1. Artikel ini dibuat sebagai respons kepada komen sahabat saya, blogger Hazrey (http://bapak-gulagula.blogspot.com/) yang tidak bersetuju dengan pemilikan kapal selam oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dalam komen beliau pada entry-entry yang lepas.
2. Sebenarnya ramai juga pihak yang bersependapat dengan Harzrey, mungkin ada kebenaran dari segi alasan beliau dan golongan tidak pro pada kapal selam ini tetapi ini hujah saya yang pro kepada pembelian kapal selam.
3. Jika ada komen yang menyokong Hazrey, tolong jangan kaitkan dengan isu skandal atau politik. Berikan hujah anda dari sudut strategik dan taktikal atau dari sudut nilai belian kita itu (kurangkan sikit cerita politik, ini blog military, lagi pun cerita pompuan Mongol itu dah basi).
4. Alasan yang diberikan oleh beliau adalah wang yang sebegitu banyak wajar diguna untuk membeli lebih banyak kapal-kapal permukaan. Dalam bahasa mudah, lagi banyak kapal, lagi utuh power projection kita di rantau ini.
5. Ini boleh dilihat apabila TLDM kini hanya mempunya dua kapal friget termoden (Kelas Lekiu) sedangkan Singapura kini mempunyai enam friget dari Kelas Delta yang ternyata lebih berkemampuan.
6. TLDM sebenarnya tidak lupa kepada kapal-kapal permukaan, TLDM baru sahaja melancarkan enam kapal jenis New Generation Patrol Vessel dari Kelas Meko 100 yang tidak dilengkapi senjata pemusnah seperti Exocet kecuali meriam asas.
7. Sekarang sudah ada kedengaran, TLDM akan membuat pertambahan enam lagi kapal dari jenis NGPV tetapi mungkin bukan dari kelas Meko 100 dan kali ini kelengkapannya lebih berbisa.
8. Saya percaya untuk kumpulan kedua ini, frasa “To Equipped But Not With” tidak akan dipakai lagi, sebaliknya, kumpulan kedua nanti memang direka untuk berperang dan ada kemungkinan ia akan dioptima untuk tugas Anti Submarine Warfare (ASW) bagi digandingkan dengan Scorpene.
9. Mungkin ramai yang merasa hampa apabila kapal-kapal dari kumpulan pertama tidak dilengkapi dengan peluru berpandu tetapi sebenarnya tujuan utama pembinaan kapal-kapal ini adalah untuk menggantikan bot-bot ronda yang sudah diberi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
10.Oleh sebab itu, kapal dari kumpulan pertama dioptima untuk tujuan rondaan, durasi yang lebih lama di laut serta berkelajuan hanya 22 knots (sesuai untuk rondaan) sahaja sedangkan KD Laksamana Hang Nadim (juga dari kelas Korvet) mempunyai kelajuan setinggi 36 knots. Friget Kelas Lekiu sendiri mempunyai kelajuan 28 knots dan kapal friget kelas Delta milik Singapura 27 knots.
11.Jadi dalam masa 10 tahun akan datang, ada kemungkinan Malaysia akan mempunyai 12 kapal korvet baru (NGPV) dan empat friget dari Kelas Lekiu (termasuk Jebat Batch II). Itu pun ada ura-
ura bahawa Brunei akan menjual kapal friget Nakhoda Ragamnya melalui BAE kepada Malaysia.
12.Kedudukan kapal selam Scorpene dalam armada TLDM adalah sebagai force multiplier.
13.Saya masih ingat (tapi tidak secara detail) pada beberapa tahun yang lepas, angkatan laut Jepun dan kapal selam Amerika Syarikat telah melakukan latihan bersama-sama.
14.Dalam latihan itu, senarionya adalah kapal permukaan vs kapal selam. Armada kapal perang Jepun
berjaya mengesan tiga kapal selam AS dan memusnahkannya tetapi kapal selam keempat terselamat.
Hanya satu sahaja kapal selam yang terselamat dan kapal selam tunggal ini berjaya menenggelamkan
keseluruhan armada itu.
17.Pada tahun 1981, satu latihan peperangan besar-besaran di Lautan Atlantik membabitkan dua kapal pengangkut pesawat AS, satu kapal pengangkut pesawat British dan puluhan kapal pengiring Kanada,
AS dan British membuat senario serangan ke atas kawasan pantai musuh.
18.Sebuah kapal selam Kanada yang bertindak sebagai musuh berjaya masuk ke dalam kumpulan terbabit dan memusnahkan kapal pengangkut pesawat milik AS dan sebuah lagi milik British, kapal selam Kanada itu sehingga ke akhir latihan gagal dikesan sama sekali.
19.Analisis yang dibuat kemudian mendapati, kejayaan kapal selam Kanada ini bukan merupakan kes terpencil atau peristiwa 1 dalam 1000, sebaliknya, ia mengambarkan secara jitu, melalui perancangan yang dibuat oleh komander kapal selam itu, beliau berjaya melaksanakan misi mengikut kemampuan kapal yang dimilikinya.
20.Kapal selam Belanda, Walrus dalam satu latihan dengan kod JTFEX, TMDI 1999 berjaya menenggelamkan banyak kapal “musuh” termasuk kapal pengangkut pesawat termoden berkuasa nuklear AS iaitu USS Thedore Roosevelt (CVN71).
16.Bayangkan keseluruhan sumber termasuk puluhan kapal perang terpaksa difokuskan hanya untuk mencari kapal-kapal selam ini dan cuba lihatkan gangguan yang bakal ditimbulkan oleh sebuah kapal selam di kawasan yang sibuk seperti di Teluk Parsi, sebuah kapal ASW di perairan litoral akan mengalami kesukaran untuk membezakan gelombang akoustik dasar laut, hidupan dan kapal-kapal laut yang beroperasi di kawasan itu.
17. Jika Iraq mempunyai 3 buah kapal selam beroperasi di Teluk Parsi, outcome peperangan di teluk akan keluar dengan keputusan yang berbeza dan teluk itu akan menjadi mimpi ngeri pada pasukan bersekutu di situ.
19.Laporan mengenai peranan kapal selam di Teluk Parsi pernah saya baca dahulu, ia mengambarkan bagaimana jika Iraq mempunyai kapal selam, AS dan sekutunya sudah pasti mengalami kesukaran untuk menjalankan operasi di kawasan terbabit.
17.Iran kemudiannya mengambil langkah bijak dan secara strategik, membeli kapal selam jenis Kilo untuk berkhidmat di perairan itu bagi memayungi kelemahan kapal-kapal permukaannya yang sudah tentu tidak mampu bertentang mata dengan kapal-kapal perang AS dan British yang lebih hebat.
19.Kemampuan kapal selam bukan terbukti sekali, malah berkali-kali dunia moden dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang dikait dengan ancaman kapal selam yang bukan dari kelas nuklear. Pada 2006 misalnya, sebuah kapal selam diesel elektrik China membuat kejutan kepada perancang ketenteraan Amerika Syarikat apabila tiba-tiba ia muncul berhampiran dengan kapal pengangkut kapal terbang USS Kitty Hawk tanpa dapat dikesan oleh kapal-kapal pengiring AS dalam armada itu.
18.Secara umum, memang nampak mudah untuk mengesan kapal selam dengan kapal-kapal ASW atau
pesawat terbang dan helikopter ASW tetapi realitinya tidak begitu, sebenarnya sangat sukar untuk mengesan sebuah kapal selam.
19.Jika melihat kepada Peperangan Dunia Kedua di mana teknologi kapal selam adalah sangat-sangat mundur berbanding dengan kapal permukaan pada zaman itu, sumbangan dan peranan kapal selam sebagai senjata yang “kurang glamour” sebenarnya amat memberansangkan.
20.Kapal pengangkut kapal terbang terbesar di dunia ketika itu iaitu IJN Shinano, tenggelam pada
penghujung perang akibat torpedo kapal selam AS, kapal pengangkut pesawat AS iaitu USS Saratoga tersadai berbulan-bulan akibat ditembak dengan torpedo dari kapal selam Jepun, kapal perang termaju
dan tercanggih AS ketika itu iaitu USS North Carolina lumpuh selama dua bulan selepas terkena tembakan torpedo kapal selam Jepun.
21.Selain untuk tujuan peperangan, kapal selam terbukti mampu menjalankan tugas-tugas pencegah penyeludupan. Kapal selam USS Hawaii pada tahun lepas berjaya memintas kapal penyeludup dadah di kawasan Pasifik Timur pada tahun lepas.
22.Satu lagi peranan kapal selam adalah misi mengutip maklumat Intel, dengan kesukaran untuk dikesan, sebuah kapal selam boleh mengintip dan memintas maklumat secara pasif beberapa minggu di kawasan operasi yang sudah ditetapkan.
23.Keupayaan ini dibolehkan kerana dari segi teknologi sendiri, kapal selam seperti Kelas Scorpene dilengkapi dengan sistem perisian komputer dan perkakasan komunikasi serta Intel yang terkini malahan lebih sensitif dari yang dipasang pada kapal-kapal permukaan.