(DISERTAKAN JUGA GAMBAR PT91 YANG DIAMBIL PENULIS DI KEM GEMAS)
Untuk pembaca yang tengah blur, sila baca posting pasal Leopard Singapura pada bulan Januari lepas selepas baca artikel ini.
1. PT91 bukanlah MBT yang terbaik di dunia. Ia merupakan kereta kebal dari generasi ketiga di mana unsur kecanggihannya setaraf dengan Leopard 2A4 milik Singapura, Merkava MKIII atau M1 Abrams. MBT atau Main Battle Tank terbahagi kepada 3 generasi. Generasi keempat sedang dibangunkan dan ini terdiri dari model K2 (Korea Selatan) atau T95 (Russia).
2. PT91 atau Pendekar mempunyai berat lebih kurang 45 tan dengan sistem perlindungan blok armor ERAWA. Pada tahun 2003, saya berpeluang berbual dengan seorang kolonel (B) dari Kor Armor Di Raja Malaysia di Bam, Iran yang dikenali sebagai Kolonel Kamal (selepas bersara, beliau bertugas dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia).
3. Beliau merupakan pengkritik hebat pembelian PT91 malah pernah menghantar laporan bertulis kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Kol (B) Kamal turut melahirkan kritikan terbuka beliau kepada Utusan Malaysia melalui surat pembaca dan disiarkan.
4. Dari beberapa segi saya bersetuju dengan pandangan Kol (B) Kamal dan kami bersependapat mengapa PT91 tidak menjadi pilihan kami, apa lagi kerana ianya dibangunkan dari chasis T-72 menjadi pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Umum telah menyaksikan bangkai-bangkai T-72 Russia di medan pertempuran Chechen pada di antara tahun 1994-2000 melalui kaca TV dalam keadaan yang amat menyedihkan, ada sesetengah diletup sehingga turret kereta kebal terpisah dari badan.
5. Sekali lagi, dunia disajikan dengan kisah sedih T-72 apabila kereta kebal M1 Abrams melayak kereta kebal T-72 Iraq dalam siri pertempuran Desert Strom sehingga ke penaklukan Iraq. Kita kecualikan cerita T-72 di Iraq kerana T-72 yang dipakai oleh rejim Saddam Hussein merupakan salinan T-72 yang diberi nama Lion of Babylon atau Asad Babil.
6. Salinan Asad Babil ini tidak dibina dengan baik dan kualitinya tidak sama dengan T-72 yang asal. Jadi tidak adil untuk menggunakan senario Perang Teluk dengan konflik yang bakal membabitkan PT91 Pendekar Malaysia.
7. Masalahnya sejarah memang tidak berpihak kepada T-72, sebelum konflik di Chencen pun, T-72 milik Syria tidak beraksi dengan baik ketika menentang Israel, asyik menjadi mangsa ratahan kereta kebal Israel dari jenis Merkava. Kita pun tahu, PT91 walaupun sudah dimodenkan, ia tetap tidak setanding dengan mana-mana kereta kebal generasi ketiga yang lain.
8. Kol (B) Kamal berharap Malaysia ketika itu memilih kereta kebal buatan Korea Selatan iaitu dari jenis Daewoo K1, yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat dan hampir sama bentuk dengan M1 Abrams. Daewoo mengunakan tagline “Teknologi Amerika dengan Harga Asia” untuk penjualan kereta kebal itu.
9. Beliau pernah menyanggah penganalisa politik dan pertahanan Abdul Razak Baginda dalam satu seminar ketika Abdul Razak menyatakan kepada hadirin bahawa T-72 merupakan kereta kebal terbaik di dunia, butiran mengenai seminar itu tidaklah diketahui.
10.PT91 Pendekar pada pendapat beliau memang tidak sesuai dengan doktrin peperangan ATM. Kereta kebal yang dibangunkan oleh Poland itu sebenarnya dicipta oleh Russia sebagai T-72 (selepas mendapat pengalaman semasa perang dunia kedua). Doktrin peperangan Russia juga berbeza, secara asas, dalam peperangan, kereta kebal mereka akan membuat serbuan besar-besaran.
11.Dengan jumlah anggota tentera yang berjuta, kehilangan anggota dan kemusnahan kereta kebal tentera Russia bukan masalah utama. Pasal itu, T-72 dibangunkan sebagai kereta kebal dengan kos yang murah serta alternatif kepada T-64 pada tahun 60an dahulu dan ketebalan armor serta keselesaan krew kereta kebal bukan keperluan utama.
12.Masalah lain, PT91 Pendekar menggunakan sistem autoloader untuk menyumbat peluru meriam ke dalam laras. Ini bermakna peluru dimasukan secara automatik ke dalam laras dan mengurangkan jumlah krew. Sistem ini diketahui sering bermasalah dan bakal mengalami kerosakan atau “jem” dalam hiruk pikuk pertempuran yang lasak. Disebabkan itu, kereta kebal terbaik dunia M1 Abrams menggunakan tenaga insani (4 krew berbanding 3 krew pada PT91) untuk memasukkan peluru meriam ke dalam laras.
13.Penulis pernah memasuki ruangan krew PT-91 Pendekar dan ianya amat sempit serta tidak selesa untuk berada di dalam kereta kebal itu bagi satu tempoh yang lama. Malangnya, penulis tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang krew PT-91 Pendekar kerana menurut krew yang bertugas atau “Tankees” (Gelaran bagi krew kereta kebal), gambar yang diambil akan mendedahkan maklumat dan jenis sistem elektronik yang dipasang pada kereta kebal PT91 kepada pihak yang berminat.
14.Penulis pernah bertanya dengan pegawai kanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu, logiknya, mengapa Malaysia memilih PT91. Penulis tidak mahu mengupas mengenai keuntungan lain seperti ekonomi dan lain-lain perkara. Jawapan beliau agak mudah, “Tidak mampu beli Mercedez, cukup sekadar Proton”.
15.Sumber lain yang diperolehi oleh penulis pula menyatakan, kereta kebal itu telah menjadi sedikit mahal dengan pemasangan pelbagai sistem Hunter dan Killer (alat peperangan elektronik) di dalam komponennya.
16.Penulis juga berkesempatan berbual dengan seorang pegawai tentera darat mengenai keperluan kereta kebal PT-91. Beliau mengakui kuasa tembak dari enam buah kereta kebal cukup mengerunkan tetapi faktor kewangan dan keadaan muka bumi Malaysia tidak mengizinkan pengenalan kereta kebal berat dari jenis lain.
17.Walaupun kedengaran negatif pada awal permulaan artikel ini, ini tidak beerti pemilihan PT91 sebagai Main Battle Tank ATM adalah satu kesilapan besar. Perancang dan pakar-pakar pembangun ATM telah memikirkan banyak faktor mengenai pemilihan kereta kebal jenis itu.
18.Faktor pertama, ia mungkin bertindak sebagai pemangkin kerana Malaysia tidak pernah mengoperasikan kereta kebal sebelum ini malah doktrin peperangan yang melibatkan kereta kebal di negara ini masih belum jelas. Singapura sebelum membeli Leopard telah pun mempunyai pengalaman mengoperasikan kereta kebal ringan AMX13 dan Centurion selama lebih 20 tahun.
19.Jumlah kereta kebal yang dibeli oleh kerajaan Malaysia juga tidak banyak iaitu lebih kurang 48 buah sahaja, tetapi disokong oleh pelbagai misil anti tank yang dibeli dari Peranchis dan Pakistan. Ini mungkin memandangkan perancang ketenteraan negara ini sedar, untuk menyaksikan pertempuran MBT dengan MBT di hutan Malaysia adalah sesuatu yang sukar.
20.Lagipun, sehingga kedatangan MBT jenis Leopard ke dalam inventori Singapura, PT91 merupakan kereta kebal yang terbaik di rantau ini. Singapura sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menghentikan kemaraan PT91 milik Malaysia malah kereta kebal ringan AMX yang dimilikinya sudah terlalu lama.
21.Kereta kebal AMX buatan Perancis itu sendiri terpaksa berhenti dari bergerak untuk menembak meriamnya (sama seperti kereta kebal Perang Dunia Kedua).
22.Jadi, Singapura menempah helikopter Apache. Dahulu, penganalisis berpendapat helikopter akan menjadi raja pertempuran menggantikan MBT.
23.Selepas kempen di Iraq, pendapat para penganalisis ini salah, MBT atau kereta kebal masih mengekalkan statusnya sebagai raja pertempuran selepas Amerika Syarikat mendapati helikopter Apachenya gagal mara dalam satu pertempuran di sana.
24.Dengan sejumlah misil MANPADS (tidak diketahui jumlah yang dimiliki Malaysia), yang boleh dilancarkan dari bahu askar infantri, Apache berada dalam keadaan bahaya untuk beroperasi di kawasan ruang udara negara ini yang dipenuhi hutan dan bukit bukau.
25.Secara satu dengan satu, PT91 masih boleh menewaskan kereta-kereta kebal milik Vietnam, Thailand, Indonesia dan Brunei termasuk milik Singapura yang sedia ada seperti Tempest dan AMX.
26.Untuk penggunaan lain, tentera darat mungkin bergantung kepada taktik serangan hendap terhadap sebarang kemaraan armor musuh. Kebolehan membuat serangan hendap ini sudah jelas merupakan satu kelebihan kepada ATM dengan mengambil kira faktor geografi negara ini.
27.Penulis tidak berminat untuk mengupas mengenai muka bumi dan iklim kerana permasalahan ini ada dibincangkan melalui artikel pengenalan MBT Leopard dalam inventori angkatan bersenjata Republik Singapura sebelum ini lagipun kedua-dua artikel ini saling berkaitan.
28.Ada beberapa cerita bagaimana sebuah komander kereta kebal yang baik berjaya mengatasi lawannya yang lebih hebat :
29.Saya masih ingat kisah yang dipetik dari laman web (tidak ingat di mana) tentang seorang komander kereta kebal Abrams yang gagal mengesan tembakan sebuah kereta kebal T-72 Iraq.
30.Pertempuran ketika itu berlaku di malam hari pada jarak beberapa kilometer. Ketumbukan armor Amerika Syarikat sedang diserang tetapi penyerangnya iaitu T-72 Iraq (hanya sebuah) gagal dikesan.
31.Rupa-rupanya, sistem elektronik M1 Abrams itu gagal mengesan T-72 terbabit kerana enjinnya dimatikan, jadi tiada penanda haba yang datang dari kompartmen enjin.
32.T-72 itu akhirnya musnah selepas sistem elektronik (samada ada thermal atau infra red) berjaya mengesan haba pada laras meriam T-72 terbabit yang semakin panas selepas beberapa kali melepaskan tembakan.
SLR SLR
kereta kebal PT-91 boleh bergerak dalam air nak berenang seberang tambak ke singapura senang aje kereta kebal leopard singapura berat tidak boleh berenang dalam air tenggelam
Sy rasa kita patut ada helicopter tempur AH 64 apache sbgai pelengkap untuk ground attack @ back up armor darat..,sbgai contoh dlm pertempuran dgn puak sulu d sabah..selain penggunaan f/a 18 hornet,., apache juga mmpuyai laras mechine gun dn missile yg berupaya mlumpuhkn benteng pertahanan musuh..ia telah terbukti dan amat bersesuaian..cuma harga dan kos untuk memiliki amat tinggi.
Sy rasa kita patut ada helicopter apache sbgai pelengkap untuk ground attack @ back up armor darat..,sbgai contoh dlm pertempuran dgn puak sulu d sabah..selain f/a 18 hornet,., apache mmpuyai laras mechine gun dn missile yg berupaya mlumpuhkn benteng pertahanan musuh..ia telah terbukti dan amat bersesuaian..cuma harga dan kos untuk memiliki amat tinggi.
Kalau MBT yang berat-berat, masuk dalam hutan, kalau ada lumpur tu boleh tenggelam itu MBT. Jadi, peluang ini akan diambil bagi pihak musuh..
leopard nak antar kat mana ? Kalimantan ?blom sampai sempadan Malaysia ntah ntah dah rusak..ingat yg duju jerman ada kereta kebal Tiger yang hebat lg berat tapi kalah pada cuaca di Rusia serta T-34/76 yg lg kecil tapi laju
Dalam perang Vietnam ARVN dgn kereta kebal yg canggih M-48 pun kalah dgn NVA yg bersenjatakan T-54/55…jadi kalau walhal negara lain menggunakan M1A2 Abrams SEP pun ,tanpa taktik yg bagus dan spare part pasti akan kalah juga dgn PT-91 tu…ingat ya klon T-72 teruji dalam peperangan sebab itu ATM merojakan kereta kebal itu supaya sesuai dgn peperangan di Asia Tenggara
Ada pros dan cons dia. Semua aspek diambil kira. Hebat tak semestinya hebat, lemah tak semestinya lemah.
Kereta kebal boleh bawak tetapi kena faham yang tanah disana tak sesuai, silap hari bulan boleh tenggelam, immobile and sitting ducks for RPG. Kalau APC boleh, lagipun APC memang on the way ke sana, tak pun dah sampai dah. Jenis Condor.
http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/thumbnail_20130304175734.jpg
kelengkapan dan senjata perang, kereta kebal tu semua kenapa tak dibawa ke sabah bantu polis tu semua..?? simpan dalam lemari ke?
Like333
Dari kawan yang pernah naik PT91 yang dipandu laju dan terus lepaskan tembakan dengan tepat…skil pemandu pun penting. Tak percaya tengok Neo dengan Preve…setakat H dengan T habis disayurnya ha..ha.
Setakat Mat Rempit boleh ekjas moto kapcai jadi power..lagi hebat la pakar dalam ATM godak abis sistem dalam PT91. Yg penting Buatan Malaysia tak sama dengan yg negara asal keluarkan ataupun dalam manual. Lain dari yang lain.
salam..
mohon share shah…utk bagi info kpd anak2 bangsa..ttg keunggulan pertahanan negara (reti kutuk je bazir beli tu, beli ni)..tq shah.
wow… kenape jeme melayu Malon suke menghine kite sesame melayu di negeri Nusantara Indonesia …sedangkan asal nenek moyangmu asli dari negeri kami di Palembang Darussalam Sumatera, cak mane pule Menteri Pertahanan Kerajaan Malaysia itukan jeme Jawe asli dari yogyakarta….. janganlah kite jeme Melayu suke di adu domba … Nanti si Cine same Si Tambi keling khususnye Yahudi di Singapore bersorak girang….
PT 91 satu sudah sangat canggih untuk bangsa melayu… sampai2 nak idupkan enjinnya wajib baca manual booknya dulu… syabas malay….
Nanti tu bila pakkk?
knapa malaysia x plih t-90?
ugraded dri t-72 kn?
buatan russia gk?
kenapa tidak dihantar untuk bertembung bersama Merkava?
Gmn gak ketemu om Leo 2 A6…….nanti di perbatasan Indonesia ada 85 unit leo2 A6 disana…….sanggup PT 91?
Betul tu, tapi Syria lemah dalam strategi perang menggunakan kereta kebal
tengok ni ke…..
http://beritahankam.blogspot.com/2012/07/selamat-datang-tank-leopard.html
sedikit pembetulan.. (kalau betullah 😉 .. kelmarin saya ada tngok channel History Astro.. kisah perang Yom Kippur sebelah Syria.. kereta kebal yang digunakan oleh Israel time tu (1973) bukanlah jenis merkava tetapi jenis Centurion yang mempunyai jarak tembakan lebih jauh dari tank Syria.. Tank syria ketika itu juga sudah mempunyai aim Infrared sedangkan Israel tidak ada..
Salam,
Amat menarik info. Amat menarik juga pembelian PT91 dilihat sebagai menyesuaikan diri dulu…mungkin lepas ini ATM akan beli MBT lebih hebat..kejayaan sesuatu pertempuran bukan tertumpu pada kekuatan jentera (MBT) itu sahaja tetapi diselaputi dengan gabungan taktik peperangan dan etc…anyway tabik spring pada semua warga ATM…you makes us proud…
kita punya ada 18 sukhoi-30 mkm dan kecanggihannya seperti projek su35 dan su37, manakala yg indon punya ada 6 unit su 30 jer, dan takde senjata
ta 50 tu cuma trainer jerh ye wahai indon. super tucano tu cuma guna utk counter-insurgency..bukannya canggih sgt tucano ni, mcm ww2 punya bentuk aircraft
perbanyakkan info yg betul dan berguna dan berbincanglah dgn cara yg bertamadun ye, jgn gunakannya utk cari salah malaysia ini dan itu
Kau tak tengok kala TUDM nak mengebom Desa Sulu……? Faktanye F-18 milik TUDM tak boleh serang warga sulu tu,dan lalu meminta bantu kepade TNI-AU utk pinjam Super Tucano. CAKAP BAIK2
lukaki berak ape tau.makan taik mat salleh le keja kau jang.kat iraq. kena jerankap samar tercabut kepala dia.same juga APACHEE.kena dengan senapang .HABIS bro.negok FAKTA joe.jangan tegok WAYANG JEEEEE.LEPAS TU CERITA KARTUN…
210 tu banyak jang .nak bayar dengan ape ? lu kalu banyak duit boleh le ambik 1.
ini yg barusan beli bmp3f 60 unit:
Russia is set to sell up to 60 infantry fighting vehicles to Indonesia in a deal worth more than $100 million, the Izvestia newspaper cited an unnamed military source as saying on Tuesday.
The deal will be finalized on February 10, the source said, adding that 20 BMP-3 vehicles will be delivered before the end of the year.
The Russian army stopped purchasing the vehicles in 2010.
The state-run weapons exporter Rosoboronexport declined to comment.
The Kurganmashzavod arms plant said it would produce modified vehicles for Indonesia.
sumber: http://en.ria.ru/world/20120131/171046803.html
Persoalannya disini kau ada pakai Abram tak? kalau tak, elok kau diam aje!
“tolong jangan cakap besar ye…..bila takde, takdelah…..terimalah hakikatnya… : )”
Lagi mau berak kat sini ka?
Tak habis2 nak main taik aje!
Selagi belum ada jgn bising2 kat sini, duduk diam2 ya pak!
Dah sampai nanti baru boleh cerita.
Oh ya! kau tau tak PT91 tu pakai 125mm gun, kalau tembak Leopard tu bisa copot turretnya tak?
Jgn ingat kau aje yg boleh tembak orang lain,org lain tak boleh tembak kau.
yang sudah 6 unit sukhoi 16 ta 50 golden eagle 16 super tucano 24 unit f 16 3 kapal selam yang akan s 300 kalau tdk archer artilery caesar ucav fregate second ex eropa rudal rx 550 dengan warhead 300 kg masih bermasalah di kendali dan masih banyak lagi sampai 2014 dana yang siap dikucurkan usd 17 billion
akan lagi indon ni..
hampir tunggu feb ini rilis resminya
kau dah beli Leopard ke belum?
haibat pt91 asal jangan ketemu leopard 2 a6 sahaja bisa copot turrentnya kena 120 mm rheimental
wakakakakaka malaysia punya pt-91 tidak sehebat tank abram…..tolong jangan cakap besar ye…..bila tak power,tak powerlah…..terimalah hakikatnya… : )
kereta kebal ‘pendekar’ negara ini bukanlah yang terakhir dibeli Malaysia , percayalah …selepas ini [entah berapa tahun lagi] akan ada pembelian lain , memang taktik sesebuah negara belajar dari bawah , bermula dari asas kemudian semakin maju , last2 dia akan beli kereta kebal yang power jugak .
tidak mustahil suatu masa malaysia akan membeli kereta kebal dari korea atau US atau Turki pula , atau dari pakistan atau dari india , diketahui teknologi pakistan dalam kereta kebal juga telah maju ,
sebagaimana pembelian pesawat tempur , atau kereta perisai , atau pembelian peluru dan kelengkapan lain , dulu …kita cuma guna yang bagaimana ? sekarang ?
ATM ada taktik dan cara tersendiri , ATM ada langkah yang tersendiri , kita kena yakin dengan kemampuan ATM jika berlaku sebarang masalah ,
percayalah , jika berlaku perang , siapa menyerang dahulu dia akan kalah , jika singapura serang malaysia , singapura akan kalah !
kemodenan teknologi hanyalah satu aksesori , yang menjadi penentu ialah askar itu sendiri , kalau kita lihat kisah perang Hizbollah dengan Israel , kenapa Israel tak mampu tundukan Hizbollah ? kenapa kereta kebal Israel -MERKAVA- boleh meletup hancur dan tak berani mara kehadapan lagi ?
jangan panik dengan kisah kereta kebal kita konon ‘cikai’ , belum cuba belum tahu ..!
mbt pt91 satu adalah kelas terbaik utk kegunaan negara tropika mcm malaysiab krn ia lebih ringan berbanding mbt lain dah lebih rendah.ini menyukarkan musuh utk mengesan mbt ni kalu bersembunyi dlm semak.
thisisbestbro
Sebenarnya K1M yang ditawarkan kepada kita juga menggunakan perisai reaktif letupan ala-ala Erawa. K1 yang asal menggunakan perisai komposit ala-ala Chobham, tetapi sebab ATM perlukan MBT bawah 50 tan, Rotem gantikan perisai komposit dengan perisai reaktif letupan untuk kurangkan berat. Oleh itu, paras perlindungan K1M tidak ada bezanya daripada PT-91M. Laras 105mm diperkenalkan pada versi K1M walaupun wujud versi K1A1 yang menggunakan laras 120mm. Sebab utamanya adalah untuk kurangkan berat daripada 53 tan kepada 49 tan. Daripada sudut kuasa tembakan, K1M jauh lebih lemah berbanding PT-91M kerana laras 105mm hanya mempunyai separuh kuasa penembusan daripada laras 120mm. Bilangan peluru yang dibawa pada versi K1M juga lebih rendah daripada versi asal K1 untuk kurangkan berat (K1 asal boleh bawa 47 peluru tetapi K1M cuma boleh bawa 41 peluru). Secara keseluruhan PT-91 jauh lebih mantap daripada kereta kebal K1M.
Setuju dengan Bro GAPU, tapi jangan la kutuk askar jalan kaki tembak Low C90 pun tak kena, ambo dah bebuih jugak tembak menatang tu, setakat ni tak pernah mengecewakan duit rakyat yang digunakan untuk membeli menatang tu dan lagi satu menatang tu juga adalah talian hayat amabo kalau kat medan perang sebenar, sebab ambo ni askar jalan kaki dalam kawasan musuh
aku han
style.. walaupon bukan MBT terbaik di dunia.. tp yg penting komander kereta kebal tu.. strategy yg penting.. senjata canggih tp maseh kne tibai dgn binatang lame mcm t72 tuh pon x guna gak…
die MaГџgebliche Antwort, neugierig… cialis online shop levitra kaufen [url=http//t7-isis.org]levitra rezeptfrei[/url]
miley cyrus nude [url=http://www.pyzam.com/profile/3311871]miley cyrus nude[/url] miley cyrus nude [url=http://educationorb.com/dias/user/view.php?id=3529&course=1]miley cyrus nude[/url]
порно девочек фото галерея http://free-3x.com/ видео малолетки пацаны free-3x.com/ училку оттрахали в онлайн [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]
salam bro …
interesting article on military and defense tech .. salute u.
Current status, I can say peranan pendekar lebih kepada tugasan artileri .. dgn cannon 125mm jika di park dlm sudut yang tepat ia boleh menghasilkan jarak tembakan yg lebih jauh … rasanya bila dah tertubuh 2 tank rejimen mungkin KAD akan menyusun semula fungsi pendekar ni … maybe ..
My thought is that .. terrain kek m'sia ni tak sesuai utk armour battle … kecuali utk town battle ..mungkin ada advantage ..
cheers .. 2 sen jer .. 🙂
MANPADS bukan dilancarkan oleh askar infantri ye saudara penulis.. tetapi ni… askar yg dok dikutuk attack attack lari (ARTILERI) ni yg dok menembak tau. hanya org bodoh saja yg dah tembak nak duduk diam kat situ cam askar jalan kaki. tembak2 dok dalam kubu tu gak. mmg jadi papan target meriam la.
FYI MANPADS dibawah Grup Artileri Pertahanan Udara dan juga Ground Base Air Def. takdenye askar jalan kaki reti nak tembak menatang tu. tembak law c 90 pon tak kena, inikan pulak nak tembak MANPADS. mmg x keluar la misil.
i strongly agree with emotionless_teenage!!
^alasan utama K1 ditolak pada waktu tersebut adalah kerana faktor saiz laras(K1M yang ditawarkan menggunakan laras L7 105mm)
dan sebenarny ATM masih berminat dengan kereta kebal K1A1.tetapi,seperti yang dinyatakan dalam blog,salah satu sebab PT91M dipilih adalah sebagai medium untuk ATM membiasakan diri sebelum menggunakan kereta kebal yang lebih canggih
saya agak terkilan jugak dgn pembelian PT-91, korea penah menawarkan sejumlah 210 buah K-1 tank kepada kite, mereka juga tak ada masalah sekira nyer kita nak modified sistem yg ada pada tank tersebut, tapi kita menolak, jual mahal, konon 210 buah tuu tak cukup utk keperluan kiter, nak banyak lagii, alih2 sambau PT-91 dgn 48 bijik jerr,
mungkin ini juga lah salah satu sebab mengapa Kol tu naik hangin…. wallahualam
bro.. Indonesia tak suka dipanggil Indon…
Dulu di awal penerbitan, Perajurit sangat menarik tetapi rasanya tempat itu telah diambil alih oleh majalah Tempur.
Kelebihan majalah Tempur kerana ia ada banyak gambar, gambarlah yang pembaca ingin tengok.
Saya bagaimanapun setiap bulan akan membeli Perajurit dan Tempur.
Satu lagi majalah menarik yang patut saudara lihat adalah majalah ANGKASA, ia merupakan majalah perthanan berbahasa Indon dari Indonesia.
Cuba cari kat web Angkasa Online
apa komen en.shah tentang artikel2 dari majalah perajurit ?
Terima Kasih Bro, saya membuat blog ini untuk panduan kepada rakyat Malaysia.
Kebanyakkan maklumat di dalam web banyak berbahasa Inggeris dan pro kepada analisis pihak barat.
Sedikit sebanyak artikel yang diterbitkan akan menjadi panduan dan membuka minda orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Analisis yang dibuat bukan untuk mengagungkan ATM kerana ia turut memberikan kritikan secara terbuka kepada agensi pertahanan itu
saudara
awesome blog! saya juga peminat berita militer. ah! saya setuju dengan kamu, bnyk sangat blog politik dan blog kamu amat refreshing
kamu sudah masuk pt91
soalan.. ada bezakah auto loading mechanismnya dengan t72? setahu aku la kan di blok warsaw auto loader t72 ni banyak menyebabkan crew krew hilang tangan dan agak kerap jam. satu lagi masalah iala reactive armour yang dipakai. kalau doktrin kita ialah infantri gerak bersama tank habislah. bila reactive armour meletup habis la infantry kena letupkan sekali
huhu
apa apa pun keep up the good work.aku dah subscribe blog kamu melalui RSS!