1. Saya mengemaskinikan entry terbaru saya dari Hotel Belmont Marco Polo, baru sahaja tiba dari Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dengan pesawat C-130 ke Tawau untuk melawat pengkalan hadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perbatasan negara berhampiran Indonesia dan Filiphina.
2. Kawasan ini tidak pernah sunyi dengan krisis, bermula dengan aktiviti lanun, penculikan tebusan sehinggalah kepada pertikaian Ambalat (Ambangan Batas Laut), satu kawasan yang sebenarnya tidak ada pulau pun kecuali satu pelampung kecil.
3. Saya sebenarnya terlalu letih kerana semalaman tidak tidur (takut terbangun lambat dan ketinggalan pesawat), penerbangan Charlie pula memakan masa lebih kurang empat jam.
4. Saya sebenarnya mengikuti lawatan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu meninjau tahap siap sedia para perajurit dan aset ATM dalam mempertahankan kawasan Tawau, Samporna dan Sandakan yang diletak sebagai “Panas”.
5. Selama ini saya tidak ambil berat mengenai Ops Pasir, dalam tanggapan saya, sebagai rakyat marhain, saya menganggap ia sama dengan operasi tentera yang lain, dilaksanakan secara insani oleh anggota tentera yang ada, saya tidak terfikir pun keseriusan Ops Pasir dan tahap sopfistikated sistem dan aset yang digunakan.
6. Sebelum saya meneruskan laporan, Ops Pasir adalah singkatan kepada Operasi Pandanan And Sipadan Island Resort, nama kepulauan ini ada kaitan dengan dua insiden penculikan yang membabitkan kumpulan Abu Sayaf pada 23 April dan 10 Sept 2000.
[Read more…]