Gambar kat Filiphina ini semua rosak pasal kamera masuk wap air, bengang betul. Gambar di atas adalah saya di hadapan para penduduk Islam Filiphina yang menyambut kedatangan Menteri Pertahanan (skrg PM) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baru sampai di lapangan terbang Zamboanga, deretan askar Filiphina sambut kami
Saya baru turun dari kapal terbang VIP TUDM, di Labuan kotttt..
PASAL DEMAM HARI RAYA BELUM TAMAT, DEN TULIS CERITA NI
1. Kita baru sahaja menyambut hari raya haji dan tidak lama dahulu kita menyambut Aidilfitri, teringat saya beberapa tahun lepas ketika saya ada mengikuti Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak (skrg PM) ke kepulauan Mindanao, Filiphina untuk bertemu dengan pasukan tentera darat Malaysia yang bertugas sebagai pengamam diantara pemberontak Islam Moro dan kerajaan Manila.
2. Demi tugas dan negara, saya terpaksa melupakan soal untuk berhari raya Aidilfitri, lagi pun, Najib pun boleh berkerja pada hari raya, jadi apa bezanya saya.
3. Penerbangan dibuat dari Pengkalan TUDM Subang menaiki pesawat Boeing BBJ (737-700) berwarna putih. Sudah dua kali saya berpeluang menaiki pesawat VIP TUDM, kali pertama adalah ketika mengikuti Najib melawat rejim kuku besi Myanmar tidak lama dahulu (tapi jenis pesawat tidak ingat, saya rasa kecil sedikit dari Boeing 737-700 yang dinaiki oleh saya pada kali ini.
4. Duit cuma ada RM50, pergi oversea bawa RM50, aduhhhh, memang pokai pasal terlupa nak draw duit dari mesin ATM (sebenarnya saya memang selalu pokai pun).
5. Pesawat berhenti di pengkalan TUDM Labuan untuk refuel dan kemudian menyambung semula penerbangan.
6. Dalam pukul 1pm, pesawat akhirnya tiba di lapangan terbang terbang Zamboaga. Kami disambut oleh pasukan tentera Filiphina dan polis, beberapa helikopter pengempur jenis Huey lengkap dengan mesingan dan roket berlegar-legar di udara (terasa macam babak filem perang Vietnam pulak, dalam kepala dah terpasang lagu All Along The Watch Tower).
7. Sekuriti sangat ketat, secara psikologinya menyebabkan saya terfikir kemungkinan rombongan ini akan diserang hendap. Adusss saspen saspen, wasiat tak buat lagi ini.
8. Rombongan kami diawali dengan dua polis Filiphina menunggang motorsikal Scrambler dan kemudian diikuti dengan kereta perisai jenis Simba.
9. Saya memang berdebar-debar sangat kerana saya duduk di tepi tingkap bas. Tingkap bas pulak besar, comfirm ambusher tidak ada masalah untuk menembak telinga saya dan tembus di telinga belah kiri. Sebelum itu saya sempat mengukur ketebalan dinding bas. Memang tidak cukup tebal untuk menahan tembakan peluru 5.56mm M16.
10.Saya benar-benar saspen dan saya mula merasa kesal kerana memakai pakaian macam tentera, sepatutnya kalau pergi ke tempat-tempat “panas” ini, kalau boleh elaklah pakai baju yang menyerupai tentera, topi askar pun kalau boleh elakkan (ini nasihat kawan sayalah).
11.Askar Filiphina berada di sekitar jalan, lengkap bersenjata dari raifel M16 sampailah ke mesingan M60 dan suasana benar-benar tegang.
12.Tiba-tiba pemandangan yang tegang tadi beransur-ansur digantikan dengan sekumpulan orangramai, ramai kanak-kanak dan wanita yang memakai tudung.
13.Comfirm, saya dah masuk ke dalam sarang MILF, pasal itu kumpulan askar yang banyak dilihat sepanjang perjalanan tadi hilang secara beransur-ansur.
14.Saya macam tidak percaya dengan pandangan yang saya lihat.
15.Mereka mengibarkan bendera Malaysia dan ada dikalangan mereka yang menitiskan air mata kerana kegembiraan apabila melihat ada pemimpin dari Malaysia datang menjenguk kumpulan rakyat yang ditindas sejak sekian lama ini.
16.Bila bas berhenti, berpuluh-puluh lelaki dan wanita Melayu Islam Zamboanga menerpa kami dan meneriak Malaysia!!Malaysia!!, Mahathir!! Mahathir!!. (masa itu zaman Mahathir, Abdullah Badawi belum naik lagi). Saya sebak sangat melihat negara dan pemimpin saya diterima sedemikian rupa oleh kelompok saudara seagama saya di sini.
17.Memang terasa bangga sangat, sebak pun ada. Bukan apa, bila ada pemimpin Islam dari negara yang dihormati dunia macam Malaysia sampai ke tempat macam ini, saudara Islam kita yang terdiri dari bangsa Melayu Moro ini merasakan nasib mereka diambil berat.
18.Pertama, Malaysia sendiri mengusahakan perdamaian di antara Manila dan Moro (skrg tidak menjadi kerana kerajaan Manila memang macam tidak berminat untuk berdamai dengan depa ini).
19.Kedua, Malaysia menghantar tentera kita yang merupakan satu bangsa dan satu agama untuk menjadi pengaman di situ sekaligus menjamin keselamatan bangsa Melayu Moro yang selama ini tidak dapat menjalankan kegiatan sosial serta ekonomi mereka secara normal.
20.Sebenarnya banyak tapi maaf saya tidak dapat menceritakan maklumat seterusnya kerana saya tidak mahu ia disalahgunakan, kang tak pasal-pasal Wisma Putera atau Kementerian Dalam Negeri siasat saya apabila isu dalam ini menjadi masalah internasional.
21.Sebenarnya saya nak keluarkan entry ini pada Aidilfitri lepas tetapi lupa, entry ini dikeluarkan memandangkan Perdana Menteri sekarang ini Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat pemimpin Islam di Selatan Thailand pada 7 hingga 9 Dis ini dan saya boleh bayangkan suasana yang mengharukan di kalangan pemimpin Islam dan bekas-bekas pejuang Pulo di kawasan itu yang melihat Najib datang.
22.Selama beberapa tahun, belum ada pemimpin Islam dari negara ini yang dibawa melawat wilayah berkonflik itu malah hubungan di antara kedua negara sangat tegang sebaik sahaja selepas mantan PM, Tun Seri Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya wilayah Islam di sana diberi kuasa autonomi (Perkataan yang sangat sensitif kepada kerajaan Thailand).
23.Saya juga berharap supaya pemimpin dan rakyat negara ini terus menerus menyokong perjuangan saudara kita di Thailand dan juga Filiphina.