Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Antarabangsa / KUALA LUMPUR, PAPAN CATUR DUNIA PERISIKAN

KUALA LUMPUR, PAPAN CATUR DUNIA PERISIKAN

March 29, 2010 by Admin 75 Comments


  

    1. Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, malahan lebih hebat dari kebanyakkan ibunegara dunia yang pernah saya kunjung. Jika ada yang lebih hebat, saya undi Jakarta…saya suka Jakarta.

    2. Saya bukan bercerita tentang kecanggihan bangunan tetapi kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat  selamat “safe house”, yang penting sekali untuk masuk ke Malaysia, anda tidak perlu menggunakan visa.

    3. Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang. Itu pun sebenarnya orang tidak ambil peduli.

    4. Selamat datang ke Kuala Lumpur, belajarlah bermain Counter Strike di sini.

    5. Dahulu semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

    6. Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

    7. Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

    8. Di antara tahun 1997-2000, kalau tidak silap saya pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

    9. Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel  melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

    10.Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke???) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

    11.Kisah tangkapan lelaki ini  diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang saya tidak menyimpan keratan kejadian itu.

    12.Sebelum itu Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur,  Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

    13. Pada tahun 2000,  di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap saya, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun. Selepas disiasat Tengku Don ini merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM  (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya…entahlah, mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

    14.Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

    15.Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali saya mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

    16.Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

    17.Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadi ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

    18.Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betulke??? tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

    19.Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

    20.Ok kita lupakan data-data di atas, sebenarnya macam-macam kumpulan ada dalam Malaysia ini, dahulu saya pernah jumpa pejuang-pejuang GAM semasa saya berada dalam tingkatan enam dan bekerja di kawasan limbungan kapal Sembawang, Johor Bahru (saya bekerja tukang buat air) kat kantin makcik saya di Sime Sembawang.

    21.Ada dua orang yang menjadi kawan baik saya, dua-dua bagaimanapun saya sudah lupa namanya tetapi mereka memakai kad pengenalan yang mempunyai lambang bendera hijau dengan simbol bulan serta bintang.

    22.Dalam kad itu, tertera pekerjaan mereka sebagai : Pejuang.

    23.Saya masih ingat dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

    24.Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

    25.Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, den pun tak tahu.

    26.Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur ini boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

    27.Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

    28.Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

    29.Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

    30.Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan, sekarang ia sibuk dengan pembina kem transit yang baru.

    31.Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

    SEKIAN SAHAJA SEDIKIT FAKTA YANG SAYA TAHU…ADA LEBIH, TAPI TAK BERANI LETAK NANTI SAYA KENA OSA.

   

Related

Filed Under: Antarabangsa, Risik

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« MALAYSIA BAKAL KUASA NUKLEAR???
EC725 DAN SISTEM SAM IRIS-T AKAN JADI KENYATAAN DALAM DSA??? »

Comments

  1. joy says

    May 3, 2014 at 00:13

    Pakai nama ‘Anonymous’ untuk menyorok lepas tu mengaku cerdik, oramg lain semua dikatakan bodoh. Tak professional lansung.
    Kalau awak tahu sesuatu data itu ada dalam Wikipedia, ia bermakna awak juga tengok wikipedia. Jadi jangan kata orang yang guna wikipedia tu bodoh sebab ‘paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih’.

    Reply
  2. tokyoシャツ says

    September 11, 2013 at 18:13

    バッグ 靴 tokyoシャツ http://www.amuse-shirt.com/

    Reply
  3. ira says

    March 9, 2013 at 18:04

    13. saya merupakan warga malaysia. kaitan saya dgn point ke 13 ialah tengku don zulfahri adalah arwah ayah saya.

    Reply
  4. sekalidotcm says

    November 21, 2012 at 13:53

    alamak O tu jgn la guna capital letter tak cool langsung nak membacanya. mcm style budak sekolah

    Reply
  5. Putra2my says

    July 22, 2012 at 02:51

    Hairan bila ada orang terasa mcm pandai tapi mempercayai maklumat yg dipetik dari Wikipedia. Wikipedia tidak digunapakai olh org akademik n pembuat dasar. Malang jika Nurul Izah n budak suruhannya hanya bergantung maklumat dari wiki…

    Reply
  6. SEPULUH says

    May 29, 2012 at 13:37

    “TUGAS-TUGAS ASKAR WATANiAH MALAYSiA”

    . #4 . Melaksanakan kegiatan pengkhianatan/ anti-penjajahan (Fifth Columnist).

    🙂

    Sumber:
    Konsep Pembangunan Askar Wataniah
    by Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1 on Wednesday, March 14, 2012 at 11:02pm ·
    https://www.facebook.com/notes/rejimen-512-askar-wataniah-batalion-1/konsep-pembangunan-askar-wataniah/317290514991852 .

    Reply
  7. anon.. says

    December 8, 2011 at 15:00

    APCO yg dimaksudkan bukan la APCO worldwide company tu..sile belajar perkara2 mengenai IT dan telekomunkasi sebelum anda meninggalkan komen disini..kalo tak kebodohan anda sangt terserlah..cube carik ape maksud APCO dlm komunikasi..

    Reply
  8. naza says

    September 6, 2011 at 01:52

    setuju saya dengan hawk. seorang kawan pernah bertanya , `hang taw kenapa spy mati?`saya kata `ntah`. dia kata `pasai dia kata dia ada rahsia. orang pun berebut nakkan rahsia tu. tu la pasai spy tu mati`. jadi elok lah berdiam diri, kerana ada benda kita boleh cakap. ada benda kita tak boleh cakap. teringat pulak kisah seorang `kawan` yang dari masok service, sampai pencen dan beranak binikan dengan orang tempat dia `kerja`. tak pernah dia pakai uniform atau ambil gaji. anak bini dia pun taktau dia orang m`sia. tu baru spy namanya

    Reply
  9. anonymous says

    September 5, 2011 at 23:03

    yang ditimbulkan isu adalah dari segi harga dan value yang kita dapat dari pembelian tu… harga tinggi dari org lain beli kerana ada kroni buat duit jadi kaya raya dari pembelian… komisyen euro 110 juta beli scopene
    akibatnya… benda ayng kita boleh beli 150 bijik… kita hanya dapat 100 je… bukan kah ini merugikan pertahanan kita…
    bab kapal selam tak boleh selam… bukan kah kapal selam tak boleh selam tu merugikan eprtahanan negara kerana tidak boleh digunakan jika diperlukan beroperasi secara segera??? so somebody kena jawab kerana ini membahayakan pertahanan negara… btw yang diminta dijawab di parlimen tu bukan pekara teknikal or tektikal… benda yang basic je… kalau singselatan nak tau depa boleh dapat lebih dari tu dari pembuat kapal selam tu…

    Reply
  10. anonymous says

    September 5, 2011 at 21:46

    kat bahagian risik tu.. yg jadi tukang mesin rumput, sapu daun tu indon… tah tah perisik indon apa… PATI senang masuk… siap ahli politik bawak masuk menerusi syarikat tenaga pekerja asing depa (dapat permit KDN)… tah tah mereka ni syp indon, burma, bangla, paki, vietnam, letc apa… now ada yg dapat IC biru jkadi warganegara semata mata nak menang pilihanraya… tah tah ada apa tersangkut sorang dua spy ni…

    Reply
  11. anonymous says

    September 5, 2011 at 21:42

    SOF ni kalau tak tukar mentaliti san perangai/style… senang org kesan jadi perisik… kena ikut macam stail SB… siap rambut panjang sampai pinggang lagi…

    Reply
  12. SESTER says

    June 10, 2011 at 17:58

    ‘Fifth Column’ means ‘Orang yang berhasrat memusnahkan sesuatu negara dari dalam’

    Reply
  13. unknown says

    March 31, 2011 at 20:40

    x payah la nak samakan one israel ngan one malaysia tu >.> beza tinggi langit ngan rendah tanah pamah, macam ko samekan keta kebal PT-91 ngan PT-91M >.>

    Reply
  14. anakkomando says

    March 20, 2011 at 02:20

    Masa kes mat saleh kena tangkap di MINDEF saya masih bertugas di sana. Terdapat sumber mengatakan selepas mat saleh tu ditangkap, pihak risik telah menyoal siasat dan menyiasat tempat penginapan dia. Di dapati terdapat beberapa dokumen dan maklumat yang mencurigakan di tempat penginapannya. Wallahualam…

    Reply
  15. langkawi says

    March 18, 2011 at 00:16

    Dulu, nenek saya pernah bercerita ada seorang lelaki mat saleh hidup berkelana di sebuah pulau(lgkwi) smasa perang dunia ke-2.
    dia bergaul rapat dengan penduduk tempatan, dan tiada siapa syak yang dia merupakan pegawai tinggi tentera british yang datang untuk tujuan perisikan.
    selepas perang tamat, sebuah kapal selam british singgah di perairan langkawi untuk mengambil lelaki ini dengan upacara terhormat.katanya lagi lelaki tu dari kerabat diraja british.
    (saya pun tidak pasti kesahihan cerita ini,sbab penceritanya sudah lama tiada)
    tetapi di langkawi, sekarang ini ramai mat saleh yang berkelana hidup di dalam kapal layar mereka di limbungan atau di pulau-pulau kecil langkawi..ada yang menjadi gila dan khbrnya mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke tanah air dan terpaksa juga mencari besi2 buruk untuk sara diri.tapi bila terbaca artikel ini, saya rasa mereka itu sebenarnya tidak gila dan tidak juga terputus sumber kewangan.tapi mungkin mereka sebenarnya perisik dari negara luar..

    Reply
  16. pengituk tegar says

    March 17, 2011 at 16:56

    ko tu yg bodoh.. tak tau bezakan mane satu lawak mane satu yg serius.. mcm bangang la ko nie

    Reply
  17. hati kering says

    March 5, 2011 at 14:02

    aku pernah berbual ngan sorg kwn nie..berbual pnyr berbual rupenyr bapak die dlu bekas perisik,die ckp bpak die pnh duduk n jd org awam kt negara’y’ mse konfrantasi dlu utk jln kn risikan.mcm yg jepun wt dlu kt negara kita..nie pn die pasang tlinga dgr bapak die cter kt pakcik mmbr aku nie..wallahualam.klu die tipu aku,aku tipu korg lh…hehe

    Reply
  18. adik aiman says

    February 7, 2011 at 18:16

    http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

    Reply
  19. adik aiman says

    February 7, 2011 at 18:12

    buka link nih,
    http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

    Reply
  20. adik aiman says

    February 7, 2011 at 18:11

    ye ke bang..
    cube abang bukak ni
    http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

    Reply
  21. djoe black says

    December 1, 2010 at 20:01

    hmmm… garapan yang sgt baik… tabik spring 10 kali… cuma terdetik hati alang2 KL dah jadi pusat pertembungan perisikan antarabangsa, kenapa la MKN x buat recruitment cam the company ngan section 6…hmmm

    Reply
  22. AWAS says

    November 25, 2010 at 15:50

    Salam semua,

    Mcm2 komen yang ada kat sini..best gak baca… tapi kalau dah risik namanya..tentulah semua nya rahsia… kalau ramai yang tau…bukanlah rahsia lagi dan bukanlah risik namanya… fakta2 yang tertera dlm blog ni sumenya boleh di akses dan di cari melalui internet… takda ISA atau OSA nya… blogmaster ni rajin mencari dan mengkaji…banyak lah info dia leh muatkan dalam penulisan nya…. so…dont worry blogmaster.. keep it up!!

    Reply
  23. PENSIL says

    November 22, 2010 at 00:00

    dulu..dalam tahun 1970an arwah pakcik saya pernah bertugas sebagai SB di moscow.
    mungkin dia terlibat dalam risikan tentang kes siddiq ghouse..kalau betul..wow bangganya…

    Reply
  24. PENSIL says

    November 21, 2010 at 23:51

    KL juga dijadikan tempat mereka (spy2) nie bertukar2 maklumat…

    Reply
  25. PENSIL says

    November 21, 2010 at 23:48

    HARAP2..KOR RISIK DAN SB DAPAT MEMANTAU AKTIVITI KEMASUKAN SPY2 DARI SEBERANG TAMBAK SECARA KETAT.

    Reply
  26. astomahawk14 says

    September 18, 2010 at 14:04

    Kalau nak masuk citer perisikan ni memang best tp kadang kala orang dah tokok tambah nampak mcm best. Setiap negara ada jaringan perisikan masing-masing dalam dan luar negara termasuk negara kita. Kalau citer risik ada kat sini situ baik korang tak payah nak yakin sgt sbb nilai-nilai perisikan tidak boleh didedahkan langsung. So kalau ada citer-citer korang dengar tu jangan la kecoh2. entah yer tah tidak silap2 mamat yang bukak citer tu dia tgk movie pastu dia ckp tu la ini la. Dunia perisikan ni abstrak orang dalam polis atau tentera pun tak tahu ape2 melainkan mereka yang pernah terlibat. Bini anak2 pun tak tahu yang suami dia ni perisik yang dia tahu suami dia dah berhenti askar dan sekarang kejer jadi kontraktor kat negara selatan.

    Reply
  27. Anonymous says

    April 27, 2010 at 16:43

    New Tiger Chief “KP” arrested and brought to Sri Lanka

    August 6th, 2009

    By D.B.S. Jeyaraj

    Related update: “Operation KP”: Extraordinary rendition of New Tiger Chief

    Selvarasah Pathmanathan alias “KP” a.k.a Kumaran Pathmanathan was seized in Malaysia on Wednesday August 5th and brought to Sri Lanka on Thursday August 6th.
    KP in his capacity as General-Secretary of the re- structured Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) was the virtual global tiger chief.
    According to informed sources KP was staying in Kuala Lumpur(KL) , Malaysia when taken into custody.
    Pathmanathan had met with two visitors from London, England at a hotel room in KL in the afternoon of August 5th.
    He had received a call on his cellular phone. KP had then signaled to his visitors that he was going out to the corridor and walked away while conversing on the phone.
    He had not returned for a long time and the when the worried visitors from Britain went out in search there was no sign of the new global tiger chief.
    Meanwhile the friend who had been talking to KP on the phone had heard a sudden thud and some noise while chatting. The phone went dead and repeated calls were not successful.
    The friend then alerted some assistants of KP in Malaysia who went in search of KP to the place where he was staying in KL. The place was empty but KP’s insulin and syringes and other medical stuff was still there.
    The visitors from London also got alarmed and contacted circles close to KP.
    Meanwhile KP seized in Malaysia was taken to Bangkok in Thailand.
    Sri Lankan authorities were contacted and a team from the Police Terrorist Investigation Department flew to Bangkok in the early hours of Thurasday August 6th.
    The team returned with Pathmanathan alias KP on a special flight on the same day.
    KP was handcuffed and had a mask covering his head and face when disembarking from the plane at Katunayake Airport.
    He was whisked away in a vehicle with tinted glasses to a high-security , secret location run by the terrorism investigation dept personnel.
    KP is to be interrogated intensively by Sri Lankan anti-terrorist sleuths.
    It is widely believed that the arrest was made possible through “inside information” supplied by some members of the LTTE abroad who were opposed to KP donning the tiger leadership mantle after the demise of supremo Velupillai Prabhakaran.

    Reply
  28. emotionless_teenage says

    April 24, 2010 at 01:53

    @shah:i bet you have never been to manila before : D

    kl(minus the twin tower)=manila>>jakarta

    …

    *runs

    Reply
  29. Anonymous says

    April 23, 2010 at 23:02

    Slps kegawatan ekonomi 1997, m"sia buat pembelian pantas untuk mnutup kelompongan yg agk besar ketika itu b'banding negara abg kembar DAP d selatan ngara kita. Contoh nyer kapal selam, jet sukhoi, kereta kebal,kereta perisai adnan, meriam G5 jarak jauh,pelancar roket jarak jauh, peluru b"pandu antikeretakebal jarak sderhana & jauh, helikpter pmerhati ringan, helikopter utk tntera laut, radar ptahanan udara, sist. vera-e dan byk lg la snjata2 yg x d bgtau. Persoalan nyer skrg knape p"bgkg asyik m"nimbulkn isu cntoh nyer dr segi harga. Meka slalu bndingkan dgn ngara tertentu, cnth nyer dlm soal pbelian kapal selam & sukhoi. Kan semu Pbelian tu d buat ktika zmn pmerintahan Tun Dr Mahathir. Beliau pd masa tu dah jelaskn pbelian tsebut melibatkn counter trade @ timbal balas perdagangan melibatkan komuditi negara. Jd kurang melibatkan cash money. Hrga komuditi pn jd stabil & tggi pd masa tu wlaupun ekonomi krg mberangsangkan. Ape p"bgkang ingat Tun Dr mahathir bodoh ke dlm urusan urusniaga ni??? Igt mcm pmimpin diorang ke??? Dah kate td urusan pbelian td kurang mgunakan cash money, nape diorang nk bising pulak. Kata mahal la, ape la, x sama dgn ngara lain beli. Xkn phk kjaan nk dedahkan sgala spesifikasi,subsistem apa, snjata ape yg d gunakan b"banding ngara lain. Kan dlm pertahanan, darjah kerahsiaan dia adalah amat tinggi. Xkn kjaan nk dedahkan sgala2 nyer dr A-Z. Ke dlm p"bgkang ni ada yg mjalankan kgiatan "penadahan maklumat" utk ngara lain??? Sbb tu beria-ia sgt nk tau & mainkan sentimen. Supaya kerajaan dedahkan sgala2 nyer.. Pulak 2 ape yg meka p"soalkan Kbanyakan nyer senjata2 yg bsifat "penukul hadapan" mcm kapal selam & sukhoi. Mcm ada agenda tsembunyi jer… Agk nyer ada "iblis d sebalik batu ni". Mnta tuan blog ulas ckit..

    Reply
    • Anonymous says

      September 17, 2010 at 21:53

      alah.. kalau pk2 kan balik.. kalau jual keta kawan baik or fmly sendiri pun kita makan komisen.. ni kan pulak yang tukang deal alat perang bagai.. btol tak?
      so klu nak btolkan.. buat dari bawah.. asik tembak yang atas tapi kat bawah kaki sapu abis tak guna jgk.. so kesimpulannya.. yang perintah keji, yang bangkang kuat sapu punya kaki..

      Reply
  30. BELIA WAJA WATAN says

    April 20, 2010 at 20:39

    Anonymous said…

    Kepada sdr yang berkata tanpa nama … yang bersembunyi disebalik mainan kata …

    Kami mengharapkan sdr bukanlah sebagai nila yang setitik itu … yang menjadi penyebabnya rosak susu sebelanga …

    Begitu juga kami mengharap sdr bukanlah sebijik pisang yang rosak itu …

    dan begitu jugalah dengan siduriannya …

    Sekarang rambut dah tak sama hitam kerana dye banyak kat kedai tu …

    kerana beramallah kami berkata … memandang generasi belia yang di hasilkan sekarang dah banyak hilang nilai dan keperkasaan …

    Semoga sdr yang tiada bernama mampu mengota apa yang dikata …

    jangan melempar batu sembunyi tangan …

    Reply
  31. koboi says

    April 17, 2010 at 01:43

    bangang betui Najib ni..
    jumpa obama jer.. nak tunjuk hero..
    pi potong bekalan minyak kat iran..
    bukannya nak berpakat dengan iran, cedok teknologi military depa ker,..
    bukan nak pakat dengan negara islam..
    pi tolong pulak negara bangsat amerika tu..
    tengok link nie..

    http://news.yahoo.com/s/afp/20100416/wl_mideast_afp/irannuclearpoliticsoilmalaysia?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mesh%2Firan+%28Yahoo%21+News%3A+World+-+Iran%29

    komen skit brother shah..

    Reply
  32. Acinetobaxter says

    April 16, 2010 at 05:24

    perasan tak condominium tinggi berdekatan dengan Mindef? condo tu plak siap ada guard lagi…kebanyakannya penghuninya, warga asing…macam suspicios jer..

    boleh guna rifel sniper atau alat pendengar jarak jauh dari bangunan tu…

    mudah2an, dah ada sb kita dlm bangunan tu…

    Reply
  33. Anonymous says

    April 15, 2010 at 23:56

    salam bro shah

    ada x angkatan tentera kita menang dalam pertandingan international.macam AARM ke.pertandingan lumba ke.saya ada mendengar satu kisah di jepun yang mana ada pasukan khas kita dapat no 3 dalam combat martial art.no 1 jepun 2 korea.tak tau le betul ker tidak.pertandingan tu dihadiri ramai pasukan khas dari seluruh dunia……….

    Reply
  34. Anonymous says

    April 13, 2010 at 01:19

    Untuk Saudara Belia Waja Watan..

    1)Kerana nila setitik,habis rosak susu sebelanga…

    2)Dlm setandang pisang,klu ada satu yg rosak,jgnlah semua d buang nya…

    3)Tak semua buah durian yg jatuh gugur ketanah sebelum musimnya adalah buah yg rosak…

    4)Rambut sama hitam,hati lain2…

    5)Renung-renungkan dan selamat beramal…

    Reply
  35. BELIA WAJA WATAN says

    April 12, 2010 at 21:12

    ArshadRaji :

    Tuan sebenarnya kami tak begitu confiderm dengan anggota permanent yang baru, mereka adalah lahir di kalangan mereka yang kebendaan, hiporit dan tiada patriotiksme dalam diri …

    Apa tah lagi sekarang ATM suatu kerjaya (Profesyen) semua dah berubah kepada mendapatkan pulangan … tambah lagi pendapatan dari pulangan tidak sebebrapa … maka makin menjadi-jadilah …

    jual alatan, jual minyak jual maklumat jual senjata malah yang terbaru jual engine jet … nasiblah tak dijual dengan jetnya sekali.

    Kesimpulannya maka dimanakan benteng terakhir kita …

    Reply
  36. Anonymous says

    April 9, 2010 at 19:21

    Abu Amir, aku rasa ko perlu kaji lebih mendlm lagi. aku xhairan bila isu Zionis ada dlm PDRM, 1malaysia tiru 1israel pasal aku tahu apa tujuan semua benda nie keluar.

    xdinafikan Politik boleh butakan mata org. cuba ko pandang setiap perkara2 yg timbul di arena politik tempatan sebagai Insan yg biasa.

    aku percaya ko akn dpt juga jawapannya.

    dan bila ko dpt jawapannya baru ko sedar betapa banyak anjing2 Zionis dlm Malaysia nie yg xhenti henti untuk merosakkan Malaysia.

    aku xnak aibkan sape2, tapi ko tau ke siapa bapak Zionis terbesar dlm Msia nie?

    tapi aku rasa ko xtau lagi, pasal tu la ko tulis dgn apa yg ko dpt dari blok sebelah.

    ~ Tok misai~

    Reply
  37. Anonymous says

    April 9, 2010 at 17:03

    1)Cube bg bukti depan mata yg saudara maksudkan??

    2)cube bg link bg Apco dlm KDN…??nk tngok jgk..

    3)Cube bg bukti kukuh tentang kaitan Apco dengan yahudi???klu ad,cube bg perkara yg dpt mensahkan bukti tersebut..

    4)Compeny ni belum lg d beri kbnaran utk masuk kedlm PDRM utk upgrade sistem komunikasi PDRM..mcm mne saudara boleh kata mereka sudah menjadi penasihat negara???

    5)kontraktor komunikasi dgn penasihat negara adalah dua maksud/perkara/benda berbeza…

    6)Sape yg jahil skg ni???ataupun saudara hnya mendengar kata2 dari sebelah pihak sahaja..

    -Pemerhati-
    (sorry xde google account)

    Reply
  38. Abu Amir says

    April 9, 2010 at 15:25

    Nak cakap apa lagi bukti dah ada dpn mata, kenyataan ttg APCO ada dilaman web KDN sila semak. Kalau dah terlampau jahil sgt janganlah sampai tak tahu siapa tu yahudi & zionis. Nabi pun mereka racun & khianat lagikan kita.

    Kita pulak jadikan mereka penasihat. Biar buta mata jangan buta hati. Lihatlah kes enjin jet hilang, org bawah jadi kambing hitam tak kanlah 2 org boleh hilangkan enjin sebesar tu. Org besor2 ni senang aje kalau berlaku sesuatu kat negara kita mereka cabut keluar dgn kekayaan hasil haram. Kita rakyat bawahan akan tanggung segala kesusahan dan pertahankan tanahair ini.

    Walau dgn buluh runcing sekalipun tanahair ini tetap dipertahankan!!!

    Reply
  39. Anonymous says

    April 9, 2010 at 12:56

    Soal perisik dlam PDRM dn Perisik Israel mnjadi penasihat negara adlh merupakan permainan baru politik pembngkang,mereka timbulkan isu ini setelah ketua mereka d hentam hebat oleh beberapa bekas pemimpin mereka sendri(zulkifli,zahrain)dn jge MP bebas lain(ibrahim ali),ini d lakukan bg mengalih kan pandangan umum terhadap keburukan yg mereka lakukan..
    1)apco,1israel=1malaysia,nk tahu btol ke x,cube korg search kt internet,korang penah xjumpe slogan 1israel dr website2 dr barat atau pun israel sendri,hnya website dr malaysia je yg ad slogan tu,itu pun kerana ia website parti pembngkang..
    2)isu ini tidak pernah timbul pun,ttpi tibe2 kluar stlah anwar d katakan cube mngaitkan PM sbgai terliibat dgn pmbunuhan wanita mongolia…
    3)sewaktu PM menwar2kan slogan 1malaysia,knpa xpernah d kritik sbgai menyamai 1israel,ttp setelah setahun bru d timbulakan..
    4)anda boleh berfikir sendri,mne btol mne salah..Jgn lebelkan Sy sebagai Pro kerajaan,sy cume pemerhati keadaan semasa..

    -Pemerhati-

    Reply
  40. Ibnu Rusydi says

    April 9, 2010 at 08:20

    Salam bro Shah,

    mohon ulas dua perkara terkini :

    1) kewujudan perisik Israel dalam PDRM (tau ni blog pasal army, tapi harap ulas jugak pasal ada kaitan dengan artikel ni ttg perisikan).

    2) latihan tentera MALINDO. betul ke ada 'negara tu' yang gusar pasal latihan bersama ni?

    Thanks & salam hormat!

    Reply
  41. zaim zaiman says

    April 8, 2010 at 18:31

    minta izin untuk link blog ini…

    Reply
  42. Abu Amir says

    April 8, 2010 at 18:01

    Malaysia dah lantik bekas agen Israel sbg Tuan punasihat. Tak lama lagi kita jadi proksi baru Israel, sama spt jiran kat selatan tu. Dulu kata jiran kat selatan tu ambik punasihat Isreal skg kita pun sama da…

    Tak payahlah nak kata kehebatan perisik kita tu. Dulu-dulu mungkinlah sekarang ni org sanggup jual negara utk wang.

    Reply
  43. Anonymous says

    April 7, 2010 at 19:02

    hebat2…ayat no 4 tu aku minat…
    aku rase klu ad kejohanan dunia,msia kompem no 1…

    Reply
  44. Anonymous says

    April 7, 2010 at 14:49

    assalamualaikum….
    bro shah…
    bila nk buat review ataupun sekurang-kurangnya criter tentang VAT69 Komando (komando yg pling digeruni oleh PKM & di iktiraf antara yg terbaik di asia)… Dlm buku tempur pn ader criter gk… lagi pun bapa aku pn bks 69 komando gk (generasi pertama- first intake)….
    7 criter tentang dunia perisikan nie… aper kata bro shah criter ttg kehebatan unit/ badan perisikan kita iaitu Cawangan Khas (SB)… tp just ntuk membuktikan betapa hbtnya SB di mata dunia… tp biarlh yg mna rahsia tu kekal rahsia… yer bro shah…

    Reply
  45. ArshadRaji says

    April 4, 2010 at 18:42

    Kita juga harus awasi agen-agen bangsa asing yang berkeliaran masuk dengan bebas di Mindef untuk mempromosikan senajata dan peralatan pertahanan. Mereka ini dikatakan menjadi sponsor kepada pelbagai acara, terutamanya permainan golf dan sebagainya.

    Apa dah jadi dengan unit keselamatan Mindef? Tak ada mata ke?

    Reply
  46. L-kick says

    April 4, 2010 at 17:17

    benda risik2 ni confidential skit…anyway menurut article bro shah di atas menunjukkan yg intelligence kita mmg ade credibility dan kecekapan diaorg mmg x boleh disangkal lg…lihat aje kes Mas Selamat tu…singapore pon pening nak jejak…last2 SB kita jugak yg tangkap…anyway brovo to all Malaysian Intelligence agencies…

    Reply
  47. Anonymous says

    April 3, 2010 at 03:33

    apesal bodoh sangat komen2 kt ats ni????ni mesti bdk2 saifudin nasution ni…nk buat lawak bodoh ke???mcm pemimpin2 korg bese buat dlm dewan rakyat n parlimen????

    Reply
  48. Anonymous says

    April 2, 2010 at 09:26

    Alamak..x de agen bt bidaan lg la..

    sy bg 'hint' skit.
    tandas tempur mudah alih ni adalah aset terbina dalam. ada disembunyikan di celah banir2 pokok balak, di lereng bukit atau paling banyak di anak2 sungai atau tepi sungai besar. material tahan kakisan.

    saya bkak bidaan skrg pada harga tapak RM 2,500…

    jgn minta no. telefon sy, nanti sy sendiri cari anda..

    Reply
  49. camo37 says

    April 2, 2010 at 08:21

    sampai komando indo terlibat ke???kompasus??

    Reply
  50. Umar says

    April 2, 2010 at 00:00

    Biasa la risik2 ni. M'sia pun mesti ada hantar geng2 22RGK keluar, kan? Entah2 PASKAL, PASKAU, SB, PGK pun ada join sama. Kita mana tau…

    Reply
  51. Anonymous says

    April 1, 2010 at 17:51

    wahh, mcm best je bisnes ni, nk join la.. sekilo RM2500 masyukk tuh.. buat MLM x untung2. sy pun ade maklumat penting nk dibocorkan ni.. Kpd perisik2 negara luar yg x penah jemu nk dpt kn maklumat mengenai rahsia prtahan malaysia ni, blh la menghubungi sy utk brunding mngenai harga bg setiap maklumat yg diberi di talian 1-800-PeGi-MAMPOS!!!

    Reply
  52. Anonymous says

    April 1, 2010 at 11:14

    Sy ingat sy pun nk try join bisnes jgak la. dh bosan mkn gaji.

    Sy ada maklumat psal lokasi tandas tempur mudah alih yg ada dlm hutan kt Malaysia. penting info ni..jgn main2..senang nanti musuh nk tumpang 'prekk' dlm keadaan kecemasan..

    sy jual kira timbang kilo je la..sekilo RM 2,500 je..

    Reply
  53. Anonymous says

    March 31, 2010 at 22:51

    x yah la negara laen nk risik2..askar m'sia dh buat bisnes dh psl mklmt prtahanan nie..

    Reply
  54. Anonymous says

    March 31, 2010 at 21:23

    Saya baru terbaca tentang satu sistem pertahanan misil Iron Dome yang dibangunkan Israel dengan Singapore (Singapore finance, Israel buat). Berita kata tengah test di Gaza/Palestin. Katanya boleh detect dan tembak incoming misil.

    Reply
  55. Jusuh says

    March 31, 2010 at 19:23

    salam,

    cerita pasal perisik ni, x silap aku dulu ade sekumpulan perisik dr negara jiran kene tangkap sampai skrg ni x lps lg.. nasib diorang pun x th ape citer.. ironinya, x der bantahan pasal kehilangan atau mengenai penangkapan mereka dr mana2 pihak. so kite pun senyap je la.. tp x th cerita ni sahih ke x, sama ada cerita ni direka atau ditokok tambah oleh penyembang2 di warong sambil hisap rokok & m'hirup kopi, itu aku x tahu. Byk lg cerita2 yg lebih krg mcm ni aku dgr & dperdengar. Apa yg pasti, negara kita akan terus dirisik & pihak2 yg merisik mmg x penah putus asa. Susah arr mcm ni, tepi kain kite pun org nk jage… Org kite plk byk yg suke bukak dan jual maklumat rahsia negara baik secara formal atau x formal. Buktinyer baru2 ni, ade org dalam (Kementerian) yg membocorkan rahsia negara kpd kedutaan asing, aku x th apesal la bengappp sgt org yg jual maklumat tuh, dasar 'hubbud dunyya' betol la..

    Reply
  56. Daus says

    March 30, 2010 at 18:50

    senang2 anda sume kene tengok cite Munich, baru tahu kedahsyatan perisikan niii…. huhu, my favourite military movie…

    Reply
  57. Anonymous says

    March 30, 2010 at 10:46

    salam,

    dlm banyak2 foreigner yg ada kt dlm Malaysia ni, kita ada database profil la.. x kira la pakai wig ke, pkai misai sarjan galak ke, tukar jantina trus ke, dh ada la database gambar depa ni.. x payah menyorok la. wasting time only..

    askar Malaysia ni pendiam sifatnya. nmpk mcm xde apa2, tp hakikatnya mcm2 ada..

    posting mcm ni blh kena tindakan ke? ISA ke OSA ke? risau plak aku. tp, rasanya benda database ni standard. common practise. dlm filem James Bond pun ada..

    kita punya aktiviti menyelam sambil minum air oren mmg banyak..erghhkk..

    Reply
  58. C++ says

    March 30, 2010 at 08:33

    Shah,

    Paling senang lu nak tengok agen asing melepak.. lu boleh tengok kat Mersing… pasai apa gua kata… hehehe…

    Itu hari masa Kem Iskandar tgh dalam pembinaan… bukan musim cuti panjang pon… berduyun-duyun Singaporean masuk… yang best tue… siap bawak anak-anak sekali tue… macam real jer melancong…

    Diorang tak pergi Tioman pon.. tapi sewa chalet kat Mersing… sewa kereta plet Malaysia… dan round-round sekitar Mersing… Sekakap.. Penyabong dan sebagainya…

    Dulu kat Mersing ader airfield kecik jer.. la nih jadi padang golf (driving range) jer… tapi yang lawaknyer… ramai Singaporean main golf kat situe… yer la.. airfield nie dekat dengan Kem Iskandar di Sekakap tue.. hahaha

    Reply
    • Unclebourne says

      November 23, 2010 at 18:01

      Macam biasa dengar je cerita ni kat bandar Mersing… Anyway kepada SB polis & tentera Msia teruskan usaha anda… “tidur sebantal… mimpi yang sama”

      Reply
  59. Anonymous says

    March 30, 2010 at 01:51

    Salam.. mmg benar.. dorg ni mmg byk kt malaysia ni..
    -g_code-

    Reply
  60. shahpaskal says

    March 29, 2010 at 23:11

    comic…

    bukan cerita bongang, anda boleh periksa faktanya di internet

    Reply
  61. comic says

    March 29, 2010 at 22:07

    mcm cite dongeng je

    Reply
  62. Anonymous says

    March 29, 2010 at 15:14

    senang ckp cam ni la..kalau anda diekori oleh RISIK, anda x kan perasan..takut aku beb..

    Reply
  63. Anonymous says

    March 29, 2010 at 15:11

    jgn le memain dgn risik..takut aku beb..aku nk post komen ni pun pikir 2-3 kali…

    Reply
  64. arinTaker gangsta papa says

    March 29, 2010 at 15:03

    thethinker…

    iyO lah tue bukit aman ada mOnitOr Org2 asing nie buat ape. x termOnitor nyer. bkn sOrang dua malah ratus ribu. mcm mana dOrg nk mOnitOr???

    aku nk ulas sikit psl isu VOA (visa on arrival) yg di amalkn dek kerajaan kita nie kOnOnnya utk menarik dan memudahkn kemasukan pelancOng asing. bteul ke yg masOk tu sume pelancOng? habis yg x silap aku berpuluh ribu masOk x kerluar2 balik tu ape ke namenya? pelancOng ke tue? tu lh dia kjaan baik x bertempat. org luar amik kesempatan diatas kelOnggaran yg kita berikn. lps tu kjaan berdekah – dekah bg tau kt sume yg sejak 2 – 3 tahun nie rmi pelancOng dtg ke msia. sume tue cOver stOry jer.

    tupx2… thn lps x silap aku bila kecOh isu rmi yg dikatakan pelancOng asing nie x balik2 lg kuar kt surat khabar. maka adlah 1 jabatan nie ntah aku pon lupe, ckp sng je lbh kurang mcm nie: kita di msia ni mengamalkn dasar bg org luar mudah masOk. bila dOrg x balik maka kita cr la… lbh kurang mcm tu lh. ambOi2 kO ingat sng nk cr? Org yg kehilangan sorg ank dlm msia ni pOn x terjumpa ni kn plak nk cr berpuluh ribu Org. akai ada ka?

    Org kalO nk cegah dr pintu masOk negara la masa kt airport ke masa kt jeti ker. ni dh kalO lepas masOk. mampOs la nk cr. kalO terjumpa tu pOn nasib2 ler. setakat buat Operasi dpt tgkp berpuluh2 Org pati dgn yg tinngal melebihi tempOh x yah la nk kecOh wpOn dihargai usaha tangkapan tue krn ada berpulOh ribu lg x dpt tangkap.

    mOral Of da stOry negara kita ni mmg baik x berpada – pada lah.

    p/s: sOri kalO artikal ni xde kene mengena dgn tajuk: KL papan catur dunia perisikan

    Reply
  65. trooper_knife says

    March 29, 2010 at 14:47

    shah, posting yg memang gempak dan kelas!! aku masih ingat lagi kisah agen KGB malaysia tu. masa tu aku masih sekolah rendah. tahu melalui slot "Hari Ini Dalam Sejarah".

    Reply
  66. Anonymous says

    March 29, 2010 at 12:36

    alamak..kalau muka saya mcm negro skit mcm mana? ke moniter jgak ke? alamak, abis la sy..

    Reply
  67. kudabesi says

    March 29, 2010 at 12:10

    mat arab, mat indon, negro, mat siam, mat indon semua kena monitor huhu

    Reply
  68. -thethinker- says

    March 29, 2010 at 10:59

    w/pun rakyat malaysia umumnya tak peduli mengenai warga timur tengah ataupun afrika , tapi caya laa.. bukit aman ada monitor…

    Reply
  69. rizuan mh says

    March 29, 2010 at 10:37

    mantoppp..

    saya beri semua bintang kat langit tu ntuk bro..teruskan bersaspensi bro

    Reply
  70. GGK says

    March 29, 2010 at 10:34

    Jabatan Perisikan pertahanan

    BSPP… dalam jabatan ni ada unit pasukan khas sendiri, (di dedahkan oleh bekas pengarah di dalam surat khabar)

    Reply
  71. Anonymous says

    March 29, 2010 at 09:45

    GGK,

    DMI tu apa???

    Reply
  72. Azizuan Aziz says

    March 29, 2010 at 09:10

    off the record tapi berkaitan dengan artikel kat atas

    kalau orang yang layan TV series burn notice, gerenti faham sebijik2 cerita kat atas tuh

    cerita ni pasal seorang spy yang kena burn notice tapi try nak tahu sebab dia kena burn dan nak cuba masuk balik. dalam masa yang sama, dia buat freelance tolong orang. memamg layan cerita ni. spy yang bijak ngan twist ending. sedap

    spy ni ada safe house dia sendirik. tempat orang tinggalkan yang jauh dari orang ramai. dengan team mate dia yang 3 orang tuh, dia set emergency meeting point. dia set gak emergency's emergency meeting point.

    dalam usaha dia nak masuk balik, dia jumpa spy lain. ada spy yang belot (talam dua muka) tapi last2 kena belot balik dengan orang yang upah dia (bunuh). dalam cerita ni, the management sebagai mastermind (maybe spy master dalam artikel). the management ni tahu semua gerak geri spy yang ada. tak sempat nak bocor rahsia, sniper dah tembak dulu. sama gak ngan intel dia..semua management tahu.

    ada satu episod petik Malaysia sebagai tempat persembunyian seorang spy. (tak ingat macam mana jalan cerita tapi Malaysia masuk TV series spy US ni, maybe bukan saja2 petik sebab cerita ini memang pasal intelligent beauty)

    apa pun, memang tak boleh nak tak percaya la kalau ada spy yang berkubu kat KL ni. orang KL tak ambil hirau pasal orang lain. hidup sebelah pintu ja tapi tak kenal.

    Reply
  73. GGK says

    March 29, 2010 at 08:39

    From KL with love,,, .. masa saya kat U dulu ada seseorang cerita tentang DMI punya safe operation di KL… mcm mana safe house dia bertukar setiap berberapa hari secara rawak.. best dengar, tapi betul atau tidak wallahualam.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK