Military of Malaysia

Military Analysis & News

  • Utama
  • Arkib
  • Hubungi
  • Pengenalan
  • Produk Military
You are here: Home / Analisis / KONFRANTASI

KONFRANTASI

November 9, 2008 by Admin 6 Comments

PENGLIBATAN ATM SEMASA KONFRANTASI

• Beberapa buah kapal kelas PC TLDM telah terlibat dalam operasi menyekat kemasukan bot-bot tentera Indonesia sehinggalah melibatkan pertempuran kecil.
• Dalam satu rondaan semasa Ops Limit pada 24 Julai 1964 di perairan Pulau St John yang terletak 5 Batu Nautika dari Singapura, Kapal Peronda KD seri Selangor di bawah pimpinan Lt. P.K Nettur TLDM telah terlibat dalam pertempuran dengan sebuah bot laju yang dinaiki 5 orang anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO).
• Dalam pertempuran ini, Able Electric Mechanic Abdul Samad Suliman telah terkorban manakal 2 yang lain cedera ( Kadet Kanan Musa Jabbar dan LRRG Kweh Onn Cheong. 5 anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO) telah K.O (Terbunuh). Biorama insiden ini ada dipamerkan di Muzium TLDM yang terletak di Melaka.
• Pada 1 Disember pada tahun yang sama, Kapal KD Sri Pahang yang sedang melakukan rondaan 2 km dari perairan Bedok, Singapura berjaya mengesan sebuah bot yang dinaiki 9 anggota Kor Komando Operasi Indonesia (KKO). Beberapa das tembakan dilepaskan mengakibatkan 1 orang KKO telah K.O (terbunuh) 1 orang cedera dan 2 ditawan. 5 anggota KKO lain hilang di laut.
• Pada 9 Januari 1965 kapal KD Seri Perak dalam satu rondaan Ops Seri Perak telah bertempur dengan bot musuh dekat Selat Melaka.
• 12 orang musuh Kor Komando Operasi Indonesia (KKO) berjaya dibunuh, manakala 16 lagi ditawan.
• Siapakah ‘Black Joe’ atau Joe Chelliah ?
• Kisah menarik beliau ialah semasa menyertai sebuah tim khas bagi mengekang penyusupan tentera INDONesia melalui beberapa batang sungai di Sarawak semasa Konfrantasi.
• Menggunakan sebuah perahu pukat, tim ini dianggotai 4 orang tentera laut serta 6 tentera Gurkha.
• Sepanjang 6 bulan beroperasi menyusuri 5 sungai utama Sarawak, Tim mereka berjaya membunuh 20 orang tentera INDONesia. Joe Challiah menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada tahun 1966 sebelum terpilih menyertai Pasukan Komando Tentera Laut Republik Singapura.
• Seramai 21 orang anggota Kor Komando Operasi (KKO) yang berpengkalan di Pulau Rupat, Sumatera telah diterjunkan ke pantai Kukup di Pontian Besar pada 17 Ogos 1964 dan Benut. Turut serta dalam pencerobohan ini ialah kira-kira 55 orang anggota para dari Angkatan Udara Indonesia yang berpengkalan di Riau. Rancangan mereka adalah bagi menubuhkan satu pusat melatih ‘sukarelawan Malaysia’ telah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
• Pada 2 september 1964 dua pasukan telah digugurkan dari pesawat C-130 dengan setiap satu pasukan mengandungi 48 anggota . Seramai 75 orang terdiri dari anggota para yang berpengkalan di Jawa manakala selebihnya adalah ‘sukarelawan Malaysia’ yang dilatih di Pasir Panjang dan pusat latihan payung terjun di Margahayu. Kerjasama yang baik antara pasukan keselamatan Malaysia dan penduduk tempatan berjaya menggagalkan usaha mereka. Sangkaan musuh bahawa mereka akan disambut seperti wira ternyata meleset. Sebilangan musuh turut terkorban.
• Peristiwa pada oktober 1964 menyaksikan seramai 55 orang musuh meninggalkan pengkalan mereka di Tanjung Kong-Kong, Indonesia. Sayang seribu kali sayang, hajat mereka juga tidak kesampaian. Kumpulan yang dihantar oleh perisikan Indon ini telah berjaya diberkas.

artikel ini dipetik dari penulis, SGT Hassan-History Channel

Related

Filed Under: Analisis

About Admin

A philosopher, well-trained CQC master, pinpoint marksman, tactical genius and firearm expert. Finished Special Ops close quarters training course in 17.23 seconds. Experienced physical, electrocution and burn torture training to prevent information leak. Broke fall 20m from helicopter. Gold medalist in Dormitory-level boxing.

Your argument is invalid.

« PERTAHANAN-SEJARAH (memakai konfrantasi sebagai contoh)
JAMBATAN BENGKOK DAN STRATEGI PEPERANGAN »

Comments

  1. Tiro says

    December 7, 2012 at 12:01

    tut

    Reply
  2. MEMORY says

    January 7, 2012 at 01:45

    ok bro kalu mcm tu ledak je tokang haram dari indon msk malaysia guna exocet

    Reply
  3. Ki Gaman says

    January 6, 2012 at 17:08

    mustahil dalam jutaan rakyat indon yg masuk ke Malaysia , samada secara haram atau sah , semuanya adalah pencari kerja ? mustahil dalam jutaan rakyat Indon itu seorang pun tiada perisik TNI , atau komando TNI yang menyamar sebagai penganggur !

    pengalaman aku , kebanyakan kapal Fast crew boat untuk kegunaan kakitangan PETRONAS DAN SHELL dipelantar adalah dari syarikat asal Indon , kapten kapal orang Indon , penolong kapten juga Indon dan semestinya crew mereka jugak indon , saya kerap melihat kapten kapal atau timbalan kapten mengambil gambar2 di Pelantar , meski mengambil gambar di Palantar adalah haram dan salah tanpa permit , mereka ambil gambar dari atas kapal !

    mana2 pelantar pun sama !

    akhirnya , rahsia pelantar kita , rahsia longitud pelantar kita , jumlah kakitangan dan jadual pertukaran crewa didalam tangan orang Indon , kalau mereka hendak sabotaj atau musnahkan pelantar [aset strategik negara] adalah terlalu mudah , APMM bukan rajin meronda kawasan pelantar , TLDM lagilah tak ada , kalau ada pun seminggu sekali ..pada jarak 9 batu nautica dari pelantar !! kekadang berbbuih mulut call APMM sebab ada puluhan nelayan asing duduk bawah pelantar , masak dan merokok , memancing dan sebagainya , APMM kata apa ? sibuk …tak ada kapal , ombak kuat , tak ada minyak , tak ada bla bla bla …10 kali call satu kali datang pun payah !

    begitu juga perisikan luar negara lain , semuanya ada dlm negara kita , negara ini terlalu longgar dan mudah utk ditembusi , kawalan sempadan samada dari pihak Imigresen , atau polis amat rapuh dan dirapuhkan oleh perbuatan sesetengah kita , cuma nak kata …kita diambang kehancurkan sekiranya kita tak berhati2 dan tegas dalam tindakan , negara luar hanya mampu tersengih jika kita mengatakan negara kita selamat dan selamat , kerana mereka sudah lama tahu realitinya ,

    Reply
  4. panglima cyber says

    May 13, 2011 at 22:34

    Dia orang tahu sebab tu dia orang saja nak bagi kita panas untuk menyerang mereka. Taktik yang dipakai oleh mereka pada masa dulu cuma terbalik untuk mengambil kelebihan faktor geografi. Cuma bila Sukarno ambil alih pemerintahan banyak perisikan Indon juga berjaya mengumpulkan banyak maklumat kekuatan manusia dan aset ATM. Malah mereka juga mengalakkan orang Indon masuk secara haram supaya perisikan mereka mudah untuk masuk. Kita jangan ketawa akan kekalah Indon dgn kita, sekarang ni mereka juga berjaya memecahkan rakyat dan juga fahaman rakyat terhadap negara. Jangan lupa hanya waktu saja yang menentukan yang kita akan di jajah oleh Indon dan Singapura. Sekarang kita boleh gelak ketawa akan kemenangan dan juga kebodohan blogger dan Utuber Indon. Secara senyap perisikan Indon boleh mendapat maklumat penting dari kita sendiri. Perlu di ingat bahasa melaysia tidak mudah difahami oleh Indon jadi hanya Indon yg educated saja boleh bertikam lidah dgn kita. Kemampuan memilik komputer juga terhad dan juga gadjet gadjet yang lain.Kebanyakan mereka adalah perisikan TNI. Cara hendak melawan mereka adalah mudah jangan komment apa yang mereka buat biarkan saja. Tidak perlu menyangal dakyah mereka tentang M’sia melalui media atau internet. Cara lawan Indon sedang saja dgn mengaku kita bodoh dan buat bodoh itu senjata infanteri yang di depan perbatasan.
    GEMPUR WIRA !

    Reply
  5. palap says

    March 16, 2011 at 16:16

    haaaaa..baru indon tau kehebatan tentera kita..walaupun pd waktu tu kita kekurangan kapal2 dan senjata canggih,mereka dapat kita tumpaskan..aku rasa la kan,blogger2 dan Utuber indon ni xtau sejarah..diorg asyik nk ganyang malaysia tp xsedar ramai askar mereka dah dibunuh msa konfrontasi dulu…

    Reply
  6. Anonymous says

    September 16, 2009 at 15:08

    sgt menarik.sememangnya saya sendiri suka mencari dan membaca tulisan2 sejarah peristiwa seperti ini…syabas….teruskan lagi usaha murni anda untuk menulis dan merakamkan peristiwa-peristiwa sejarah silam seperti ini..semoga anda terus sukses selalu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jammer

ELITE FORCES

  • ASKAR SETIA
  • Bekas Komando
  • Blog Makcik Cleaner
  • Blog Orang Dewasa
  • Cikgu Selam
  • Freedom of Association (F.O.A)
  • IBU SEPARUH MASAK
  • Ondscene

Post Terkini

  • THE STRANCE CASE OF OTHMAN, TRUE SPY STORY
  • THE UNKNOWN WAR
  • MALAYSIA BERI PESAWAT HIBAH KEPADA INDONESIA
  • EKONOMI : TIDAK ADA PEROLEHAN BESAR UNTUK ATM
  • TERUSAN SEGENTING KRA – SEKADAR TINJAUAN SAMBIL LALU..

Kategori Bacaan

  • Advertorial (4)
  • Analisis (50)
  • Antarabangsa (30)
  • Darat (23)
  • Fictions (13)
  • Laut (20)
  • Misil (2)
  • Notis (22)
  • Patriotisme (12)
  • Pengalaman (26)
  • Risik (7)
  • Sejarah (23)
  • Udara (24)
  • Undang-undang (2)

DEFENCE RADAR NETWORK

  • A Secure Malaysia – Malaysia Militarium
  • Malaysia Military Power

© 2023 · Hakcipta Terpelihara · Military of Malaysia · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK