Satu perhimpunan blogger-blogger (semua pun geng saya juga) akan diadakan pada 6 Mac ini di Commonwealth Forest Park and Resort di Rawang pada jam 3 hingga 6 petang.
Maklumat mengenai markas musuh yang akan digempur berada di laman http://cfpresort.com/.
Anda semua dijemput datang…saya mungkin akan datang kerana amat meminati blogger-blogger handalan ini seperti pengacara TV popular Mazidul (mazidulakmal.blogspot.com), Sam (ondscene.blogspot.com), Hezrey (bapak-gulagula.blogspot.com) dan ramai lagi.
Datanglah untuk memberikan sokongan kepada geng-geng saya di atas ini, erkkkk, saya jika ada duit barang lima atau sepuluh ringgit, lepas duit minyak dan rokok, akan datanglah juga.