Hari Terbuka Tentera Udara Di Raja Malaysia
– Hari Terbuka TUDM jatuh pada Ahad ini iaitu pada 3 Jun.
– Anda boleh melawat Hari Terbuka TUDM di pengkalan TUDM Subang melalui pintu masuk Shah Alam.
– Jika berada di situ, jangan lupa untuk melawat gerai Airwings Merchandise. Sesiapa yang minat aksesori tentera
termasuk poster, baju, patches Superlynx dan Ops Fajar boleh dapatkan di gerai ini.
1. Saya selalu tertanta-tanya jika Kuala Lumpur dan sekitarnya meninggalkan pengembaraan kepada saya yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan jawapan kepada semua persoalan.
2. Itulah saya, Adventure is my first name, Danger is my last name.
3. Satu hari, sahabat saya, Tuan Kolonel Josey menyuruh saya pergi ke tinggalan terowong komunis di Gombak dalam kawasan Alang Sendayu, Jalan Batu 12 Setengah Gombak.
4. Saya mula pergi ke terowong itu pada waktu malam, seorang diri dengan berpandukan peta Google tapi malangnya, lokasi tidak dapat ditemui.
5. Selepas memujuk Tuan Kolonel, beliau akhirnya bersetuju membawa saya bersama seorang lagi sahabat, Saipul AKA Mat Sengih untuk ke lokasi berkenaan.