EPISOD 1 : NEGARA ISLAM DAN SENJATA BUATAN SENDIRI
(artikel ini digunakan sebagai pengenalan sahaja dan pembaca boleh mendapatkan maklumat
terperinci melalui internet)
1. Walaupun dunia Islam merintis kepada pelbagai strategi dan penggunaan senjata seperti meriam dan letupan pada satu masa dahulu tetapi kemegahan ini akhirnya luntur pada saat-saat akhir kejatuhan Empayar Turki Othmaniah.
2. Hari ini hampir semua negara Islam bergantung kepada import senjata dan ini termasuklah negara kita, sedangkan Singapura yang selalu dijadikan penilaian piawaian untuk Malaysia sudah pun membina industri pertahanannya yang kukuh dan sudah mula mengeluarkan senjata untuk pasaran dunia seperti raifel SAR 21 dan
SAR 80,sistem meriam bergerak Pegasus, sistem UAV FainTail, meriam FH2000 serta banyak lagi.
3. Berikut merupakan sebahagian daripada pengeluar senjata dunia Russia, Ukraine, Amerika Syarikat (AS), China, Jerman, United Kingdom, Peranchis, India (kereta kebal Arjun dan misil Bramos), Afrika Selatan (sistem meriam G5 dan helikopter Rooivalk), Korea Selatan (kereta kebal K1), Swiss (raifel tempur famili SIG), Poland (PT91), Itali (kapal perang dan pesawat Aermacchi), Israel (kereta kebal Merkava dan pesawat pejuang Kfir), Australia (kapal selam Colins), Kanada (pesawat Caribou), Argentina (pesawat Pucara), Brazil (sistem Astros), Singapura (raifel SAR) serta beberapa buah negara lain. (Nota Penulis : Hanya sebahagian senjata dinamakan sebagai rujukan di sini)
4. Malangnya dari puluhan negara yang mempu mereka bina sistem senjata mereka sendiri termasuk untuk dieksport, hanya Iran, Pakistan dan Turki sahaja yang mewakili negara Islam.
5. Iran mungkin berada di tangga pertama diikuti oleh Pakistan dan Turki, ketiga-tiga negara ini dipilih berdasarkan kemampuan mereka untuk mencipta sistem senjata mereka sendiri yang mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
6. Indonesia dan Arab Saudi boleh dikategorikan dalam liga yang sama dengan negara di atas tetapi negara-negara ini belum mampu mereka bina sistem senjata berteknologi tinggi untuk dipasarkan. Industri pertahanan Indonesia biasanya menfokus kepada kegunaan tempatan dan pembuatan senjata dengan izin negara pengeluar atau pencipta asal (berlesen).
7. Iran mula membangunkan industri pertahanannya pada zaman Shah Iran tetapi terhad kepada pemasangan sistem bersenjata dengan lesen pengeluar asal seperti dari syarikat AS iaitu Northrop, Littion dan Bell.
8. Selepas zaman revolusi, negara seperti AS dan beberapa buah negara Eropah mengenakan sekatan embargo kepada Iran menyebabkan negara itu tidak dapat memaksimumkan peralatan ketenteraannya seperti F-14 Tomcat (Iran merupakan satu-satunya negara didunia selain AS yang mengoperasikan Tomcat) akibat kekurangan alat ganti.
9. Selepas perang Iran-Iraq, negara itu cuba berpaling kepada Russia dan negara-negara pakatan Warsaw (seperti NATO tetapi blok komunis).
10.Tentera Iran yang sudah biasa dengan peralatan termoden dan berkualiti dari Barat dikatakan tidak berpuas hati dengan tahap kecanggihan peralatan serta servis yang ditawarkan oleh negara-negara ini menyebabkan republik Islam itu terpaksa membangunkan industri pertahananya semula.
11.Kali ini untuk mencipta alat ganti bagi membolehkan pesawat pejuang buatan ASnya seperti F14 Tomcat, F-5E Tiger dan F4 Phantom untuk terbang, mereka berjaya dan dunia terkejut dengan kemampuan ini.
12.Hari ini Iran telah pun berjaya menghasilkan pesawat pejuang mereka sendiri iaitu Azarakhsh, Saeqeh, Fajr termasuk kereta kebal Zulfikar.
13.Setakat ini tidak diketahui sejauhmana kecanggihan peralatan perang yang dihasilkan tetapi pemerhati pertahanan berpendapat, sistem senjata yang terhasil merupakan “reverse engineering” sistem senjata dari AS misalnya, jet pejuang Azarakhsh yang menyerupakai F-5E Tiger.
14.Kesulitan untuk mendapatkan sebarang maklumat dari Iran menyebabkan kemampuan senjata milik negara itu terus menjadi misteri.
15.Walaupun maju, masalahnya Iran diletakkan bersama dengan negara “Paksi Kejahatan” oleh AS dan ini menyulitkan usaha Iran untuk memasarkan produk ketenteraannnya.
16.Pada DSA 2008 di Kuala Lumpur, syarikat senjata dari Iran dipaksa untuk menarik diri selepas ada syarikat senjata dari negara lain mengadu bahawa mereka telah melanggar syarat sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan mempamerkan model UAV dan peluru berpandu mereka.
17.Syarat PBB berdasarkan kepada resolusi 1747 dan 1803 menghalang Iran dari memindahkan teknologi atau menjual senjata mereka.
18.Pakistan pula memulakan industri pertahananya selepas merdeka, pada ketika itu, kilang untuk menghasilkan peluru kebanyakkaannya terletak di dalam wilayah India.
19.Semua pembelian peluru dan senjata terpaksa dibuat melalui United Kingdom (UK) dan ini bakal menyulitkan Pakistan kerana negara ini seringkali berkonflik dengan India yang juga merupakan sekutu rapat UK.
20.Negara itu berperang dengan India pada tahun 1947, 1965, 1971 dan 1999.
21.Hari ini Pakistan berjaya menghasilkan kereta kebal Al Khalid, Al Zazar, APC AL Talha, APC AL Qaswa termasuk pesawat JF-17 Thunder dan K8 Karakorum (usahasama dengan China).
22.Selain dari itu, Pakistan turut menghasilkan bom nuklear.
23.Pakistan meletupkan bom nuklear pertamanya di daerah Balochistan pada tahun 1998 hanya beberapa minggu selepas negara jiran dan seterunya India membuat ujian bom nuklear pertamanya pada 28 May 1998.
24.Penulis pernah sampai ke daerah ini sekitar tahun 2000 dahulu dan pernah menulis satu laporan bagaimana letupan nuklear itu mempengaruhi keadaan cuaca di kawasan itu selama beberapa tahun.
25.Letupan nuklear Pakistan mengejutkan India kerana ujian nuklear negara Islam itu membuktikan senjata pemusnah besar-besaran Pakistan itu lebih canggih dari yang menjadi milik India (Penulis sendiri tidak mengetahui apa yang dimaksudkan “lebih canggih” tetapi kenyataan ini dibuat dari analisis pertahanan yang pernah dibaca penulis beberapa tahun lepas).
26.Pada 1999, penulis ada menemui seorang pegawai risik Pakistan yang menghadiri negara ini semasa satu pameran pertahanan ketika itu.
27.Beliau mendedahkan satu maklumat yang mendatangkan kesan ke atas diri penulis, beliau memberitahu, “Perdana Menteri anda, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi satu-satunya pemimpin Islam dari luar yang menyaksikan ujian letupan nuklear itu dan ia tidak pernah dilaporkan”.
Hak Cipta [email protected]
Wan Solehah al-Halbani says
Salam kpd anda semua,
NEGARA DEMOKRASI MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :
1) Negara Malaysia mengakui Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia (artikel 4 Perlembagan Malaysia), padahal agama Islam dan undang-undang Islam adalah yang tertinggi di sisi Allah swt (Quran 9:33);
2) Negara Malaysia menyerahkan Daulat kpd manusia – perkara 39, Perlembagaan Malaysia, padahal di sisi Allah swt manusia tidak ada Daulat – Quran 4:53 kerana Daulat itu hanyalah hak Allah sahaja – Quran 3:26;
3. Negara Malaysia membuat undang-undang manusia (artikel 44 Perlembagan Malaysia), padahal Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang (Quran 12:40, 6:57);
4) Negara Malaysia menguat kuasakan undang-undang manusia (artikel 43 Perlembagan Malaysia), padahal undang-undang Allah adalah diperintahkan untuk dikuat kuasakan ke atas manusia (Quran 5: 48,49,50);
5) Negara Malaysia menghukum manusia dgn undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dgn undang-undang manusia adalah kafir (Quran 5:44);
6) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menjadi para hamba kpd manusia dan tidak menjadi para hamba kpd Allah kerana manusia berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia – Quran 5:44, 16:116;
7) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia dan tidak menyembah Allah kerana manusia taat dan patuh kpd undang-undang manusia – Quran 9:31;
8) Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara ( fasal 3 (1) Perlembaaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ( Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut fasal 3(1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British;
9) Kita hendaklah mengakui bahawa Malaysia adalah kafir kerana itu adalah keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya, sebaliknya sekiranya kita mengakui bahawa Malaysia adalah Islam, kita jadi kafir kerana itu ertinya kita menolak keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya – Quran 33:36;
10) Kita diperintahkan supaya tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dan untuk menolak dan mengingkarinya serta untuk memusuhi dan membencinya – Quran 35:10, 4:60, 60:4.
Wan Solehah al-Halbani
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM
Nanggroe Aceh Darussalam says
berhenti korang cakap tentang Indonesia dgn sebutan Indon, apelah korang cakap baik dgn sebutan Indonesia…
jaya says
ok lar tu. bunyi mcm London.. Gempak bro
yang tengok... says
mudah-mudahan begitulah….
rudytahang says
assalamualaikum tuan tuan, kalau bab perbelanjaan yg besar utk tujuan ketenteraan rasanya pembangkang tiada masalah selagi ekonomi kita mampu menampung dan pembelian dilakukan secara direct dengan pengeluar senjata tanpa menggunakan individu atau syarikat sebagai orang tengah, saya tahu memang ada keperluan menggunakan syarikat atau individu utk melakukan pembelian tetapi saya pasti mesti dan memang ada orang yg bijak dalam hal begini dalam ATM/TUDM/TLDM saya percaya.
indonesia says
hahaha..
mistyping yah?
Jalak lenteng says
Salam melayu jakarta!
Apa masalah dengan panggilan Indon? Pihak kamu sendiri yg mengelar mereka Indon…buat pengetahuan kamu, aku punya ramai teman2 dari indonesia…memang dia org yg membahasakan diri mereka INDON..
sesame melayu says
bro awak lupa menyebut indonesia ada mengeluarkan pesawat cn 235 mpa versi militer ( buatan iptn bandung bro), dan anoa 6×6 yang negara lain pun ikut memakainya
sesame melayu says
saye setuju dengan mana mana ulasan yang bro sah buat , untuk negara islam yang boleh membina persenjataan untuk dijual ke negara lain saya rasa indonesia sudah sejak lama melakukannya , bukan setakat pesawat cn 235 tetapi ada juga senjata ( raifel ) yang sudah sejak lama digunakan oleh negara lain .dan ada hal baru yang saya ingin beritahukan pada forum ini pasal cn 235 yang hingga kini masih menjadi favorit pilihan pesawat sejenis pada pasaran antara bangsa..juga termsuk versi militer , akhirnya marilah kita sesama bangsa melayu di tanah nusantara ini meraih kemajuan bersama .. peace for us
naim says
pembetulan…BINA bukan BINI
naim says
kan seronok jika malaysia pun mampu bini keperluan ketenteraannya sendiri.paling tidak pun lengkap untuk keperluan laut dan darat.bukan kah itu untuk kebaikan ekonomi juga suatu hari nanti……betol x?
Melayu Jakarta says
Thanks Pak Yasin….. Biasanya komentar yg keluar menghina Indonesia !!!!!! Semoga Malaysia bisa maju bersama Indonesia. Tapi kita tidak bisa bekerjasama saat ini.. Masing2 cari kemajuan… Masih ada Ambalat… Dan mereka menghina kami dengan memanggil kami indon.
shahpaskal says
Ya saya sokong anonymous. Kalau tak salah saya untuk membuat sebuah kapal terbang, sesebuah negara memerlukan sokongan bahan mentah dari kira-kira 200 atau 2,000 kilang.
Anonymous says
malaysia boleh sebenarnya nak bangunkan industri militernya…tapi masalahnya, pelaburan tu kena banyak…stakat 1 bilion, mmg xcukup…lgpun paham2 la politik malaysia ni macam mana….buat sikit ini, timbul cerita..buat sikit itu, timbul lagi cerita….
MT Mohamad Yassin says
Malaysia sebenarnya sedang ke arah tu tapi beberapa kesulitan dihadapi.
Keadaan ini jika berterusan akan terus menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran Singapura & Indonesia.
Singapura sudah boleh gah dengan ST Engineering yang kini mula menempah nama dalam eksport melalui SAR-21 & Ultimax. Beberapa perkembangan terkini juga dicatatkan termasuklah pembinaan kapal Frigat, UAV, APC (Bionix), SPH dll. Paling menarik adalah naik taraf pesawat A-4SU Skyhawk dengan kerjasama universiti awam Singapura.
Indonesia pula sudah memiliki IPTN dimana negara juga merupakan pelanggannya melalui pesawat CN-235. Perkembangan positif terus berlaku di Indonesia apabila PT Pindad kini mula mengeluarkan pelbagai kelengkapan termasuk APC (Panser). PT PAL pula dengan kerjasama syarikat dari Korea Selatan mula membina LPD (light) Kelas Makasar dan syarikat Jerman dengan Bot Peronda siri FPB57 (dalam pelbagai variasi).
Malaysia pula bagaimana? Aludra Mk II sudah beberapa kali gagal berfungsi dengan baik di Teluk Sepanggar, ACV-300 Adnan suatu ketika dulu pandai masuk tapi tak jumpa jalan keluar hutan dan rakyat Malaysia sedang menunggu senjata ringan dari Vita Berapi….
ninja says
Setakat hari ini Malaysia cuma melahirkan ramai pendemo… insaAlah kalau kerajaan berjaya ubah mindset dorang..satu hari nanti akan ramailah rakyat Malaysia yang lebih mampu membuat apa sahaja …