Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Darat / TOP SECRET : VERA-E DALAM TENTERA MALAYSIA

TOP SECRET : VERA-E DALAM TENTERA MALAYSIA

February 19, 2009 by Admin 21 Comments


SENARIO
———

1. Beberapa tahun yang akan datang mungkin pada sekitar 2013, Singapura akan mempunyai keupayaan peperangan halimunan yang terunggul di Asia Tenggara apabila pesawat generasi kelima dunia buatan Amerika Syarikat (AS), F35 Joint Strike Fighter akan memasuki inventori Singapore Air Force (SAF).

2. Pada hari ini, keunggulan itu sudah pun dimiliki oleh Singapura melalui pemilikan kapal perang frigate dari jenis Delta yang turut memiliki teknologi halimunan (Stealth) dan mengambil alih kedudukan kapal KD Lekiu dan KD Jebat dari jurnal Jane’s Defence Review sebagai kapal yang tercanggih di rantau ini.

3. Sebagai rakan kongsi dalam pembangunan F35, tidak mustahil republik itu akan memiliki teknologi halimunannya sendiri untuk diterapkan pada pembinaan pesawat-pesawat pengintip robotik Singapura atau UAV.

VERA-E

4. Pada tahun 2007, Malaysia dilaporkan telah membeli sistem sensor peperangan elektronik yang bersifat pasif iaitu VERA-E dari Republik Czech yang dipasang pada pelantar mobil (lori).
(NOTA PENULIS : Oleh kerana bimbang pembelian itu dikaitkan dengan soal kronisme, rasuah dan pembaziran wang rakyat, pembelian itu dirahsiakan…AGAKNYA KOT).

5. Pembelian sistem ini oleh Malaysia hampir tiada langsung dilaporkan oleh media malah, agak sukar untuk mencari maklumat pembelian ini dari internet kerana tahap kerahsiaannya yang tinggi.

6. Kerajaan Malaysia dilaporkan cuba menafikan pembelian VERA-E tetapi media negara ini akhirnya membocorkan maklumat itu kepada awam.

7. Walaupun selepas penyiaran itu dibuat, orbat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri tidak memasukkan sistem itu dalam senarai pemilikan sistem pertahanan Malaysia.

8. Ia tidak pernah dipamerkan…atau dipertunjukkan kepada wartawan, fotonya dengan logo ATM tidak pernah disiarkan, kewujudannya juga cuba dinafikan kecuali satu artikel yang disiarkan oleh Bernama yang kemudian dipetik oleh sebuah akhbar tempatan (tidak ingat di mana artikel itu disiarkan) sebagai satu-satunya bukti bahawa ATM telah memiliki sistem itu.

9. Ramai orang menyangka bahawa VERA-E merupakan sejenis radar, sebenarnya tidak, ia adalah sistem Electronic Support Measures (ESM) (alat untuk peperangan elektronik) yang berbeza fungsinya dengan radar.

10.Sistem yang amat canggih dan kompleks ini turut dibeli oleh Amerika Syarikat, ia merupakan sistem yang terbaik untuk mengesan pesawat-pesawat halimunan malah kemampuan pengesanannya juga sangat jauh, iaitu 450 kilometer.

DI MANA VERA-E

11.Hari ini Vera-E menjadi sebahagian dari Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang berpengkalan di Butterworth tetapi pemilikannya diletakkan di bawah Grup Artilleri Pertahanan Udara (GAPU), Tentera Darat Di Raja Malaysia.

12.Sistem Vera-E dan radar 3D Marconi akan saling melengkapi SPUN untuk menangani sebarang pencerobohan dari udara, satu bersifat pasif dan satu bersifat aktif.


PASIF DAN AKTIF

13.Bayangkan senario peperangan “Pre Emptive Strike” dengan sebuah negara musuh.

14.Sekumpulan lapan pesawat F-35 terbang formasi rapat melalui Laut China Selatan, arahan dikeluarkan dari pesawat peperangan elektronik AWACS atau AEWC.

15.Radar Marconi milik TUDM di Butterworth turut mengesan mereka tetapi terlalu banyak gangguan elektronik dan mereka mungkin merupakan pesawat awam, beberapa detik kemudian blip blip pada skrin radar tiba-tiba hilang seolah-olah pesawat-pesawat terbabit ghaib.

16.Ketua Skuadron pesawat musuh itu, Capt Eric mengarahkan semua pesawat dalam misi serangan mematikan sebarang bentuk hubungan, “radio silence”, tugasan Suppression of Enemy Air Defence (SEAD) dalam Operasi Water Supply No More itu harus dilaksanakan secepat mungkin.

17.2 minit berlalu, operator radar Marconi 3D masih gagal mengenalpasti matlamat pesawat misteri dalam radar beliau malah tidak dapat menduga destinasi pesawat, beliau juga terpaksa memantau pesawat yang lain, trafik udara pada malam itu agak sibuk, salah sebuah negara jiran yang bakal mengisytiharkan peperangan secara rasmi esok itu telah meningkatkan trafik udaranya untuk mengelirukan dan supaya tidak menimbulkan syak wasangka kepada negara jirannya yang lebih besar ini.

18.Pada masa yang sama, operator radar itu tidak menyedari bahawa radar Marconi yang bersifat aktif itu telah mengeluarkan pancaran radiasi yang dikesan oleh sistem elektronik F35 terbabit.

19.Misil AGM-88 Harm (High Speed Anti Radiation Missile) kemudian dilancarkan oleh ketua skuadron pesawat musuh, misil bergerak laju mengikuti pancaran radiasi radar Marconi….11, 12, 13 dan boom, satu letupan besar berlaku memusnahkan sistem radar malang tersebut.

20.Mereka bagaimanapun lupa satu perkara, satu unit mobil Vera-E di Genting Highland sedang memantau mereka secara pasif, sistem elektronik F-35 serba canggih itu gagal mengesan bahawa dirinya sedang diintip oleh Vera-E.

21.Beberapa minit sebelum itu, operator Vera E telah pun menghubungi pengkalan udara Gong Kedak untuk membolehkan juruterbang pesawat Su-30 MKM bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang.

22.Operator Vera E sedang membuat beberapa pengiraan dan analisis mengenai pesawat misteri yang mematikan sistem radar dan hubungan komunikasi itu.

23.Jika begitu keadaan pesawat-pesawat itu, niat mereka jelas tidak baik dan amat buruk sekali jika mereka berjaya memusnahkan pesawat-pesawat TUDM di lantai pengkalan udara Gong Kedak.

24.Vera E mula bekerja, oleh kerana ia bukan radar, sistem itu mula mengesan gelombang-gelombang elektronik pada pesawat misteri tadi, sudah tentu pesawat terbabit ada memancarkan isyarat IFF (sistem untuk mengesan sahabat atau musuh) atau sistem TACAN/DME interrogator (akan memaksa sistem IFF pesawat lain untuk
memberi maklum balas samada mereka musuh atau tidak).

25.Dengan kecanggihan sistem Vera-E, ia sudah dapat mencongak arah dan jangkaan masa pesawat-pesawat musuh itu akan tiba ke pengkalan udara Gong Kedak.

26.Pada masa yang sama, Mig 29 dari pengkalan udara Kuantan dilancarkan untuk memintas pesawat musuh.

27.Hanya beberapa minit sahaja lagi, apabila sebuah misil Beyond Visual Range (AMRAMMSKI R72) dilancarkan dari jarak 70 kilometer oleh Mig 29 mengenai pesawat ketua skuadron musuh.

28.Tembelang mereka sudah pecah…operasi untuk menghancurkan atau meminimalkan kekuatan Su-30 MKM TUDM di pengkalan udara Gong Kedak gagal.

29.Mereka gagal mengulangi kejayaan “Pre Emptive” tentera udara Israel dalam Operasi Focus, 1967 di mana kekuatan udara negara-negara Arab dihancurkan di atas darat sebelum sempat beraksi dalam pertempuran berikutnya.

NOTA PENULIS : INI MERUPAKAN ANALISIS BERDASARKAN PENGETAHUAN PENULIS YANG SANGAT MINIMA DALAM PEPERANGAN ELEKTRONIK DAN STRATEGI PEPERANGAN UDARA \

IA JUGA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN NAMA INDIVIDU DAN NEGARA YANG MASIH HIDUP SERTA YANG SUDAH MATI HEHEHE

BERIKUT MERUPAKAN PETIKAN BERITA MENGENAI RADAR VERA-E YANG BERJAYA DIPEROLEHI PENULIS DALAM SATU FORUM ANGKATAN TENTERA SEMASA ANALISIS INI SEDANG DITULIS

Dzirhan Mahadzir JDW Asia-Pacific Reporter
Kuala Lumpur

Malaysia has finalised contracts for the purchase of up to 18 Avibras Astros II Multiple Rocket Launchers (MRL) and an undisclosed number of Czech VERA-E radars.

The closed-door signings took place at the Ministry of Defence complex in Kuala Lumpur on 7 August. General Tan Sri Abdul Aziz Zainal, the Malaysian armed forces chief, declined to discuss the VERA-E deal but confirmed the acquisition of a second batch of Astros MRLs to supplement those ordered in 2000.

Without addressing cost or numbers, Gen Tan Sri Abdul Aziz acknowledged that the army was getting enough systems to equip a second MRL regiment. The first MRL regiment is equipped with 18 launchers.

He added that one of the army’s artillery regiments equipped with the Denel 155 mm G-5 towed gun would be converted to deploy the Astros II, while all the G-5s would then be consolidated into the remaining regiment under a plan to re-organise and enhance the army’s firepower.

Malaysia has 22 G-5s in service.

Separately, Malaysia expects to have its Sukhoi Su-30MKM fighters operationally ready by the end of 2008.

Royal Malaysian Air Force (RMAF) Chief General Tan Sri Azizan Ariffin stated on 10 August that six of the fighters are currently in the country at RMAF Gong Kedak and that four pilots are training as instructors under Russian tutelage, while four others are being trained in Russia.

Related

Filed Under: Darat

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« BROKER SENJATA
KAPAL PENGANGKUT PESAWAT PERTAMA MALAYSIA DAN ORANG ISLAM »

Comments

  1. Reza says

    October 10, 2015 at 12:41

    Kalau singapore berniat serang kita, tenggelamkan singapore dgn air laut.

    Reply
  2. Mohd Azm says

    February 9, 2015 at 13:59

    Saya pereka cipta dari Malaysia….kami dah berjaya reka cipta Mini EMP Bomb that can fry all RF chips…hyhuhuhu….including Vera E, And all Radar…including Car alarm remote control…Wifi, GSM systems and even Smart Tag…

    12v battery motor can cover 1-3km in radius….kikikikiki

    Reply
  3. www_aku says

    January 15, 2014 at 09:38

    Assalamualaikum..

    Tuan admin, mohon share dlm FB.

    Terima kasih…

    Reply
  4. Hafiz Alyas says

    August 25, 2012 at 04:45

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Anonymous..
    Anonymous ni orang Malaysia atau Indonesia ??

    Reply
  5. achmad abdollah says

    January 1, 2012 at 21:03

    Saya amat bersetuju sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia mempunyai sistem pertahanan dan ketenteraan yang digeruni pihak musuh seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran agar umat islam bersedia dengan apa cara sekalipun untuk mempertahankan maruah dan harga diri AGAMA, bangsa dan negara. namun dalam soal perlaksanaannya biarlah tulus dan tiada unsur ‘jenayah’ seperti rasuah dan penyelewengan dalam memperolehi aset pertahanan.
    Dalam isu ini, saya tidak mahu penyalahkan kerajaan 100% dan juga pembangkang! Sewajarnya peranan harus di mainkan oleh pasukan tentera dalam usaha mengimbangi tahap ‘kegusaran’ pihak yang mewakili rakyat terutama pembangkang. tentera sebagai pihak tengah sewajarnya menjelaskan setiap keperluan yang diperolehi dalam tujuan mempertahankan negara. Kegusaran dipihak pembangkang adalah wajar kerana skandal rasuah dan peyelewengan begitu banyak ditemui (belum disiasat dan malah hilang begitu sahaja) bukan hanya di dalam pembelian peralatan pertahan tetapi lain-lain isu seperti NFC, kekayaan terlarang di sarawak dan sebagainya yang banyak dalam parti pemerintah sekarang maka munasabah jika pembangkang juga mempersoalkan pembelian luar biasa (jumlah amaunnya) dalam pembelian pertahanan. Saya suka jika kedua2 pihak dimaklumkan mengenai aset pertahanan negara bagi mengelakkan timbul salah faham dan barlah ianya menjadi rahsia antara kedua2 pihak. Pembangkang juga warga malaysia. Sama-sama kita fikirkan. Memang benar jika hanya satu pihak berperanan dalam membuat pembelian kemungkinan peyelewengan wang kerajaan dan rakyat akan berlaku. Ini fakta.

    Reply
  6. Ki Gaman says

    November 6, 2011 at 20:31

    Setuju, pembelian barang dan benda2 pertahanan tdk seharusnya didedahkan kesemuanya pada umum , mendedahkan segala senjata yg ada pada musuh umpama menghulur lisau pada musuh utk tikam perut kita sendiri !

    Malaysia , harus menyembunyikan dan merahsiakan sesetengah pembelian senjata atau benda2 kegunaan tentera , apatah lagi jika senjata yg dikategorikan sebagai rahsia ! tak perlu didedahkan , tak perlu diwar2kan , tak perlu diumumkan pada semua , sekiranya ia terdedah maka ia bukanlah diangap rahsia lagi , mungkin malaysia ada senjata C , atau ada sembunyikan senjata Y , atau malaysia punya virus G ? segalanya tak perlu didedahkan , setiap negara ada rahsia tersendiri , ada taktik dan prosedur tersendiri , dalam pertahanan tidak boleh terlalu jujur , dalam bidang ketenteraan tiada istilah baik atau tulus suci murni ! segala kemungkinan boleh berlaku , apa2 boleh berlaku .

    Reply
  7. naza says

    August 9, 2011 at 08:10

    laporan badan penyiasat usaf mendapati bahawa, pesawat itu memang telah di tembak jatoh. tapi `kita` masih beranggapan teknologi blok timor tak maju. cepat je kita nak decommission mig yang missile nya mampu lock on any target. tak saperti missili blok barat yang boleh memilih untok tak meng`lock` friendly target,even it is a threat to us

    Reply
  8. g-gun says

    August 8, 2011 at 19:09

    khabarnya sistem ini digunkan utk mengesan jet pengebom halimunan amerika oleh tentera serbia ketika konflik bosnia sehingga ia berjaya ditembak jatuh.betul ke??kalu btl memang tk ade masalah utk memusnahkan ancaman pesawat halimunan dari singapura.

    Reply
  9. Anonymous says

    August 21, 2009 at 18:06

    What most of you here don't understand or will never find out if you're a civillian is, the final decision maker in a arment procurement is NEVER the military, but the political masters, the Defense Ministers and his cronies.

    Be it the Chief of Army, Airforce or Navy, are but merely a rubber stamp, including MINDEF's KSU.

    The services Chief may have ideas and list of wants, but its the political masters & cronies will make the final call.

    Perajurit or even the local paper WILL NEVER publish this, but this is a fact to be reckon with.

    So, stop being so naive and wondering why the Navy didn't buy this, or Army didn't do that.

    Even the promotion of ranks is not entirely to the discreation of the Joint Commitee, but influence by a cabal of contractors like Ayob…or Airod's boss.

    One thing Singapore managed to avoid, wide corruption across its Armed Forces.

    Reply
  10. Anonymous says

    August 12, 2009 at 22:00

    aku rase ape yg tertulis kt sini..sebenarnye dh dijangka oleh jiran selatan kite tuh..e.g:of course la kalo radar2 camni kene letak kt tpt yg tkde terrain obstacle-mane lgkalau kt bukit bukau???)..budak2 IT mamcam aku pon tau(WiMAX seh)forward-thinkers beb(jiran selatan lg power bab2 nih)…. no worries….i bet he wouldnt dare to talk more since he knows the limit..chill bros

    Reply
  11. Anonymous says

    August 4, 2009 at 15:39

    sya setuju dgn www. kenapa penulis sewenangnya mengkaji apa yg tidak sepatutnya dikaji. buatlah kajian pasal bumi yg semakin hari semakin panas ke atau laut yang semakin meningkat ke daripada menderma maklumat negara kepada umum yg susah payah dirahsiakan oleh abg-abg askar kita. ini kita bercakap ketika aman memang tiada yg perlu dirisaukan, dikala perang esok penulis sendiri secara tidak langsung membantu mereka yg memerlukan maklumat ini. Arwah bapa saya seorang pejuang negara, sedih jika perjuangan org2 terdahulu tidak dipelihara. Jadilah warganegara yg amanah.

    Reply
  12. \\`\\`\\` says

    July 4, 2009 at 17:03

    well, mungkin penulis agak berfikiran sempit ketika menyatakan mengenai kronise, rasuah DLL. mungkin ada sbb lain mengapa ia dirahsiakan. jgn terlalu berfikiran sebegitu. mungkin ada sbbnya mengapa ia dirahsiakan. pada pandangan saya mungkin MAF juga sedang cuba utk menuju ke arah peperangan EW yg semakin meluas kini. maka kita juga perlu menyembunyikan apa yg perlu kita simpan. ini secara terang2an penulis bagi info pada semua. satu dunia. dimana rasa kewarganegaraan kita dalam menyimpan kedaulatan negara kita. tiada langsung walau setitis.tiada rasa simpati dgn titik peluh penat jerih warga tentera kita mencari apa yg mereka usahakan. saya tinggal di sekitar kaw kem dan ramai kawan. mmg ada antara mereka yang teruk tapi segelintir shj. kebanyakan mereka cuma mencari sesuap nasi. saya kesian tgk diorang. keluar ops 2 3 blan then balek sebulan dua then keluar ops balek. utk apa? utk menjaga kedaulatan negara kita. walaupun sy bukan warga tentera, sy tetap memahami apa yg rakan2 sy alami. tinggal anak, tinggal bini.

    for the F117, they are shot down because got trace by the serb pasive radar flying the same pathway and same frequency. the serb just shot a missile and hope it got hit and it hits.

    Reply
  13. Anonymous says

    May 29, 2009 at 03:32

    Assalamualaikum ……some knowledge for u people out there ….

    Vera E (Elint) khas for air surveillance detection using TDOA method , Vera SDD khas for Ground surveillance detection , both are passive systems , kolchuga is passive ground surveillance similar to Vera SDD not Vera E , Vera A khas for monitoring SIF signal usually attached with ATC. Vera systems have both stationary and mobile….
    the only radar in the world with no limitation pada bentuk muka bumi is OTH radar he he he using ionosphere n troposphere propagation

    For detection of stealth F117 in Serbia , detection wasn’t made by vera system …he he he , is an old russian radar P-38 modified ( freq range 50MHz up to 500MHz only ) Part of RF absorber for stealth technology DOESN’T work with frequency below 500MHz , future detection is by change of polarization of wave propagation instead of absorption or reflection… ( information are limited )

    serbians are smart , they have created many emitters using microwave ( frequency are similar with CW radars ) thus creating many flashers in Radar warning receiver (RWR) , most
    MRCA will start firing anti-radiation missiles to radar system but fail to capitalize he he he he….

    Reply
  14. MT Mohamad Yassin says

    March 10, 2009 at 18:42

    Jika tidak silap, Kolchuga juga turut dipasang pada kenderaan (Mobile Radar).

    Reply
  15. Anonymous says

    March 6, 2009 at 13:31

    Disebabkan vera masih ada limitation pada bentuk mukabumi, kelebihan dia pada mobiliti aku rasa keberkesanan boleh dioptimumkan sekiranya ianya diletakkan dilokasi rahsia tempat2 tinggi di banjaran titiwangsa

    powerwoot

    Reply
  16. shahpaskal says

    March 5, 2009 at 22:32

    Benar tetapi, jarak jauh walaupun 2,000 kilometer sekali pun belum tentu efektif memandangkan permukaan bumi Malaysia yang bergunung ganang.

    Sila rujuk web-web yang menawarkan laporan mengenai sesuatu sistem radar. Ia pasti akan memberitahu jarak aktif sesuatu sistem radar atau ESM macam Vera boleh terhalang akibat gunung ganang kerana itu Malaysia amat memerlukan pesawat radar amaran awal seperti AWACS.

    Reply
  17. MT Mohamad Yassin says

    March 5, 2009 at 12:05

    Malaysia sepatutnya turut membeli Kolchuga yang memiliki sifat yang sama tetapi mempunyai prestasi yang lebih baik.

    VERA-E mampu mengesan dalam lingkungan 400km radius/altitude 20km. Kolchuga pula mampu mengesan sasaran dalam 800km radius/altitute 23km.

    Reply
  18. Anonymous says

    March 5, 2009 at 10:47

    Terjumpa perolehan VERA-E dalam Laman web Kerajaan ini:
    http://www.mod.gov.my/index.php?Itemid=323&id=730&option=com_content&task=view&lang=en

    detail seperti berikut:

    No. Tawaran : EB19/2008

    Tarikh Iklan : 10.06.2008
    Bil. No. Sebutharga

    Tarikh Tutup

    Tarikh E-biding

    Keterangan Status

    1.
    KP/P/SH/MTO/B3/45/2008

    16.06.2008 SEBELUM 12.00 TENGAHARI

    23.06.2008 JAM 9.00 HINGGA 10.00 PAGI

    Perlantikan MTO Bagi Mengangkut Alatganti Pesawat CN 235 (secara e-bidding)

    Keputusan Selesai:

    Surat Setuju Terima telah dikeluarkan. Mana-mana syarikat yang tidak menerima SST dianggap tidak berjaya.

    2.
    KP/P/SH/MTO/E1/46/2008

    16.06.2008 SEBELUM 12.00 TENGAHARI

    23.06.2008 JAM 10.30 HINGGA 11.30 PAGI

    Perlantikan MTO Bagi Mengangkut Anti Tank Launcher RPG7 Untuk Tentera Darat. (secara e-bidding)

    Peringkat penilaian

    3.

    KP/P/SH/MTO/B1/47/2008

    16.06.2008 SEBELUM 12.00 TENGAHARI

    23.06.2008 JAM 2.00 HINGGA 3.00 PETANG

    Perlantikan MTO Bagi Mengangkut Air Defence Passive Radar System (Vera-E) Untuk Tentera Darat. (Secara E-bidding)

    Peringkat Penilaian

    Syarat Khas Bagi Bil 1-3:-

    1. Tawaran Secara eBidding ini terbuka kepada tiga puluh tiga (33) syarikat sahaja yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai Panel MTO untuk menguruskan penghantaran barangan import/eksport kerajaan.

    2. Setiap transaksi yang menggunakan system eP akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan kerajaan tertakluk kepada had maksima RM9,600.00 bagi pesanan kerajaan yang melebihi RM1.2 juta, akan ditanggung oleh pembekal atau syarikat dan amaunnya dipotong daripada nilai setiap transaksi yang dibuat.

    3. Sila Layari Laman Web e-Perolehan (http://www.eperolehan.com.my/) untuk mendapatkan dokumen Sebut Harga tersebut.

    Reply
  19. shahpaskal says

    February 19, 2009 at 15:14

    Thanks bro kalam, saya peminat artikel-artikel mendiang MG Pillai dan kalau bro berminat, boleh menyusuri http://newskini.serveftp.net/mgg-pillai-search-military-page-2.html untuk koleksi artikel MG Pillai berkaitan military.

    Obefiend, not surelah how to explain this stealth technology to u. Hari tu dalam Nat Geo, ada ditunjukkan macam mana teknology Stealth berfungsi tapi lain pulak dari mana yang aku pernah baca…jadi aku tak tahu yang mana satu betul sekarang ini.

    Dalam Nat Geo, dia kata, stealth bomber boleh mengelak radar (elak dengan serap pancaran radar using radar absorbing material adalah dua perkara berbeza).

    Tu yang den pening niii

    Reply
  20. Obefiend says

    February 19, 2009 at 08:54

    dulu masa kecik aku betul2 la percaya yang F 117 tu halimunan. halimunan as the invisible man. rupanya tidak. masa tu masih tak tahu apa itu “radar cross section”.

    tapi aku selalu gak terfikir. sejauh mana kehebatan peswata halimunan ni. masa operasi di kosovo ada stealh yang ditembak jatuh dan dikesan secara tak sengaja menggunakan menari telefon bimbit. sampai skang i have no idea how that works. can’t even get my head around the physics of it.

    i have my suspicion that the radar technology will eventually cought up with stealth. it will detect it sooner or later.

    bercakap pasal HARM aku teringat perkara lawak yang berlaku ketika perang vietnam. NVA lost alot of their sam site to US bombing in that war. they also can’t afford to keep them operational around the clock due to maintanence. funnily enough the random switching on and off confuses the amnerican. so they kept switching the SAM sites radar on and off a random intervals. the US anti-sam bombers can’t pin point their location fast enough. As a result alot of the f-105are blotted out of the sky with the vietnamese SA-7 missiles.. ha ha

    tak sengaja betul boleh jumpa taktik lawan pesawat anti SAM. genius or just pure luck mattered in war?

    Reply
  21. KALAM JAUHARI says

    February 19, 2009 at 08:43

    Kita seharusnya mempunyai keupayaan imaginasi yang kuat bagi membolehkan kita menjangka tindakan musuh kita. Pun begitu kita seharusnya tahu bahawa kakuatan teknologi sahaja tidak memadai untuk menundukkan sesebuah negara. Afghanistan dan Gaza adalah contoh terbaik.

    Jika kita mempunyai panglima2 yang bijak (dan tidak boleh dibeli) maka seharusnya kita bersyukur.

    walaubagaimana pun saya suka dengan cadangan gemulah MGG Pillai yang mencadangkan kita melepaskan ular/binatang berbisa lain sekiranya kita berperang dengan negara jiran terbabit!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK