..pembelian senjata haruslah dibuat secara government to government..tak perlu ade agent atau pihak ketiga utk menguruskan pembelian..

    nape kita selitkan anwar gay dan sebagainya??saudara buta sejarah ke??kenapa percayakan majalah gay??tapi mengapa lupa isu database PDRM infiltrate by the Zionist?? sy pasti..mossad bila2 masa sahaja boleh berada didepan MOHKHTAR..ke mmg bersekongkol dgn fahaman zionist??

    kenapa nak pertikai cukai bayar lambat ke atau tidak??tiap2 hari sy bayar cukai…ade tak lambat atau cepat??lepas ni ada GST pulak..

    sy pasti tuan Mohktar tidak terkesan..kerna mungkin…sy ulangi..mungkin tuan mohkhtar mendapat habuan dari seseorang??

    dlm banyak perkara..sy ingin tegaskan..kita kene telus…pastikan tiada unsur rasuah…

    Reply
  33. action kamen says

    April 23, 2010 at 09:29

    Xnak spekulasi, tapi saja nak teka (macam teka kacang pula. he he he)

    No 16: Kampeni H****** ****

    Reply
  34. Akuromeo says

    April 23, 2010 at 05:19

    Bro semua daripada lu gaduh2
    lebih baik jadi follower gua..
    bro.shahpaskal apa lagi mari jenguk2 blog gua beb

    Reply
  35. Abu Amir says

    April 23, 2010 at 03:05

    Kita masih belum ada kesedaran ttg cukai yg dikutip oleh kerajaan bkn cukai pendapatan sahaja. Setiap barang ada cukai jualan, import dll. Setiap kereta yg kita beli ada cukai jualan, import dan eksais. Akan dtg cukai GST pulak diperkenalkan dimana setiap orang terlibat tanpa kecuali.

    Cth. projek NGPV yg lalu mengikut audit yg dibuat oleh juruaudit negara terdapat penyelewengan jelas didapati cek bernilai ratusan juta dikeluarkan tanpa nama syarikat.Disebabkan penyelewengan kos asalnya RM3 bilion menjadi RM6 bilion dan owner asal hidup kaya raya di London.

    Dulu 2008 kecoh pasal pembelian helikopter bernilai RM1.9 bilion, sekarang 2010 boleh pulak harganya RM1.6 bilion. Perbezaan RM300 juta itu sikit ke? macam RM300.00 sahaja?

    Berapa ramai PM Jepun letak jawatan disebabkan terlibat rasuah walaupun ia dilakukan oleh org bawahan mereka sbb maruah mereka. Negara mereka tetap maju walau siapa pun perintah.

    Negara Islam kita pemimpin Islam kononnya tetapi korup no.56 di dunia lebih teruk dpd negara kafir.

    Lapuran audit negara pun tak dipedulikan, bila dibangkitkan pembangkang di parlimen dikatakan menyibuk shj. Lu pikir la sendiri?

    Reply
  36. MOKHTAR says

    April 23, 2010 at 01:20

    Salam… Anon…

    Ko ni bawak mengucap…
    perbelanjaan tu aku ambik untuk tahun
    2009 bagi singapore
    dan bagi malaysia itu adalah anggaran tahun 2006..

    kenapa nk bwak isu perbelanjaan tahun 90-an..
    sekarang dah 2010.

    dah berapa lama..
    dana dalam tempoh anggaran 20 tahun itu (1990-2010).
    20 tahun ini suatu tempoh yang lama
    sudah tentu singapore dah berbelanja berbilion-bilion lebih dari negara kita.

    Lagipun singapura merupakan proksi zionis serta mata-mata amerika di rantau ini.

    Tidak hairan lah mereka juga terlibat dalam program JSF F-35 yang akan menggantikan F-22 Raptor.

    Dilaporkan juga singapura akan membeli jet Pejuang itu..

    jadi kalau saudara ingin mempersoalkan mengapa jumlah aset negara kita kurang daripada singapura. harap dapat menggunakan fakta yang kukuh dan bukan fakta zaman nokia 3310.

    dan untuk fakta yang saudara katakn itu.
    apa buktinya
    saya juga boleh menulis di sini bahawa saya telah membaca majalah gay terkenal
    dan menurut majalah gay popular itu…Anwar Ibrahim adalah gay sejati…

    dan saudara..
    sebagai pembayar cukai.
    saya ingin bertanya adakah saudara membayar cukai tepat pada waktunya atau adakah saudara hanya membayar ketika sudah hampir tamat waktunya…

    Dan ketika saudara berkata bahawa setiap pembelian itu akan di 'Markup' kaw2 punya..
    adakah itu berdasarkan fakta atau cakap kosong di kedai kopi..
    sekian….

    Reply
  37. Anonymous says

    April 23, 2010 at 01:10

    Bukan boleh percaya sangat si Shahpaskal neyh, merapu je lebih, cakap 10, 2 je boleh percaya, konon tau intel banyak sangat tapi last2, hampas

    Reply
  38. Abu Amir says

    April 23, 2010 at 00:48

    Releks la jgn dok maki org tak tentu pasal terutama pembangkang. Kita perlu ada check & balance baru ada ketelusan. Cuba kau org check kedudukan negara kita dlm web Transperancy International(TI)report 2009 kedudukan kita no.56 turun dpd tahun 2008. Singapura pula no.3 2009 kekal pd tahun 2008.

    Kita perlu buat perbandingan utk menjadi lebih baik & lebih telus. Data ini digunakan oleh pelabur & peniaga luar negara sebelum berniaga/ melabur dinegara kita. Negara kita sebenarnya jauh lebih kaya dari Singapura tetapi disebabkan rasuah yg tinggi ramai yg miskin kecuali segelintir kroni-kroni yg kaya raya hingga 7 keturunan tak habis makan.

    Tulis biar ada fakta jangan ikut suka aje tulis bila berbeza pendapat terus maki hamun kata org pengkhianat negara? Siapa lagi yg akan pertahankan negara ini kalau bukan rakyat bawahan? Baru jerebu menyerang tak lama dulu, org kaya-kaya cabut cuti luar negara kita hadaplah biarpun susah.

    Kita kena sedar setiap sen/ ringgit yg dibelanjakan utk pertahanan dll, adalah hasil cukai yg kita bayar setiap tahun. Kita berhak persoalkan kenapa dan bagaimana ia dibelanjakan?

    Reply
  39. Anonymous says

    April 22, 2010 at 18:05

    to MOKHTAR…

    awak ambik taun brpa punya perbelanjaan??cube kte tgk perbelanjaan tahun 1990-an…cube tgk.hampir sama tak??atau singapura lebih sedikit..sy tgk statistik disebuah majalah military yg terkenal…

    dan menurut majalah military yg popular itu..sebanyak RM 500 Juta diperlukan utk upgrade kesemua MIG-29 to MRCA..

    sy ckp berfakta..bukan kosong…. sy juga peminat militer sperti encik mokhtar..tp lebih pentingkan ketelusan..sbb duit nak beli tuh duit kerajaan,..duit kita bayar cukai dan sbgainya..seharusnya berhemah……. encik MOKHTAR bukan tak tahu camne org2 atas deal nak beli barang2..msti markup kaw2 punye…tak kan itu pun tak tahu??

    Reply
  40. Anonymous says

    April 22, 2010 at 14:54

    syah..

    APC tu kite beli 500 biji ke 257 biji jer?
    Confius la..

    dgr cite deftech gune duit dia 8 bilions tu utk pasang kat pahang/kilang deftech.

    Reply
  41. shahpaskal says

    April 22, 2010 at 11:27

    Akuromeo,

    Rasanya tak tipu pasal EC725 memang ditandatangani masa DSA so maklumat adalah sangat tepat.

    IRIS T tu saya cakap samada DSA atau MoU akan dibuat pada pertengahan tahun, jadi kita tunggu.

    Pasal VERA E, saya dah ulas panjang lebar dalam artikel yang lepas, jadi silalah baca entry yang lama.

    Reply
  42. Sirrus says

    April 22, 2010 at 11:21

    Kepada shah paskal, harap anda dapat dedahkan pembelot2 negara yang berpakat dengan ejen2 zionis apco!

    jangan berat sebelah! Dedahkan juga kecurangan pimpinan tertinggi kerajaan bukan hanya hentam pembangkang saja!

    Dedahkan pennglibatan apco dan ejen mossad dalam PDRM…Saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan tanah air merasa dikhianati oleh pemimpin2 ini!

    Reply
  43. Anonymous says

    April 22, 2010 at 09:57

    VERA E kite dah pakai sejak 2006 lagi..

    Reply
  44. Anonymous says

    April 22, 2010 at 09:53

    cam ney lak dgn VERA-E system…mmg confirm ke malaysia dh ade?

    Reply
  45. Anonymous says

    April 22, 2010 at 06:35

    KEPADA BRADER SHAH…

    AKU RASE KO PATUT TAPIS DAH R KOMEN2 KT BLOG KO NI..BYK KOMEN2 BODOH JE DH…TRAFIK BLOG KO DH R TINGGI..ORANG YANG BACE PUN DAH JADI MENGARUT2 DAH…

    Reply
  46. camo37 says

    April 22, 2010 at 02:32

    relekss..relekss bro…jgn masukkn unsur politik dalam blog2/forum pertahanan plez..

    dari DSA 2010-RM8bil untul ganti condor ngan sibmas…tapi yang peliknya dalam kosmo kate 500 buah 8×8 AV-8 yg bakl diperoleh..tgk2 arini bace sokkabar hanya 257 buah..konfius aku..

    kalu rm8bil untuk 500 buah 8×8 ok le,tapi kalu hanya 257 buah untuk rm8bil macm tak munasabah je???

    Reply
  47. Akuromeo says

    April 22, 2010 at 01:56

    bro..
    kena tipu dengan informer takada pun IRIS tu cerita lama tu
    Apahal mari kita pekena Kopi
    Lazat Tongkat ALi

    haaa apalagi nak bergaduh pasal politik ke weee

    Reply
  48. Mat Din says

    April 21, 2010 at 18:41

    mmg btul2 x sangka yg malaysia nk bli IRIS-T SAM, sb sblum ni nmpak cam malaysia minat ngan ks-1a ngan pantsir sja…….ap2 pun ni mmg 1 langkah deterrence yg sgt tpt, xkan nk hrp kt seawolf, jernas, starburst,igla, anza….
    2 aiemanz, skdr nk share thought, rse yg 500 x kan sume fnss pars kot, sb dlm brita diorng ksitau dlm 500 2 ad mix bnyk vehicle…..mungkin malaysia nk tmbah lg adnan kot, tp dri version acv-300s

    Reply
  49. joekumbang says

    April 21, 2010 at 13:03

    hadoii…politik lagi..kalau nak gaduh gi blog lain…

    Reply
  50. Anonymous says

    April 21, 2010 at 12:55

    saya rasa macam syarikat S****A.

    -pemerhati dari jauh-

    Reply
  51. Anonymous says

    April 21, 2010 at 12:02

    Bang Mohktar..terime kasih bro..

    Aku mmg dah lame bengang dgn babi2 nie..

    Mmg itula care babi nie..bg auta bukan fakta..Masalahnya ade jugak yg kurang2 bijak nie g caye..Dulu org suruh skolah taknak..bile dah besar caye bulat2 ape babi ckp..

    Aku brani ckp kalo PAKATAN pegang m'sia nie..keadaan akn lbh teruk, hancur, kandang babi akan lg byk sbb ideologi "malaysia malaysia" kesinambungan dr idea Lee Kuan Yu.

    Skrag nie dia duk perbodohkan melayu..bg duk gaduh same sendiri..hanye itu strategi yg terbaik utk dapatkan kuase..same mcm strategi yahudi..pecahkan kesatuan dan baru serang..

    Kite jgn terpengaruh sgt dgn politik nie..yg penting kite bersatu.."ISLAM" sebagai wadah penyatuan..igt asas2 agama..itulah yg akan membantu kite dlm ape jua keadaan..

    Kepada babi2 sekalian..aku tak sabar nak tggu hari kamu akan dihancurkan dr muke bumi Allah ini..

    Reply
  52. Anonymous says

    April 21, 2010 at 11:22

    AKU SBG PEMBANGKANG TETAP X PUAS HATI..
    BANGKANG TETAP BANGKANG..
    NANTI AKU REKA LE CRITE2 SERKAP JARANG..
    TUNGGU..

    ..teringat aku ms dulu2 tgk org berdebat kt sekolah..ntah ape ntah aku dpt..

    Reply
  53. Anonymous says

    April 21, 2010 at 09:18

    KUALA LUMPUR, April 20 — Eurocopter has received a Letter of Acceptance (LOA) from the Defence Ministry for the supply 12 EC725 helicopters for search and rescue (SAR) missions.

    Eurocopter Senior Executive Vice President Philippe Harache said the helicopters, to be operated by the Royal Malaysian Air Force, are scheduled for initial delivery in 2012, followed by the remainder over a period of two years.

    Eurocopter received the LOA this morning from Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, he said.

    Eurocopter is working together with the government to finalise the contract, including the terms and conditions, he told reporters on the sidelines of Defence Services Asia 2010 here today.

    Eurocopter is a subsidiary of EADS and the world’s leading helicopter manufacturer.

    “It’s a global contract package, which by the way, still has to be signed.

    “This morning, the minister said that the Cabinet meeting this Friday should definitely confirm what has been announced today, and detailing the various aspects of this contract,” he said.

    Harache said the new EC725 will complement and eventually replace the Royal Malaysian Air Force’s ageing Sikorsky S-61 helicopter fleet, known as Nuri.

    He said the EC725 fleet will allow RMAF to perform its utility and search and rescue missions, day and night in all weather conditions.

    Malaysia has joined a growing list of government customers for the EC725, which includes Brazil (acquiring 50 EC725s), Mexico (with six helicopters on order) and France (currently operating a fleet of 19 EC725s).

    As an upgraded version of the internationally successful Eurocopter Cougar family, the twin-engine EC725 is a medium-lift helicopter in the 11-metric tonne category and is fitted with a five-blade main rotor. — Bernama

    Alhamdulillah…akhirnya terlaksana jua…pasni kita tgok apa reaksi pembangkang…

    Reply
  54. Malay-ThinkTank says

    April 21, 2010 at 07:58

    Saya sangat berbangga dgn sistem SAM ni, lebih2 lagi drpd negara Jerman. Harap2 ia jadi kenyataan. Semoga pertahanan negara berkembang maju. Semoga ketirisan duit tidak berlaku & pihak yg benar melakukan urus beli sistem ni. Semoga Allah bersama Malaysia & merancang yg terbaik untuk negara kita.

    Reply
  55. Akuromeo says

    April 21, 2010 at 02:23

    relax lah bro..
    jangan gaduh2 baik bertumbuk senang
    Aku jadi umpire nak ke…
    Aku suka lihat orang mati kekeee
    Apa pun mari minum Kopi GANO

    Reply
  56. MOKHTAR says

    April 21, 2010 at 00:43

    Salam…
    Anon 20 apr 20 5:10….
    ko ni buat lawak bodo ke ape…

    "pembelanjaan pertahanan hampir sama dgn singapura"

    ni ape ko merepek ni…
    bnyk sgt pegi dengar ceramah wali selipar dengan "Khalifah" Lim Guan Eng ke ape..

    ko tgk betul-betul berape expenditure singapore…

    http://www.absoluteastronomy.com/topics/List_of_countries_by_military_expenditures

    bce kat sini..ko tgk betul-betul

    Singapore- USD 7,860,000,000 Rank die no 23

    Malaysia- USD 1,690,000,000 Rank
    die no 55

    Yg ni bukan berita hairan atau utusan meloya yang korang kutuk-kutuk tu publishkan..

    ko kire balik brp bnyk perbezaan

    USD 6,170,000,000

    itu yang ko kate 'hampir sama'

    kalau ko x percaya cuba tanya sendiri menteri pertahanan s'pork ni

    atau rajin2 lah pegi wikipedia atau mne2 website ketenteraan yang lain..

    Betulkah RM500 Juta tu cukup untuk upgrade MiG-29….

    Macam mana ko tahu.
    ko ke yang ambik kontrak ugrade MiG-29 tu…

    lain kali cakap tu biar fikir dulu…
    jangan 'membuntuti' je ap yg CIFUT BABI cakap

    Reply
    • GEMPURWIRA says

      September 23, 2010 at 10:06

      BRO… NMPAK SGT KAMU TAK FAHAM HAL KETENTRAAN NI… MMG LA YG KO NMPAK TU KOS YG MALAYSIA TUNJUKKAN SECARA TELUS YG KOS DI KELUARKAN SECARA RAHSIA UNTUK PEMBELIAN TAMBAHAN ATAU SULIT TAKAN TU PUN KITA NAK KECOH SATU DUNIA… SO FAHAM2 JE LA… CONTOH KO NMPK MERIAM 155MM ADA 28 BUAH NAMUN MASA PERANG TIBA2 KO TENGOK JUMLAHNYA NAIK LEBIH DR APA YG KO TAHU…. ADA FAHAM..

      Reply
  57. Anonymous says

    April 20, 2010 at 17:10

    apelah korang ni bantai DAP dan parti pembangkang..banyak sgt pegi ceramah BTN korang ni..tu pasal lupa unsur2 ketidaktelusan dan ketirisan yg berlaku dlm pembelian senjata kita…

    cube korang bayangkan..klu benar RM 500juta komisyen yg diwar warkan oleh ketua pembangkang tu betul2 ade…RM 500 juta tu dah ckup utk upgrade kesemua MIG-29 ke Multi Role Combat Aircraft (MRCA)…
    cube korang tgk statistik pembelian senjata negara kita..pembelanjaan pertahanan hampir sama dgn singapura..tetapi kenapa mereka aset mereka lebih banyak dari kita?

    sbb mereka itu telus…tiada unsur rasuah…come onlah…korang bukan taw ape yg jadi kt company yg selenggara MIG-29??sampai banyak pesawat tak boleh terbang.. dan juga NGPV..tgk brapa lama tertangguh..semua sebab ape??pecah amanah..rasuah…

    klu unsur2 pecah amanah tiada…kemudian tak perlu pihak ketiga untuk negotiation ..sepatutnya kesemua pembelian secara governance to governance..bukan pihak ketiga dapat komisyen melampau2..

    Reply
  58. Anonymous says

    April 20, 2010 at 16:04

    20-30 KM JER JARINGAN PENANGKISAN SAM IRIS-T?

    KENAPA TAK BELI YG 130 KM TERUS.

    Reply
    • Hafiz says

      January 8, 2011 at 10:54

      Singapore x de pesawat pengebom yg boleh terbang tinggi. no need for that. Buk-M1 is sufficient. (45KM)

      Reply
  59. lifesun says

    April 20, 2010 at 15:22

    no.16 tu rasa nya mcm dh jelas company mana… ada dlm paultan.org ? naza ria kuat pakai minyak tak?.

    Reply
  60. Anonymous says

    April 20, 2010 at 14:30

    syah.ko minat mancing tak…

    jom kite g mancing ramai2..

    Reply
  61. Aiemanz says

    April 20, 2010 at 09:45

    Salam…klau dh confirm bgs la.At least x der la yg tertangguh2x…rakyat pun smpai dh nek jemu biler la iur military equipment nk upgrade lg.

    Brita kosmo hr ni (29/4) ader lapor yg Malaysia akan peroleh 500 buah APC 8×8 Pars dr Turki. Confirm ker bro? Klau bleh ulas skt bro…

    (p/s teringin klau bleh nk tgk malaysia pkai MBT T-84. Aku nie teruja sket klau tgk military hardware dr blok bekas warsaw cth MBRL smerch, D-45 130mm howitzer n S-300 grumble anti aircraft missile complex. Klau la army kiya bleh pkai pastu masa berarak kt hari kebangsaan pulak mmg perkh!!! Aku bangga!!!)

    Reply
    • Hafiz says

      January 8, 2011 at 10:53

      Bro, S-300 sgt berat, besar gedabak, x sesuai utk dioperasikan di dalam hutan. Peperangan di malaysia pasti akan berlaku di dalam hutan. Smerch is very2 powerful, but we already have Astros 2, which is more than enough for Singapore.
      Yg APC tu confirm, ini semua sbb persediaan menghadapi Singapura (pasal air). And they all ancam kalo x extend perjanjian tu smpi 2060 Singapore akan invade sumber air tu, kat Johor, kuasai sungai tu and Johor terpaksa beli air drpd Singapore. Hence, malaysia needs a very2 powerful land force to defend that area.

      Reply
  62. Akuromeo says

    April 20, 2010 at 06:00

    Apahal pun kita kena Kopi Tongkat Ali

    Reply
  63. ian says

    April 19, 2010 at 18:27

    Tak kisah company apa pun yang penting, diharap company itu tidak hanya pentingkan keuntungan. IRIS-T tu memang sistem yang bagus, saya setuju jjika ianya menjadi kenyataan kerana kiat mesti memperolehi assat yang benar-benar berkualiti. Produk german memang yang terbaik.

    Reply
  64. shahpaskal says

    April 19, 2010 at 12:35

    Joe Kumbang,

    kompeni tu start dari "K"

    Reply
  65. Anonymous says

    April 19, 2010 at 11:46

    kalo nak tau ape plan ATM kene tgk ape perkembangan ketenteraan negara2 jiran terutama yg selatan tu.

    Kite kene ade pertahanan udara yg mantap sbb jiran kite tu ddk bangunkan pesawat canggih dan menambah bilangan fighter mereka.
    Mmg strategi dia akan gune fighter pun utk tewaskan kite.

    Aku rase ATM mmg sedar benda nie. Tujuan usahasama nie aku rase tidak hanye akan terbatas kepada jarak sederhana shj tetapi mgkn jarak jauh juga.

    Bab pembangkang tu pulak, sedah tentu jiran kite tu akan gunakan DAP celaka ni utk patanhkan rancangan kite.

    Tapi jgn mengalah Islam perlu ditegakkan,Maruah tetap kene bela.

    Reply
  66. Anonymous says

    April 19, 2010 at 02:19

    salam bro..nak tanya civilian leh g tax pameran DSA tu?macamana nak g ek?teringin sangat dari dl lg

    Reply
  67. camo37 says

    April 18, 2010 at 23:21

    salam..
    memang tertggu2 posting dari bro shah..

    kali nie lagi mengejutkan…harap2 rangkaian kubah pertahanan udara nasional negara bakal akan menjadi kenyataaan jika benarla posting dari bro shah ini…Dengan ini jet2 tempur TUDM akan lebih menumpukan kepada tindakan ofensivenya..

    lagi satu nak tanya bro shah..civilian cam sy nie bleh ke nak attend pameran DSA nie???teringin jugak nak p…

    Reply
  68. joekumbang says

    April 18, 2010 at 20:19

    Iris-T pun ok gak.aku ingatkan KS-1A jadi pilihan sebab Malaysia beli FN-6.Calon favourite aku Buk-M1 dah terkeluar dari persaingan.

    Shah,company tu SCS ke?Kalau ye bolehlah diorang integrasikan network centric ciptaan diorang dengan Iris-T

    Reply
  69. Anonymous says

    April 18, 2010 at 15:49

    xtulus ??xksah la
    janji kita yg terbaek..

    Reply
    • hadi says

      September 22, 2010 at 21:26

      satu komen yg amat salah

      Reply
  70. C++ says

    April 18, 2010 at 09:58

    Pergh..

    Bagus nie… sistem Ground Based Air Defense memang satu keperluan yang paling penting..

    Lokasi untuk diletakkan perlu berada dekat dengan garisan pertahanan utama negara… hehehe..

    MANPADS penting sebab mobilasi dan boleh diletakkan dikedudukan penting yang dekat dengan garisan entry musuh… pertahanan kedua pulak dengan kemampuan GAPU yang memobilasikan MLRS dan Jernas … manakala sokongan ketiga dengan adanya IRIS-T ….

    Walaupun begitu.. semua titik-titik panas perlu dilengkapi juga dengan jaringan AA Guns dan sistem radar yang canggih dan berangkaian.

    Reply
  71. Tanak Wagu says

    April 18, 2010 at 09:54

    slam 1 malaysia bro

    dari dulu lagi sya follow blog bro, smuanya mmg interesting!

    dari mna bro dpt sumber2 posting ketenteraan ni?? sya pun berminat juga dlm posting2 ketenteraan ni….

    mcmmnapun teruskan buat posting ketenteraan!

    Reply
  72. think says

    April 18, 2010 at 03:14

    telus macam mana pun mesti ada yg kata tak telus!bukti x ada pun..jadi la buat modal nak bercakap…

    Reply
  73. Anonymous says

    April 18, 2010 at 00:11

    Diharapkan apa2 pun jenis procurement utk atm, mestilah dibuat dgn telus, jelas, dan tanpa sebarang ketirisan…
    Thanks…

    Reply
  74. Anonymous says

    April 17, 2010 at 23:21

    Owh…Igtkan DSA kli ni,msia akn sambung kontrak utk tmbah lg NGPV batch II..tp xpe gak aset ni…untuk protect pengkalan dr ancaman proksi zionis…

    Reply
  75. Wiseman says

    April 17, 2010 at 22:18

    Wow! hebat. confirm lepas nie parti pembangkang terutamanya DAP akn buat isu tentang pembelian aset ATM nie sebagai modal murahan untuk menghentam kerajaan. xcaya? tunggu dan lihat.

    Syukur kpd Allah s.w.t, diharap Malaysia dan ATM akn diperkukuhkan lagi dengan aset2 yg berkualiti dan moden.

    Ps: Jiran kita confirm xsenang duduk.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK