1. Sorrylah lama tak update, semangat tidak ada pasal saya tersalah pakai kertas pasir untuk kikis cat kereta, akibatnya habis rosak…ini semua kerana belajar DIY kat internet, tu le akibat nak jimat duit punya pasal tapi tak pe ada geng yang nak bantu repair
2. Update akan dibuat selepas tamat majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh blogger ondscene pada Sabtu ini (9 Okt), pukul 1PM di dewan utama, Komanwel Resort dekat Taman Rimba Templer, Rawang
3. Saya cuma tumpang sekaki sebagai pembantu tukang masak dan sebagai pelakon tambahan untuk beberapa drama kecil pada rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran bro Ondscene
4. Dengan ini saya juga mempersilakan kawan-kawan yang terdiri dari anda semua termasuk geng dalam forum pertiwi untuk datang ke majlis itu
5. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku keracunan makanan, serangan terroris, kematian akibat gas saraf atau letupan periuk api sepanjang anda berada di majlis itu
6. Sekian Terima Kasih, kalau boleh ada baki kuih raya tu, boleh le bawa (Mi Goreng, Soto, minuman, buah, pinggan, cawan dan sudu garpu kami sediakan)