NOTA PENULIS : MAAF KERANA LEWAT UPDATE BLOG INI DISEBABKAN KESIBUKAN TUGAS, LAGI PUN NEGERI SEMBILAN SELALU BANJIR.
CAPTION GAMBAR : GAMBAR TERATAS (LPD 071 DARI CHINA, TENGAH – MHD 150 DARI JERMAN DAN TERBAWAH LHD DOK DO DARI KOREA SELATAN YANG DITAWARKAN KEPADA MALAYSIA, SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSENJATAAN, SILA RUJUK PADA INTERNET ATAU JANES FIGHTING SHIP)
1. Beberapa tahun yang lepas semasa Thailand memperolehi HTMC Chakri Naraubet iaitu kapal pengangkut pesawat/helikopter yang pertama di rantau ini, saya ada bertanya kepada Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) ketika itu (tidak ingat siapa) jika TLDM akan membuat pembelian yang serupa.
2. Jawapannya ketika itu adalah tidak, tidak juga merupakan jawapan yang sama ketika saya tanyakan jika Malaysia memerlukan pembentukan pasukan Marin.
3. Kebanyakkan negara maritim mempunyai pasukan marin sendiri seperti Thailand, Indonesia dan Filiphina.
4. Saya tanyakan soalan pertama tadi memandangkan, Malaysia memainkan peranan yang sangat aktif dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ini melibatkan kerja-kerja menghantar tentera serta kelengkapan perang ke seluruh dunia.
5. Peranan ini sangat terserlah semasa Malaysia menghantar tentera ke Bosnia Herzegovina, ketika itu saya lihat Malaysia seperti benar-benar serius untuk melindungi penduduk Islam di sana dan beberapa pembelian peralatan perang dibeli untuk tujuan itu seperti K200 Infantry Fighting Vehicles termasuklah menguji beberapa senjata baru dalam misi khas yang saya enggan sebutkan di sini.
6. Kelengkapan dan tentera dihantar melalui kapal pengangkut milik TLDM mahupun kapal-kapal yang disewa dari syarikat antarabangsa.
7. Kapal pengangkut dan sokongan TLDM pada masa kini terdiri dari KD Mahawangsa, KD Seri Inderasakti dan KD Seri Inderapura (bekas USS Spartanburg County) dan kesemua mereka berusia lebih dari 25 tahun.
8. Kapal pertama dan kedua dibuat di Korea Selatan manakala, kapal KD Seri Inderapura merupakan kapal bekas tentera laut Amerika Syarikat, saya difahamkan pembelian kapal Seri Inderapura lebih bermotifkan soal politik yang mana tidak dapat saya ulaskan di sini.
9. Peranan yang mereka mainkan sangat aktif tetapi KD Seri Inderapura yang merupakan kapal pendarat amfibia sudah terlalu tua dan pernah terbakar tidak lama dahulu, ia dilengkapi dengan sistem pertahanan Close In Weapon System (CIWS) yang berupaya menembak peluru berpandu musuh dan merupakan satu-satunya mesingan gatalin jenis itu
yang berada dalam perkhidmatan TLDM.
10.Selain usia yang sudah terlalu tua, kapal-kapal ini tidak dilengkapi dengan sistem pertahanan udara yang baik dan sudah tiba masanya untuk digantikan.
11.Peranan aktif dan misi jarak jauh sehingga ke perairan Somalia dalam Operasi Fajar menunjukkan TLDM memerlukan kapal sokongan yang baru serta mampu beroperasi dengan lebih lama di laut disamping berkebolehan untuk mendaratkan helikopter.
12.TLDM memerlukan dua kapal sokongan dan isyarat bahawa ia bakal menjadi menyataan dibuktikan apabila China menawarkan Type 071 Landing Platform Dock (LPD) atau Helicopter Landing Deck (LHD) Type 081 pada tahun 2006 lepas.
13.Difahamkan TLDM memerlukan kapal dengan berat 10,000 tan dan ini mungkin lebih kecil atau sama saiznya dengan kapal pengangkut pesawat, HTMS Chakri Naruebet milik Thailand.
14.Logiknya, sebagai sebuah negara perairan dengan kedudukan Sarawak dan Sabah yang terpisah di antara Lautan Andaman membutuhkan TLDM untuk memiliki kapal ini yang mampu juga membawa kereta kebal PT91 jika keadaan memerlukan.
15.Perkara ini telah terbukti apabila negara jiran Malaysia yang lebih berbajet kecil seperti Indonesia telah membeli dua buah kapal LPD dari Korea Selatan, satu darinya KRI Makassar telah pun berkhidmat dalam tentera laut republik itu.
16.Indonesia telah menunjukkan negara itu amat memerlukan kapal-kapal jenis LPD untuk membantu mana-mana wilayahnya yang terlibat dengan konflik dan bencana alam, kemampuan membawa lebih dari 5 buah helikopter menunjukkan republik itu sedang berusaha untuk melaksanakan diplomasi “Gun Boat” yang berjaya menundukkan Malaysia ke meja rundingan semasa isu kepulauan Ambalat tidak lama dahulu.
17.Dalam masa beberapa tahun lagi, jumlah itu akan memasuki empat buah LPD di mana dua akan dibina di limbungan tempatan.
18.Singapura turut memiliki kapal LPD dari kelas Endurance dengan berat kering 6,000 tan. Sukar untuk dipercayai apabila sebuah negara kecil seperti Singapura mempunyai empat LPD yang mana setiap sebuah mampu membawa sekurang-kurangnya dua buah helikopter serta 18 kereta kebal di bawah perut kapal itu.
19.Cukup mampu untuk membawa kekuatan yang secukupnya bagi mengempur kawasan pantai Timur tanpa bersusah payah melalui Tambak Johor yang mungkin menjadi fokus pertahanan di sebelah Selatan.
20.Malah sebuah majalah dari Russia yang pernah saya baca ada mengeluarkan satu artikel di mana penulis artikel tersebut benar-benar hairan dengan niat Singapura, sebagai sebuah negara kecil, Singapura dilihat tidak sesuai untuk memiliki kapal-kapal dari kelas LPD sehingga sebanyak empat buah iaitu RSS Endurance, Resolution, Persistence dan Endeavour.
21.LPD kelas Endurance milik Singapura sehingga ke hari ini adalah yang paling canggih di rantau ini dan jumlah krew yang sedikit iaitu 65 orang menunjukkan ia bersifat “automation”.
22.Sebagai perbandingan, Malaysia yang mempunyai keluasan 329,847 kilometer dan mempunyai dua negeri yang terpisah oleh Laut China Selatan hanya mempunyai dua buah kapal sokongan lojistik serta sebuah LPD yang sudah uzur.
23.Bagi saya, sudah sampai masanya untuk TLDM memperbesarkan lagi kapal-kapal sokongan armada ke taraf LPD dan LHD.
24.Jika sebelum ini, Malaysia berminat untuk menambah lagi pemilikan kapal-kapal dari jenis LPD, niat itu dilihat berubah apabila terdengar desas-desus bahawa TLDM kini berminat kepada kapal-kapal dari jenis LHD yang mampu membawa helikopter.
25.Jika ini menjadi kenyataan, TLDM akan menjadi angkatan laut yang terulung di rantau ini kerana mempunyai “kapal induk mini” yang boleh membawa helikopter dan mungkin pesawat terbang Vertical Short Take Off Landing dari jenis Harrier.
26. Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi di antara negara Islam pertama yang mempunyai sebuah kapal pengangkut pesawat terbang atau helikopter dan menguatkan lagi legasi orang Melayu yang pernah menguasai lautan pada zaman dahulu kala.
26.Kemasukkan kapal-kapal ini juga akan membolehkan Malaysia melaksanakan “Power Projection” yang terhad serta serangan luar horizon di mana-mana kawasan di muka bumi ini (misalnya semasa Operasi Fajar di Somalia).
27.Petanda-petanda ini jelas apabila TLDM mensyaratkan kapal itu mesti mempunyai berat lebih kurang 10,000 tan, ini bersamaan dengan kemampuan sebuah kapal LHD sedangkan kapal LPD milik Indonesia yang terbaru hanya mempunyai berat 6,000 tan sahaja dan LPD dari kelas RSS Endurance turut mempunyai berat kosong sebanyak 6,000 Tan.
28.Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke limbungan kapal di Busan, Korea Selatan untuk melihat kapal LHD Dokdo pada Mac 2007 menguatkan lagi ura-ura Malaysia akan mempunyai sebuah kapal pengangkut helikopter dan bukan dari jenis LPD.
29. Sikap…ya sikap orang Melayu itu sendiri yang sentiasa suka berlebihan dari orang lain, jika banyak negara di rantau ini memilih LPD, Malaysia sudah tentu enggan menjadi pengikut (pasti memilih LHD), negara ini terkenal dengan sikap
pemecah tradisi, memecah tradisi untuk menggunakan MBT, pengguna pertama pesawat supersonik (F-5E pada 70an), pemecah tradisi trend pembelian sistem pertahanan dari AS yang mana Malaysia melanggar tradisi negara-negara Asean apabila membeli MIG-29 dari Russia, memecah tradisi populariti M16 di Asean apabila Malaysia memilih menggunakan Styer AUG dan banyak lagi.
29.Negara yang sedang menawarkan teknologi itu terdiri dari China dengan kelas LPD Type 071, Jerman dengan LHD MHD-150 dan Korea Selatan melalui LHD Kelas Dokdo.
30. Saya mengandaikan kapal LHD dari Kelas Dokdo (Korea Selatan) akan menjadi pilihan Malaysia memandagkan negara ini secara tradisinya suka membeli kapal dari Korea dan ini dibuktikan melalui pembelian dua buah kapal sokongan dari kelas Mahawangsa dahulu.
hafizseaman says
2009-2016???????
Salem Reid says
Salam Admin/Saudara Shahpaskal,
Diharap Tuan Shahpaskal dapat maklumkan kepada contact-contact Shahpaskal di ATM dan sebagainya, jika boleh pastikan benar-benar jika mahu membeli LPD atau LHD dari China, bahawasanya aset yang akan dibeli adalah benar benar bermutu dan ‘reliable’. Kita ingin membeli aset logistik maritim yang benar benar diharap berfungsi dengan baik di waktu misi kemanusiaan dan bencana alam, penglibatan penghantaraan trup dan logistik misi PBB atau waktu konflik dengan negara luar atau operasi waktu aman dalam negara. Walau pun China sudah menakluki teknologi angkasa lepas, namun di dalam banyak bidang teknology ketenteraan, China banyak melakukan reversed technology dan meniru serta mencuri reka bentuk dari negara negara Barat yang lebih maju. China masih belum sempurna dalam mengeluarkan alat alat kelengkapan perang ini terutama bidang avionik pesawat tempur, Airborne and EW , enjin pesawat dan lain lainnya. Sebagai contoh Thailand mengalami masaalah teruk dengan kereta kebal tempur utama yang dibeli dari China pada tahun 80an dan 90an dahulu, juga kapal kapal friget dari China, walaupun harganya lebih rendah dari produk serupa dari Barat. Biar Burma dan Thailand memperolehi aset tempur berharga murah dari China namun dikhuatiri tidak berfungsi sebagai mana diharapkan di waktu kritikal, ia itu masa perang. Produk LHD dan LPD dari Korea terbukti bagus begitu juga dari Perancis dan Sepanyol. Biar alah membeli tapi menang memakai. Namun teknologi China dalam pembuatan misil pertahanan udara aras rendah, sederhana dan jauh tidak dinafikan setanding dengan negara Barat. Ya Malaysia memang selalu membuat kejutan, selalunya ‘the end user’ lah yang mendapat kejutannya dan menjadi mangsa eksperimen, sebagai contoh, pembeliaan rifel Styer AUG yang digembar gemburkan sebagai begitu canggih pada waktu itu, namun tidak sempurna penggunaannya di medan, jika tidak mengapa hanya sekitar 20 tahun sahaja penggunaanya, dan banyak aduan dari para pengguna di medan, walhal pihak Australia Defence Forces masih menggunakannya hingga kini bahkan sentiasa menaik taraf sistem senjata AUG dengan teknology terkini seperti penggunaan picatinny rail alat tenangan red dot dan sebagainya. Ramai berpendapat pembelian Styer adalah satu pembelian ‘political’ yang mana kualitinya dipersoalkan dan harganya terlalu mahal, di mana harga rifel M1A2 baru hanyalah 800 dolar Amerika pada tahun 1994, kita dapat membeli 2 pucuk M16A2 baru berbanding sepucuk Styer AUG. Saya termenung memikirkan siapa PAT ketika itu, saya sedar ada tidak kena dengan pembelian Styer ini. Cukuplah dengan kejutan kejutan setakat ini, jika yang positif, boleh kita terima. Pihak bukan pucuk pimpinan ATM biasanya senyap tidak boleh bersuara ketika zaman pra 2000, namun sekarang zaman IT ini penyampaian maklumat amat pantas dan meluas. Wassalam.
anas says
bagus….saya pun ada dengar khabar angin ini….tetapi bro saya ada terdengar jugak benarkah Malaysia hendak menbeli aircraft navel transport di korea selatan…..dengan 2 unit
Mr Echo says
Saya rasa kalau mahu kos efektif boleh pertimbangkan LPD 071 dari China. Lebih murah dan praktikal…… Buat masa ini kita lebih perlukan LPD. Bukannya menunggu saja bajet untuk LHD. Sekadar pendapat saya……
hobi aq berak merata-rata says
http://en.wikipedia.org/wiki/Izumo-class_helicopter_destroyer
http://en.wikipedia.org/wiki/Ōsumi-class_tank_landing_ship
http://en.wikipedia.org/wiki/Hyūga-class_helicopter_destroyer
cadangan dari saya.izumo dan hyuga class 3 dalam 1 .helikopter carier,amphibious transport dock (LPD)dan juga destroyer
uniq says
saya setuju kalau Malaysia beli kapal dari Korea atau China.
uniq says
Dey Tambi…..siapa yang mengada? tak percaya sama PM kita ke? cuba berbudi bahasa sikit dengan panggilan najib tu..ingat dia lu punye adik ka? lahanat!
jaja says
ingat bro…kat tentera yg brjuang utk malaysia bkan dari bngsa melayu saje……klau cam ni lah prangai owg melayu yg asyik menganggap mereka saje yg memiliki malaysia….tak hairan lah aq jika konflik dlm negara ni brlaku……contoh….mungkin malaysia akan brhadapan dengan masalah peperangan dlm negara antara owh mlyu dgn kaum lain di malaysia….senang diertikan dengan”rusuhan kaum”….”menguatkan lagi legasi orang Melayu”.perkataan yg aq tak suka..adakah mlyu je yang memiliki malaysia?tolonglh jngn nak mengada sangat….. cuba fikir,adakah selepas pemerintahan najib ini nanti keadaan dalam malaysia msh aman,hubngn antara kaum msh harmoni sprti skrg? jawapan aq sudah pastinya malaysia tak akan aman lg…….
jaja says
da Lg info yg lain…
http://www.forumbebas.com/thread-59796.html
http://jettempur-gundam.blogspot.com/2012/05/heli-serang-buatan-indonesia.html
aa' says
berbagi info…..
http://endanesia.com/content/view/221/66/
http://kick-asep.blogspot.com/2012/03/kapal-induk-pertama-buatan-anak-bangsa.html
Andy says
Salam…
Maaf menyampuk… nak buat pembetulan tentang Kor Marin utk US Military atau USMC tu, bukan nak tunjuk pandai, tapi nak perjelaskan informasi supaya kita dapat maklumat yg betul… USMC adalah salah satu cabang dlm US Armed Forces dan bukan dari entiti atau cabang tentera laut, cumanya operasi pasukan USMC sering di gabungkan dgn US Navy dan terdapat detachment USMC dlm kapal2 US Navy… ini adalah hasil pencarian saya dalam Wikipedia:
Kor Marin Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris:United States Marine Corps) merupakan satu cabang dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk memberikan kekuatan perang dari arah laut dengan menggunakan kelengkapan Tentera Laut Amerika Syarikat bagi mengatur gerak pasukan tempur dengan pantas ke kawasan bergolak di dunia. Dari segi pentadbiran, Kor Marin diletakan bersama-sama dengan Tentera Laut A.S di bawah pengawasan Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat. Walaupun Kor Marin bekerja rapat dengan Tentera Laut A.S dari segi latihan, pengangkutan dan logistik, kedua-dua pasukan ini merupakan merupakan cabang yang bebas antara sama lain di dalam Angkatan Tentera A.S.
Setakat 30 April 2008, kekuatan anggota dalam Kor Marin adalah di sekitar 200,000 anggota tetap dan 40,000 anggota simpanan. Kor Marin merupakan cabang pasukan bersenjata Amerika Syarikat yang paling kecil dalam Jabatan Pertahanan. Meskipun begitu, kekuatan Kor Marin lebih besar berbanding jumlah keseluruhan anggota tentera dalam sesetengah negara yang lain di dunia.
harap2 dgn penjelasan ini kita sama2 mendapat ilmu…
Chuck says
Kita patut beli USS Enterprise (CVN-65) dari Tentera Laut AS. Menjadi negara Asia Tenggara yang pertama menggunakan nuclear powered aircraft carrier.
Merkia says
Saya ingat Malaysia akan memiliki kapal pengangkut pesawat seperti USS Taratoga, USS Ronald Reagan, USS Nimitz & seangkatan dengannya. Di Malaysia kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 biji. Dua biji untuk menjaga Selat Melaka & Laut China Selatan. Dua biji lagi menunggu giliran sehingga dua biji sebelumnya menamatkan tempoh bertugas di laut lepas.
malayahudi says
beli dari mat indon lagi baik, murah dan kualiti tak kalah dari buatan korea selatan dan jerman, tak payah nak jeles dengan jiran kita yang lagi pandai dari melayu yang mcm beruk sakai
aan says
dengar kate kapal roks dokdo yg malaysia nk bli tu kecik sket dari size yg original…tapi ye ke malaysia akn beli…tapi takper rrrrrrrr….utk kebaikan negare gak
g-gun says
walaupun saya penyokong pembangkang tetapi saya tidak senang hati dgn sikap sesetengah pembangkang yg suka pertikaikan sesuka hati pembelian persenjataan yg dibuat oleh kerajaan tanpa melihat secara menyeluruh kepentingan pembelian ni.dlm isu lain mungkin saya berpihak jika ade btlnya tetapi dlm soal pertahanan dan keselamatan negara,bengang saya dgn sikap pembangkang.tk takut ke negara kena jajah semula.musuh2 negara mengelilingi malaysia pon rasa tk takut gi.
yu says
beli jgn tak beli, tapi jangan ada penyelewang dan satu pihak merk-up price samapai ada satu pihak rugi(tipah tertipu) sudahlah..
g-gun says
saya sokong sekirannya program ini dibuat didalam negara.malaysia perlukan sekurang2 kurangnya 10 kapal jenis ini
Aiman says
Wahh bagus shah aq hrp kite akan bli lhd dokdo…asal ko lmbat update ahh??sure ade topik baru kan??
remyzero09 says
Harap agar pembelian kapal LPD ini disegerakan kerana boleh diatur gerak untuk pelabagai misi.
thenone says
walaupon dalam kebanyakan isu gua sokong Pakatan, tapi dalam bab pembangunan dan pemodenan ketenteraan gua SOKONG ATM MEMPEROLEHI ASET2 YANG LEBIH CANGGIH DARI NEGARA SERATAU, dan walau pon gua sokong PAKATAN tapi dalam bab pertahanan mana2 pemimpin pakatan yang berpikiran sapa nak serang malaysia, buat apa nak beli itu ini adalah pemimpin pembangkang yang bangang dan bongok serta berfikiran sempit… mangkuk pe die org ni ingat nak latih askar ni main 2/3 bulan je ke… perang ni bukannya perkara main2, sekiranya berlaku sungguh serangan dari negara luar, takkan kita nak bperang pakai basikal kut.. bongok pe.. cuma bagi aku ada baiknya kita belajar bina sendiri teknologi persenjataan laut, udara dan darat..
dengar kabor skang ni indon dh JV ngn korea nak bangunkan F-50 base on t-50 Golden Eagle… Betul ke?
Anonymous says
Pasukan marin ni macam pasukan PARA 10 lah tapi dia biasanya di associatekan dengan laut.
Marin tidak sama macam navy…kalau kat US ada kapal untuk Navy dan ada juga kapal untuk Marines.
Pesawat pejuang pun ada, Harrier digunakan oleh US Marines tetapi US Navy tak pakai Harrier.
Cuba rujuk kat Wikipedia.
You better get your facts right, as your forum is read by many.
The Marine is a component of the US Navy, it is the smallest unit in the US Armed Forces. On the seal of the Marines, is stated 'Department of Navy'. Both US Navy and US Marine has only one representative, which is the Secretary of the Navy which looks into the need of both.
Ships are mend by Navy personnel, and never by a Marine.
The Marine Commandant is at par with the other Joint Chief and may also be promoted to Chairman of the Joint Chiefs.
PARA is never considered a Marine, they don't travel alongside with RMN. They do not support sea assult and the word PARA – Paratroopers or Airborne.
Please get your facts right, as it is very distasteful.
Anonymous says
Sorry kawan-kawan, komen aku kat atas banyak salah tulis.. hehe..
tp aku yakin korang faham maksud aku.
jgn maree..
Anonymous says
Shah,
aku tertarik dengan 2 point kat atas sekali.
pertama berkenaan LPD.. aku seakan teruja bila Malaysia ditawarkan dokdo oleh korea. berbanding tawaran dari negara lain, Dokdo nampak lebih sesuai untuk malaysia dan persekitarannya.. lagipun kita bukan nak beroperas di lautan luas.. paling luas pun Laut China Selatan. jarang-jarang beraksi di luar dari itu. aku sangat setuju dengan dokdo..dari segi kos pun aku rasa malaysia mampu.. aku harap kita ada sekuarngnya 3 Dokdo(2 operasi 1 maintainence) dengan timbalan minyak sawit dan bahan mentah lain. Baru ni PM egi Korea.. takde pape input dari sana berkaitan dokdo?
Kedua berkenaan marin, aku tak setuju kita ATM wujudkan pasukan marin. bagi aku Marin hanya jika negara melihat ke arah usaha agresif menyerang dan menguasai silayah negara lain. memandangkan doktri ATM lebih ke arah Offensif yang dipersetujui semua rakyat, lebih elok kita siap siagakan PAS yang sedia ada dan mungkin perbesarkan jumlah mereka. itu lebih baik.. sebab PAC mempu diaturgerak melalui darat laut dan udara..kita tak perlu Marin..
pendapat koman aku jek =)
Jimmy Tham says
I don't quite agree with the purchase of LPD if it is just to match up with our neighbour's power but if it for the use during natural disaster like what had happened during the tsunami I'm all for it.
They said, don't build a thing which you can't afford to lose. We could rely on assymetric warfare to sink those LPD of our neighbours if needed to =)
joekumbang says
Tak sabar Shah untuk dapatkan info EC-725.Sebab yang diketahui Malaysia tak memilih MI-17 kerana ia tidak diperanankan untuk CSAR.Dengan kata yang lain tidak sesuai.(Menurut kata Jeneral TUDM)
MI-17 pula lebih sesuai untuk PUTD. Memang ada keperluan ke arah itu tetapi tau lah seorang politician dari DAP menghentam kerajaan dengan cakap kenapa tak beli MI-17.
Dia suruh beli H-92 Superhawk. Tapi tu newbird. not combat proven..
Untuk CSAR memang mahal. France pun guna 7 EC-725 untuk CSAR.Peralatannya canggih dan sofitiskated..
Sebab tu la kos memilikinya membuatkan rakyat yang malas buat research tu melenting tak tentu pasal..
Macam saudara2 sekalian boleh buat research, bahaskan disini.. Moga2 kita dapat input yang berguna.
“Cepat dan Cergas”.
mohd salman says
hm, satu info yang amat menarik.. thanks shah..
aku pun amat berharap agar malaysia dapat menambah equipmentnya…
shahpaskal says
Pembelian kapal2 ini mungkin akan dibuat pada Rancangan Malaysia yang akan datang.
Bukan masalah duit, tapi sikap, masalah sikap sesetengah rakyat yang suka mempolitikkan apa jua pembangunan untuk ATM.
Contohnya, pembelian EC725 sudah diberi status Projek Nasional tapi ianya ditangguh kerana kelancangan mulut ahli politik dan serangan-serangan peribadi oleh bloggers dan seluruh hamba rakyat yang mengikut mereka.
Sedangkan inilah masa terbaik untuk beli helikpter apabila negara2 barat sedang menghadapi kemelesetan ekonomi.
Saya akan menghasilkan laporan mengenai EC725 yang anda belum pernah lihat selama ini. Saya janji…untuk negara, agama dan anak bangsa saya.
gen2 says
skrg dah gawat…ekonomi down nak beli macam mana. masa duit tengah banyak tak nak beli…ihh..ihh
MT Mohamad Yassin says
LHD DOKDO memang sesuai, tetapi adakah bajet kita cukup?
Bukan sahaja kapal LPD sahaja memerlukan penggantian segera, tetapi turut menuntut TLDM untuk menambah jumlah kapal permukaan sedia ada.
Pada pandangan aku, sebagai sebuah negara litoral dengan wilayah terpisah oleh laut, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya:-
2 unit LHD (DOKDO pilihan terbaik masa ini, tapi Yuzhao Class pun ok)
2 unit Frigate (Tgh tunggu pembinaan tambahan Kelas Kasturi)
12 unit Kelas Kedah NGPV tambahan ( pastikan dilengkapi dengan sistem pertahanan udara dan ASW/untuk gantikan FAC La Combattante & Spica-M)
4 unit MCV (untuk ringankan beban Kelas Lerici sedia ada)
Kesemua keperluan ini sebenarnya mendesak.
shafik says
Dah sampai masanya malaysia punyai carrier.
Carrier ship yang sedia ada, nampak macam terlalu terdedah pada serangan mudah musuh. Perlindungan yang amat minima selain mengharap perlindungan kapal pengiring semata2.Dengan adanya carrier ship terbaru, ibarat control n command center yang boleh digerak ke sana sini.multi purpose carrier ship.
shahpaskal says
thank you anonymous, who ever u are, i strongly support the dokdo LHD.
perhaps, the navy will have the budget on RMK 10, rite now heli replacement for nuri is on top priority
Anonymous says
dpt info drp. website ni:
http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?p=3971946&posted=1#post3971946
The Chinese LDP was officially rejected, its just a rumor clarified by the navy chief himself. Never heard of German involvement in the MSS project, AFAIK only Korea DOKTO were in close enough to be define as "being eye on". Others active participant were Italian S.GIUSTO, Dutch MRV, and French MISTRAL LHD.
emotionless_teenage says
bezanya USMC dan USN tu dah lain2 cabang(kebanyakan marin adalah dalam cabang tentera laut)
rasanya malaysia berminat untuk dapatkan lpd korea
shahpaskal says
Pasukan marin ni macam pasukan PARA 10 lah tapi dia biasanya di associatekan dengan laut.
Marin tidak sama macam navy…kalau kat US ada kapal untuk Navy dan ada juga kapal untuk Marines.
Pesawat pejuang pun ada, Harrier digunakan oleh US Marines tetapi US Navy tak pakai Harrier.
Cuba rujuk kat Wikipedia.
zakzak says
very informative.
tapi aku tak paham satu benda, pasukan marin tu kiranya pasukan pengangkut kenderaan dan bukannya pasukan navy ke?
sorry la soalan x cerdik sangat.
shahpaskal says
Hahaha..ok hazrey aku dah emel nombor aku kat kau, bila ko nak mai KL. Aku dengan shamsul (ondscene) menunggu kedatangan ko ni, nak ajak minum teh tarik
Lt. says
harap2 navy dapat peroleh sekurang2nya 2 buah LHD dalam masa terdekat nie….penting untuk logistik semenanjung, sabah dan sarawak…
Hazrey says
lama betul nunggu kau update. aku baru nak hack blog kau walaupun aku tak pandai hack blog. Hahaha.
Bro, nanti email kat aku hp ko. Ada benda nak tanya. Email aku [email protected]