1. Suratkhabar baru-baru ini ada mengeluarkan tajuk seperti dalam gambar di atas iaitu “Jangan Pertikai Aset ATM-Zahid”.
2. Saya amat setujulah dengan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Ahmad, saya setuju bukan pasal saya dapat tender Kementah tetapi lebih kepada rasa patriotik pada negara saya dan sayang saya kepada ATM.
3. “Dulu kata kapal terbang tidak ada enjin, mereka menyindir saya, tetapi jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Tentera Udara ataupun pegawai yang terlibat tetapi ia dicuri oleh seorang berpangkat sarjan sahaja dan kita telah melakukan pendakwaan,” inilah ayat Zahid yang menarik perhatian saya dan saya sudah hampir terlupa ke tahap sifar isu ini.
4. Bab enjin jet hilang ini menjadi isu panas dan jadi bahan fitnah ahli-ahli politik dalam negara ini sehingga ada yang mengeluarkan teori bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak (PM kita) telah terlibat dalam menjual jet-jet ini semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.
5. Kononnya mustahil enjin yang besar gedabak itu boleh hilang dan diseludup keluar tanpa sebarang pengesahan atau tandatangan dari orang-orang atas, tetapi fitnah itu akhirnya terjawap dan sesungguhnya Allah tidak suka kita ini membuat fitnah dan melulu menembak tuduhan dan kata nista terutama yang berkait dengan perbuatan bunuh, zina dan mencuri.
6. Apa fitnah yang tidak pernah dilontarkan kepada Najib???. Beliau difitnah bunuh (Antantuya), curi (enjin jet), kaki maksiat (konon-konon Antantuya bekas pompuan simpanan Najib), dayus (takut pada Rosmah)…pokok pangkal, terlalu banyak fitnah yang hinggap pada Najib.
7. Baiklah kita lupa hal itu semua, apa yang saya nak sentuh ialah perihal jet enjin pejuang F-5E Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang hilang dicuri kononnya dengan bantuan oleh pucuk pimpinan kerajaan tetapi akhirnya seorang sarjan didakwa di mahkamah, itu pun orang masih tidak percaya dan yakin bahawa sarjan itu dijadikan kambing hitam.
8. Pada masa yang sama seramai lebih dari 30 pegawai lain-lain pangkat dan termasuk seorang berpangkat jeneral telah dikenakan tindakan oleh markas medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa isu itu dikeluarkan tetapi perkara ini tidaklah sampai ke pengetahuan media dab saya tidak tahu jika mereka terkait dengan kehilangan enjin jet.
9. Seorang pegawai tentera misalnya telah didakwa kerana menubuhkan sebuah syarikat palsu dan membawa balik ke rumah untuk membaik pulih (servis) sebuah peluru berpandu dan kemudian membuat tuntutan kewangan kembali ke atas kerajaan.
10.Yang lain pula didakwa kerana menjual pelbagai peralatan ganti dan barangan hak milik kerajaan tanpa sebarang proses yang sah diperakui, saya bagaimanapun memuji tindakan Markas Medan ATM yang mengambil tindakan tegas terhadap mereka tanpa memilih bulu…Jeneral tak jeneral, kalau salah laku, jawatan anda tidak menjamin keselamatan anda di dunia mahupun di akhirat.
11.Perkara-perkara seperti ini sebenarnya berkait dengan sikap tidak amanah manusia itu sendiri dan bukan salah atau cacat cela pada ATM sehingga dijadikan modal politik oleh orang-orang politik kita yang sebenarnya tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan mereka.
12.OK kita lupakan juga pasal itu, nama Malaysia pernah dikutuk dan dihina macam Tapir di forum ketenteraan dan politik apabila jet enjin F5E kita hilang tetapi suara-suara pengkritik ini senyap apabila jet enjin untuk pesawat pejuang F16 Fighting Falcon dan F15 Eagle sebanyak 8 buah milik Tentera Udara Israel hilang dicuri dari pengkalan tentera udara Tel Nof pada bulan Jun, 2011.
13.Yang hilang bukan enjin jet untuk pesawat buruk seperti F-5E tetapi merupakan enjin untuk pesawat tempur paling canggih milik Israel yang masih digunakan oleh kebanyakkan negara di dunia kecuali Malaysia.
14.Kehilangan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tentera Israel sendiri.
15.Jika kita bandingkan insiden yang berlaku di Israel, tidak ada pihak dari dalam atau antarabangsa yang mengaitkan kehilangan enjin jet tersebut dengan Perdana Menteri Israel.
16.Jadi….TUDM ini sama hebatlah dengan tentera udara Israel, hahaha, kerana masalah seperti ini tidak terjadi pada negara-negara seperti Indonesia, Filiphina, Kemboja atau Thailand.
17.Senjata atau peralatan militari yang hilang dari pengkalan tentera bukan perkara luar biasa malah pernah terjadi pada mana-mana negara dan kebanyakkan dilakukan oleh mereka yang tidak jujur dalam penjawatan mereka dan sedikit-sedikit ada unsur sabotaj atau boleh dikatakan projek Black Ops.
18.Jadi kalau orang kata mustahil senjata boleh diseludup keluar dari Kem Sauk (kalau tidak salah kem ini bukan kem tentera tetapi milik Wataniah), sebenarnya memang boleh dan sentiasa berlaku dan akan terjadi lagi mungkin tidak lagi di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
19.Di Indonesia pada tahun 2000 semasa keganasan di Maluku, sejumlah 800 pucuk senjatapi dilarikan dari sebuah kem tentera berserta ribuan peluru pelbagai jenis.
20.Senjata juga banyak dilaporkan hilang dari simpanan pembuat senjata Indonesia iaitu PT Pindad di mana dalam satu insiden pada tahun yang sama, sejumlah besar senjata api hilang dan kemudian didapati telah diguna oleh para pejuang Gerakan Acheh Merdeka (GAM) untuk menembak kembali askar-askar Indonesia.
21.Bukan sekadar melibatkan pegawai bawahan, skandal kehilangan senjata membabitkan juga pucuk pimpinan tertinggi Indonesia dan perkara ini dilaporkan oleh majalah Tempo terbitan republik tersebut pada tahun 2006 dan perkara ini banyak diperkatakan dalam laman-laman web antarabangsa yang memperlihatkan bagaimana kroniknya masalah rasuah di Indonesia sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
22.Sejumlah besar senjata api termasuk peluru dan bahan letupan ditemui dari rumah mendiang Jeneral Koesmayad yang tiba-tiba sahaja meninggal dunia.
23.Selepas dikebumikan, pihak tentera tiba-tiba mengepung rumah milik mendiang jeneral itu yang terletak di Puri Marina, Jakarta Utara.
24.Antara senjata yang dijumpai ialah 96 pucuk raifel dan 42 sub mesin gun seperti SS1, MP5, M16 dan Ak47 serta lebih dari 30,000 butir peluru, bom tangan dan teropong.
25. Pemerintah Indonesia kemudian menyiasat perkara ini dan tidak menolak kemungkinan senjata itu akan diguna untuk menganggu gugat keamanan republik, persoalannya, mengapa perkara ini sangat lewat untuk dikesan oleh pihak perisikan Tentera Nasional Indonesia sehingga apabila Jeneral itu meninggal dunia baru ada tindakan?
26. Seorang pemerhati pertahanan tempatan dari Indonesia, Edi Prasetyono berkata : “This case just might be the tip of the iceberg regarding military problems in Indonesia,”…mengambarkan bertapa lemahnya prosedur storan dan pengeluaran senjata di Indonesia.
27. Edi merupakan kepala atau pengarah untuk Department International Relation, Centre for Strategic and Internation Studies (CSIS), Jakarta.