NOTA PENULIS : PENING SAYA TENGOK KOMEN NAK SAMPAI 1000, SEBELUM SAYA MIGRAIN, TERPAKSALAH BUAT ARTIKEL BARU. SEPERKARA LAGI, CUBALAH JANGAN MAKI HAMUN ATAU MENCACI…BERDEBAT BOLEH. STICK PADA TOPIK, KALAU TIDAK PENING SAYA NAK BACA DAN MASUK CAMPUR TANGAN DALAM KOMEN.
Malaysias have often sought American attention, saying it is a small and growing nation…”But when I sit here in your capital, it is like Disneyland! This place is incredible. Seeing is believing-the transformation of the economy as well as the investment in the people — kata-kata US Trade Chief Ron Kirk semasa lawatannya ke Putrajaya pada 24 April lepas.
1. Begitulah kata-kata Ketua Perdagangan Amerika Syarikat Ron Kirk yang kagum dengan kehebatan Malaysia tetapi pada masa yang sama negara ini sangat merendah diri dengan sentiasa mengakui bahawa negara ini masih membangun dan kecil.
2. Kata-kata begitu mungkin ada cerita di sebaliknya, Malaysia merupakan rakan dagang AS yang sangat penting dengan nilai eksport Malaysia ke AS berjumlah 60.96 bilion pada tahun 2010.
3. Malaysia mendapatkan keuntungan yang sangat besar kerana AS banyak membeli produk dari negara ini tetapi timbal balas dari Malaysia sangat tidak menguntungkan AS, ianya tidak seimbang dan terus gagal mencapai kata sepakat apabila kedua-dua negara mahu membentuk Free Trade Agreement di mana syarat-syarat perjanjian itu tidak menguntungkan Malaysia, negara kecil ini bagaimanapun masih berani menentang AS.
4. Itu dari sudut ekonomi, selepas AS berbelanja besar membeli produk Malaysia, AS mengharapkan Malaysia berbuat demikian terhadap produk militarinya, malang sekali apabila Malaysia mempunyai pendirian tetap yang tidak berubah sejak dari zaman Tun Mahathir Mohamad hingga ke era Datuk Seri Najib Tun Razak. [Read more…]