yang memaparkan berita kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.
2. Saya agak terkejut dengan isu yang diberikan oleh MP Machang Saifudin Nasution itu, terkejut bukan kerana kapal selam itu tidak boleh menyelam tetapi kerana bengang pasal apalah Saifudin ungkit isu yang meremeh-remehkan minda rakyat.
3. Kalau nak cari isu politik pun, tirulah Lim Kit Siang yang mempersoalkan isu Eurocopter yang mahal harganya. Sekurang-kurangnya tercabarlah juga minda nak jawab malahan, Uncle Lim boleh jugalah berbangga kerana isu itu diutarakan dengan disertai fakta sokongan walaupun hanya menggunakan angka-angka yang dipetik dari internet.
4. Ini Saifuddin cetuskan isu yang bersifat murahan, main tembak sahaja. Saya rasa ramai
boleh jawab isu ini dengan gunakan logik akal.
5. Saya pernah berjumpa dengan Saifudin semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dahulu.
Masa itu dia kecohkan salah seorang ahli PAS telah dipukul dan diparang sampai berdarah kepala budak itu, badan pun kena tetak.
6. Yang peliknya, baju kena tetak sampai koyak tetapi tidak ada luka dibadan (ilmu kebal kot), Saifudin pula gagal menjawab banyak pertanyaan pemberita (saya hadir pada sidang akhbar mengenai serangan itu menemani seorang rakan). Budak yang kena tetak tu pun tak datang, report polis pun tidak ada yang menceritakan pasal budak kena tetak tu.
7. Harakah Online sebelum itu menceritakan secara detail kes serangan tetapi kemudiannya,
akhbar itu tiba-tiba menarik laporannya dan ini saya pun tertanya, “APA SUDAH JADI?”….ini samalah kelentong dengan Aziz Mamak Putera Umno yang mendakwa diri dia kena tumbuk, tapi rupa-rupanya gimik…buat malu je.
8. Berbalik pasal isu tadi, blogger Secure Malaysia ada menulis mengenai latihan perang yang melibatkan kapal KD Tuanku Abdul Rahman dengan kapal selam Peranchis SSN Rubis pada artikel http://securemalaysia.blogspot.com/2009_06_01_archive.html.
9. Latihan ini dimenangi oleh anak-anak kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman dan secara logiknya, ia sudah menjelaskan bahawa kapal Scorpene kita telah pun membuktikan keupayaannya, tak akanlah latihan perang kapal selam di buat atas permukaan betul tak?
10.Untuk mendapatkan penjelasan, saya menghubungi sahabat baik saya, Fazalah Pitt yang berkerja untuk akhbar Suara Keadilan, rupa-rupanya beliaulah yang mengolah cerita
tersebut. Hampehhhhh….tetapi tidak banyak yang beliau tahu kerana sumber berita tersebut beliau tidak dapat terus dari Saifudin sebaliknya dari kertas soal jawab parlimen.
11.Kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam di beberapa tempat dan ketika
menghampiri Teluk Sepanggar, Sabah ia terpaksa diiringi oleh kapal pengiring.
12.Secara logik, kenyataan itu mengakui bahawa kapal selam sebenarnya berfungsi
dengan baik dan boleh menyelam tetapi dibeberapa tempat ia tidak boleh menyelam.
13.Semasa saya menghadiri majlis penerimaan kapal selam itu di Pelabuhan Kelang tempoh
hari, kapal itu tidak menyelam sebaliknya diiringi oleh kapal pengiring kerana keadaan laut yang agak cetek disamping iringan itu lebih kepada tujuan ceremonial dan membantu kapal selam menghampiri dan berlabuh di jeti. Ini prosedur standard untuk kapal besar lagipun nak “parking” kapal selam tidak sama macam nak rapatkan kapal permukaan pada jeti.
14.Kapal pengiring itu pun bagi saya hanyalah untuk tujuan ceremonial sahaja, lagipun
barang baru, dapatlah special escort, kalau dah setahun pakai, tidak adalah keistimewaan macam ini lagi.
15.Yang saya faham iringian itu memang untuk tujuan ceremonial, kerana majlis ketibaan
kapal selam itu dibuat di Pelabuhan Kelang, Lumut serta Teluk Sepanggar (pengkalan kapal selam pertama Malaysia), selain dari itu lebih kepada tujuan untuk membantu kapal berlabuh.
16.Saya rasa penjelasan di atas sudah cukup untuk menerangkan mengapa kapal selam itu
memerlukan kapal pengiring.
17.Bagaimana dengan kenyataan Saifudin bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam di
sesetengah tempat??
18.Saya sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapal itu tidak dapat menyelam di setengah tempat tetapi saya andaikan begini.
19.Ada kemungkinan dakwaan “di sesetengah tempat” itu bermaksud kawasan yang tidak
sesuai untuk kapal itu menyelam di sebabkan dasar laut yang cetek, trafik kapal yang sibuk seperti di Selat Melaka dan kawasan laluan yang dipenuhi pulau atau terumbu karang termasuklah kapal karam.
20.Pantai Malaysia mempunyai panjang 4,800 kilometer dengan keluasan laut 598,530 kilometer persegi.
21.Daripada jumlah ini, hanya kira-kira 60 peratus sahaja yang sudah diukur dan tahap
pengukuran kedalaman dan pemetaan dibuat melalui 3 kategori iaitu : 1. Kawasan yang sudah diukur dan dicartakan mengikut standard. II. Kawasan yang sudah diukur tetapi belum memadai lagi dan III. kawasan yang belum pernah diukur.
22.Sehingga tahun 1998, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan 58
carta mengenai pemetaan laut tempatan dan maklumat itu ada yang dikumpul melalui kaedah yang sudah ketinggalan zaman dan ada menggunakan kaedah moden.
23.Sebelum ini, sehingga tahun 1987, peta dasar laut negara banyak dibeli dari England
sehinggalah negara menubuhkan pusat hidrografinya sendiri pada tahun itu.
24.Carta dan peta laut negara yang moden serta lengkap akhirnya berjaya dibuat apabila
TLDM membeli KD Perantau dengan harga RM100 juta yang lengkap dengan teknologi pengukuran digital termasuk Sistem Paparan Carta Elektronik, GPS dan boleh mencari objek di dasar laut menerusi sistem multibeam dan peralatan digital Sides serta Sonar yang boleh mempamerkan topografi dasar laut dengan jelas dan benar.
25.Sebelum itu pengukuran dasar laut dibuat dengan menggunakan tali (orang lama TLDM
beritahu saya), macam mana dia ukur saya tidaklah tahu.
26.Yang saya faham, laut ini memang luas tetapi bukan boleh dilalui sesuka hati, lainlah
lautan Atlantik atau Pasifik.
27.Kedatangan kapal-kapal selam negara akan membantu negara mempunyai carta
kedalaman laut dengan lebih baik. Bayangkan bertapa payahnya krew-krew kapal hidrografi TLDM yang terdiri dari hanya dua kapal iaitu KD Perantau dan KD Mutiara nak buat pemetaan serta topografi dasar laut seluas lebih dari 500,000 kilometer persegi itu.
28.Sedangkan keluasan tanah Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang seluas 329,845
kilometer persegi itu pun tidak habis diukur, ini pula lautan yang diukur hanya oleh dua kapal sahaja.