1. Tanpa disangka sahabat yang saya sudah kenal selama 8 tahun iaitu jurukamera Bernama TV, Allahyarham Norafaizul Bin Mohd Nor meninggal dunia selepas terkena tembakan sewaktu membuat tugasan di Somalia.
2. Allahyarham merupakan sahabat yang peramah dan kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika saya menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur kira-kira setahun yang lepas.
3. Malangnya memang tabiat orang kita selalu mempolitikkan apa sahaja yang berlaku termasuk jika ia menyentuh kematian orang, dari kematian seorang penyokong pembangkang semasa demontrasi BERSIH 2.0 dahulu dan terkini Norafaizul.
4. Selepas kematian Allahyarham, ada segelintir puak yang menyalahkan Putera Umno Malaysia yang kononnya cuba mendapatkan nama ekoran kerja-kerja amal yang cuba mereka buat di Somalia.
5. “Ramai lagi rakyat Malaysia kebulur, masih ada yang rumah tidak ada lampu…buat apa nak tolong orang lain?” begitulah di antara alasan yang saya baca. [Read more…]