

BANDINGKAN DENGAN PARS DARI TURKEY DI BAWAH INI
AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS
1. Akhirnya kita semua iaitu rakyat Malaysia berpuashati selepas kerajaan mengumumkan kereta perisai buatan Turkey dari syarikat FNSS, model 8X8 AV-8 akan menggantikan kereta perisai lama milik tentera darat iaitu Condor dan Sibmas.
2. Ini merupakan kali kedua, Malaysia menggunakan produk dari FNSS di mana sebelum ini, kereta kebal Adnan sebenarnya merupakan model keluaran syarikat itu, ACV-300.
3. Kilang Deftech dekat Pekan, Pahang itu sudah pasti sibuk kembali, rezeki melimpah ruah dan pekerja boleh dapat bonus banyak-banyak kerana selepas memasang Adnan, Deftech dapat projek buat PT-91 Pendekar dan tidak lama lagi, AV-8.
4. AV-8 atau PARS (makna PARS ini adalah Anatolian Leopard-sejenis harimau bintang yang semakin pupus di Asia Tengah) telah diuji oleh tentera Malaysia sejak 2006 dengan beberapa jenis kereta perisai seperti Piranha IIIC buat Switzerland dan Patria AMV dari Finland.
5. Yang nyata ia lebih berkemampuan dari perisai yang dipakai oleh Condor kerana AV8 ini mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.
6. Kemampuannya untuk menahan robekan peluru 14.5 mm membuktikan kenderaan ini adalah lebih baik dari kereta perisai MOWAG Piraanha, ini juga bermakna PARS ini mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker buatan Amerika Syarikat yang kini digunakan secara aktif di Iraq.
7. Penggunaan System Integrator dari Thales akan membolehkan PARS milik tentera darat berkongsi maklumat dengan pasukan kereta kebal PT-91 yang dilengkapi dengan sistem elektronik dan perkongsian pintarnya sendiri.
8.Yang penting, PARS ini bersifat modular (sama konsep macam kapal Meko 100 yang digunakan tentera laut) di mana ia boleh dibangun dan dikembangkan lagi kemampuannya mengikut perubahan teknologi.
9. Ia tidak dilengkapi dengan sebarang kipas atau propeller untuk menyeberangi sungai, PARS masih boleh berenang dengan perlahan menggunakan kelapan-lapan tayarnya, ia masih boleh dipasang dengan propulsi jet untuk penyeberangan air dengan lebih cekap tetapi ia bergantung kepada kehendak pelanggan kerana alat ini sangat mahal.
10. Bagaimanapun, setakat ini hanyalah Letter of Intent (LOI) atau surat hasrat sahaja yang sudah ditandatangani di antara FNSS, Denel dan Deftech semasa pameran Defence Servise Asia 2010 baru-baru ini, belum ada satu keputusan konkrit kerana keputusan ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja.
11. Ia cuma perjanjian yang menunjukkan minat Malaysia yang sangat mendalam terhadap kenderaan perisai keluaran FNSS ini, bukan kontrak pembelian, bagi saya ia lebih kepada taktik perniagaan oleh Deftech untuk membekalkan kereta perisai baru kepada pihak tentera.
12.Kumpulan Naza juga bersaing dan masih melobi untuk membekalkan kereta perisai dari jenis Rosomak kepada tentera.
13.Untuk membolehkan perjanjian LOI ini ditukar menjadi Letter of Award (LOA) entah bilalah pula, ia boleh memakan masa bertahun-tahun dan silap-silap terbatal jika keadaan tidak mengizinkan.
14.Menurut laporan rasmi dari DSA 2010, kemenangan FNSS dalam membekalkan kereta perisai AV8 ke Malaysia adalah disebabkan kesanggupan syarikat itu untuk memberi pertukaran teknologi kepada anak tempatan.
15.Deftech akan memperoleh kebenaran untuk mengkaji seluruh aspek teknikal bagi kereta perisai ini dengan tujuan untuk memasang dan mengedarkannya bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk mengeksport kenderaan itu ke luar negara dalam rantau Asean.
16.Jika satu perjanjian lain yang lebih konkrit dibuat, Deftech terpaksa membuat pelaburan baru sebanyak RM400 juta untuk menaiktaraf kilang pemasangannya di Pekan, membeli peralatan baru dan mengupah lebih dari 200 pekerja baru dan melatih mereka.
17.Banyak bahan-bahan tempatan akan digunakan dalam kereta perisai baru ini dan jangka masa enam tahun selepas perjanjian pertama ditandatangani merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk menghasilkan lebih kurang 200-500 kereta perisai.
18.Satu laporan dari media barat menyebut, dengan harga lebih kurang RM9.8 juta seunit
(nilai keseluruhan RM8bilion), harga PARS ini sudah tentu sangat mahal tetapi seorang pegawai pertahanan Malaysia menyatakan, harga tersebut memasukkan keseluruhan jumlah total program penggantian kereta perisai ini.
19.Ini termasuklah, pembangunan rekabentuk, bantuan lojistik dan pelbagai bentuk pelaburan lain termasuklah pembesaran dan pembangunan semula kilang Deftech.
20.Kira boleh berbanggalah rakyat Malaysia, dalam Asia Tenggara ini, kalau jadilah PARS ini masuk ke dalam inventori ATM, ia mempunyai kemampuan dan kecanggihan yang sama seperti kereta perisai Terrex milik Singapura.
21.Sebenarnya PARS ini bukanlah rekabentuk tulen yang terhasil dari Researh and Development (R&D) FNSS.
22.Ia sebenarnya merupakan projek joint venture di antara FNSS dan juga GPV dari Amerika Syarikat.
23.Samalah seperti kereta perisai Terrex yang sebenarnya dibangunkan sebagai projek usaha sama di antara ST Kinetics dengan Timoney Technology Limited of Ireland.
24.Terrex dibangunkan oleh Timoney di mana casis serta enjin kenderaan itu dibina di Ireland sebelum dipasang semula oleh ST Kinetics, kenderaan yang serupa juga dipasarkan oleh Turkey tetapi dengan nama lain dan ini bermakna Terrex buknlah kenderaan yang dihasilkan dari bilik R&D Singapura.
25.Bezanya Singapura ini memang bijak dalam memasarkan produk-produk mereka walaupun produk itu kadang-kadang bukan buatan republik itu sendiri.
26.Bayangkan rambutan yang ditanam di Johor, dibeli secara pukal oleh tauke Cina Singapura yang kemudiannya membawa rambutan itu ke Hong Kong untuk dipasarkan di sana dengan label “Singapore Products” – Singapore Lychee.
27.Ini bukan cerita bohong tetapi diberitahu oleh seorang menteri negara kita ketika beliau lepas melawat Hong Kong dan terserempak dengan rambutan itu di sana.
28.Jadi kepada rakyat Malaysia, janganlah impress sangat dengan negara orang dan merendah-rendahkan kemampuan negara sendiri, kita ini masih bertatih…sampai masa kita berjalan dan kemudian berlari, dunia pertahanan ini semuanya soal bisnes dan duit.
29.Singapura sanggup membelanjakan wang yang tersangat-sangat besar untuk projek pertahanannya dengan alasan sebagai insuran kepada rakyat Singapura, rakyat terus diam dan mengiyakan apa sahaja yang dibuat oleh pemerintah mereka sedangkan sebenarnya Singapura melabur lebih untuk membuat duit lebih dalam bidang pertahanan.
30.Malaysia terpaksa melakukan pelaburan ini dengan lebih berhati-hati kerana keadaan politik negara, lagipun pemikiran rakyat negara ini masih belum terbuka dan terlalu cepat menerima khabar angin tanpa ada inisiatif untuk mencari maklumat tepat.
31.Kadang-kadang wang dibelanja lebih berkali-kali ganda untuk membeli teknologi dan dalam kes ini contoh terdekat adalah projek kapal peronda baru negara atau NGPV apabila negara ini membeli design dan blueprint kapal itu sekali (walaupun ada kegagalan tetapi ia disebabkan oleh sikap individu tertentu yang gagal memegang amanah yang telah diberikan kerajaan kepada mereka)
PERINGATAN : TOLONG BAGI KOMEN ELOK-ELOK SIKIT, JANGAN MAKI MAKI DAN MAINTAIN SIKAP PROFESIONAL KITA. KALAU NAK BERDEBAT KERAJAAN VS PEMBANGKANG PUN, JANGAN SAMPAI MAKI HAMUN, PAKAILAH FAKTA.
TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SAYA DI BAHAGIAN GRAFIK BERNAMA TV KERANA MEREKABENTUK HEADER SAYA DENGAN GAMBAR BARU.
Aku dulu pun askar dari pulamor… kemana pulak letaknya nanti Condor dan Sibmas setelah digantikan dengan AV8? Dilupuskan?… Bagi aku rugi kalau dilupuskan kedua-dua kenderaan itu walaupun kenderaan tersebut dah dimakan usia. Tapi, bagi aku kenderaan itu boleh diserahkan kepada ‘Rejimen Sempadan’ untuk kegunaan RS dalam pasukan nya dan Rejimen Sempadan tubuhkan sebuah pasukan ‘Mekanis’ dalam pasukan nya sendiri.
kou sebelum mati minta maaf banyak 2 kat rosmah tu.nanti dia tuntut kat akhirat nanti…..baru kau tau….
kalu compass marching ni dah sosat dah jang…..
kalu tak silap 8×8 sebab nak bawa anggota.kalu kecil contoh 4×4,berapa kerat je anggota boleh dibawa…kalu nak ikut berat tank tu lagi berat….ok le tu ,yang penting keselamatan anggota……lagi 1 tang mane ade paya nya,…..habis berbatu dah ,rasa kalu paya pun 30 % je kot……..
test
peace
Tak boleh salahkan orang politik kalau diorang tanya pasal bajet (guna perkataan belanjawan kan lagi bagus???) tentera. Memang selalu sangat perolehan kerajaan melebihi harga pasaran. Alasan pembekal/kontraktor tempoh bayaran yang lama (3 bulan). Tapi sekarang dah cepat. Apa alasan lagi???
Tu yang beli screwdriver sebatang sampai beratus ringgit. Tinggi sangat ke kualiti screwdriver tu? Ni perolehan bilion ringgit punya. Lagi gelap mata…
sub liminal tu bro,
ade maksud tersirat..
hehe..
salam
saya adalah peminat serta pembaca blog anda,apa yg ingin sy simpulkan disini blog anda sangat menarik dengan ketepatan maklumat yg baik walaupun terdapat beberapa kesalahan fakta(biasalah tu).
saya juga ingin membuat sedikit teguran berkaitan header baru blog anda yang agak kurang di beri perhatian. grafik yang bagus cuma gambar angota keselamatan tu perlulah di perbetulkan sedikit ini kerana sekiranya diperhatikan dengan teliti gambar angota tersebut seolah-olah sedang membidik bendera malaysia. secara pisikologi ia seolah-olah menggambarkan anda mempunyai niat tersirat ditambah corak penyamaran baju anggota terbabit bukanlah dari corak ATM. HARAP DIBERI PERHATIAN
just my concern.
PEMBACA TEGAR BLOG ANDA-PEACE
projek penggantian kenderaan simbas dan condor adalah satu projek yang amat penting kerana ia banyak memberikan kesan positif kepada negara. selain mendaptkan kenderaan perisai yang baru (mempunyai keupayaan yang jitu), ia juga memberikan pendedahan yang lebih baik kepada rakyat malaysia tentang teknologi pembuatan dan reka bentuk kejuruteraan kereta perisai. nilai 8 bilion adalah amat tinggi akan tetapi sekiranya ia digunakan dengan berhemah dan betul pulangan yang diperolehi adalah amat berbaloi, tidak dinafikan akan ada kepincangan yang bakal dihadapi dengan projek sebesar ini namun ia adalah salah satu cara pembelajaran yang amat penting sebelum kita benar-benar mampu untuk bersaing secara terbuka. seorang budak kecil akan berjalan jatuh, luka kesakitan sebelum ia menjadi seorang pria yang gagah perkasa
wah.sy rase exited pasal blog ni.sume maklumat berguna.tp rase bosan la dgn campur tangan politik tah ape2.cakap bukan fakta tp auta.pikir la sume ni utk rakyat.peduli ape dgn politik.neutral la.bgs la blog ni.sy harap dpt information berguna ttg sistem pertahanan negara kita
ANALISIS GEMPURWIRA… malaysia boleh bina kereta prisai sendiri namun permintaan ATM dalam masa yg terdekat tidak memungkinkn kereta prisai buatan tempatan dapat dibuat kerana ia akan melibatkan jangkamasa yg lama adakah ATM sanggup tunggu 10-20 tahun hanya sekadar nak tunggu tank buatan tempatan dan harus diingat pembuatan tank tak semudah membuat kereta atau basikal…kerana faktor pembuatan amor yg moden, reka bntuk, injin, senjata memakan masa dan kita tiada kemahiran luas ttg hal ini tu pasal mengapa jika kita membina tank sendiri akan memakan masa yg lama sedangkan permintaan untuk mengganti sibmas dan condor amat mendesak… lg satu jika kemahiran kita kurang dan kita nak juga sebuah tank buatan tempatan adakah ia layak untuk berdepan di medan pertempuran? contoh mudah jika anda ingin menggunakan kereta dan ada 2 jenama kereta iaitu proton dan honda… keyakinan, kualiti dan ketahanannya anda akan pilih kereta jenama yg mana satu? tentulh anda akan memilih jenama kereta yg dah lama membina kereta dan terbukti di guna seluruh dunia brbnding yg baru!!! (namun sy tak katakan proton tak bagus)…, pada pendapat saya sama seperti brader yg td mana2 alatan pertahanan yg malaysia nak ganti dengan yg baru lebih baik di hantar ke malaysia timur untuk memntapkan lagi pertahanan malaysia iaitu di malaysia timur dan ia juga akan dapat menjimatkan kos dengan mengelakkan dr pembelian yg banyak oleh ATM (kita sedia maklum budget ATM terhad) dan juga ini membolehkan malaysia timur dapat bertahan sementara waktu menunggu bantuan dr malaysia barat, di mana malaysia barat dapat memberi tumpuan dalam mempertahankan malaysia barat dari serangan luar… jika serangan berlaku dr dua penjuru iaitu serangan keatas malaysia barat dan timur secara serentak, kerana jika kekuatan malaysia barat trutama aset dibahagi kepada dua di burukkan lg dgn jumlah yg sikit ia akan mengurangkan kuasa tembakan ATM dalam memusnahkan musuh kerana separuh aset lagi akan dikerahkan untuk mempertahankan malaysia timur… hanya pendapat gempurwira…
pars dari depan nampak sporty
Harga yang dibayar kepada FNSS Turki ialah RM2billion sahaja. Selebihnya kepada Denel Afrika Selatan kerana Afrika Selatan yang buat body , dan bukan Turki. Yang menghairankan ialah bagaimana ianya boleh menjadi RM8billion hanya kerana pergi sekolah Turki dan menjadi penuntut di sana.
Saya hairan kenapa MINDEF tidak suruh sahaja UTM atau UKM untuk membuat R&D berkenaan kereta kebal atau seumpamanya.
Errkk, tidak apa ke tulis artikel macam ini? tak kena tahan?
Butul butul butul wkwkwk
salam bro shah paskal…….maklumat yg berguna dr blog ni..tahniah…teruskan usaha…..sya pon tak berapa suka dengan singapore….diorang nie bajet best je bro…padahal x best pon….
1)astross memang beli 36 dlm 2 batch.
2)pendekar beli 48, kemungkinan buat another 48 (dan lagi dan lagi dan lagi)di pekan adalah posibble.
3)dalam bunker2 dan depo2 senjata kalau dengar urban legend memang la ada macam2…. yet, selagi orang tak serang, takder siapa rakyat malaysia yg boleh confirmkan….
4)setiap av8 berharga 2 juta dollar dan malaysia membelanjakan 500 juta dollar utk membeli 250 buah. duit yg selebihnya utk membina sendiri av8 yg kemungkinan jumlahnya boleh mencecah lebih dari 600 buah kalau ikut keperluan atm. ini termasuk juga sistem senjata, enjin dan komunikasi/elektronik apc ini. keupayaan membina 8×8 juga akan berterusan selagi mana atm dan doktrin peperangan masa depan memerlukannya hatta 100 tahun dari sekarang pun.
salam, buat semua aku hanya nak tau apa nasib condo ngan sibmas masih digunakan atau dijual atau dihancurkan?ada baiknya diterus pakai bagi aku ler atleast malaysia punya bertambah lebih banyak..cuma perlu upgrade skit..kalau tidakpun digunakan di sabah sarawak sebagai tambahan apa pendapat ko shahpaskal?
bro shahpaskal
apa lu cakap memang betul
dia orang ni dengki sama gua
sebab gua usahawan berjaya Kopi Tongkat Ali.. kalau berani letak nama sendirilah jangan suka2 Anonymous saje… itu Mat Bontot tu.. macam Mat2 Bontot@Gay jaga Gym badan sasa tapi kaki bontot
dia o dengki dengan ebab gua lelaki Sejati macam lu bro.shahpaskal..
Hidup Shah Hidup Paskal Hidup Akuromeo.. o.k bro.shahpaskal gua blanja lu Kopi Tongkat Ali Power
Errr,,,apa citer pasal blog Akuromeo ini, tak boleh masuk pun, itu hari aku masuk ada gambar Tongkat Ali je, x de apa yang pelik pun….
Aku sokong..bro shah kau blok Akuromeo sebab perangainya macam org tak sekolah!!! kita berhak beri pendapat dan berbeza pendapat sbg warganegara yg matang utk kebaikan negara yg kita cintai ini.
Aku setuju dgn pendapat ikansadinmknorang sbg warganegara bertanggungjawab. Jangan berikan pendapat bertaraf sampah dan menghina org lain.
btul2..aku sokong..shah ko tolong blok Akuromeo nie..
truper shahpaskal,
minta tolong buat something pasal blog Akuromeo.. x pasal2 free je aku dpt dosa..aku takut org lain pun dpt dosa..
bro shah,
minta tolong la rujuk blog budak ni kt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) ke..apa ke..
akau rasa brader ondscene mungkin boleh tolong..
kalau dibiarkan je budak mcm ni habis rosak akhlak rakyat kita..
suggest sapa yg rasa byk sgt knowledge atau idea tu…boleh share kat site nih….
http://www.panggilanpertiwi.forumotion.net
jgn marah eh bro shah..pinjam tanah wat promotion forum cinta negara..
haha..
anyway..good post..cuma sy kurang setuju dgn pandangan beberapa individu yg main hentam je kata ahli politik yg bernama burung kakak pua itu…
sy x bermaksud nk support sapa2..tp dlm mana2 kerajaan pn..mesti ada check and balance..
statement beliau ttg MBT dan APC tu pn sy rasa sengaja di typo oleh akhbar bahasa malaysia..padahal dlm akhbar bahasa inggeris statement beliau xde pn kata MBT tu APC..cuma katanya harga APC kita lg mahal dari MBT US M1A1 Abrams itu…
pd sy..adalah satu yg bagus bilamana politician raise concern..memandangkan sejumlah besar wang digunakan…rakyat perlu tahu…bila x tahu kena tanya..then kerajaan dan firma berkaitan kena bg jawapan utk kurangkan doubt tu..
something like that…
bro shahpaskal
lu punya blog telah ditembusi
Mat bontot@Gay macam diatas ni
Tolong buat sesuatu Hapuskan Mat2
Bontot di Alam Maya ni..
weeee BUSUK weeeee
Tongkat Ali POwer
bro shahpaskal,
tolong buat something pasal blogger Akuromeo.. x pasal2 free je aku dpt dosa..
bagi saya lah.. setiap pembelian telah dikaji terlebih dahulu.. elok gak kita ambik teknologi dari orang dulu.. mmg la mahal.. bak cerita dalam majalah tempur tentang isu NGPV 2.. diberi contoh kita beli nasi lemak kampung baru dengan kita beli resepi nasi lemak 2.. maka sangat bebeza harganya kerana jika kita dah berkemampuan membina sendiri mungkin kita akan menjadi persaing bagi mereka.. mesti ada yng mengatakan kenapa tidak dibuat reverse engineering… macam iran, china dan korea… bukan senang nak buat keadah 2.. kadang xmenepati langsng kenderaan 2.. so fikr2 la..
yahhhHHHH.. beli sikit & umum.. kendian produce sndri senyap2, rakyat malaysia pOn x berhak tahu.. kalu nk th berapa banyak kelengkapan perang kite ade, tggu bile ade negara jahat yg nk serang kiter.. time 2 terkejut ko!! baru la "bloody nose" hik3. Ader 1 banner DRB-hicom di DSA kate Pendekar PT-91M di produce locally, sdg kn sblm ni media kate kite beli 48 biji 'je' direct dr poland. Sbnrnye ade bebrp perkara yg kite sume x perlu th pasal perolehan2 aset olh ATM, sbb ini melibatkan keselamtan siapa lg kalu bkn kite semua, yg kite perlu tahu sebenarnye ialah ketelusan pengaliran wang rakyat bagi mempertahankan negara kite ni, sbb kite x bleh nafikan akan berlaku penggelapan wang rakyat oleh individu2 tertentu yg ade/sgt berkuasa di kementerian mahu pOn di ATM sendri. Dh name pOn manusia, tahap integrity seseorang itu sukar dijamin mutu kualitinye, apetah lg hr ini kepentingan peribadi mengatasi segalanye.. wang adelah kuasa.. hanya wang & ketamakkan kuasa yg mampu menggugat ke'rasional'an pemikiran kite (sume pergkt golongan), ini ditambah lg dgn ketaksuban kite pd dunia yg sementara ini. wassalam.
Hidip ATM…Gua bangga ade askar yg sanggup pertahankan negara kite..
Moh kite joint anggota sekarelawaN…JPA, WATANIAH dan POLIS BANTUAN utk same mempertahankan negara kite..
Salam Encik Shah…
Aset baru yg bakal diperolehi ATM AV8 8X8 memang telah menggemparkan negara terutamanya pihak pembangkang.
Mungkin ada sesetengah pihak merasakan harga RM8 bilion tu terlalu mahal jika dibandingkan dengan jumlah 257 yg bakal dibekalkan.
Apa pun saya sebagai rayat perlu memandang positif tentang perkara ini.
Jumlah 257 tu mungkin hanya untuk pengetahuan umum sahaja, tetapi jumlah sebenar yang bakal diperolehi semestinya perlu dirahsiakan.
Ini adalah rahsia sulit kerajaan mengenai keselamatan negara.
Saya sentiasa menyokong apa sahaja aset ATM yang akan dibeli demi keselamatan dan kesejahteraan negara yang tercinta.
Beli lagi banyak lagi bagus…
up
apa lu dapat bro bising2 pasal
tentera.. nak beli seluar dalam lu pun pinjam nenek lu..
Tengok gua BZ Kopi Tongkat Ali
Power wkwkwkwkwkwkkwww
Tahniah bro shah..
Bila org pendiam yg x reti berpolitik dh start bersuara..
tunggang langgang dunia jadinya.
tahniah header baru lawa, tp klau x silap askar tu sebenarnya marine us dgn pakaian celoreng marine yg lama, rifle m4 dgn aimpoint sight pun bukan kita punya…
Bro..
Lu bising2 dapat apa komisen
beli peralatan dapat ke sang jerung…
Lu apa dapat air liur je lah
Salam saudara Shah,
Negara kita membelanjakan berbilion ringgit utk membeli kelengkapan ketenteraan dari negara2 lain. Saya fikir sudah tiba masanya negara kita membangunkan aspek R&D bagi membina kelengkapan persenjataan sendiri. Ini sekaligus dapat mengurangkan aliran keluar wang negara. Negara seperti Iran dan Korea utara misalnya dapat membangunkan kelengkapan mereka sendiri, walaupun menerima sekatan ekonomi dari negara kuasa besar dunia.
Apa pendapat saudara Shah tentang perkara ini?
Sekian, terima kasih.
bro bro semua
8 billion bagi pada aku
bagus labur Kilang Kopi Tongkat Ali
weeeeee
Followlah aku
napala bangang sangat kira rm 8 bilion bahagi dengan 257,,
1.jumlah kereta perisai yang kerajaan beli,kompemlah lebih dari yang diumumkan,,contoh astros,,mula 18,lepastu jadi 36,,meriam g5,asalnye uumum 22,pastu tetiba je jadi 26,,dalam setor atm kat depot simpanan entahlah berapa ribu.
2,bila kerajaan umum loi,dah tentu nanti,ader r&d untuk universiti atau mana mana institut kemahiran latih pelajar berkaian kereta perisai ni,,dah tu beli peluru meriam lagi,sebiji peluru harga dia berapa ribu,,,kalau pakai untuk 20 tahun,,,dah tentu termasuk rm 8 bilion tu,,,,
good..brilliant sungguh pendapat dari bro ggk..rasenye bro ggk nie selalu kluar kat form Malaysian Militaryphotos.net kan..
papepun thanks bout your info..kite tggu taun depan tgk macamana..
pandangan aku plak..
DSA kali kurang memberi perhatian same perolehan navy..lagi lagi kapal logistik (MPCSS) yang sangat diperlukan TLDM.
patutla hari tu masa panglima sama menteri perthanan bergambar admiral jaafar nampak mcam sugul je..
bro shah n sape2 bleh comment skit..
Pendapat saya ialah kos untuk memulakan industri ini memang tinggi, lebih lagi production line untuk kenderaan armour moden.
Sistem elektronik dan komunikasi akan di selenggara oleh sapura dan BMS kemungkinan akan di selenggara oleh System Consultancy Services Sdn Bhd. Ini syarikat tempatan dan battle management system yang dibina adalah 100% buatan anak pertiwi.
apepun saya rasa kekeliruan ialah disebabkan kelemahan public relation DEFTECH dan kerajaan kerana gagal menyampaikan maklumat yang tepat . Tu saje.
-=ggk=-
Thanks GGK,
Thats mean PARS keluaran Deftech akan jadi macam Terrex. Terrex buatan Singapura tu pun sbenarnya di ambil dari kompeni lain di Ireland.
haiya..
tu tak power beb ni lagi power
Tongkat Ali dan Ginseng
Pekena Kopi Hang Tuah sekali
Ini pendapat aku sahaja.
1. tujuh tahun tu period production.. dalam LOI tulis maintenance dan support untuk 20 tahun
2. production line baru bermaksud sebuah kompleks fasiliti yang baru, kos dia saja mungkin cecah ratusan juta.
3. production line baru dikatakan lebih automasi dan peralatan yang berteknologi tinggi. Peralatan ni sahaja dah mahal. Masa aku kerja MTRANS kos untuk pembelian production line Monorail je nak dekat 1 billion.
4. R n D untuk redesign PARS. Kemungkinan DEFTECH dapat hak untuk memasarkan versi eksport kelak jadi kos sebenarnya sepatutnya lebih kurang dan bukan 30 juta sebijik.
5. Media, wartawan dan ahli politik selalu buat mistake dan bahagikan total kos kepada jumlah unit. Ini boleh kalau APC tu di tempah direct atau cuma dapat licenced sahaja. Tapi Deftech develope prototype yang akan bakal di mass produce. Jadi sebenarnya kos per unit masih samar2.
6. LOI bukan final detail sebenarnya… tapi untuk mewujudkan industrial kompleks memang kosnya tinggi.. Sehinggalah prototype pertama siap pada 2011 ni belum boleh tahu kos nya..
tapi pada pandangan aku kos per unit (bergantung kepada jenis variasi) dari RM 1 juta ke RM 7 juta per unit… ini untuk versi mass production.
7. DEFTECH akan totally redesign PARS. Meaning menggunakan basic design PARS DEFTECH akan redesign balik untk memenuhi keperluan tentera darat.
8. DEFTECH akan set up kilang baru production line baru hanya untuk PARS, kemungkinan production line baru ni lebih canggih dan berautomasi. ,…. dan juga R&D yang baru untuk integrate turet denel. BMS akan di pasang oleh orang lain Refer LOI.
9. ada 12 variant. Setiap satu berbeza harganya dan kos.
1. Surveillance
2. Signal
3. Command
=Fitter
=Recovery
=Ambulance
=AENBCRV
=7.62mm RCWS
=25mm one-man turret
=120mm mortar
=ATGW two-man turret
=30mm two-man turret
10. Kos ATGM Ingwe yang di pasang pada turet Denel juga termasuk dalam total kos tersebut. Kontrak perjanjian ialah 20 years support and maintainance juga adalah sebagahia dari sebab total cost yang tinggi.
(dipetik dari dzirhan dan open media)
-=ggk=-
they both look similar because they are a variant of the same patria 8×8 APC
and to those who mentioned about AV4,those are not meant to be used in high level threat operation/frontline battlefield (they are suitable for police works,peacekeeping,etc)
about the cost…well i'm not going to comment it(i myself still doing some research on it)
anony,
OK saya mmg ada pengalaman terlibat dalam serangan US ke Taliban beberapa tahun lepas,
Mmg ada komando dan doktor dr ATM terlibat sama, nanti saya ceritakan pengalaman saya di Afghan termasuk apabila saya hampir ditangkap oleh agen Pakistan.
bagus la 2 beli kereta perisai baru. rm8 bil utk 257 buah mmg la agk mahal. Ttp kena la tgk dulu pecahan variasi 12 jenis kenderaan yg nk d beli tu, jns senjata ape yg dibawa. Rasanye firma DENEL dr afrika selatan akn d beri tggjwb utk bekal jns senjata. Firma FNSS pula mgkin beri bntuan dlm kerja rekabentuk. Firma SAPURA pula bekalkan p"alatan komunikasi & battlefield managment systems(bms), buatan tempatan. kontrak yg SAPURA dpn mgkin dh berbilion kot. Sbb utk bgnkan p"alatan kmunikasi & sistem p"tempuran medan tempur mmg la mahal.X bgga ke syarikat tmpatan yg hasilkan sndiri??. mgkin juga tdpt knderaan yg akn mbawa sstem pertahanan antipesawat drp 12 varian tsebut. Jd jgn la bg ulasan awl sgt tntg jmlh p'untukan rm8 bil t"sebut. mnta shahpaskal ulas ckit pndgn sy ni. Kpd pyokong kjaan, jgn la bg respon b"lebihan sgt kt p"bgkang. Dah tau mulut mereka jahat,so jgn la terperangkap.HUHUHUH
to anon April 23, 2010 4:01 PM….
ape yang kau merepek daa……aku staff ACPO?…mane kau tau nih?
dear anon..
ini general yang disebut2..ini general sudah bersara..rasenye mase pandu uji 8×8 kat sini die takde..
so yang ingin dikatekan sekarang..itu hanya pandangan peribadi beliau sahaja..
beliau sendiri mgaku beliau sebelum ini bukan dalam bidang taktikal..
abe shah,
maksud sy posting psal tentera kita nk ke Afghanistan dlm misi non-combatant..
mungkin dr segi persiapan kelengkapan dan analisis semasa bagaimana tentera kita nk survive dlm situasi ancaman perang gerila padang pasir kt sana.
boleh jadi anngota khas pun dihantar ke sana bagi tujuan melindungi misi bantuan ni.
Tapi saya dengar cerita most veteran perang afghanistan (Malaysian) yang survive perang dan pulang ke Malaysia kena tahanan ISA. betul ker?
Anonymous.
Saya tidak pasti jika ada tentera malaysia terlibat dalam perang di Afghanistan.
Yang saya tahu dalam tahun 80an dahulu, ramai rakyat Malaysia yang berjuang di samping Mujahidin di sana, ramai yang mati.
Pentadbiran Mahathir ketika itu tidak menghalang rakyat Malaysia yang mahu berjuang menentang Soviet tetapi kerajaan enggan bertanggungjawab jika sesuatu terjadi kepada mereka.
hei luth..!!
aku tau ko yg dpt tender supply ROSOMAK direct deal dgn Rosmah Mansor..ko saje je guna lesen NAZA..
tp ko sebenarnya staff APCO..department Public Relation@jabatan bodek membodek..
so..APCO kan utk menaikkan nama Gov..kan la letak nama ROSOMAK supaya rakayt igt kan Rosmah Mansor adalah srikandi perwira negara yg berat melebihi 30tan..so,nama Rosmah akan dikenang sebagai C4..oppss,slah..sebagai APC ROSOMAK 8×8..hahaaa..
(p.s. dpt komisyen,belanja la brader shah..jgn g bom kat atas bukit pulak)
Yo bro-bro semua,
Korang bacalah dari Blog Brigadier Jeneral Bersara Muhamad Arshad Raji di http://mindnoevil.blogspot.com
Orang yang on the field yang tahu pasal kereta kebal dan kereta perisai.
Kalau korang rajin, pergi belajar dengan dia. Jangan belajar teori di internet je.
Kalau tak , korang masuh askar rasai sendiri pengalaman tempur.
Ini bukan mengenai BN atau PR, pemerintah atau pembangkang.
Ini pasal pertahanan negara.
Ini pasal askar. Korang belum tengok askar kita dulu putus tangan, putus kaki kena booby trap.
Tu belum senapang jam.
aku dah agak…ade gak stupid politician mangkuk yg kaitkan nama APC ROSOMAK 8X8 tu dgn rosmah mansur..
mekom cun la interface baru blog sedara ni..hehe
lame tol x update..
ROSOMAK 8X8 TU SEMPENA NAMA ROSMAH MANSOR LA TU..SESUAI SGT..BERAT PON 30TAN++..HAHAHA..
salam,
abe shah..
blh x bt posting psal penglibatan Malaysia dlm konflik di Afghanistan?
acv bukan kereta kebal cik syah……kereta perisai berunut…..camna komando leh silap fakta…nanti mision unaccomplish
18.Satu laporan dari media barat menyebut, dengan harga lebih kurang RM9.8 juta seunit
(nilai keseluruhan RM8bilion), harga PARS ini sudah tentu sangat mahal tetapi seorang pegawai pertahanan Malaysia menyatakan, harga tersebut memasukkan keseluruhan jumlah total program penggantian kereta perisai ini.
typo ni kot, bro shah. unit RM tu patutnya dlm USD rasanya?
Problem la kt malaysia nie. Everytime nk procure military assets tentu dijadikan political issue. Gov baru jer niat @ brminat tp dh argue mcm2. Klau argue to technical @ spec n finally sugesting something better takperla… Ini tidak. Terus argue psl cost. Terus nak cakap yg everything is not transperant, x betul dan rasuah. Pastu buat comparision merapu.
Sejak dr dulu lagi, in 70's bila gov beli FAC dr sweden & perancis pun dipertikai. Perolehan F-5 second hand pun jadi isu.
Well, aku x pertikaikan klau nk argue tp biarla argumentation tu berasas dan membina. Kita brcakap psl peralatan tentera yg petlu kita perkuatkam from time to time. Ini selaras dgn tuntutan islam yg mengjehendaki kita bersiap sedia setiap masa. Dulu masa Nuri jatuh, dlm parlimen berdegar2 kata TUDM xder maintenance on that chopper & jgn lkai lg. When it decided yo be replaced with other chopper buleh plak kata nuri bleh pkai lg. Repair jer la.
Jadi pandai2 la pk sndiri. Mcmana nk bezakn antara political, public @ nation interest.
Whatever, aku arap procurement on AV8 will be materialised.
RM 8 Billion kereta perisai, akan tenggelamkah ?
Malaysia telah menandatangani kontrak RM 8 Billion untuk membangunkan 257 buah kereta perisai 8 X 8.
Seorang bekas Jeneral yang pakar dalam bidang kereta perisai dan ada ijazah sarjana sains dalam Persenjataan dan Sistem Kenderaan menegaskan bahawa kereta perisai pacuan 8 X 8 (8 tayar pacuan) adalah amat tidak sesuai digunakan di Malaysia.
Ini adalah kerana bentuk muka bumi Malaysia dan iklim hujan tropika tidak sesuai dengan kenderaan perisai 8 X 8 yang terlalu berat.
Beliau mencadangkan kerajaan sepatutnya membeli kereta perisai yang lebih ringan yang sesuai dengan keadaan muka bumi dan cuaca di sini.
Yang penting padanya bukanlah saiz kereta perisai, tetapi jenis persenjataan yang ada pada kereta perisai tersebut.
Kalau kapal selam Malaysia dulu mempunyai masalah tak boleh menyelam (tenggelam), apakah kereta perisai ini akan menyelam dalam muka bumi Malaysia ?
*********************************
Projek RM8 bilion kereta perisai
KUALA LUMPUR 20 April – DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 – Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive
BILLIONS IN DEFENCE DEAL CLINCHED AT DSA 2010
However, questions has been raised as to why does the army need an 8 x 8 AFV that is FAR TOO HEAVY FOR DEPLOYMENT IN THE MALAYSIAN TERRAIN. Compared to the Sigmas which is a 16 ton vehicle; the weight of the 8 x 8 AFV ranges from 18 tons to 26 tons, and at this weight, THE VEHICLE WILL SINK IN MOST OF OUR TERRAIN. http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/billions-in-defence-deal-clinched-at.html
ERRATUM
The facts mentioned by the reader I quote, “When we did our trial 4 or 5 years back, we were doing the trial most of the time during rainy season. The paya (marshy) areas that we were in were damn soggy and bloody soft, worst that wet padi field. I didn’t remember we got stranded in muddy areas. I can certify to you as the expert in this field, my MSC degree in Weapon and Vehicle System, all the three 8 x 8 we tested including PATRIA, PARS and MOWAG went through wet ground test inclusive padi field with flying colours. I can also assure you the ground pressure of most world 8 x 8 is small enough to operate in our padi field”.
Be that as it may, my position with regards to a statement that the 8 x 8 AFV regardless of model and manufacturer) is too cumbersome for the Malaysian terrain still remains. I am of the opinion that a smaller, lighter and a well armed AFV is the better choice. After all, it is the weapons systems used that are critical in battle.
http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/erratum.html
Lah malaun mana hijack blog
gua AKUROMEO.. cuba tolong gak
bro.shah lu nak order Kopi Kuat tak sama gua.. cerita benda ni
buang masa je..siapa kaya dapat komisen dia orang juga.. kita
apa dapat buang masa depan screen..
Kopi Gano satu
Rasenye Tony Phua Nie kne Bace blog nie a….Xtau Beza Langsung…Cakap Nak best je…Reserch pown xnak wat…nak men sembur je…..BTW Bro Shah…Terkejut tgk Blog version baru nie….Cunnnnnnnn
m1 abrams tu macam benda2 miltary lain buatan amerika , duit maintenance ngan minyak dia je dah banyak. Negara kaya je boleh nak beli , tu pun dapat eksport version yang dah dilemaukan la selalunya.
Assalamualaikum…
Minta jasa baik Bro Shah Paskal tegur Ahli Parlimen pembangkang yang cakap lepas tu.
Ada ke patut Main Battle Tank (MBT) dikata dan dibandingkan dengan APC. M1 Abrahm tu MBT US, memang hebat. Dan pasti US pun takkan jual pada Malaysia. Sekutu dia pun takat melukut tepi gantang nak pakai, ni kan kita. apapun jangan Ikut sedap mulut je…
Kan tak pasal-passal dibatalkan. Yang rugi ATM sebab peralatan dah lapuk. Jargan tentera tak tahu nak tunjuk jaguh!!!!!!!!!!!!!!!
Geram aku…..
Tahniah dgn rekabentuk baru,harap bro shah terus menghasilkan posting terkini dan telus serta bersifat neutral.
Saya mencadangkan anda mengambil berita terkini mengenai pertahanan dan peralatan ketenteraan dari akbar dan membuat ulasan pendapat anda.Kadang kala saya dapati berita ttg pertahanan negara kita didalam blog ketenteraan Indonesia, tiada update dlm blog kita.Berita ttg DSA 2010 dan perjanjian yg ditandatangani terkini terdapat di blog mereka.
Posting tak perlu terlalu panjang tetapi padat dgn fakta dan ulasan yg mantap. Rumus-rumus pun kadangkala perlu disertakan walaupun bukan 100% tepat. Tahniah sekali lagi, teruskan usaha anda!!!
Salam.. Rosomak (Wolverine in Polish) cerita armoured vehicle in ada kat Paul Tan. Just nak share.. tq..
link:
http://paultan.org/2010/04/19/latest-model-from-naza-rosomak-8×8-armoured-vehicle/
Kalau kau dah gian Joe Kumbang, Kau pergi Genting Highland dekat Indoor Theme Park.
Ada simulasi tembakan pakai M16 tapi pakai peluru digital lah. Dia punya feel aku rasa macam raifel betul.
30 biji peluru, bayaran dalam RM15, tapi aku tak pasti ada lagi ke tak atau dah tutup terus
tahniah shah atas grafik yang baru.silau mato den tengok blog ni.sesilau mato den tengok dahi kau..hehehhhh..
jom menembak shah..dah lama tak nembak ni..dah gian.
ada kemungkinan kerajaan akan memperolehi sejumlah 500 buah APC jika dilihat kepada jumlah sibmas dan condor yang sepatutnya diganti..
tapi tidak diketahui jika kesemua 500 APC tu dari jenis PARS..NAZA pun sibuk tengah melobi kerajaan untuk membeli APC rosomak sekarang ni..
dulu ada ura-ura yang kerajaan berminat terhadap MOWAG Piranha IIIC…pastu sampai sekarang senyap je…
Dah name pun pembangkang…kerje nye membangkang lh..klu die menyokong,org xgelar plak die pembangkang..
Salam smua..per2 pun kita tgu je bnda ni dibentangkan diparlimen nnti…hrap2 jdi kenyataan…tp 1 benda yg sy xpuas ati dgn saudara Jusuh ni…mnta saudara kaji balik sejarah bangsa Melayu ye saudara…bangsa Melayu tdak sebodoh kenyataan dan sangkaan saudara….sejarah empayar melayu yg sebenar telah diputar belit oleh penjajah…
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/kejatuhan-empayar-melayu-melaka-satu.html
cuba saudara pikir dgn logik??? logik x empayar melaka dulu digelar venice of the east oleh pedagang2 barat sedangkan dlm buku teks sejarah disekolah2 menyatakan pahlawan2 melayu hnya bersenjatakan keris dan tombak????Pikir balaik bro….venice of the east kot…
Bro…
Header baru memang cantik, tapi kenapa rifle tu aim kat bendera Malaysia. Bendera dah jadi papan target pulak.
harap kerajaan dapat percepatkan pembelian itu je. cakap berdekah2 tp kalO x jd beli wat pe. sekian time kaceh.
tony pua dh mula nyerang dah..sy tak sokong kerajaan tp dlm hal ni nampak sgt dia tak paham ape2..kate hatga pars tu mahal tp compare dgn abrams m1a2 pastu kate abrams tu keta perisai..ape la kritik2 jugak fakta kena la tepat..penyelewangan dlm pembelian senjata diakui berlaku tapi kena rasional la nak menyound tu..
dah dijangka pembelian aset pertahanan negara akn dipertikaikan oleh pembangkang.
http://malaysiakini.com/news/129917
sedih betul, ada sahaja yg xbetul.
Apa2 pun, bro, pehal kt banner tu Malays je? apesal x Malaysia? atau gambar tu besar sgt?
tuk~
Upgrade pun tetap pakai teknologi luar tapi sudah ada syarikat tempatan yang sudah buat Battlefeild management System buatan Malaysia.
Persoalannya…teknologi Malaysia yang mana akan dipakai dalam APC ini, saya harap, menjelang masuknya PARS dalam ATM, sistem camo digital baru yang sedang dibangunkan STRIDE akan dipasang pada kenderaan ini
fuyoooo..header baru cun gile…
dengar dengar kita sendiri upgrade kenderaan tu nanti….
tapi biasa la ada je suara sumbang yang burukkan keupayaan negara
Salam Tuan..
ROSOMAK yang Naza keluarkan pun sedang diuji dengarnya..
thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/20/nation/20100420151553&sec=nation
laaaa.. rupenye AV-4 tu kentut je.. ape rraaaaa… org melayu dr zaman empayar melaka smpai skrg ni mmg x berinovasi ke.. knplh org melayu skrg ni cume gahirah berpolitik, x nk kuasai sains & teknologi, smpai bile pOn nasibnye mcm 2 gak, xnk ubah2. Selama ni kite hanya "bangga dlm sangka2" rase diri serba betol.
bgd artileri rocket plk skrg ni sistem astross ade 36 + lg 18 ye?
wahh mantap2.. tp shhhh!
Bro,
saya pun tidak pasti tapi mungkin untuk 500 buah. Tunggu hari Jumaat ini bila Zahid Hamidi buat pembentangan di parlimen.
Dahulu kerajaan umumkan cuma beli 18 buah Astros sahaja, dengan harga yang sangat mahal rupa-rupanya ada 36 buah.
AV-4 tu sebenarnya tidak ada apa yang hebat kerana ia bukanlah buatan Malaysia sebaliknya merupakan APC buatan sebuah negara Eropah.
Deftech kemudian cuba memasarkan kenderaan itu sebagai Made In Malaysia.
slam bro syah..boelh ulas sikit..
DSA 2010-RM8bil untul ganti condor ngan sibmas…tapi yang peliknya dalam kosmo kate 500 buah 8×8 AV-8 yg bakl diperoleh..tgk2 arini bace sokkabar hanya 257 buah..konfius aku..
kalu rm8bil untuk 500 buah 8×8 ok le,tapi kalu hanya 257 buah untuk rm8bil macm tak munasabah je???
n ape cite Deftect AV-4??