MAAF PENULIS SANGAT SIBUK DAN TIDAK ADA MOOD UNTUK MENULIS PADA BULAN OKT, NI DAH MASUK NOVEMBER, BARU ADA MOOD UNTUK JENGOK BLOG SENDIRI
1. Hari ini tiba-tiba datang mood saya untuk menulis, terutama selepas membaca laporan akhbar Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) mahu membina kapal perang tiga dimensi pada muka surat 5, Utusan Malaysia 4 Nov.
2. Sejak pameran aero angkasa dan maritim LIMA yang terbaru, saya sudah terhidu hasrat TLDM ini dan yakin ia akan menjadi kenyataan sebagai sebuah kapal perang buatan Malaysia jika kita kutip kata-kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa “Kita sudah menguasai sepenuhnya teknologi bagi membina sebuah kapal perang yang canggih”.
3. Kata-kata ini ada kebenarannya kerana Malaysia melalui PSC sudah membeli “blueprint” kapal perang Meko 100 dari German dan mendapat segala kepakaran dan perpindahan teknologi yang diperlukan dengan harga yang sangat mahal tetapi sangat berbaloi.
4. Untuk 6 buah kapal New Generation Patrol Vessel (NGPV) yang bakal di bina ini, saya difahamkan ia akan mempunyai sistem persenjataan yang serba canggih seperti sistem misil Exocet untuk tujuan anti perkapalan dan misil RAM untuk anti pesawat atau point defence.
5. Rekabentuk kapal yang baru ini akan mengalami sedikit perubahan berbanding 6 kapal MEKO A-100 yang sedang berkhidmat dengan TLDM sekarang ini iaitu KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Kelantan, KD Selangor dan KD Terengganu.
6. Untuk pengetahuan pembaca, kapal dari kelas MEKO A-100 sekarang ini ini tidak mempunyai serombong asap.