Malaysia terus ketinggalan….
1. Pembelian pertahanan nampaknya menjadi isu sensitif di Malaysia selepas kes Scorpene dan Eurocopter, sedangkan di Indonesia dan Singapura, pengumuman pembelian pertahanan menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.
2. Di Singapura misalnya, rakyat negara itu menyokong penuh pembangunan industri dan pembelian pesawat serta sistem pertahanan republik itu, pembelian F-15 dilihat sebagai “National Pride” kepada rakyat pulau itu apatah lagi selepas Malaysia memasukkan burung-burung Sukhoi ke dalam inventorinya.
3. Lihat sahaja di SgForum, lihat sahaja bertapa kalutnya mereka melihat setiap pembelian baru sistem pertahanan baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
4. Bukan sekali Malaysia tewas dengan Singapura, malah sudah banyak kali, Percayalah cakap saya…bukan dalam kekuatan militari tetapi adu domba politik dan diplomasi.
5. Diplomasi, sehebat mana pun lidah berkata tetapi belakang kalau tidak ada back up (kekuatan tentera) tidak guna juga. Singapura berani, dia bercakap tapi ada asas, ahli politik mereka bercakap dengan kekuatan Singapore Air Force di belakang.
6. Sebenarnya sistem pertahanan kalau kita belajar Sains Politik, bukan sekadar untuk berperang tetapi pada masa aman ia berfungsi sebagai “Bargaining Power” bila dua pemimpin bertemu mata dengan mata di atas meja rundingan.
3. Di Indonesia, rakyat mengutuk pihak pemerintah keranan gagal membangunkan kekuatan militari republik itu sehingga mereka melihat Malaysia sebagai pembuli “Nombor 1” dalam perebutan sempadan di antara kedua-dua negara terutama yang terkini iaitu Ambalat.
4. Kalau di Malaysia, kerajaan mengeluarkan memo kepada semua media tempatan untuk merendahkan “Tone” isu Ambalat, tetapi di Indonesia, gendang perang di palu berulang kali.
5. Rendahnya “Tone” media tempatan menyebabkan ramai rakyat negara ini tidak menyedari bahawa bendera Malaysia telah dibakar, ramai yang tidak menyedari sehingga masih santai untuk lepak di cafe sambil menikmati Ekspreso.
6. Di Makasar, sudah ada sukarelawan mendaftarkan diri untuk kempen “Ganyang Malaysia”, di Malaysia??? Ada apa? Lupa, masih ada rakyat yang sampai sekarang masih terpinga-pinga Siapa Musuh Malaysia, Nak Perang Dengan Siapa? Ni membazir duit rakyat? Baik Buat Sekolah dari beli ……? Ni mesti ada komisyen ni???? Hahaha…
5. Bahkan rakyat termiskin (majoriti di Indonesia masih ramai yang miskin) menyokong pembangunan kekuatan militari negara itu sedangkan ramai yang masih makan ikan bilis berlaukkan garam (Ya saya menyaksikan sendiri hal ini dalam konvoi bermotorsikal selama 3 minggu pada tahun 2007 lalu dari Medan ke Bali).
6. Bodohkah mereka ini? Mereka tidak fikirkah bukankah lebih baik dana pembelian sistem pertahanan itu digunakan untuk memajukan taraf rakyat seperti membuat sekolah.
7. Anda tahu? Semasa saya ke Jakarta, ada sekolah (tanpa bangunan tetapi kelas-kelas dibahagikan dengan kotak) di bawah jambatan (jambatan lebuhraya), bertapa bertuahnya rakyat Malaysia, itu pun banyak komplen lagi.
8. Masalahnya, ramai yang berdiri di belakang pemerintah untuk membangunkan kekuatan militari dan selepas Ambalat, kita sendiri tahu, Indonesia mempertingkat bajet ketenteraan mereka maka, keluarlah senarai pembelian-pembelian baru untuk keperluan tentera seperti peluru berpandu terbaru dari China, kapal corvette dari Belanda dan Landing Platform Dock dari Korea Selatan.
9. Kita…kita masih bertekak untuk memberi keperluan terbaik kepada pasukan keselamatan kita atau pun memberi yang terbaik kepada rakyat.
10.Kadang-kadang lucu apabila mendengar hujah-hujah ahli politik kita mengenai sistem pertahanan, tidak kira mereka di kalangan pembakang atau pun kerajaan, tak payahlah saya ulas di sini, buang masa.
11.Itu belum lagi mendengar hujah-hujah kedai kopi penyokong parti masing-masing.
12. Benar masih ada orang susah di negara ini, tapi tak akan kita tengok je kotttt…benar, taraf hidup sudah naik tetapi masih ramai yang membazir dengan beli sport rim baru untuk kereta masing-masing. Itu baru sport rim, belum lagi handphone.
13.Rakyat Malaysia taksub sangat dengan politik terutama orang Melayu…kita minat berbincang pasal politik tapi lihatlah diri sendiri, sudah jauh kah pencapaian kita???
14.Saya akur bukan semua perkara telus dalam pembelian sistem pertahanan tetapi bukankah lebih baik jika ahli-ahli politik negara ini mempunyai sedikit ilmu dalam soal perbincangan angkatan tentera.
15. Dari bagi hujah lapok seperti penyelewengan atau pembaziran…cuba lihat lebih dalam lagi, misalnya sesuaikah enjin diesel jenis Cartepillar (22 knots maksimum, bot lanun dan nelayan Thai boleh lari lagi laju dari NGPV kita) yang diguna untuk kapal-kapal Offshore Patrol Vessel atau lebih popular dengan NGPV.
16.Apa lojiknya M4 yang digunakan oleh pasukan khas Amerika Syarikat dibeli untuk menggantikan Styer Aug kita?
17. Apa doktrin peperangan kita? Cubalah desak kerajaan sikit, tanyalah pasal itu “Fitted For But Not With”? Geram juga pasal itu NGPV, kosong maaaa, awek cantik tapi gigi takde…
18.Tanyalah pasal kemampuan kita dalam sistem peperangan elektronik atau sejauh mana kebolehan tentera kita dalam mengendalikan peralatan pertahanan yang canggih (Im talking about English language and software).
19.Jadi dari bercakap pasal dollar dan ringgit, lihatlah ke dalam sedikit dari buat tuduhan tanpa bukti yang kemudiannya membantutkan pembangunan ATM.
20.Percayalah cakap saya, kalau ahli-ahli politik kita berkawan rapat dengan pihak tentera, kawan-kawan reporter dari media tempatan, budak-budak dari Forum Gempur Wira, atau pun penulis dari Tempur dan Perajurit, banyak yang boleh dibaiki.
21. Tulah masalah dengan kita, kita ni kurang membaca…lihat sahajalah dalam forum-forum angkatan tentera di web, sedikit sahaja yang pandai berhujah, yang lain, ada yang mengutuk negara sendiri dan ada yang percaya, dengan jumlah rakyat yang ramai kita akan menang, nak tanya sikit??? Kita ni bersatu ke?
22.Aku baru je kena maki Barua BN masa buat liputan banjir kat Seremban…yang maki aku bukan orang kadazan, cina, hindu, red indian atau Yahudi…tetapi orang Melayu yang agamanya Islam. Seorang pakcik tua yang sebaya dengan bapak aku.
(NOTA PENULIS : SAJA JE TULIS ARTIKEL INI KERANA SEDANG MENYIAPKAN ANALISIS PASAL
EUROCOPTER EC725, YELAH KENA BUAT RECCE, KALAU SETAKAT NAK BUAT ANALISIS SERUPA DENGAN YANG ADA PADA LAMAN WEB, BAIK TAK PAYAH KAN, MUNGKIN LEPAS 2-3 ARTIKEL KELUAR, SIAPLAH ANALISIS EC725 TU)
pendapat saya…ada baiknya org2 politik tidak terlibat dlm soal pertahanan kita…. biar org2 dlm pertahanan tu yg urus… kerajaan cuma bagi peruntukan…
Dulu saya pernah hadir ke Pameran Senjata Antarabangsa di Subang. Saya sendiri lihat senjata Negara Bosnia tu memang cukup canggih dah..Hati jadi bimbang dengan persenjataan yang secanggih itu masih kalah dengan pihak Serb tapi bila saya lihat negara kita dah boleh buat senjata sendiri hati ini lega sikit .tetapi…..masih tak cukup!
Tak tahu lah kalau negara kita diam diam ubi berisi…
Kate x mou komen banyak, habis panjang lebaq nih apa celop. Okey, fistly senjata berapi ni memg wujud. Senjta brapi jga dreka oleh enggenier Russia. Semua org thu , engginier russia mmg pkar dlam weapon contohnya kejayaan AK-47 yg jauh lbih hbat brbanding M-16 bongok tuh, cuma tembak je lah M-16 menang. design berapi memang pelik mcm snjata alien. saya brpendapat, ATM ada mnggunakan dlam operasi trtntu sbbtu kta jrang nmpak (wikipedia bahasa inggeris ada mnulis ATM mnggunkan berapi), mngkin AS bgi tekanan pda Mesia sbb US bnyak bli bragan kta tpi kita lkukn sbliknya. Lgipon pyung AS kn bsar. Kta juga mmpunyai 5 prjanjian (mcam nato jgaklah) Malaysia, Singapore, new Zealand, British & Australia tpi aq x stuju sngat Singapore msuk dlam prjanjian nih sbb Singapore tahulah-kan, bkan terror sngat nk prang slap2 depa tinggalkan kita sorang diri mcm Pakistan buat kt kita msa Mlaysia slamatkan US ranger. (Ngara2 len pon aq suspen). Depa mungkin mmohon buat pangkalan mcm US. Ksimpulanya jika ngara seseorang diancam peperangan, negara 5 tadi akan backup.
” PEPERANGAN SATU BENDA YANG LAPUK ATAU KETINGGALAN ZAMAN YANG KITA MESTI ELAKKAN , NAMUN DENGAN KENYATAAN INI KITA TIDAK SEMESTINYA MENGABAIKAN PERTAHANAN NEGARA… ” -Mahatdir Mohamad-
Bro Shah..saya x mo nk komen byk psl bende nih..tp ape yg sy nmpk mcm hanye satu golongan je persoalkan ATM wat itu, ATM wat ini..n then u know who..sbb ape diorg jeles org kite especially kerajaan Malaysia bawah UMNO mampu menjadikan org Melayu sbg bngse yg disegani dari segi semua aspek..termsklah pertahanan..kemampuan askar komando kite mmg terbukti di seluruh dunia sbg antare yang terbaik di dunia..mgkn top 3 i think..sbb itula mereka cube sedaye-upaye menyerang kite dr sume sudut..mule2 sejarah kewujudan kite,sejarah Hang Tuah,peranan ATM pun dipersoalkannya pdhal yg menjage keamanan negara ni bknnye diorg tp ATM,PDRM dan badan2 uniform kerajaan yg lain..tp bile kene tau plak wat laporan polis..hehehe..:D:D..
diorg ni sbnrnye bkn ape..diorg ni adela proksi bg pihak di seberang sane yg sedaye-upaye utk menjatuhkan kerajaan kite dan org Melayu Islam di negara kite ni..bagi saya sekarang ini kerajaan perlu fokus pade graduan bumiputera utk menceburi bidang sejarah dan undang2..ini kerana spy mcm cik sri ckp mengelakkan anak muda Melayu kita dr buta sejarahnya dan dapat mempertahankan bangse dari diserang oleh org2 yg x bertggjwb baik dari segi undang2 mahupn perundangan..
selain itu, pihak kerajaan harus menimbangkan utk mengadakan khidmat negara (PLKN) dgn lbh serius bkn hanya kemasyarakatan semate2..kursus BTN yg dimansuhkan perlu diserap dlm PLKN spy melahirkan generasi muda yg patriotik dan bangge dgn negaranye..modul askar wataniah pn perlu diserap dimana setiap anak muda mendapat latihan ketenteraan sepenuhnya..no more main2 lagi dah..selain itu, pelatih lelaki dan pompuan tidak dibenarkan bergaul sama skali dan kebajikan pelatih mestilah dijaga oleh pegawai tentera.yang lelaki jage had lelaki dan yang pompuan jage had pompuan..ini utk elakkan dari kes2 yg x diingini berlaku..lastly,wajibkan program ini kpd sume anak Malaysia tanpe kire agame dan bangse. sape2 yg ponteng atau xmo hadir tanpa sebab terus dibawa ke mahkamah tentera (court martial) within 30 hari..sbb kite didik diorg spy jadi askar wlpn irregular..at least he/she can serve to the nation..dan perintah kehadiran PLKN adela directly dibwh SPB YDP Agong..manakala jika tidak hadir tanpa sbb yg kukuh dikire sbg ingkar perintah SPB YDP Agong..
Dlm pade tu sy pun nk tanye bro shah..ttg isu Malaysia pakai M4..sbb sy ade browse ttg salah satu senjata buatan negara kite iaitu VB Berapi LP02..dari segi teknikalnye amat bagus smpi org putih dlm Youtube tu x hbs2 puji ttg senjate ini..tp nape senjate yg begitu bgs x dijadikan our main weaponry..itu yg sy btol2 heran..sy mohon pihak kerajaan agar mengkaji perkare ini..ini juga menyokong dasar kemandirian pertahanan dibawah konsep HANRUH yg diperkenalkan kerajaan lame dlu..
Lastly, sy nih bkn org mcm bro shah tp sbg rakyat Malaysia yg amat sygkan negarenye..ini pemerhatian dari saya dan ini hanya pendapat peribadi saya..mgkn pihak berkenaan lbh tahu akan situasi dan keadaan sbnr dari sy yg xtau ape2 ni..:)
Yup2 stuju dgn Abg Shahpaskal sbb sy ni msih muda belia.Sya klo sembang bab pertahanan Malaysia mesti member sy Blah tp klo sembang Awek dme minat.Nk wt came mentaliti rakyat Malaysia ni mentaliti subsidi.Tgk jiran seberang Selat Melaka dan Selat Teberau mereka berbangga dgn kemampuan keupayaan pertahanan mereka wlaupun jiran sbrang selat melaka 2 scara lahiriahnye mundur lg dri kita.Rakyat Malaysia ini igt kita aman selamanya….so pembangunan ketenteraan kurang perlu TETAPI Sekiranya Malaysia terlibat dlm perang Xkn nk harap aset thun 70an utk pertahankn Malaysia ni.Jadi fikir-fikirkanlah jiran kita kini bersedia utk mempertahankan negara sdgkn kita masih leka….
alah usah nak ribut2lah mslh negara, indonesia dengan malaysia tu sama saja, sama2 kitanggalan, kita kelahi disini sementara negara lain sibuk membangun kekuatannya, ada baiknya kita bersatu utk merangkum kekuatan…..
jiran beli bmw 7 siries baru harga 500 k dpt bmw shj.. kita beli bmw 7siries lama baru skit + aksesori + bodykit+ pemindahan teknologi harga 500 k… perjanjian dan urusan jual beli setiap negara x sama… ada yg rahsia… dan tak boleh didedahkan … gila nak dedahkan semua…
kalo sy jd pm da lme sy jd kan negara ni negara tentera……nsb bek x dpt…..hehe
masing masing ada pandangan masing masing, perbezaan pendapat memang wujud d banyak situasi malah soal agamapun boleh wujud (khilaf ) yakni perbezaan tafsiran.rasanya lebih baik titik noktah saja soal LRT ni . sebab ni dforum military bukan forum pengangkutan awam, apapun kita ada satu persamaan iaitu mahukan ” rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan”
alahai.. kajian tu dibuat thn berapa.. lrt buat tahun berapa?? skang ni tahun berapa.. ko kene igt pasal kadar penggunaan pelanggan, kesedaran masyarakat dari mengguna kn kereta beralih ke public transport sgt rendah. itu semua ada kaitan dgn untung rugi. klu dh rugi mcm mane nk byr loan?? semua org boleh bwk kete masuk kl. sgp ade mcm tu ke. tak semua kete bole keluar time hari biase. sbb tu ramai yg x de pilihan. secara automatik kadar penggunaan tinggi. klu ko perasan lrt putra, ada stesen yg belum bukak. kt area wangsa maju kot. skang aku x tau dh bukak ke lum. itu maksud nya kajian dorg utk kepadatan penduduk kt situ akan bertambah. . ko igt dorg x wat kajian pasal kepadatan penduduk, topografi, bla bla.. project mrt skang pon dorg buat kajian details. sedap je ko ckp x de kajian.. org sakai pun wat kajian sblm wat project.. Ramai sgt jenis org yg bising pasal public transport, tp masuk KL bawak kete gak. Hek eleh.. tah pape. Ade benda laen yg ko bleh bangkang, yg menampakkan ko smart. malas la aku nk taip panjang2.. ko pikir la sendiri….
at first komen anda tidak ilmiah , maaf katakan benar walau ianya pahit.
kedua; kita perlukan MRT bukan LRT rakyat kita ramai,
imagine,,,,, orang ada 6 anak beli kereta kancil dengan org ada 2 anak beli kereta kenari .anak mana yang lebih merasa keselesaan rakyat???????????????????untuk pengetahuan anda banyak lagi pembangunan negara yg dibuat tanpa kajian main semborono..
yu, mcm mane tak kontot, dh name pon LRT (light).. klu kasi panjang2 roboh plak landasan tu.. ko beli kete kancil.. ko dpt kancil la. ko kene wat research btol2 la… nape buat LRT bukan MRT. dari segi praktikaliti.. bla bla.. klu ko hari2 pikir selama 8 tahun ko akan dpt jwpnye.. klu masih x dpt clue jgk maksudnya ko kene kosong kn tengkorak ko ganti ngan tiup basikal.. ngee
hmm….nmpknya semua teori ketenteraan saudara berpaksikan kpd islam…syabas, dan apa kata tukrkn nama web ni kpd ‘MILITARY OF ISLAM’…baru nmpk gah (walaupun smstinya agen2 di luar sana pasti akan pasang ‘mata’ mereka di web ni)…
bro,dah nama pun cina BANGANG…spisis cina BUKIT laa tu.
pendidikan tu memang penting,tapi kau orang cuba tengok yang lari kerja kat luar negara tu dari golongan sapa?sepatutnya oran awam di malaysia jangan mempertikai apa yang kerajaan beli bagi mempertahankan negara.bagi aku banyak orang awam sekarang sudah melampau dan pandai mempertikai sesuatu pembelian macam mereka tu pernah menguji sesuatu peralatan tentera yang hendak dibeli terutema si cina bangang yang melancarkan buku di london
ooooo.. touch n go bukan takde bang.. tapi orang kita sajer takmo pakai.. jangan kata kat lrt, kat bas, kat highway pun sama
wokey.. i got the message.. akan pindah ke singapore & bermastautin di sana, di sana, di sana
hhahahah semakin ramai warga yg ada bakat jadi raja lawak. k pada sesiapa yg nak bermastautin kt senggapour boleh , tapi bila nak apply PR ( permanent resident nye IC) sila tukar nama kepada frankie atau tony ,darween , jack ataupun mr loba loba.. barus senang dpt IC biru diorang….
btol la bro,stuju sgt2.rmai bnor kerabat aku yg join ‘uniform’…
dpt gak la skit cerita bocor.
tapi,waima apa pun yg berlaku.
“hari-hari rakyat susah….”
pedih,tapi itulah hakikat!
#apo crito tok jib?…nak boli makanan haghian pon susah..topakso kiro tipa ‘sen’ yg nak dibelanjokan.
bom doh nak melodak dah nie…
kah3 memang sempoi la lawak kau nih kah3 ……..
bro u ada kawan yg jadi askar x ? cuba tanya diorang betul ke dongeng gua cakap tu.
maksud sy kontot tu pendek, mm mmg lrt kita pendek kalau nk dibandingkan MRT singapore yg dibeli pada 80an ,MRt diowang ada 6 gerabak dan lebih lebar dari lrt kita lagi efficient , nk citer pun susahla nanti kalau dah dapat bonus ASB apa kata saudara melancung ke singapore dan bandingkan public transport kita dan public transport diorang,, lagi satu u takpayah kumpul syiling singapore tuk naik bas coz semua pakai ez link card tuk bus n mrt. aku rasa menteri pengankutan pun patut buat lawatan betapa efficientnya sistem public transport diorang. malaysia harus BAIKI PUBLIC TRANSPORT UNTUK KESELESAAN RAKYATNYA ….waktu puncak lrt ( pendek), ktm komuter dan bus macam tin sadin ,,, sory to say , aku katakan walaupun pahit untuk kebaikan , maaf kalau tak senang , aku sgt sayangkan tanah air ku Malaysia bumi tercinta…….
Ini kisah benar yang terjadi 4 thn yg lepas…terpulang la nk percaya ke tidak…diedit sikit…huhu.
Sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia diadakan di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
X-P
ni tahun 80an kan
cis.. siapa laaa yg sibuk dok mencantas nak jadik Ketua Pemuda tu?
yet dont forget what happened to Indonesia when Uncle Sam put an embargo on arms sales on them.
that why we have fighter from russia n us
nightmare.? yes. now then or forever.? dunno
ini aku setuju
SMEO ni banyak main laaa
abang boleh kompem kan 100% laaa yg antara masa ni hingga perang akhir zaman tu tak akan ada negara luar yg serang kita.?
& abang boleh tau laaa bila tarikh sebenar perang akhir zaman tu yer.. hebat
anuar 1975
tak tau pulak semudah itu camtu yer tatacara perolehan kerajaan kita.
yu
betul ke lrt kita kontot? sentiasa kontot? pagi, petang, malam? waktu puncak pun kontot ke.? kalu naik lrt dalalm kul 10-11 pagi tau 2-4 petang rasa-rasa lrt tu penuh sesak ke?
jgn lebey2 bro,nti to jib kcik hati…cian…
hehehe….
hari-hari rakyat susah…
mmm macam negara jiran ada emrtee train yg canggih kita ada lrt kontot 2gerabak ,,, agaknya kos 2juta satu juta lagi masuk poket , lepastu declare train lrt kontot 2 gerabak tu 2 juta …
nk beli beli la mmg bagus sapa larang , tapi jadilah pembeli bijak jangan la beli berlaPIK politik sampai pembayaran ansuran seleweng , harga mark up (harga tipu) tak ingat , beli beli takleh pakaila tak leh menyelamlah. rakyat tgk marahlah
Bro shahpaskal,
sesetengah pihak tidak mempertikaikan pembelian pertahanan tetapi apa yang dipertikaikan cara dan perkara disebalik pertahan. Lu tahukan bro pertahanan amat penting bagi sesebuah negara. Presiden amerika nak mohon budget pertahanan pun perlu dapat penilaian daripada kongress (wakil rakyat). Tapi di Malaysia tidak, tak melalui parlimen main luluskan aje. matlamat tidak menghalalkan cara bro.. senang cerita bro buat perbandingan katakan jiran kita beli BMW 7 siri baru dengan harga dalam 500K tapi kita beli kereta BMW 7 siri (model lama tapi macam baru sikit) dengan harga yang sama mana lebih ok bro.. siapa kena tipu bro.. itu yang sesetengah ahli politik pertikaikan… dengan harga yang sama kita boleh beli yang lebih baik tapi dapat yang ‘cikai’ yang harga lebih kurang 200K baki 300K masuk poket sendiri. Kena ingat tu bro..
yang aku tahu perang akhir zaman nanti x perlu pakai menda alah nie semua.buat membazir jer beli.yang kaya negara2 pengeluar senjata dan kelangkapan ketenteraan.bukan kita semua tak tahu yang kelengkapan persenjataan dan peperangan ini adalah satu 'BISNES' the hidden hand.yang sedihnya manusia2 yang x tau apa2 berebut2 beli semua benda nie…hehehehe…kesian…
Good day gentlemen,
We could ask MoD about the logistic nightmare for ATM if a war break out. How many different aircraft and ammunition we have at the moment? This is a thing which we'll have to ponder upon
Salam apa yang saya nak cuba perkatakan disini ialah berkenaan pentingnya ILMU. Bagi saya laha sepatutnya menteri pertahanan biarlah dari kalangan ATM kerana golongan ini berilmu dan lebih mengetahui mana yang penting dan mana yang tidak.
Lagi satu kita semua termasuk saya juga terlalu asyik di buai mimpi indah sehingga lupa untuk bersiap siaga di masa susah. Bukan nak kutuk melayu sebab saya juga melayu tapi melayu ni terlalu leka dan alpa. Terlalu taksub dengan hiburan dan politik tanpa mengembangkan fungsi politik itu yang sebenarnya dan hanya terarah kepada satu faktor. Anak-anak muda terlalu lalai dan takde langsung semangat bersiap sedia demia maruah negara seperti rakyat indonesia dan thailand. Perkara ini memang benar dan patut dipuji. Orang Indonesia memang kuat semangat kenegaraannya. Lagi satu yang menyebabkan faktor2 kita menjadi sangat lemah kerana kita menolak ISLAM sebagai agama junjungan kita.
Tengok lah seperti yang bro terangakn berkenaan isu air, singapura memang dah berkeras dan xnak mengalah dengan kita tapi apa yang kita buat. Takde langsung menunjukkan reaksi berkeras semuanya angguk2 geleng2. Sama juga isu pulau batu putih. Malaysia memang patut ubah persepsi mcm ni. Bukanlah kita nak jadi pembuli tapi biarlah kita ada ketegasan dalam setiap hal. Kalo di johor kita tgk apa yang org singapura buat sudahlah. They are proud because they are singaporean n tak respect langsung kat kita orang malaysia ni. tapi cuba kita pegi tempat diaorg, jadi tikus la kita. Ini kenyataan. Orang johor tahu la perkara ni.Diaorg pandang rendah kat kita sebab diaorg tahu kita takde jati diri yang utuh.
aku percaya, pertahanan negara patut di naik tarafkan, bukan sekadar untuk keselamatan negara tetapi juga menjadi lambang kebanggaan rakyat malaysia tidak kira kaum
tetapi harus di ingatkan bahawa setiap perbelanjaan untuk menaik tarafkan pertahana negara dengan teknologi terkini harus di teliti untuk megelakkan kehilangan kepercayaan rakyat, sebab kos pembelian bukannya sejuta atau lima jutaan, duit ini mencacar billion ringgit. padahal kalau adenya billion yang perlu di belanjakan bukan baik teknologi yang diperolehi patut dimaksumkan ? dan bukan faktor komisyen yang memakan hingga ratusan juta dilesapkan ?
proses perolehan melalui tender dan di perhatikan oleh lembaga di raja yang “independent” akan memastikan proses perolehan itu tulus, justeru itu wang negara tidak di sia siakan
saya ingin menunjukkan kepada penulis bahawa rakyat bukan nya anti pembangunan pertahanan negara tetapi hasrat rakyat adalah supaya kerajaan kita tidak membazirkan wang negara begitu saja.
jikalau opportunity cost di pertimbangkan apabila keputusan perbelanjaan dibandingkan untuk menagihkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan yang lain dan justeru itu keputusan yang di ambil adalah untuk membeli alternatif yang lain. yang itu saya yakin rakyat boleh diterima
tetapi jikalau pertimbangan semata mata untuk kepentingan jumlah komisyen yang hendak di perolehi berbanding dengan teknologi yang di pilih itu mengabaikan keperluan pertahanan negara. itu benda yang tidak dapat di terima oleh rakyat.
🙂
joekumbang…aku tak pernah dengar perumpamaan itu tetapi kali pertama aku baca dari komen kau…aku akui perumpamaan itu benar.
Tak payah peminta sedekah…lihat sahaja anak-anak kecil kita melahirkan kekaguman mereka terhadap TUDM.
Aku sebagai civillian respek pada kerajaan yang pentingkan pertahanan.Pertahanan adalah insuran masa hadapan. Teringat satu perumpamaan rakyat India.”Seorang pengemis akan berasa bangga apabila melihat MiG-29 terbang megah diangkasa”.
Patutnye semua rakyat patut tahu dalam masa aman, kita patut prepared untuk berperang. Bukan sibuk2 nak hentam kerajaan membazir..
yaaa betul cakap saudara tu, en salman. Kalaulah semua orang berfikiran macam ini kan baguss….bila kerajaan Melayu serta Islam nak bangunkan kekuatan tentera. Macam-macam orang kutuk…emmm apa agenda mereka yaaa
aku agak terkilan la bila ada orang pertikaikan isu kerajaan nak beli equipment navy untuk digunakan di sabah tahun lepas.
sepatutnya benda ini tak berlaku..
yes, memang la pembangunan pendidikan dan ekonomi amat penting bagi malaysia sekarang, namun pada pendapat aku, kita sepatutnya menumpukan pada hal-hal pertahanan negara sebab ATM ni bagaikan insurans kepada rakyat malaysia..
adakah guru, engineer, doktor mampu mempertahankan negara? jgn salah paham di sini. aku tak bermaksud pun nak kata diorang tak bg sumbangan kepada negara. malah besar sangat sumbangan diorang. tapi kita berada dalam bidang yang berbeza dan kitalah orang yang bertanggungjawab mempertahankan malaysia
sepatutnya tiada pertikaian dalam urusan kerajaan dalam hal2 ketenteraan..
rasa-rasa soal kualiti tak timbul pasal Malaysia mmg terkenal dengan pengeluaran produk yang bermutu malah peluru keluaran SME dijual ke luar negara dan mendpat pujian.
Rasa-rasanya mungkin SMEO ni dia tak serahkan duit royalti pada syarikat pengeluaran lesen Styer.
Perkara yang sama pernah jadi pada Airod di mana, Airod ketika itu menjadi pusat servis pesawat Hercules di rantau ini.
Masalahnya Airod tak bayar royalti pada syarikat pengeluaran Hercules dan menyebabkan kemudahan servis itu ditarik balik.
Sekarang, tentera US dan pengguna2 Hercules di rantau Asia menghantar pesawat itu ke Singapura untuk dibaiki.
Suka atau tidak…kita selalu ketinggalan.
dulu smeo pernah dapat offer dari styer company untuk keluarkan A3 model…tapi styer tarik balik…sebab smeo dah cukup buat hal dgn styer yg dikeluarkan smeo xcukup piawai, bahan xcukup kualiti dibandingkan dgn keluaran austria & negara lain(lesen produksi)…so kalau m4 plak smeo nak buat, korang paham2 lah apa jadi nanti…hal sama mcm steyr dijamin akan kluar…
i’m not gonna comment about the modular aspect(M-4 itself has many derivatives)
but AUG already undergone significant improvement(like in A3 model) and building a newer model of AUG would be easier and less-costly than building a new AR from scratch(plus many of MAF personnel already used to bullpup concept/application on AUG)
pasal m4
m4 is modula based. can be transformed into an assault rifle,submachine gun,machine gun , CQC enable and even PDW.
styer is not as versatile as m4. you can change the stock.. add some scope or tack a smaller muzzle for room to room clearing operation. all specops uses M4 in some shape or form and its a proven weapon. i am not too sure about Steyr but i once heard its jamming frequency is ALOT higher than the M4. not very good if you are in a firefight
Setuju benar kata saudara. Tetapi terdapat beberapa perkara menyebabkan pihak awam mengkritik pembelian sesuatu aset.
Tidak dinafikan adakalanya pendapat pihak awam agak melampau namun ianya berlaku kerana pernah ada sejarah berkaitan menyebabkan ada prasangka. Keputusan M4 sebagai rifle tempur utama ATM dilihat tidak berbaloi sedangkan ATM masih mempunyai banyak alternatif lain termasuklah mengeluarkan raifal buatan tempatan. Malahan, ada anggota ATM (bukan dari kalangan pegawai) melihat M16 dan Styer Aug lebih baik.
why does the procuments of M4’s are not considered as a wise acquisition? then what is the best alternatives?.. could someone enlighten me on this issue.. tq.
p/s : agreed. too much politic is not good for health…bole konor sakit darah tinggi!!..huhu.
on the scene: kau memang barua. hahahaha.. itu belum kita cerita dipanggil penipu dan soalan soalan seperti: ehh korang ni interview ada keluar ke, ke korang suka suka jek interview, ambik gambar ni? hahahahaha..
ahli politik hanya tahu bercakap dan bercakap dan bercakap. percakapan mereka kebanyakn bukan penyelesai masalah, tetapi lebih byk penyebab masalah dan percakaran.akhirnya akibat mulut bacul, celupar, kurang ajar dan tak bertamdun ahli politiklah, maka negara manapun, akhirnya kan berakhir dgn peperangan.
dan peperangan jugalah akan menjadi survival ahli2 politik bodoh ini.
tetapi, bila ahli politik bercakap mengenai ‘defense’, apa yg mereka tau? Yg mereka tahu, komision, tetapi mereka langsung taknak pikir (pikir, bukan pegi menembak), mengapa negara kita masih jauh ketinggalan dari segi ketenteraan.
Aku amat2 berbangga mempunyai sahabat yg berani menulis atas fakta, dan bukan atas dasar minda tertutup.
Tahniah shah, artikel kau ni patut jadi bahan perdebatan ahli politik tu, baru mereka tau, kalau mereka berperangpun, mereka hanya tau perang mulut, tapi kalau nak perang fizikal, dia org le yg pertama kena tembak kot. Nak pegi gaza pun semata2 nak cari publisiti. hampeh.
Pasal barua BN tu, itulah nasib kita yg selalunya org taknak faham apa tugas kita dan kepada siapa patut diberi gelaran barua itu. Bagitau kat yg kata ko macamtu, dia org tu barua Yahudi.
huhuh
susah pasal zaman sekarang asik bebel pasal peace peace. bila beli senjata semua kata membazir. nak buat camne sejak kejatuhan commie threat we hardly faced any REAL threat. america dan russia dua-dua lakukan reduction in force pasca kejatuhan soviet. orang kita berkiblatkan barat. ikut apa barat buat. since barat pun kurangkan hardware mereka pun nak kurangkan hardware
macam nuri. dah berapa kurun tuh. civilian tak tahu aircraft ada tarikh tamat jugak.pegi ke mojave desert dan tengok berapa ribu pesawat USAF dah dimothballkan pasal dah teruk structural integritinya. metal fatigue and what not.kat malaysia civilain expect nuri untuk kekal airworthyness sehingga 2100 masihi. susah kalau orang tahu benda ni
lol ajelah
i am kadazan and i am FULLY support most(if not all,like the M-4 procurement)of MAF procurement/acquistation
too much politic on military is not good for health too =D
salam,
saya harap lebih ramai org awam yg buta tuli pasal ATM dan pertahanan negara menjenguk laman blog saudara..
tapi sayang org awam kita skarang ni lebih minat nak point kesalahan org dan lebih percayakan khabar angin dari fakta..
keep on posting bro..
GEMPUR WIRA!!
btul bro..
ahli politk kat malaysia ni yg tahu cuma berebut2 nak pangkat saja..ckp banyak tp habuk tarak..byk mne la yg diorg tahu psal soal2 strategik & pertahanan negara ni?? ckit2 persoal kepentingan rakyat, tp end up kat kepentingan sndri jgk..
nak maki kutuk byk2 pn terkena tempias gak..melayu..
hehehe…tak pasal2 aku kena maki Barua BN pasal aku reporter, hampehhh…
Agree…kau duduk Johor, kau taulah kan, mmg depa dah prepare nak berperang masa isu air dulu, nanti aku ulas isu bab nak perang ni. Bagi aku pikir masak2 pasai ada sedikit sensitif leee
hahahaha barua BN.. kah kah kah kah..
On a serious note. I agree. Malaysia is way behind our ‘common enemies’.
Memang kita takder bargaining power sebab masa kita nak review air dulu, depa dah siap siap nak berperang dengan Malaysia.
Patutnya, masa tu semua politicians patut kaji kemampuan kita, belajar dari situ. Tapi sibuk dengan siapa nak jadik Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli MT serta Ketua Pemuda.