1. Umum semua dah tahu bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggantikan kesemua kenderaan pacuan empat roda (4WD) mereka dengan yang baru dari jenis Weststar.
2. Weststar ini kalau tidak salah saya merupakan sebuah syarikat Malaysia yang telah membuka kilang pasang kenderaan di Pattaya, Thailand serta di Shanghai, China.
3. Yang paling membanggakan, kenderaan milik syarikat Malaysia ini turut dibeli oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan paling banyak ialah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 10,000 buah (tidak tahu ia bentuk van atau 4WD)
4. Weststar merupakan anak syarikat kepada Weststar Group yang diterajui oleh Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, jutawan Melayu dan Islam.
5. Itu pun sudah ada suara-suara berbisik dan menfitnah kononnya projek penggantian ini untuk mengkayakan kroni (Azman), kalau macam itu, tak akanlah nak amik model dari Proton (tidak ada kenderaan pacuan empat roda), habis itu tak akan lah nak amik dari Perodua (Gila kau, Perodua Nautica aka Toyota Rush buat angkut tentera).