Comrade dari forum Panggilan Pertiwi , depan sekali adalah Trooper Knife,Ondscene (muka takde blanco pasal dia geng polis), Encik Kacang dan saya (kepala botak), camera man RedKnot tidak ada dalam gambar.
OK SORRY LAMBAT UPDATE, INI PUN UPDATE SELEPAS PENULIS BERTEMU DENGAN KUMPULAN AHLI DAN MODERATOR FORUM PERTAHANAN TEMPATAN IAITU Panggilan Pertiwi YANG BEROPERASI DARI ALAMAT http://panggilanpertiwi.forumotion.net/
BAGUS GAK ADA FORUM MACAM INI PASAL BANYAK FORUM DALAM BAHASA ORANG PUTEH, PENULIS BUKAN PANDAI CAKAP ORANG PUTEH INI, BAHASA JERMAN PANDAILAH.
JADI DEN PUN JUMPA DENGAN MODERATOR FORUM INI, PASAL PELIK MANA DIA ORANG DAPAT BAHAN-BAHAN MENARIK.
DEN JUGA BACA PASAL BANYAK JUGAK NAMA YANG DEN KENAL MACAM KNIFE, JOE KUMBANG DAN MR KURIEN JOIN FORUM NI.
1. Oklah saya tidak akan mengulas mengenai kehilangan jet pejuang F-5E kerana isu ini sudah pun dikupas dan didedahkan oleh media-media utama negara.
2. Sama ada wujud konspirasi atau tidak, itu saya tidak tahu, kalau kes kumpulan Al Maunah di Sauk boleh berlaku dengan melarikan senjata dari kem tentera, jadi tidak hairan kalau enjin jet yang terbiar macam besi buruk tu boleh hilang.
3. Tidak ada apa yang pelik pasal enjin jet hilang ini, hanya dengan dokumen dan pemalsuan tandatangan, enjin jet seperti ini memang boleh dibawa keluar, kalau naik lori dan polis nampak pun, tidak akan ada apa yang berlaku pasal siapa sangka? siapa yang nak syak?.
4. Sehingga tersebarnya cerita ini sekurang-kurangnya membuka minda masyarakat, ini membuktikan media bukanlah dikuasai kerajaan sampai ke tahap ditunggang macam kerbau, jadi bila pendedahan macam ini berlaku, sebenarnya salah siapa? Salah kerajaan atau salah pegawai kita yang tidak amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
5. Akhirnya yang busuk nama ialah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ini memang memalukan nama negara, kisah macam ini menjadi gelak ketawa orang luar, kalau tak percaya silalah baca forum forum pertahanan negara jiran dan antarabangsa, suratkhabar kat India (akhbar Times Of India) pun keluar cerita ini, malu maluuu.
6. Benda ini bukan perkara baru, sikap pegawai yang tamak memang sentiasa wujud dan kalau tidak silap saya pada awal tahun ini, seorang pegawai berpangkat jeneral dan 25 pegawai lain-lain pangkat telah pun dibuang dan digantung tugas oleh markas medan.
7. Mereka ini pengkhianat negara, menjual apa sahaja barang milik ATM yang boleh dipakai.
8. Seorang pegawai berpangkat Mejar, menubuhkan sebuah syarikat dan membawa pulang peralatan merbahaya termasuk sistem avionik misil untuk dibaiki di rumah dan kemudian membuat tuntutan bayaran dari kerajaan melalui syarikat yang bertindak sebagai camouflage tindakan jahanamnya itu.
9. Saya tidak pasti jika cerita di atas benar, harap-harap ia hanya khabar angin yang saya perolehi.
10.Dahulu pun kecoh juga apabila disyaki adanya skandal dengan pemasangan meriam baru kepada kenderaan jenis Scorpion kita, Scorpion yang asalnya menggunakan meriam 76mm kepada 90mm menyebabkan meriam tersebut agak berat dan tidak dapat didongakkan kepada sudut tertentu.
11.Tetapi itu semua bagi saya hanya khabar angin, kerana terbukti dalam pasaran antarabangsa ada negara yang berjaya memasang meriam 125mm kepada tank jenis Scorpion ini dengan beberapa modifikasi. Khabar angin yang disebar kadang-kadang ada motif.
12.Negara ini sebenarnya harus dicuci dari para pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk pasukan tentera yang tamak dan tidak amanah.
13.Umum tahu pembelian peralatan tentera menjanjikan komisyen kepada para pegawai tentera ini dan mereka lebih mahir dalam selok belok nak “songlap” duit kerana orang-orang politik macam Najib Tun Razak hanya berada sementara dalam Kementerian Pertahanan, sedangkan segelintir para pegawai tentera yang nakal ini akan berada lebih lama.
14.Program PERISTA yang dilancarkan pada tahun 1980an dahulu menyaksikan pembaziran yang tidak terhingga terhadap kewangan negara apabila kita menyaksikan Malaysia membeli ratusan kereta perisai jenis Condor dan Sibmas serta sejumlah besar A4 Skyhawk yang kemampuan pesawat terpakai ini meragukan.
15.Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Dr Mahathir Mohamad akhirnya campur tangan dan membatalkan program yang sangat membazir ini.
16.Jadi dalam beberapa isu kita kena fokuskan kepada segelintir pegawai tentera dan rakyat Malaysia yang tidak amanah ini dan bukan mengaitkan isu-isu ini dengan serangan politik kerana kalau kerajaan bertukar dan pegawai-pegawai macam ini masih ada, habislah kita semua.
17.Saya percaya peralatan enjin Northrop F-5E ini dijual di pasar gelap, masih banyak negara yang menggunakan jet pejuang ini malahan Iran sendiri masih memakai jet pejuang jenis ini.
18.Ada khabar angin enjin tersebut dijual kepada Iran dan Venuezela (semua musuh AS ni), itu saya tidak tahu tetapi Iran memang tidak mendapat bekalan alat ganti untuk jet F-5E ini kerana dilarang oleh undang-undang antarabangsa.
19.Amerika Syarikat mengambil langkah bijak, selepas memencenkan sejumlah besar jet F-14 Tomcat pada tahun 2006, negara itu mengambil keputusan untuk merungkaikan peralatan enjin dan avionik pesawat itu supaya tidak jatuh ke tangan Iran.
20.Pencennya F-14 juga akan menyukarkan peralatan alat ganti jet tersebut berkembang kerana hanya dua negara sahaja yang pakai F-14 iaitu AS dan juga Iran, selagi wujud jet pejuang model lama seperti MIG-21 dan F-5E, selagi itu lah permintaan untuk alat ganti meningkat.
21.Penulis pun tidaklah ada maklumat pasal sindiket pasaran gelap yang beroperasi di Malaysia tetapi kalau nak tahu modus operandi mereka ini secara kasar, bolehlah tonton filem Lord Of War lakonan Nicholas Cage, yang merupakan peniaga senjata yang beroperasi dalam pasaran gelap.
22.Saya tidak pasti pasal pasaran gelap alat ganti jet pejuang tetapi dalam dunia penerbangan, pasaran alat ganti pelbagai jet dan pesawat awam mempunyai nilai sebanyak US45 bilion.
23.Agensi berita AFP satu ketika dulu ada buat pasal pasaran gelap alat ganti ini, dalam satu kes pada tahun Sept 1988, sebuah kapal terbang awam jenis Convair 580 jatuh terhempas dari 22,000 kaki ke permukaan Laut Utara.
24.Pasukan penyiasat berjaya mengumpul 90 peratus rangka pesawat dan memang pening kepala melihat pelbagai alat daripada skru ke sebesar-besar bahagian enjin yang bukan dari pihak OEM (Original Equipment Manufacturer).
25.Pemilik pesawat itu pula gagal membuktikan di mana mereka memperolehi alat ganti untuk pesawat yang sudah tua ini kerana tidak mempunyai sijil perakuan, ini membuktikan sumber alat ganti pesawat itu dikorek dari pasaran gelap.
26.Tahun 1995 pula, sebuah jet penumpang terhempad di pergunungan Colombia, belum sempat 159 cebisan mayat penumpang pesawat ini diambil, “Scavenger” telah pun datang dan mencuri peralatan pesawat yang masih boleh digunakan, ada yang datang membawa helikopter untuk mencuri enjin jet pesawat itu…ini semua kerana mereka tahu di mana sepatutnya peralatan ini dijual dan kepada siapa.
SEKIAN KOMEN PENULIS, PELIK PULAK SEJAK ISU ENJIN NI KELUAR, KAWAN-KAWAN DEN TIBA-TIBA TUTUP TELEPON, EMM TAKUT DEN TANYA KE?? HEHEHE..