NOTA PENULIS : BERIKUT MERUPAKAN BERITA DARI BERNAMA YANG MELAPORKAN KEROSAKKAN BERPUNCA DARI MASALAH TEKNIKAL YANG BERLAKU PADA 17 JAN 2010 DAN PIHAK KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK MENYEMBUNYIKAN CERITA INI LANGSUNG.
SEDANGKAN ADA AHLI POLITIK YANG MENYEBARKAN TOHMAHAN PADA OKTOBER 2009 BAHAWA KAPAL SELAM INI MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MENYELAM DAN PIHAK KERAJAAN DIDAKWA MENYEMBUNYIKAN FAKTA ITU.
MASALAH TEKNIKAL PASTI AKAN BERLAKU KERANA IA TIDAK SEMPURNA HASIL DARI KERJA TANGAN MANUSIA.
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
“Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Rabu yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.
Abdul Aziz berkata berikutan kerosakan itu,kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 Sept tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.
“Kerosakkan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.
Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman turut mengalami kerosakan sebelum Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) akhir tahun lepas yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian sistem penyejuk air laut.
“Kerosakan yang dialami tidak mengganggu sistem utama kapal selam itu, bagaimanapun kami tetap memandang serius perkara itu,” katanya.
Beliau berkata kontraktor yang dilantik memberi jaminan ia akan pulih minggu depan dan sebaik selesai, kapal itu akan memulakan latihan ujian perairan tropika pada 18 Feb ini.
KD Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api itu, mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.
Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.
nota penulis : Nak repair kapal bukan macam nak baiki enjin kereta. Berbulan lamanya kapal selam Malaysia dibuat ujian selaman sebelum ini tetapi itu di negara luar. Masuk bulan Feb, belum sampai enam bulan kapal selam berada di laut tropika. Kapal selam Singapura, Australia dari kelas Collins sendiri mengalami pelbagai masalah.
Yakinlah pada diri sendiri…anak-anak muda kita dalam angkatan laut mampu mengatasi masalah ini. Lagipun Scorpene ini buatan orang puteh, kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect. Yakinlah, satu hari nanti orang puteh akan beli kapal-kapal yang dihasilkan oleh anak tempatan negara ini.