KJ SUDAH MASUK WATANIAH, ANDA BILA LAGI????
1. Macam tidak percaya tapi itulah hakikatnya apabila saya menyaksikan sendiri Ahli Parlimen Rembau dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (KJ) mengetuai kawad selepas tamat latihan sebagai askar dalam Wataniah.
2. Saya memang selalu menghadirkan diri dalam majlis-majlis anjuran tentera, hari ini saya pelik apabila melihat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pun datang dengan isterinya, malah “orang rumah” KJ pun datang.
3. Habis gemparlah Kem Wataniah Rasah untuk Rejimen 508 Askar Wataniah itu dengan segala VIP macam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan…dan….Jason Lo pun ada. Jason ni penyanyi lagu “Evening News”, emmm apa kena mengena Jason ini dengan KJ atau isteri dia yang ada kaitan dengan KJ atau keluarga Pak Lah.