1. Kalau ada orang yang memandang remeh tugas anggota kita yang bertugas di perbatasan negara, saya sememangnya akan cepat berkecil hati dan saya tidak segan silu membidas mereka ini, tidak kisah jika mereka ini muda atau tua.
2. Ini disebabkan saya yakin 100 peratus, lawan saya pasti akan tewas jika berdebat dengan saya dalam soal pertahanan tetapi saya akhirnya tewas juga, sekali dengan seorang budak dari Kedah.
3. Tapi kalau debat di kedai kopilah, kalau ditolak ke pentas, ampun dan maaf seribu kali, memang saya tidak sanggup kerana saya malu untuk berada di khayalak ramai dan perasaan gugup tahap 200 peratus itu memang ada.
4. Terumbu layang-layang atau Pulau Layang-layang memang topik hangat yang menjadi tarikan kepada forumer pertahanan tempatan.
5. Ia menjadi ruang lingkup perbincangan yang paling panas kerana di situlah kita ada wujud elemen pasukan khas negara disamping perhatian yang khusus ke atas pulau itu yang dirancang sejak dari 1970an lagi.