Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Analisis / PERTAHANAN-SEJARAH (memakai konfrantasi sebagai contoh)

PERTAHANAN-SEJARAH (memakai konfrantasi sebagai contoh)

November 9, 2008 by Admin 4 Comments

Laporan Khas
PERTAHANAN-SEJARAH
RAYKAT MALAYSIA HARUS MELIHAT SEJARAH SEBELUM MEMPERLEKEHKAN PEMBELIAN PERTAHANAN
Shahrullizan Rusli
SEREMBAN, — Sejak kebelakangan ini, rakyat terutama ahli politik pembangkang suka mengambil jalan mudah untuk popular dengan mengaitkan setiap projek pembangunan pertahanan negara dengan skandal seperti yang berlaku ke atas pembelian EC-725 Eurocopter dan kapal selam Scorpene.
Lebih menyedihkan lagi, ketiadaan ancaman luar (paling akhir adalah dasar konfrantasi yang dilancarkan oleh sebuah negara jiran) menyebabkan ada yang bertanya untuk apa pembelian senjata ini diuruskan dan siapakah musuh luar rakyat Malaysia sebenarnya.
Peristiwa konfrantasi itu bukan berlaku pada seratus tahun lepas malah ia baru sahaja melalui usianya yang ke 43 tahun ini dan itu membuktikan, selepas merdeka pada 1957, negara ini sebenarnya pernah diceroboh dari luar.
Pencerobohan itu bukan seperti pertempuran dengan gerila-gerila komunis di hutan, sebaliknya melibatkan serangan pesawat pengebom seperti B-25 (milik penceroboh), pendaratan trup payung terjun penceroboh dari pesawat C-130 mereka, misi-misi sulit yang melibatkan komando Special Air Service (British), pertempuran laut oleh kapal ronda KD Seri Selangor dan yang paling mengejutkan, rancangan pengeboman ibunegara musuh oleh Amerika Syarikat dan British seperti yang didedahkan pada media selepas tempoh kerahsiaan dokumen rancangan itu tamat pada beberapa tahun lepas.
Atas sebab sensitiviti, peristiwa konfrantasi ini tidak akan dikupas secara terperinci oleh penulis sebaliknya ia mahu dijadikan contoh kepada segelintir rakyat Malaysia bahawa, konflik ketenteraan tidak hanya berlaku dalam Berita Dunia Jam 10 tetapi ia boleh sampai ke pintu rumah kita pada bila-bila masa.
–LAGI

PERTAHANAN-SEJARAH 2 SEREMBAN

Setiap pembelian peralatan pertahanan sebenarnya berpandu kepada Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang memungkinkan negara ini mengambil bentuk pertahanan bersifat defensif atau ofensif.
Menurut Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, dari dasar ini, pihak berwajib mewujudkan Operational Concept (OC) .
“OC ini adalah mustahak iaitu bagaimana angkatan tentera akan mendukung DPN, berasaskan itu (DPN) terdapat kehendak tertentu dalam masa tertentu yang menyatakan bahawa kita perlu mempertahankan kedaulatan kita dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),” katanya kepada penulis selepas satu majlis di Port Dickson baru-baru ini.
Perancang-perancang pertahanan pula akan melihat jika ada ruang kosong yang harus dirapatkan pada pertahanan negara misalnya adakah negara ini mempunyai peralatan maritim yang mencukupi untuk mempertahankan EEZ, katanya.
“Di sinilah perancang-perancang di Markas Angkatan Tentera akan menentukan apakah yang kita perlu ada untuk menutup ruang itu, adakah kita perlu ada kapal perang, kapal terbang, lebih ramai infantri atau sebagainya,” katanya.
–LAGI

PERTAHANAN-SEJARAH 3 SEREMBAN

“Semasa darurat dahulu, tentera darat pernah mendapat keutamaan kerana kita memerlukan peralatan yang terbaik untuk menewaskan komunis,” katanya.
Hari ini, sesuai dengan cabaran yang dihadapi negara, keutamaan diberikan kepada tentera laut dan udara, jadi tidak timbul tuduhan bahawa tentera darat telah diketepikan, katanya.
Pada pendapat Muhammad, ruang pertahanan yang masih belum ditutup pada hari ini ialah ketiadaan kelebihan pesawat Radar Amaran Awal (Awacs) yang membolehkan pasukan keselamatan memantau ruang udara dengan lebih ketat.
Malaysia mempunyai radar permukaan tetapi ia tidak mencukupi untuk memberi liputan yang mantap supaya pesawat negara boleh divektorkan terhadap kapal terbang penceroboh, katanya lagi.
“Walaupun pertahanan adalah mustahak tetapi kita perlu mengubal satu sistem yang fleksibel kerana kerajaan tidak mampu membangunkan satu projek dengan jangkamasa yang pendek, kemungkinan besar some service yang tidak ada peranan besar dalam Dasar Pertahanan Negara terpaksa ditangguhkan pembelian asetnya,” katanya.
–LAGI

PERTAHANAN-SEJARAH 4 (AKHIR) SEREMBAN

Seorang pegawai tentera pernah memberitahu penulis, sikap rakyat Malaysia hari ini amat menyedihkan kerana tidak tahu kepentingan pembangunan pertahanan kepada negara.
“Setiap kali sesuatu sistem dibeli, ia akan dikaitkan dengan rasuah. Ini satu pemikiran yang agak tipikal yang telah dimulakan oleh ahli politik yang kemudiannya menjangkiti orangawam. Ramai juga yang naif kerana bertanya, untuk apa jet pejuang ini dibeli…siapa musuh kita, bukankah lebih baik wang yang ada dilabur untuk pembangunan infrastruktur” katanya.
Tinjauan pada laman-laman sembang di internet mendapati sikap negatif ini sukar untuk dilihat pada kalangan rakyat Indonesia atau pun Singapura, rakyat Indonesia misalnya melahirkan rasa kesal kerana pemerintah tidak membangunkan angkatan laut dengan efektif sehingga membolehkan Malaysia “membuli” negara itu dalam perebutan kepulauan Sipadan dan krisis di kepulauan Ambalat satu ketika dahulu.
Mentaliti rakyat Singapura yang amat bangga dengan pembangunan angkatan tentera republik itu boleh dilihat pada sgforums.com pada ruang pendapat “Militarynuts”.
Tidak ada pula saranan dari kalangan mereka supaya pemerintah negara pulau itu memperlahankan pembangunan angkatan tenteranya atau bertanya, “Siapa Musuh?”.

SLR SLR

Related

Filed Under: Analisis

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« INDONESIA OLD SUBMARINE
KONFRANTASI »

Comments

  1. Ars says

    March 17, 2013 at 15:50

    Diharap shah bersifat neutral kerna ramai pembaca dpd pihak bn juga pr. Jika cenderung pd bn pun, tak perlu tunjukan.
    Yg penting ilmu itu dapat dimanfaat kan oleh semua

    Reply
  2. pai says

    June 27, 2012 at 00:45

    Apa yg diorg petikaikan adalah nilai kos RM yg tak munasabah berbanding aset yg dibeli. Sepatutnya dgn kos berbillion tu seharusnya lagi bnyak kapal selam kita dapat. Ni tak 2 ajer. Pastu tgk tulisan hang dh menjurus kepada blogger umno jer hang ni. kalo boleh ketepi la sikap partisan tu.

    Reply
  3. Anonymous says

    October 2, 2009 at 15:28

    bang,mne cite mengejutkan ttg malaysia dan nuklear..?

    Reply
  4. Anonymous says

    September 1, 2009 at 10:31

    aku tak nampak sebarang silap dan salah membangunkan pertahanan negara ke tahap standard.. maksudnya setanding dengan situasi dan zaman..

    namun, yang sering ditimbulkan adalah urusan yang tidak telus, direct nego-kroni .. sampai bila nak beli barang 2nd hand dengan pakej harga baru??

    buta hati sangat ke sampai sanggup gadaikan nyawa dan jiwa anggota tentera demi kepentingan kewangan peribadi dan kroni??

    harap pemilik blog boleh bezakan antara sikap perkauman dengan sikap menjaga integriti dan kedaulatan negara..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK