1. Blogger ondscene.blogspot.com berjaya mengambil gambar trak pick up jenis Isuzu yang dicat dengan warna camoflage di satu kawasan di ibunegara (lupa nak tanya kat mana). Saya pasti trak tersebut bukan milik Angkatan Tentera Malaysia tetapi kepunyaan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
2. Perhatikan warna dan corak cat camoflage pada kenderaan itu serta pelekat kenderaan sedang diuji. Saya percaya, pihak STRIDE sedang menguji cat camoflage baru untuk menentukan kesesuaian dengan iklim negara ini.
3. Cat camoflage berteknologi tinggi bukan perkara baru dalam ATM, sebelum ini pun ATM terutama tentera darat telah pun menggunakan cat camoflage berteknologi tinggi pada kenderaan tentera mereka seperti pada kereta perisai, APC Adnan dan kereta kebal Pendekar (sila lihat cat camoflage pada gambar APC Adnan di atas yang diambil penulis di Kem Gemas).
4. Cat berteknologi tinggi seperti warna APC Adnan di atas akan menyebabkan sistem visual elektronik musuh seperti thermal atau Night Vision Goggle (NGV-alat teropong malam) gagal mengesan bentuk APC tersebut.
5. Ia bagaimanapun bukan teknologi berbentuk halimunan seperti pesawat pengebom Stealth, cuma dengan sekilas pandang, agak sukar untuk mengesan APC Adnan yang disembunyikan dengan baik pada rimbunan daun pada waktu malam dengan menggunakan NGV.
6. Ini berlaku kerana cat tersebut menyerap atau menyerakkan elektron yang terpancar dari NGV atau alat infra red musuh di mana suhu kenderaan itu akan bercampur dengan paras suhu objek di persekitaran.
7. Cat camoflage berteknologi tinggi ini sudah mula diperkenalkan ke atas kenderaan atau senjata tentera darat Malaysia sejak dari pertengahan tahun 90an lagi. Malangnya, cat yang teknologinya dibangunkan oleh anak tempatan tidak dipakai oleh cabang udara dan laut ATM.
SLR