NOTA PENULIS : YANG MENARIKNYA, PASKAL TIDAK MENERIMA BANTUAN NAT0 BERBANDING OPERASI KOMANDO KOREA SELATAN YANG MENDAPATKAN BANTUAN DARI KAPAL PERANG AMERIKA SYARIKAT DAN HELIKOPTER LYNX DARI PASUKAN ANTI LANUN NATO
1. Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.
2. Pada mulanya sangat sukar untuk mencari respons media antarabangsa terhadap kejayaan ini yang dilapor dibuat pada 11.40 malam, 20 Jan kerana ia tidak dihebohkan lagi kepada media tempatan di Malaysia.
3. Kejayaan ini juga dibayangi dengan kejayaan pasukan khas Korea Selatan pada hari yang sama, kejayaan pasukan khas Korea Selatan ini menjadi berita hangat diseluruh dunia.
4. Pada 22 Jan, berita kejayaan ini mula tersebar di dada akhbar dan agensi berita antarabangsa, AFP dan Reuters mula memetik kejayaan itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.
5. Susulan dengan itu, laman-laman Twitter milik rakyat luar negara mula mendedahkan kejayaan itu dan saya lihat jumlahnya semakin bertambah dan pesanan-pesanan ini mula terkeluar lebih kurang setengah jam selepas AFP menyiarkan kejayaan pasukan khas Paskal.
6. Ini bukan kali pertama Paskal mencipta kejayaan tetapi kali ini lain, dunia akan mengenal Paskal, pasukan khas dari Malaysia dan peminat ketenteraan akan menyenaraikan Paskal setaraf dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia lain. Jika tidak percaya, cubalah lihat data pencarian enjin pencari internet, nama pasukan ini pasti akan popular dalam beberapa hari ini.