1. Salam, kita bertemu lagi dalam artikel yang baru.
2. Demam terhadap pesawat MRCA baru Malaysia masih belum tamat rupanya dan ia melonjak kembali selepas berakhirnya pameran Defence Service Asia 2012 (DSA).
3. Tidak lama dahulu saya ada buat pengumuman bahawa pembelian pesawat MRCA akan dibuat selepas Mac 2012, ini berikutan kerana ramai peminat pertahanan heboh bahawa kerajaan akan buat kenyataan MRCA pada LIMA 2011.
4. Nampaknya ramalan saya tepat kerana tidak ada sebarang pengumuman MRCA dibuat pada sepanjang LIMA dan sehingga Mac tahun ini, masih tidak ada apa-apa berlaku kerana saya tahu kerajaan akan beri berita baik selepas Pilihan Raya Umum 2012 selesai.
5. Kita juga tahu MIG-29 akan diteruskan perkhidmatan sehingga 2015 sebelum dipencenkan dan sudah tentu keputusan pembelian pesawat akan dibuat sebelum 2015.