1. Blogger ondscene.blogspot.com berjaya mengambil gambar trak pick up jenis Isuzu yang dicat dengan warna camoflage di satu kawasan di ibunegara (lupa nak tanya kat mana). Saya pasti trak tersebut bukan milik Angkatan Tentera Malaysia tetapi kepunyaan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
2. Perhatikan warna dan corak cat camoflage pada kenderaan itu serta pelekat kenderaan sedang diuji. Saya percaya, pihak STRIDE sedang menguji cat camoflage baru untuk menentukan kesesuaian dengan iklim negara ini.
3. Cat camoflage berteknologi tinggi bukan perkara baru dalam ATM, sebelum ini pun ATM terutama tentera darat telah pun menggunakan cat camoflage berteknologi tinggi pada kenderaan tentera mereka seperti pada kereta perisai, APC Adnan dan kereta kebal Pendekar (sila lihat cat camoflage pada gambar APC Adnan di atas yang diambil penulis di Kem Gemas).
4. Cat berteknologi tinggi seperti warna APC Adnan di atas akan menyebabkan sistem visual elektronik musuh seperti thermal atau Night Vision Goggle (NGV-alat teropong malam) gagal mengesan bentuk APC tersebut.
5. Ia bagaimanapun bukan teknologi berbentuk halimunan seperti pesawat pengebom Stealth, cuma dengan sekilas pandang, agak sukar untuk mengesan APC Adnan yang disembunyikan dengan baik pada rimbunan daun pada waktu malam dengan menggunakan NGV.
6. Ini berlaku kerana cat tersebut menyerap atau menyerakkan elektron yang terpancar dari NGV atau alat infra red musuh di mana suhu kenderaan itu akan bercampur dengan paras suhu objek di persekitaran.
7. Cat camoflage berteknologi tinggi ini sudah mula diperkenalkan ke atas kenderaan atau senjata tentera darat Malaysia sejak dari pertengahan tahun 90an lagi. Malangnya, cat yang teknologinya dibangunkan oleh anak tempatan tidak dipakai oleh cabang udara dan laut ATM.
SLR
salamm…
huihh…dasat orang2 melayu kita dalam tentera nih…
saya bangga….:)
bkannye cat. tp lebih kurang mcm sticker. Namanya FACTS ( Field Advance Camouflage System ), baru pringkat prototaip dan dlm kajian lagi. khusus utk kenderaan shj. utk infantri masih dlm kajian. designnya lebih kepada honeycomb berbnding digicamou negara lain yg lbih brbntuk pixel2 @ petak2
Betul Bro, Singapore pun dah pakai, baru pakai….
CAT camouflage nih bukanke Digital Camo? US Marine dah pakai lama dah..
Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.” Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong
STRIDE.
penah gak dgr pasal institute ni.kwn yg baru abis master pernah gak mintak tempat ni.
IMHO,bagus kalu institut ni buat iklan skit pasal kewujudan dia.apa objektif, apa yg nak dikaji etc dan bgtau kepada masyarakat.
nanti kalu fresh grad yg kepala bijak tgk mungkin berminat nak masuk. take the best to produce the best technology.
macam yg kau tulis entri sblm ni, keadaan di malaysia tak memungkinkan sesetengah teknologi digunakan, kat situ kita boleh take advantage dan develop our own technology to our advantage.
ye la, kalu teknologi beli ni,org yg jual tu boleh cantas balik x?
heh